Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Thursday, October 21, 2010

PEMUDA PAS BERHIMPUN BANTAH ROSMAH

بسم الله الرحمن الرحيم



"KUALA LUMPUR, 21 Okt: Dewan Pemuda PAS Pusat akan mengadakan himpunan aman sebagai membantah tindakan Datin Seri Rosmah Mansor yang didakwa menghina syariat Islam dan Rasulullah s.a.w. pada penganjuran Festival Busana Muslim di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Himpunan tersebut akan diadakan di masjid negeri seluruh Malaysia selepas solat Jumaat, 22 Oktober ini.

"DPPP mengecam sekeras kerasnya tindakan Rosmah Mansor yang didapati menghina syariat Islam dan Nabi Muhammad s.a.w. apabila salah satu fesyen mereka melukis nama Nabi dalam keadaan pakaian itu jelas mendedahkan sebahagian besar aurat mereka.

"Kita desak Rosmah bertaubat dan minta maaf kepada umat Islam secara terbuka," kata Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan.

Pada festival tersebut, perkataan "Muhammad" dalam tulisan Arab secara terbalik diguna dan dipakai di dada salah seorang peraga fesyen yang tidak menutup aurat.

Tambahnya, pakaian yang diperagakan itu bukan pakaian Islam tetapi pakaian wanita jalang dan jahiliah.

"Sungguh memalukan dan jelas menunjukkan Rosmah jahil dan berniat jahat terhadap Islam," tambahnya lagi.

Sehubungan itu katanya, DPPP menggesa seluruh ummat Islam bangkit membantah tindakan Rosmah dan mendesak isteri Perdana Menteri itu bertaubat dan mohon maaf secara terbuka kepada seluruh umat Islam.

Rosmah merupakan Penaung Festival Busana Muslim atau Islamic Fashion Festival." - HarakahDaily



[+/-] Read More...

Wednesday, October 20, 2010

MINUM AIR ZAM ZAM CAMPUR KAHAK

بسم الله الرحمن الرحيم



MANUSIA di sisi Allah adalah sama, kecuali amal ibadat yang membezakan darjat antara sa­tu sama lain. Kisah yang ingin saya kongsi ini berlaku beberapa tahun lalu. Tujuan mendedahkan kisah ini bukan un­tuk mengaibkan orang. Sebaliknya un­tuk di­­ja­dikan pengajaran agar peristiwa sama ti­dak berulang pada jemaah lain yang akan me­ngerjakan umrah atau haji pada masa akan da­tang.

Sebagai hamba Allah, kita sepatut­nya tidak memperlekehkan jemaah lain dise­babkan pe­nyakit batuk kering yang dihidapinya. Biasanya apa yang kita tidak ingini itu akan ber­laku ke atas diri kita. “Harap-harap janganlah aku di­tempatkan dengan jemaah miskin. Aku takut mereka bawa macam-macam penyakit, nanti berjangkit pu­la kat aku”. Kata-katanya itu menimbulkan kemarahan rakan je­maah yang lain. “Tak elok awak berkata begitu. Kita datang ke Mekah untuk meng­ab­dikan diri kepada Allah, tapi awak pu­la fikir bukan-bu­kan,” kata ra­kan­nya.
Sewaktu di Padang Arafah, beliau ditem­patkan bersama enam je­maah lain dalam sebuah khemah ber­­ban­ding khemah lain menempatkan la­pan orang. Sewaktu berehat di dalam khemah, be­liau ter­nampak seorang pegawai Ta­bung Haji ber­sama seorang jemaah lelaki kurus sedang mengendong bekas membuang kahak di pinggangnya. Jemaah tua itu kelihatan menuju ke khemahnya.
“Tuan, saya tak mahu lelaki tua itu di­tem­patkan dalam khemah kami, nanti kami tak selesa". Memang dari dulu lagi beliau tidak tahan dengan kahak, se­bab itu beliau mem­ban­tah has­rat pegawai Tabung Haji menem­pat­kan jemaah kurus itu da­lam khemahnya. Ternyata Allah menge­ta­hui niat setiap hambanya. Apa­bila pulang semula ke Me­kah dan sebaik selesai solat Zuhur di Masjidil­haram, tekak beliau bera­sa amat kering sekali.

Disebabkan terlalu dahaga, tanpa disedari beliau telah mencapai gelas sebelah kiri yang telah digunakan oleh jemaah lain. Sepa­tut­nya beliau ambil gelas baru di sebelah ka­nan tong air zam zam yang belum digunakan. Sewaktu meminum air zam zam itu beliau te­rasa sesuatu yang aneh. Airnya agak pekat dan berlendir. Bila beliau lihat gelas itu alangkah terkejutnya beliau rupanya dalam gelas itu berisi kahak berwarna hijau. Hiii... beliau hampir muntah kerana terlalu geli. Disebabkan tidak puas hati beliau ber­tanyakan pada jemaah berdekatan si­apa yang meng­gunakan gelas itu sebelum ini.
Kebetulan seorang jemaah Pakistan yang sedang tercegat di situ memberitahu dia yang meng­­gunakan gelas plastik itu. Lebih mem­buatkan beliau betul-betul muntah apabila je­maah Pa­kistan itu mengakui dia seorang peng­hidap batuk kering. Dia mengaku kahak di dalam gelas itu di­lu­dahkannya kerana tidak ada tempat lain untuk me­ludah. Kali ini beliau betul-betul termuntah apabila men­dengar pengakuan jemaah Pakistan itu, tapi apakan daya kerana kahak tu sudahpun masuk ke dalam perutnya.
Barulah beliau sedar apa yang berlaku itu mung­kin balasan Allah ke atas dirinya kerana ber­mulut celupar serta suka menghina orang se­suka hati tanpa mengambil kira perasaan orang berkenaan.

***begitulah secebis pengajaran yang orangkasai terjumpa catatannya dalam warta perdana. selalu diceritakan orang bahawa mulut yang celupar ketika di Tanah Suci biasanya akan dibayar cash. tetapi kebanyakannya bayaran cash itu akan menginsafkan mana-mana jemaah yang terlibat. lalu mereka akan menginsafi betapa kerdil dan dhaif kita di sisi Allah swt. kepada muslimin & muslimat yang telah & akan berangkat ke Mekah selamat menunaikan fardu haji mudah-mudahan akan mendapat haji yang mabrur. Biduanita Kak Pah juga khabarnya akan ke Tanah Suci pada 3 November nanti. semoga menjadi titik mula untuk lebih mendekatkan diri padaNya***

- sgkasai




[+/-] Read More...

BANGGAKAH MENJADI AHLI UMNO?

بسم الله الرحمن الرحيم

Penasihat Agama Islam Perak,Bangga Sebagai Ahli Umno..

Penasihat Hal Ehwal Agama Islam Kerajaan Negeri Perak Datuk Kapten (B) Najmuddin Elias Al-Hafiz hari ini menafikan beliau telah melepaskan jawatan tersebut.

Najmuddin yang juga anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kurau berkata desas-desus bahawa beliau telah meletak jawatan adalah tidak benar.

"Saya tidak tahu-menahu mengenai khabar angin ini dan berharap pihak yang menyebarkan perkara ini, berhenti berbuat demikian," katanya kepada BERNAMA ketika diminta mengulas perkara itu, Selasa.

Khabar angin mengenai tindakan Najmuddin meletak jawatan bermula sejak beberapa hari lepas, dan hari ini, pejabat media di sini menerima banyak panggilan telefon yang bertanyakan kesahihan perkara tersebut.

"Mungkin ada pihak yang salah faham...sehingga ke hari ini, saya masih penasihat agama dan masih kekal sebagai ahli Umno," katanya sambil menegaskan beliau tidak pernah merancang meninggalkan parti atau melepaskan jawatan tersebut.

Najmuddin kini berada di Kuala Lumpur bagi menghadiri perhimpunan agung Umno yang bermula hari ini.

Najmuddin dilantik sebagai penasihat agama Islam selepas Barisan Nasional (BN) kembali berkuasa di Perak, apabila kerajaan Pakatan Rakyat yang diterajui DAP-PAS-PKR selepas pilihan raya umum 2008, tumbang berikutan tiga wakil rakyatnya meninggalkan pakatan itu. - bernama

Note: Ha.. dah betul la tu.. penasihat hal ehwal agama islam kerajaan negeri perak.. al-hafiz lagi tu.. kah..kah..kah..kah... yang si zambry keling puja syitan dan jin tu kenapa tak nak nasihatkan..? ooo bangga sangat jadi orang umno ke? nama al-hafiz tapi bangang... menyokong umno sedangkan umno menggalakkan maksiat dengan menganjurkan fesyen membogelkan wanita islam tu apa hukumnya...? ada penasihat agama pun sengal...!!!

"Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu jadikan bapak-bapak dan saudara-saudaramu itu pemimpin-pemimpinmu, jika mereka lebih mengutamakan kekafiran dari pada keimanan, dan barangsiapa di antara kamu yang menjadikan mereka pemimpin-pemimpinmu, maka mereka itulah orang-orang yang zalim" (Attaubah : 29).

Abdullah bin Abbas r.a berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya akan terdapat (akan ada) orang-orang dari umatku yang pandai (amat faham dan ahli) tentang urusan agama dan membaca Al-Quran, mereka berkata:“Kami datang kepada para Raja (pemimpin), biar kami memperolehi keduniaan mereka dan kami tidak akan mencampurkan mereka dengan agama kami.” Tidak terjadi hal yang demikian itu, seperti (umpamanya) tidak akan dapat dipungut dari pohon yang berduri melainkan duri. Demikian pula, tidak akan dapat diambil manfaat dari mendekatkan diri kepada mereka itu melainkan beberapa kesalahan belaka.- Riwayat Ibnu Majah.

“Dan bacakanlah kepada mereka (wahai Muhammad), khabar berita seorang yang kami beri kepadanya (pengetahuan mengenai) ayat-ayat (Kitab) Kami, kemudian dia menjadikan dirinya terkeluar dari mematuhinya, lalu dia diikuti oleh Syaitan (dengan godaannya), maka menjadilah dia dari orang-orang yang sesat. Dan kalau Kami kehendaki nescaya Kami tinggikan pangkatnya dengan (sebab mengamalkan) ayat-ayat itu. Tetapi dia bermati-mati cenderung kepada dunia dan menurut hawa nafsunya; maka bandingannya adalah seperti anjing, jika engkau menghalaunya: Dia menghulurkan lidahnya termengah-mengah dan jika engkau membiarkannya: Dia juga menghulurkan lidahnya termengah-mengah. Demikianlah bandingan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami. Maka ceritakanlah kisah-kisah itu supaya mereka berfikir. Amatlah buruknya bandingan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami dan mereka pula berlaku zalim kepada diri mereka sendiri.”
(Surah al-‘Aaraaf 7 : 175-177).

[+/-] Read More...

UMNO MEMANG BIADAP...!!!!

بسم الله الرحمن الرحيم



Oleh: Pria Malaya

BIADAP!..rupanya kalimat di dalam perkataan arab itu adalah merujuk kpd junjungan besar nabi kita, Muhammad SAW!..umat yang cinta akan kekasih Allah ini seharusnya tidak meredhai kemungkaran ini..

Kita menuntut pihak yg berkaitan supaya memberi penjelasan seterusnya membuat permohonan maaf!..





p/s: Terbaru: Video "Legends Islamic Fashion Show HD" yang membuktikan festival ini telah menghina Islam dikepalai oleh Rosmah Mansor telah diremove oleh user video terbabit atas desakan pihak tertentu..

[+/-] Read More...

PANDAI BACA JER

بسم الله الرحمن الرحيم

AKSES CEPAT MAKLUMAT GLOBAL DIPERLUKAN - melayau



Muhyiddin Yassin berkata, rakyat Malaysia memerlukan akses yang cepat dan sahih kepada maklumat peringkat global bagi menangani pelbagai cabaran baru.

Dia berkata, rakyat harus mengawal dan mengurus semua isu: daripada yang berkaitan dengan senjata pemusnah besar besaran, langkah mengklon manusia dan makanan yang dihasilkan secara genetik, kesihatan, wabak baru, pendidikan, peranan media global, sehingga kepada kemerosotan mutu alam sekitar, pencemaran dan perubahan cuaca.

"Apa yang jelas daripada kesemua ketidaktentuan ini ialah, sebagai rakyat Malaysia yang berfikiran global, kita harus peka terhadap apa yang berlaku di peringkat global.

"Kita perlukan akses langsung menerusi idea terbaik dari seluruh dunia supaya kita dapat menggunakan idea ini di negara sendiri," katanya di sini hari ini.


KAH KAH KAH…woit… BUNYI FATWA MALIKUL INI CUKUP HEBAT… kah kah kah… ORANG YANG TULIS UCAPAN MALIKUL INI MEMANG HEBAT…. kah kah kah..woit… WAK SEMBAB INI FAHAM KE FATWA SENDIRI… kah kah kah..NAK BERFIKIRAN GLOBAL MACAM MANA…. kah kah kah.. AKHBAR PERLU LESEN…. kah kah kah.. BUKU SELALU KENA HARAM… kah kah kah…woit… BUKU KOMIK KARTON PUN KENA HARAM… kah kah kah woit… BACA UTUSAN MELAYAU DAN BERITA HAIRAN… SAHAJA ... kah kah kah..BUKAN MATA SAJA NAIK JULING…. OTAK PUN JULING SAMA….. kah kah kah… - TT

Note: Kalau surat khabar mesti baca utusan dan Berita hairan.. kalau tengok tv mesti kena tengok berita tv3 dan rtm.. kalau bukak website kena percaya kepada blog atau website yang sokong umno je.. kalau boleh yang tidak menyebelahi umno semuanya nak diharamkan.. macam ni ke rupanya nak rakyat malaysia yang berfikiran global..? harkkk tuiiihhh...!!! Ada TPM pun bahalol...!! pandai membaca jer...!!! apa yang dicakapkan dia sendiri pun tak faham...!!! orang umno boleh la ditipunya...!!! sengal...!!!


UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

[+/-] Read More...

Tuesday, October 19, 2010

MAHASISWA WAJAR BERPOLITIK

بسم الله الرحمن الرحيم

Keterlibatan mahasiswa dalam mewarnai arena politik dilihat oleh segelintir pihak tidak kena masanya sehingga menimbulkan pelbagai mekanisme berbentuk kekangan dilaksanakan.Mutakhir ini hak kebebasan mahasiswa bersuara bagai dicabuli.Dilemparkan pula tanggapan dan sindiran sinis sehingga suara mahasiswa dilabel bagaikan anjing menyalak bukit.

Secara konfirmasinya sangatlah wajar mahasiswa berpolitk,lebih-lebih lagi individu yang faham agama dan amal islami secara keseluruhannya walhal bukanlah mengikut mentaliti sekular yang berpasakkan agama separuh dan amal separuh.

Sebagai mahasiswa islam yang berkaliber dan berwibawa, kewajipan bersuara dalam mempertahankan hak dan menolak kemungkaran yang berlaku harus dilaksanakan.Apabila dipandang enteng, akan memberi kesan terhadap keluarga, masyarakat sekaligus negara itu sendiri.

Iskandar Zulkarnain yang dikisahkan dalam Al Quran, menurut kisahnya baru berumur sembilan belas tahun ketika memimpin angkatannya.
Beliau memimpin angkatan dalam 'siasah perang' dengan melalui berbagai pengajaran bagi seluruh umat manusia yang bukan sekadar umat Islam.

Rasulullah SAW yang dalam keadaan gering setelah Pembukaan Makkah, telah memilih Usamah bin Zaid RA untuk memimpin angkatan Muslimin dari kalangan Muhajirin dan Ansar. Sebelum sempat angkatan itu berangkat, Baginda SAW wafat.

Jelas menurut Sunnah SAW terbukti ada berlaku, dan menurut Al Quran juga berlaku, maka seharusnya mana-mana negara yang merasakan mereka keturunan Islam yang mengambil As Sunnah sebagai 'Way of Life' seharusnya mengambil ini sebagai cara yang harus di ikuti.

Senario politik kini sudah berubah.Pelbagai angin sekular diterapkan.Maka jika golongan intelektual ini disekat dalam kebebasan bersuara,ia akan memberi impak yang lebih buruk pada masa hadapan. Memberikan ruang mahasiswa bergiat dalam politik dapat melahirkan masyarakat yang lebih positif. - zhuliana


UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

[+/-] Read More...

PUTERI DAN WANITA UMNO BILA NAK TELANJANG?

بسم الله الرحمن الرحيم

ISLAMIC fashion via 1MALAYSIA: Kerajaan Umno promosi pakaian Islamik ala jahiliah..

Oleh: Pria Malaya

Rosmah rasmi festival pakaian Islam?..Rosmah Mansor sokong cara pemakaian Islam? Rosmah Mansor berbicara mengenai pakaian wanita Islam?...

Maka tidak peliklah, festival pemakaian islamic yang diadakan Kuala Lumpur April lalu menampilkan cara/fesyen pemakaian muslimah versi 1Malaysia Umnoapco..sungguh memalukan..

Salah satu agenda terbaru dajjal bagi membogelkan pakaian MUSLIMAH Malaysia dan Indonesi yang diterajuai oleh kerajaan 1MALAYSIA, Rosmah Mansor!!..penyokong 'parti Islam' Umno pasti terharu dengan bini PM Najib Razak..

: Klik pada gambar untuk besarkan...













Klik read more untuk gambar seterusnya









cuba tengok gambar rosmah kat atas ni... hidung bengkok dagu panjang... ada rupa ahli sihir dalam cerita orang putih tak? kah..kah..kah..kah...






Note: Ha..ha..ha..ha.. bagus..bagus.. ni la pakaian wanita islam ala rosmah. Untuk wanita dan puteri umnoo korang bila nak telanjang? tengok apa pemimpin mulia korang dah anjurkan.. islam yg seksi.. korang sokong la umno lagi.. bermakna korang sedang menyokong apa yang umno buat.. korang sama-sama bersekongkol membogelkan wanita islam di malaysia ni. Atau sebenarnya wanita dan puteri umno memang suka berbogel? kalau pemuda dan veteran umno aku memang tak heran la mereka suka benda-benda macam ni.

Note: mungkin korang akan kata .. "ahh biarkan la.. itu dia bukan aku.. aku hanya sokong umno je.."

aku malas nak cerita banyak.. cuba tanya pada mufti harus sana sini atau ulama muda yg masuk umno tu.. apa hukumnya menyokong, cenderung dan bersekongkol dengan satu individu atau kumpulan yang menganjurkan serta terlibat dengan maksiat? apa dia akan kata? kalau dia kata ok jer aku pun nak join sekali.. sebab mufti dan ulama korang dah fatwakan harus.. so dia berani tanggung dosa kita semua.. syok jugak kan... kah..kah..kah..kah..


UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

[+/-] Read More...

Monday, October 18, 2010

NAJIB BUAT LAWAK

بسم الله الرحمن الرحيم






Note: Datuk syarizat belakang najib pun ketawa.. suka sgt dia bila najib sebut pewarna rambut... kah..kah..kah..kah...


UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

[+/-] Read More...

APA SAJA YANG ZAMBRY KELING LAKUKAN ADALAH HARUS SANA SINI

بسم الله الرحمن الرحيم

ZAMBRY MELAKUKAN KHURAFAT TERANG-TERANG DIKAMPUNG GUAR MANONG

(gambar dipetik dari peraktoday.com edisi 17 okt 2010. klik pada gambar untuk besarkan )


membaca doa sebelum memulakan upacara meletakkan ancak ke tiang seri salah sebuah rumah Projek Infra Bina Upaya (IBU)-Kampung Guar, Manong


DS Zambry memulakan upacara khurafat tersebut



Merenjis-renjis ancak ke tapak untuk dinaikkan tiang seri


Yah itu upacara mengikat ancak ketiang seri, maka dengan upacara ini akan tidak diganggu oleh jin-jin tanah di situ.

- pastambun

Note: Mana perginya mufti perak harus sana sini? Kalau umno buat sembah syaitan dan jin pun kira harus sana sini ke?


UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

[+/-] Read More...

DIMANAKAH GADIS INI?

بسم الله الرحمن الرحيم

Di manakah gadis ini? Semoga selamat dari segala kejahatan manusia.

Kemaman: “Sebelum itu mereka berdua sering berhubung melalui SMS dan ketika berada di Kuantan, Rozaliya ada menghantar dua SMS kepada tunangnya berbunyi ‘ada dua lelaki sedang mengekori’ dan ‘abang datang cepat, saya takut’,” kata Sabariah Mansor, 42, menceritakan kehilangan anaknya ketika membeli barangan persiapan perkahwinan bersama tunangnya, pada 13 Oktober lalu.

Pasangan itu dijangka berkahwin pada 12 November depan.

Gadis terbabit, Rozaliya Mat Lazim, 20, sebelum itu dikatakan keluar dari rumahnya di No 21, Peringkat Satu, Bandar Ceneh Baru di sini, bersama tunangnya, Mohd Helmi Mohd Noor, 24, untuk membeli kelengkapan majlis perkahwinan mereka kira-kira jam 11 pagi Rabu lalu.

Sabariah ketika ditemui di rumahnya di sini, semalam, berkata pada hari itu anak gadisnya yang memakai blaus hitam dan jeans gelap, menaiki kereta tunangnya untuk ke bandar Kuantan.

Katanya, selepas membeli-belah di kedai peralatan pengantin berhampiran Pasar Kuantan, Mohd Helmi meminta kebenaran Rozaliya untuk pulang ke pejabat seketika kerana ada urusan penting untuk diselesaikan.

Sabariah berkata, Mohd Helmi meminta Rozaliya menunggunya di sebuah pasar raya besar berhampiran tempat mereka membeli-belah dan akan menjemputnya sekembali dari pejabat kira-kira jam 3 petang hari itu.

Dia berkata, mereka berbalas SMS dan dua SMS terakhir kepada tunangnya berbunyi ‘ada dua lelaki sedang mengekori’ dan ‘abang datang cepat, saya takut’.

Katanya, selepas itu Rozaliya tidak dapat dihubungi dan tunangnya berusaha mencarinya di beberapa kedai berhampiran termasuk di pasar raya tempat mereka membeli-belah sebelum itu sehingga jam 6 petang.

“Helmi menghubungi kami memaklumkan kehilangan Rozaliya dan kami sekeluarga bergegas ke bandar Kuantan untuk mencari Rozaliya tetapi sehingga jam 11 malam masih juga gagal menemuinya,” katanya.

Menurut Sabariah, mereka mengambil keputusan membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan, kira-kira jam 12 tengah malam hari sama.

Sehubungan itu, Sabariah merayu orang ramai mengenali atau mengetahui di mana Rozaliya berada segera menghubunginya di talian 019-9418016 atau 019-9178016 atau mana-mana balai polis berdekatan. [HM]


UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

[+/-] Read More...