بسم الله الرحمن الرحيم
Pemandu lori ditipu rakan RM1.7j
MICHAEL (berdiri dua dari kanan) menunjukkan senarai hutang yang terpaksa ditanggung oleh Seik Kuang (kanan sekali) selepas ditipu oleh rakannya di pejabat Biro Pengaduan Awam MCA, Kuala Lumpur semalam.
KUALA LUMPUR - Seorang pemandu lori berpendapatan Rm2,500 sebulan mendakwa dirinya berhutang sebanyak RM1.7 juta selepas ditipu seorang kenalan lelakinya yang berjanji menjadikan dia usahawan buah-buahan kira-kira dua tahun lalu.
Pengerusi Biro Aduan Awam MCA, Datuk Micheal Chong berkata, Lim Seik Kuang, 51, ditipu rakannya yang dikenali sebagai Ah Hock sejak 2008 selepas mendakwa diminta menandatangani dua dokumen perjanjian yang kononnya diperlukan untuk membuat pinjaman perniagaan.
"Seik Kuang yang tidak tahu berbahasa Inggeris hanya menandatangani dokumen tersebut tanpa bertanya kandungan dokumen itu.
"Ah Hock menipu Seik Kuang dengan mengatakan dokumen itu bagi tujuan pinjaman bank untuk memulakan perniagaan," kata beliau kepada pemberita di pejabatnya di sini semalam.
Micheal berkata, Seik Kuang turut diminta supaya menukar alamat dalam kad pengenalan kononnya bagi memudahkan proses pinjaman tersebut.
"Lelaki itu menyuruh Seik Kuang menukar alamat di kad pengenalan yang baru dengan alasan setiap pinjaman bank yang ingin dibuat mesti disertakan dengan maklumat latar belakang," kata beliau.
Lelaki itu juga memberikan Seik Kuang antara RM200 hingga RM300 setiap kali lelaki itu menandatangani dokumen di bank dan ini menyebabkan dia mempercayai lelaki tersebut.
Seik Kuang hanya menyedari dirinya ditipu setelah menerima satu khidmat pesanan ringkas (SMS) dari sebuah bank pada 20 September lalu kerana dikatakan terlewat membayar ansuran bulanan kereta sedangkan dia tidak memiliki kenderaan berkenaan ketika itu.- Kosmo
UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..
JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.
Wednesday, September 29, 2010
DITIPU RM1.7J KERANA TAK FAHAM BAHASA INGGERIS
Tuesday, September 28, 2010
GADIS MANGSA PAKAR MOTIVASI
بسم الله الرحمن الرحيم
IMA yang mendakwa dirogol oleh pakar motivasi menunjukkan laporan polis yang dibuatnya di Kuala Lumpur semalam.
KUALA LUMPUR – Seorang pakar motivasi bergelar doktor didakwa memperdaya seorang wanita muda yang merupakan pekerjanya menggunakan ilmu pukau.
Mangsa yang dikenali sebagai Ima dan berusia awal 20-an itu juga mendakwa dia dirogol oleh majikannya itu sebelum dilarikan ke Thailand untuk dikahwinkan melalui sindiket nikah.
Menurut Ima, segalanya bermula kira-kira dua tahun lalu ketika dia mula bekerja dengan sebuah syarikat motivasi di Bukit Bintang di sini.
“Saya ditawarkan untuk bekerja sebagai pembantu koordinasi program tetapi peliknya dalam pejabat yang begitu besar, hanya saya seorang pekerja,” katanya ketika ditemui pemberita di sini semalam.
Menurut Ima, dia mengesyaki majikannya itu menggunakan pukau kerana dia sering memintanya memandang tepat ke matanya setiap kali memujuk dan bertanya sama ada dia menyayanginya.
Selain itu, pakar motivasi itu juga sering memberinya minum air yang dicampur madu.
Selepas itu, menurut Ima, dia telah dirogol oleh majikannya sebelum dibawa ke Kedah dan kemudian ke Danok, Thailand untuk dikahwinkan secara sindiket di sebuah kedai. - Kosmo
UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..
JOM KITA SAMAN FELDA ?
بسم الله الرحمن الرحيم
AHMAD MASLAN DAKWA PENEROKA DIHASUT SAMAN FELDA - melayau
Menteri bangang (Ahmad Maslan) sedang pura-pura membantu orang kampung menoreh getah untuk meraih undi... ha..ha..ha..ha...
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Ahmad Maslan mendakwa, ada pihak yang kini menghasut peneroka Felda supaya mengambil tindakan saman di mahkamah berhubung isu manipulasi perahan buah kelapa sawit.
Beliau mendakwa, isu peneroka Felda Kemahang 3, Kelantan yang memenangi kes terhadap Felda baru-baru ini telah dijadikan kes rujukan oleh pihak tertentu untuk menghasut peneroka-peneroka Felda lain untuk mengambil tindakan yang sama.
"Saya nak maklumkan berhubung kes saman (peneroka ) Felda Kemahang 3 itu bukan satu kes rujukan kerana kali ini, Felda akan lebih bersedia dalam menghadapi kes-kes saman,” katanya.
KAH KAH KAH..woit… BANGANG MALAOAN INI… kah kah kah..woit… MEMANG LAAA DI HASUT…. UNTUK BENCI GEROMBOLAN…. kah kah kah.. APA PULAK NAK HAIRAN…. kah kah kah.. KALAU HASUTAN PAKATAN MASUK AKAL….AKAN DITERIMA PENEROKA…kah kah kah…woit… BUKAN SAHAJA DI HASUT…. PEGUAM PUN DI HANTAR SAMA…. kah kah kah....woit... BUKAN SAHAJA PENEROKA SEDANG DI HASUT... TIAP MALAM ADA CERAMAH PAKATAN... kah kah kah CERAMAH ITU... MENGHASUTLAAA.... BANGANG !.... kah kah kah..
nota:
yang tipu harga sawit itu apa hal? siapa yang suruh tipu timbang? siapa yang suruh tipu gred? siapa yang suruh tipu harga?
tak ada kerja lain tipu melayu saje.. hentikan kerja menipu.. internet dah masuk felda kah kah kah
nota:
hujung minggu lalu di felda mana malaoan ini tido.. dulu malaon ini ada buat janji yang tiap minggu akan tido di rumah orang felda - sapa yang tahu tolong laporkan – jangan bagi peluang malaoan ini menipu kah kah kah - TT
UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..
BLOGGER AWARD
بسم الله الرحمن الرحيم
FROM: http://kaktianakumi.blogspot.com
UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..
KERJA KOSONG UNTUK MENGANTIKAN WARTAWAN UTUSAN YANG BODOH
بسم الله الرحمن الرحيم
IKLIM PERLABURAN: RICHARD BRANSON SELAR SIKAP ANWAR - melayau
KUALA LUMPUR 27 Sept. – Bilionair dan usahawan terkenal dunia, Sir Richard Branson menyelar sikap bekas Timbalan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim sebagai perosak kepada imej dan iklim pelaburan negara.
Beliau yang juga pengasas Kumpulan Virgin berkata, iklim pelaburan Malaysia di peringkat antarabangsa amat menggalakkan tetapi beberapa isu perlu ditangani agar tidak menjejaskan reputasi negara di kalangan pelabur asing. - Utusan
BRANSON SAYS ANWAR TRAIL DAMAGES MALAYSIA -minsider
Virgin Group founder Sir Richard Branson has called on the Malaysian prime minister to intervene in Anwar Ibrahim’s sodomy trial, calling the issue “a thorn” in Malaysia’s otherwise good reputation.
“If you’re a bold leader, you should get rid of things like this which are damaging your reputation,” he said today at the “Dawn of the New Decade: Alternative Investments in Asia” conference here.
“This has gone on for a long, long time. It looks bad overseas.”
While Branson did not think Anwar’s Sodomy II trial was causing foreign investors to shy away from Malaysia in any major way, the mercurial entrepreneur nonetheless said more people would want to invest in Malaysia if it were more open and liberal.
He added that it was incumbent on the prime minister to address the “damaging” trial as good leaders looked after their citizens well, much like how good employers take care of their employees.
KAH KAH KAH woit… INI LAH BAHAYA KALAU JADI WARTAWAN TAK FAHAM BI…. kah kah kah.. ORANG CAKAP LAIN… MALAON INI TULIS LAIN… kah kah kah..ORANG NAIK KAPAL TERBANG…. DIA NAIK UNTA…. kah kah kah.. ORANG CERITA HAL DUNIA… DIA CERITA KARIPAP BINI…. kah kah kah..woit… PATUTLAAA MELAYU BODOH… kah kah kah.. PENULIS AKHBAR TERBUKTI BODOH… PEMBACA LAGI BODOH… kah kah kah…
nota:
telah mula ada desas desus tidak lama lagi akan diluluskan di parlimen satu akta untuk memastikan setiap warga membeli akhbar melayu inilah satu satu cara untuk memajukan media melayu kah kah kah
nota:
wartawan media ini telah menterjemah virgin airlines company sebagai : syarikat kapal terbang yang belum pernah bersetubuh kah kah kah - TT
UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..
Monday, September 27, 2010
KERANG BERPERISA BABI
بسم الله الرحمن الرحيم
(Gambar: Dua peniaga kerang membungkus kerang berhampiran lokasi penyembelihan daging babi di pasar Chow Kit)
KUALA LUMPUR: Penggemar kerang dan selalu membelinya di Pasar Chow Kit, di sini, patut berfikir dua kali untuk membeli makanan itu berikutan penemuan mengejutkan pusat memproses kerang yang didapati berjiran dengan pusat penyembelihan daging babi di pasar berkenaan.
Penemuan itu dikesan selepas sepasukan pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) menjalankan pemeriksaan mengejut di pasar Chow Kit bagi mengenal pasti peniaga yang melakukan kesalahan mengikut hukum syarak.
Dalam serbuan kira-kira jam 5 pagi kelmarin, tiga peniaga kerang sibuk membungkus longgokan kerang dianggarkan seberat lebih 50 kilogram yang ditaburkan ke atas lantai pasar berkenaan.
Bagaimanapun, agak memeranjatkan apabila kerang yang mahu dijual kepada orang ramai itu didapati hanya kira-kira dua meter dari daging babi yang belum dilapah dan berdarah.
Sumber Jakim berkata, babi terbabit yang sudah dipotong dua dikesan baru dihantar pembekal ke pasar berkenaan sebelum diletakkan di atas kerusi batu di pusat menjual babi itu bersama bahagian organ lain antaranya hati dan limpa.
“Bagaimanapun, darah haiwan berkenaan mengalir dan membasahi lantai yang digunakan peniaga kerang untuk meletakkan kerang di kawasan berkenaan.
“Apabila ditanya, peniaga kerang terbabit seolah-olah tidak mengetahui ia perbuatan yang boleh mengundang rasa kurang senang pengguna Islam. Peniaga berusia 50-an terbabit mendakwa kerang berkenaan hanya perlu dibersihkan dan dijual kepada pelanggan di pasar berkenaan,” katanya.
Menurutnya, lokasi memproses kerang dan pusat penyembelihan daging babi terbabit yang terletak di tempat sama dianggap tidak strategik dan boleh menjadi haram dimakan sekiranya berlaku percampuran antara air atau darah khinzir dengan kerang yang diproses.
Sementara itu, Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Jailani Ngah yang melihat lokasi penyembelihan babi di pasar Chow Kit menganggap kawasan berkenaan sudah uzur dan tidak sesuai untuk dijadikan pusat pemprosesan makanan halal.
Menurutnya, kawasan pemprosesan babi terbabit tidak hanya terletak berdekatan pusat memproses kerang, malah turut terletak bersebelahan dengan pusat penyembelihan dan memproses ayam daging. - Harian Metro
UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..
MEMIKUL BIAWAK HIDUP
بسم الله الرحمن الرحيم
WAN HANAPI menunjukkan dokumen bank sebagai penjamin dan foto rakan sekerjanya yang didakwa menyebabkan dia diisytiharkan muflis di Kuala
Lumpur semalam.
KUALA LUMPUR - Niat baik seorang pekerja syarikat keselamatan menjadi penjamin kepada seorang rakan sekerja yang mahu membeli sebuah kereta Proton Iswara berharga RM26,000 kira-kira 13 tahun lalu mengundang padah apabila dia kini diisytihar muflis oleh pihak bank.
Lebih teruk, wang hasil jualan rumah pusaka milik keluarganya di Setapak yang sepatutnya dibahagi sama rata dengan tujuh adik-beradik baru-baru ini turut dirampas pihak bank bagi melunaskan hutang itu yang meningkat sehingga RM70,000 selepas beberapa tahun tertunggak.
Pengawal keselamatan terbabit, Wan Hanapi Wan Salleh, 57, berkata, dia berasa terkilan kerana pihak bank tidak mengambil tindakan terhadap rakannya yang masih bekerja bagi melunaskan hutang tersebut, sebaliknya merampas wang hasil jualan rumah pusaka keluarganya.
"Saya juga mengalami masalah untuk pulang ke kampung keluarga isteri saya di Indonesia kerana dilarang keluar negara selepas diisytihar bankrap," katanya ketika ditemui Kosmo! di sini semalam.
Wan Hanapi berkata, lebih membingungkan, dia telah memaklumkan kepada pihak bank tentang lokasi dan pekerjaan rakannya di Jerteh, Terengganu tetapi pihak bank tetap mengambil tindakan terhadapnya.
Dia yang merupakan seorang pesara tentera percaya pihak bank bertindak demikian kerana mahu mengambil jalan mudah memperoleh semula hutang kereta tersebut meskipun pembeli sebenar kereta berkenaan masih bekerja.
Jelasnya, lebih membebankan, meskipun hutang RM70,000 itu sudah dijelaskan tetapi dia masih perlu membayar RM4,000 jika mahu dilepaskan daripada pengisytiharan bankrap. Sumber KOSMO
UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..
TERKINI: AL-FATEHAH BUAT ADUN GALAS
بسم الله الرحمن الرحيمTERKINI - jam 5.06
Pada jam 4.30 petang ini
Ahli Dewan Undangan Galas Che Hashim Sulaiman
telah meninggal dunia.
Beliau meninggal dunia di rumah sakit
Al-Islam Kuala Lumpur.
Beliau dilaporkan mengidap barah usus.
Adun Pas Galas Che Hashim Sulaiman Masuk Hospital, Keadaan Serius
Ahli Dewan Undangan Negeri Galas Che Hashim Sulaiman(gambar) yang menghidap kanser usus telah dimasukkan semula hospital di ibu negara dan keadaannya dikatakan serius.
Wakil rakyat itu pernah dimasukkan ke hospital tempatan dan luar negara pertengahan tahun ini dan 2009.
Beliau berhadapan dengan masalah itu sejak lebih setahun lalu.
Che Hashim dilaporkan dimasukkan ke Pusat Perubatan Kampung Baru minggu lalu.
Pengarah strategi PAS Kelantan Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah dipetik The Star mengesahkan keadaan beliau serius tetapi berharap beliau akan sembuh segera.
Beliau pernah dirawat di Hospital Pakar Perdana di Kota Baru dan di sebuah Hospital di Guangzhou, China tahun lalu.
Wakil rakyat penggal pertama itu disahkan menghidap barah usus kira-kira tiga bulan sebelum beliau pergi ke China, selepas menjalani rawatan di sebuah hospital di Kuala Lumpur.
Che Hashim berjaya merampas kerusi DUN Galas dari Barisan Nasonal (BN)dengan majoriti 646 undi pada pilihan raya umum lepas, apabila beliau mendapat 4,399 undi menewaskan penyandangnya Saufi Deraman.
UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..
UNDI UMNO/BN DAPAT SAHAM KE NERAKA
بسم الله الرحمن الرحيم
UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..
Sunday, September 26, 2010
GAMBAR TERHANGIT KPN KORANG
بسم الله الرحمن الرحيم
Timbalan Ketua Polis Negara (skrg KPN), Tan Sri Ismail Omar memeluk bekas pegawai kanan wanita, Lee Yoke Lin.
UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..