Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Tuesday, October 20, 2009

MANUSIA TIDAK MEMILIKI APA-APA

Bismillahirahmannirahim..

manusia_insan35@yahoo.com

BETULKAH manusia yang merasakan dia memiliki itu benar-benar ia memiliki? Kerana adanya benda-benda yang ia miliki itu adalah melalui usahanya. Kalau dia tidak memiliki, apa pula buktinya? Mari bersama-sama saya untuk memecahkan persoalan-persoalan tersebut. Moga-moga diizinkan ALLAH SWT sesuai dengan tajuk yang sedang kita perkatakan ini.

Kebiasaannya dalam kehidupan kita sehari-hari, manusia selalu mengatakan, "Ini harta saya, ini kebun saya, ini estet saya, ini kenderaan saya" dan lain-lain lagi. Yang mana semua yang disebut tadi dikaitkan dengan dirinya. Menjadikan manusia-manusia tadi orang-orang yang sombong, bermegah-megah, menunjuk- nunjuk, mempamerkan kelebihan masing-masing. Sehingga sampai hati menghina orang-orang yang tidak mempunyai apa-apa. Mereka yang tidak punyai apa-apa dianggap rendah, hina, jijik, kurang dan memalukan. Juster-u itu dipertahankan berhabis-habisan milik mereka itu hingga tidak dikorbankan ke jalan ALLAH dan tidak digunakan untuk kepentingan masyarakat.

Sekalipun manusia itu pada lahimya ada usaha-usaha yang dibuat sampai ia memiliki, dan memang usaha untuk mendapat hak milik itu dibenarkan oleh ALLAH SWT selagi dia mengikut lunas syariat, atau dengan kata lain dia mengambilnya secara halal, tapi milik manusia itu sebenamya hanya nisbi (dibangsakan) semata-mata. Hakikatnya usaha lahir itulah yang menjadikan faktor penyebab ia diizinkan ALLAH untuk memiliki, yang mana orang lain tidak boleh mencerobohinya; seperti memiliki tanah, ladang, estet, kilang, rumah, rumah sewa, kedai, kenderaan, binatang temak, emas perak, intan berlian, Wang ringgit dan sebagainya. Dan pada hakikatnya benda-benda itu bukan miliknya yang mutlak. Kenapa saya berkata begitu? Ini adalah kerana semua itu barang ciptaan ALLAH yang diberi pinjam kepada manusia buat hidup sementara di dunia yang akan binasa ini.

Sekali lagi ditegaskan, oleh kerana melalui usaha-usaha lahirlah benda-benda tadi dinisbahkan kepada milik manusia, ALLAH tidak biarkan begitu saja. ALLAH SWT datangkan pula peraturan tentang kebebasan seseorang itu mempunyai hak milik masing-masing (walaupun bukan hak milik mutlak). Sekaligus ALLAH tetapkan melalui undang-undang- Nya, keselamatan manusia dan hak miliknya itu mesti dilindungi dan tidak dicerobohi Tidak ada siapa yang boleh mengganggu gugat sesuka hati tanpa izinnya. Jika berlaku juga pencerobohan, penceroboh boleh dihukum mengikut peraturan-peraturan yang ditentukan oleh ALLAH.

Apa bukti yang saya katakan manusia ini tidak mempunyai atau memiliki apa-apa? Buktinya, katalah benda-benda tadi, manusia rasakan atau mengaku milik atau kepunyaannya yang mutlak kerana hasil usahanya sendiri. Harta miliknya, Wang ringgit miliknya, ibadah yang banyak miliknya dan semuanya adalah miliknya. Cuba kita tanyakan kepada manusia
itu:

1. Tangan yang mengusahakan sehingga dapat menghasilkan benda-benda tersebut, siapakah yang ciptakan? Bukankah tangan itu ALLAH yang ciptakan dan diberikan kepadanya?

2. Akal yang sentiasa berfikir sampai dapat menghasilkan ciptaan atau rekaan-rekaan baru, moden lagi canggih itu, siapakah yang menjadikan?Apakah akal serta daya fikir (IQ) manusia yang menghasilkan berbagai-bagai kemajuan dan tamadun itu, manusia yang menciptanya? Bukankah Tuhannya juga yang menciptakannya dan memberi pinjam kepadanya.

3. Tanah, kebun, ladang dan estet yang dikatakan miliknya itu, siapakah yang mencipta dan menjadikan kepingan bumi itu? Bukankah ALLAH yang menciptakan dan menjadikannya?

4. Rumah, rumah sewa, kilang dan segala bangunan yang dikatakan miliknya, bahan rumah itu siapakah yang ciptakan? Kayu, batu, kapur dan besi untuk buat rumah itu, apakah manusia yang menciptanya? atau ALLAH yang menciptanya? Bukankah semuanya itu ALLAH yang menciptanya.

5. Kenderaan yang dikatakan miliknya itu seperti kapal terbang, kapal laut, bas, kereta, motor dan lain-lain, siapa yang mencipta besi yang menjadi bahan kenderaan itu? Manusiakah atau Tuhan yang menciptanya? Otak manusia yang mereka kenderaan itu sampai terjadinya kenderaan tersebut, bukankah Tuhan juga yang menciptakannya? Getah yang menjadi sebahagian daripada bahan kenderaan itu, siapakah yang menciptakannya? Tuhankah atau manusia?

6. Emas, perak, intan berlian yang diperebutkan oleh sesetengah orang dan sangat dibangga-banggakan oleh kaum wanita itu, siapakah yang menciptakan? Tuhankah atau manusia yang menjadikan bahan-bahan galian itu? Bukankah semuanya itu , Tuhan yang menciptakannya?

Begitulah seterusnya, kalau kita bahaskan tentang benda-benda lain yang dikatakan menjadi milik manusia itu, apakah manusia yang menciptakannya? Atau Tuhan yang menciptakan? Tentulah setiap hati akan menjawab bahawa ALLAH jua yang menjadikan semua isi langit dan bumi termasuk seluruh makhluk. Dia-lah Pencipta yang mutlak. Sekaligus semua benda itu menjadi milik-Nya dan hak-Nya. Bahkan usaha-usaha manusia itu pun tertakluk kepada kuasa dan ciptaan ALLAH.

Kalaupun pada lahimya manusia itu mencipta atau membuat atau mereka sesuatu, tetapi sebenamya mereka hanya menyusun-nyusun apa yang telah sedia ada, iaitu bahan-bahan yang telah dijadikan oleh ALLAH SWT itu.

Apa kata kalau tidak ada bahan-bahan yang diciptakan oleh ALLAH itu, bolehkah manusia membuat tanah sendiri? Bolehkah manusia membuat kayu sendiri? Bolehkah manusia membuat besi sendiri? Bolehkah manusia buat getah sendiri, intan berlian dan emas perak sendiri, dan lain-lain lagi? Apakah semuanya itu manusia boleh membuatnya? Kalau bahan-bahan tadi tidak diciptakan oleh ALLAH, . apakah manusia dapat membuat kereta? dapat bangunkan rumah? dapat berfikir? dapat buat segala-galanya? Tentu tidak.

Kalaulah tidak ada otak, tangan, kaki, telinga dan lain-lain yang ALLAH ciptakan itu, apakah manusia mampu menyusun bahan-bahan tersebut? Bolehkah bahan-bahan tersebut tersusun-susun dengan sendirinya jadi kereta, kapal terbang, kapal, rumah, meja, paku, hinggalah ke sekecil-kecil barang atau benda? Tanpa otak yang ALLAH jadikan, sudah tentu manusia tidak boleh berbuat apa-apa.

Perlu juga diingatkan di sini tentang sesetengah orang yang merasakan amal ibadah dan usahanya adalah miliknya. Sehingga menganggap dirinya hebat beramal, banyak Tahajjud, banyak puasa, banyak naik haji, banyak bersedekah, banyak menolong orang lain (melakukan khidmat masyarakat) dan sebagainya. Selalu kita dengar sesetengah orang suka membual-bualkan amal ibadah mereka dengan bangganya, seperti katanya, "Saya kuat Tahajjud", "Saya puasa tiga bulan berturut-turut" , "Saya sudah sepuluh kali naik haji", "Dia dapat hidup tu, saya yang menanggungnya" , "Masjid ni sayalah yang bina" dan bermacam-macam lagi hingga dia rasa ujub dan riyak.

Kadang-kadang sampai menghina-hina atau memperli-perli orang lain yang tidak dapat berbuat seperti mereka. Kerana dia terasa lebih daripada orang lain. Dia rasa bahawa seluruh amalan yang dia buat itu adalah miliknya. Dia lupa amal ibadah itu adalah hadiah daripada ALLAH SWT.

Kalau begitu, mari kita tanya orang ini:

1. Anggota kepala, otak, badan, kaki dan tangan yang mengusahakan sehingga dapat menghasilkan Tahajjud, haji, puasa yang baik dan banyak itu, siapakah yang menciptakannya? Bukankah ALLAH yang menciptanya? Anggota-anggota yang berdiri, rukuk, sujud, apakah milik dia atau milik ALLAH? Mulut yang digunakan untuk berzikir itu, apakah dia yang mencipta atau Tuhan yang menciptanya?

2. Detikan hati yang mendorong tangan untuk bersedekah, menolong orang (melakukan khidmat masyarakat), siapa yang mengingatkan dan mendorongnya? Dirinya atau Tuhan yang menciptakannya?

Tentulah hati menjawab ALLAH jua yang menjadikan semuanya. Sekaligus milik-Nya. Kalaupun lahimya manusia mampu beramal banyak, beribadah banyak, tapi itu semuanya adalah hidayah dan dorongan dari ALLAH, yang tanpanya tentulah mereka tidak akan beramal dan beribadah.

Andaikata tidak ada anggota-anggota yang ALLAH ciptakan itu, bolehkah dia bertahajjud, berpuasa, sedekah, buat khidmat masyarakat dan sebagainya? Apakah semua anggota itu manusia boleh membuatnya? Kalaulah anggota-anggota itu tidak ada, alangkah malangnya manusia ini. Tanpa anggota-anggota itu manusia tidak boleh buat apa-apa. Bahkan tidak bernilai dan berharga langsung.

Untuk hal-ha1 yang berkaitan dengan alam maknawiyah pula, manusia selalu tersilap tafsir. Kerana merasakan itu juga adalah miliknya. Antara- nya manusia merasakan:

1. Kedudukan, pangkat, jawatan dan kuasa adalah miliknya.
2. Cerdik, pintar, bijak, petah adalah miliknya.
3. Handal, kuat, gagah, bertenaga, sihat adalah miliknya.
4. Berilmu, berpengalaman, peka, pakar, berjaya adalah miliknya.
5. Rajin, sabar, syukur, redha, pemaaf dan lain-lain lagi adalah miliknya.

Bila itu semua dirasakan miliknya, maka disebut-sebutnya tentang kelebihannya itu; sekurang-kurangnya terlintas di hati dengan katanya, "Tak tahu ke aku ni orang yang berpangkat? Aku tangkap dan penjara nanti", "Nampaknya tidak ada yang lebih cantik, lawa, cerdik, bijak dari aku", dan bermacam-macam lagi kata-kata yang boleh membuat orang tersinggung, marah, luka hati, benci serta meluat.

Sikap-sikap buruk atau perangai keji ini timbul daripada rasa ujub (hairan dengan diri sendiri), rasa riyak, sombong, ego, besar diri, iaitu nafsu jahat yang ada dalam diri seseorang itu. Sehingga sanggup dia memperkecil- kecilkan orang lain, menghina-hina, memperleceh- lecehkan, memalukan dan menjatuhkan maruah orang di depan orang lain kerana dia terasa lebih daripada orang lain. Dia terasa kelebihan-kelebihan itu kepunyaannya. Sekiranya ia dipuji orang dengan kelebihan-kelebihan yang ada padanya, dia rasa bangga, hatinya berbunga, makin terasa dia seorang yang luar biasa.

Kesimpulannya, dia merasa bahawa segala kelebihan yang ada padanya itu adalah milik dan kepunyaannya. Dia lupa bahawa segala-galanya adalah nikmat dan milik ALLAH dan dihadiahkan kepadanya. Patut dia terasa malu dengan ALLAH dan bersyukur pada-Nya.

Benarkah hal-hal maknawiyah dan rohiyah yang ada pada manusia itu adalah milik mutlaknya? Kalau begitu mari kita tanya mereka itu:

1. Kuasa, pangkat, jawatan, kedudukan yang ada padanya itu milik siapa? Akal yang digunakan untuk berfikir sampai dia boleh mentadbir dan menjawat jawatan dan kedudukan yang tinggi, siapakah yang menciptakannya? Diakah atau Tuhan? Rohnya yang menggerakkan anggota-anggotanya hingga jadi cukup bertenaga dan akhirnya mendorong dia jadi berkuasa itu, siapakah yang menjadikannya? Dia atau Tuhankah yang menjadikannya?

2. Kecerdikan, kepintaran, kepetahan yang dikatakan miliknya itu, siapakah yang jadikan? ALLAH-kah atau dia yang menjadikan?

3. Handal, kuat, gagah, bertenaga dan sihat yang dikatakan miliknya itu, siapakah yang menjadikannya? Tuhan atau diakah?

4. Berilmu, berpengalaman, peka, pakar, berjaya yang dikatakan miliknya itu, siapakah yang menjadikan ilmu itu Tuhankah atau dia sendiri? Siapa yang memberi ia umur panjang dan lama hidup? Tuhankah atau dia sendiri? Sensitif dan perasa yang ada pada deria lidah, mata, telinga, hidung dan kulit yang menjadikan ia peka itu siapakah yang menjadikannya? Diakah
atau Tuhan?

5 . Rajin, sabar, syukur, redha yang dirasakan miliknya itu,dari mana datangnya tangan dan anggota yang rajin itu? Tuhankah atau dia? Dia dapat bersabar, bersyukur dan redha itu, siapakah yang jadikan hatinya itu? Tuhankah atau dia?

Hati setiap orang akan menjawab dengan sendirinya ALLAH-lah yang menjadikannya. Jika ada pun pada lahirnya manusia itu cerdik, pintar, bijak, petah, handal, kuat, gagah, bertenaga, sihat, berilmu, berpengalaman, peka, pakar, berjaya, rajin, sabar, redha, syukur, pemaaf dan lain-lain lagi, itu adalah nisbi atau nisbah atau dibangsakan semata-mata. Sebenarnya ia tetap menggtmakan akal, ilmu, tenaga dan lain-lain anggota maknawiyah yang telah sedia ALLAH jadikan.

Apakata seandainya ALLAH tidak berikan apa-apa kepadanya. ALLAH tidak beri roh (nyawa), akal, ilmu, tenaga; sudah tentu tidak punya erti apa-apa lagi. ALLAH tarik roh, ertinya manusia akan jadi mayat yang tidak berguna lagi, bahkan menyusahkan orang yang hidup menguruskannya. ALLAH tarik ilmu, manusia jadi bodoh; ALLAH tarik tenaga, manusia akan lumpuh. ALLAH tarik deria mata, manusia jadi buta; ALLAH tarik deria telinga, manusia jadi pekak. ALLAH tarik satu urat sahaja, manusia jadi cacat. Begitulah seterusnya yang menunjukkan semua yang ada pada manusia itu adalah milik ALLAH yang mutlak. Untuk orang-orang ini sudah pun ALLAH ingatkan dengan amaran-amaran keras melalui fir-man-Nya:

Terjemahan: Dan Dia-lah yang menjadikan kamu penguasa-penguasa di bumi dan Dia meninggikan kamu atas sebahagian yang lain beberapa darjat untuk mengujimu tentang apa yang diberikun-Nya kepadamu. Sesungguhnya Tuhanmu amat cepat seksaan- Nya. Sesungguhnya Dia Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (Al An'am 165)

ALLAH juga memberi warning kepada orang yang suka melahirkan apa yang ada dalam hatinya. Firman-Nya:

Terjemahannya: Kepunyaan ALLAH-lah segala apa yang ada di langit dan di bumi. Dan jika kamu melahirkan apa yang ada di dalam hatimu atau kamu menyembunyikunnya nescaya ALLAH akan membuat perhitungan dengan kamu tentang perbuatanmu itu. Maka ALLAH mengampuni siapa yang dikehendaki- Nya dan menyeksa siapa yang dikehendaki- Nya dan ALLAH Maha Kuasa atas segala sesuatu. (Al Baqarah: 284)

Jadi nampaklah sekarang ini oleh mata lahir dan mata batin (hati) kita bahawa segala yang lahir dan yang batin semuanya ciptaan ALLAH, bukan ciptaan manusia. Ertinya ia hak milik ALLAH yang mutlak yang hanya diberi pinjam kepada manusia mengikut ketentuan di azali lagi. Kemudian ianya diagih-agih mengikut kehendak-kehendak- Nya sebagai amanah-Nya agar dapat dijadikan alat oleh manusia untuk memudahkannya mengerjakan perintah ALLAH SWT. Itulah tujuan sebenar nikmat-nikmat itu diberi oleh ALLAH kepada manusia.

Bila-bila masa sahaja ALLAH boleh mengambilnya balik dari manusia atau boleh mengekalkannya. ALLAH beri benda-benda tersebut dan lain-lain lagi dengan tujuan supaya semuanya itu digunakan kepada apa yang diredhai oleh ALLAH sahaja. Kerana semua itu ciptaan-Nya dan kepunyaan-Nya. Kita tidak boleh menggunakannya sesuka hati.

Oleh itu jelaslah bahawa bila manusia dikatakan memiliki itu dan ini, ianya hanya merupakan nisbi (dibangsakan) semata-mata. Bukan secara mutlak. Hakikat sebenamya manusia ini tidak punya apa-apa. Kerana pada hakikamya barang itu bukan milik manusia, maka ia tidak boleh menggunakannya sesuka hati, tapi tertakluk kepada kehendak-kehendak dan peraturan-peraturan yang ALLAH telah tetapkan. Kalau manusia ini menyalahgunakan barang kepunyaan ALLAH itu, sewaktu ALLAH menjemput nanti mereka akan ditanya, cara mana ia mendapatkan barang-barang itu dan ke mana ia digunakan.

Kalau begitulah hakikatnya, ertinya apa yang ada pada manusia ini adalah pinjaman ALLAH. Mana boleh dibangga-banggakan dan mana boleh manusia bermegah-megah dan sombong dengan benda-benda tersebut. Juga mana boleh manusia menggunakannya sesuka hati tanpa mengikut peraturan yang telah ditetapkan oleh ALLAH yang mencipta dan memiliki barang-barang itu.

Kalau manusia tidak menggunakan ciptaan dan milik ALLAH yang ada padanya itu untuk ALLAH dan apa yang diperintahkan ALLAH maka mereka dianggap kufur dengan nikmat. Risikonya terimalah nanti balasan ALLAH di Akhirat dengan Neraka. Wal'iyazubillah. Begitulah amaran Allah dalam ayat:

Terjemahannya: Sesungguhnya jika kumu bersyukur (di atas nikmat) nescaya Kami akan tambah lagi kepada kamu. Dan jiku kamu kufur (kufur nikmat) sesungguhnya azab-Ku amat pedih (yang bersangatan) . (Ibrahim: 7)


UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH. I LOVE YOU FULL.. HA..HA..HA..HA..

[+/-] Read More...

ISTERI BERHAK CERAIKAN SUAMI

Bismillahirahmannirahim..

Berita baik utk penyokong SiS : Isteri berhak ceraikan suami. Tapi kena gostan kebelakang semula la.. pakai cawat, xyah pakai bra... makan babi dan kera.. hehehehe...

Calon suami masyarakat Orang Asli Jahai perlu memenuhi beberapa syarat sebelum diterima untuk berkahwin, antaranya perlu mendapatkan madu lebah tanpa disengat lebah.





SUKHAIMI KASWAN, 51, merupakan seorang guru sebelum meletak jawatan dan beralih arah dalam bidang penyiaran pada tahun 1996 lalu. Beliau yang berasal dari Batu Pahat, Johor kini menjadi seorang pengarah di sebuah syarikat penerbitan drama dan dokumentari iaitu Q-PLEX Communication Sdn. Bhd. yang beralamat di Taman Seri Manja, Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur.Itu kisah kerjayanya yang terkini, namun pengalaman menjadi penerbit eksekutif sebuah dokumentari mengenai Orang Asli Jahai di Kampung Sungai Kejar, Hutan Belum Banding, Perak amat mengujakan beliau.Gambaran suku Orang Asli itu ialah mereka berkulit hitam, berambut kerinting halus, hidung pesek dan bermata bulat serta memberi nama kepada ahli keluarga yang diilhamkan daripada alam sekitar seperti pisang, keledek dan teratai.Bahasa atau dialek yang digunakan ialah bahasa Asli Utara, selain kebanyakannya tinggal di kuala sungai dan persisiran tasik.Unik sekali, menurut Sukhaimi, rumah mereka berbentuk pisang sesikat yang dibina daripada buluh dan beratapkan daun bertam dan tepus yang sekali gus memberi pengalaman baru kepada pengarah terbaik Festival Filem Dokumentari Malaysia 2009 ini."Pengalaman menghasilkan dokumentari pada awal tahun lepas (2008) ini memerlukan saya dan enam orang krew lain menaiki bot sejauh 60 kilometer. "Kemudian kami perlu meredah hutan sepanjang 30 kilometer lagi untuk sampai ke perkampungan mereka bersama seorang pakar alih bahasa kerana mereka tidak percayakan orang luar," ujarnya membuka bicara.Sukhaimi mengambil masa tiga bulan membuat kajian akademik mengenai Orang Asli Jahai tidak menafikan kaum itu masih mengamalkan kehidupan primitif."Sebahagian kecil daripada mereka iaitu dalam lingkungan 100 orang masih hidup secara primitif mengikut sejarah nenek moyang mereka dahulu walaupun sebahagian besar mereka kini hidup dalam suasana moden."Bukan tidak ditawarkan oleh Jabatan Kebajikan Orang Asli (JHEOA) untuk berpindah dan rumah yang selesa cuma mereka lebih selesa dengan situasi yang diamalkan sekarang."Tetapi pihak Jabatan Kesihatan Perak dan JHEOA akan datang ke perkampungan mereka sekurang-kurangnya tiga kali sebulan untuk menyelia tahap kesihatan dan kebajikan," ujarnya. Malangnya kata Sukhaimi, Orang Asli Jahai kurang mahir dari aspek ekonomi."Mereka bergantung kepada ekonomi sara diri dengan menanam ubi keledek dan mencari hasil hutan seperti rotan, akar kayu, tongkat Ali, kayu gaharu yang dijual kepada peraih sebagai punca pendapatan."Tetapi dari segi urusniaga mereka sering tertipu dan terkeliru. Not kertas RM50 dianggap kecil berbanding not RM1 sebanyak 10 keping hanya kerana kuantitinya tidak banyak.


KAUM wanita Orang Asli Jahai berperanan sebagai ketua institusi kekeluargaan walaupun suami masing-masing yang keluar ke hutan mencari rezeki keluarga.


Selain itu, Sukhaimi juga meneliti rutin harian mereka yang mandi menggunakan air tasik tanpa menggunakan sabun serta menggosok gigi menggunakan arang.

Bagi menambah sumber makanan, Orang Asli Jahai ini mencari madu dan menangkap haiwan seperti kera dan babi.

"Walaupun terdapat binatang buas seperti harimau dan gajah, hubungan mereka dan haiwan buas begitu aman tanpa wujud 'persengketaan'," jelas Sukhaimi.




Wanita cari pasangan

Sukhaimi memberitahu, Orang Asli ini terkenal dengan keunikan amalan perkahwinan dan kehidupan berkeluarga.

"Sebenarnya, wanita yang mencari pasangan mereka. Kriteria suami pilihan pula terpulang kepada keinginan wanita terbabit seperti kuat, peramah dan sebagainya. Tetapi wanita yang bersuami mempunyai kuasa untuk bertukar suami.

"Walaupun sudah berkahwin, wanita yang tidak lagi menyukai suaminya boleh menceraikan pasangannya itu bagi mencari yang lain. Kesian suami itu," ujar Sukhaimi sambil ketawa.

Salah satu adat rasmi yang diamalkan Orang Asli Jahai ialah pasangan suami isteri diharamkan bertegur sapa dan bercakap dengan mertua dalam posisi dekat selain mempunyai orang tengah sebagai penghubung komunikasi.

"Dikatakan amalan ini dilakukan untuk menolak bala. Wanita berperanan menjadi ketua institusi keluarga biarpun suami sendiri yang mencari rezeki. Isteri pula membuat kerja-kerja rumah seperti memasak, membasuh dan mengangkut air dengan buluh.

"Calon suami pula perlu memenuhi beberapa syarat sebelum diterima berkahwin, antaranya perlu mencari madu lebah tanpa disengat lebah.

"Ada juga calon yang perlu mengambil bunga di dalam hutan sebagai syarat selain tidak boleh bermalam bersama isteri untuk tempoh yang ditetapkan bomoh," katanya.

Peranan Tok Batin

Kalau berlaku kematian atau wabak penyakit, Orang Asli ini mengadaptasi dengan mengamalkan kehidupan nomad dan berpindah-randah.

Mayat mereka yang mati akan diletakkan dalam sebuah pondok bertingkat dan tidak dikebumikan. Bahagian atas untuk mayat orang tua manakala mayat kanak-kanak di bahagian bawah.

Roh si mati dipercayai dapat melindungi mereka yang masih hidup.

"Mereka juga akan berpindah jika berlaku pertambahan bilangan dalam komuniti. Begitu juga jika terjadi perbalahan kecil kerana keperluan makanan.

"Lazimnya, Tok Batin atau ketua kaum akan bertindak sebagai penyelesai masalah sekiranya timbul perbalahan," ujar Sukhaimi.

Walaupun hanya dua bulan menetap di perkampungan Orang Asli ini, Sukhaimi yang sudah 'jatuh hati' dengan keringkasan kehidupan mereka mahu persekitaran tersebut kekal sebegitu.

"Cuma bagi anak kecil, mereka perlu diberikan peluang pendidikan sewajarnya demi meningkatkan taraf hidup mereka pada masa kan datang. Jika peluang itu ada, Orang Asli juga boleh berjaya," ujarnya
--


[+/-] Read More...

KAWALAN KETAT TERHADAP MASJID AL-AQSA

Bismillahirahmannirahim..

BINGKISAN DARI YAMAN

Oleh: Imran al-Malizi(imran_almalizi@ yahoo.com)

Dunia Islam dikejutkan lagi dengan insiden terbaru yang berlaku di kota al-Quds dan Masjid al-Aqsa. Mimbar masjid di seluruh dunia memperkatakan isu yang berlaku baru-baru ini akibat tekanan yang dikenakan oleh pihak berkuasa Israel terhadap umat Islam di kota suci itu. Pihak berkuasa Israel telah mengerahkan sejumlah besar anggota polis di sekitar Masjid al-Aqsa setelah berlaku beberapa pergelutan pihak polis dengan para jemaah di kawasan masjid suci itu.

Keadaan menjadi tegang apabila kaum muslimin yang berusia 50 tahun ke bawah telah dihalang daripada memasuki kawasan Masjid al-Aqsa menyebabkan ramai penduduk kota al-Quds melahirkan rasa tidak berpuas hati lalu meledakkan insiden tunjuk perasaan. Manakala para jemaah yang sudah berada di dalam kawasan al-Aqsa enggan keluar dan terus beriktikaf di dalamnya sepanjang solat lima waktu. Mereka bimbang tidak dibenarkan masuk semula setelah keluar dari kawasan masjid suci itu. Solat Jumaat hanya dapat ditunaikan oleh para jemaah di luar kawasan tembok al-Aqsa akibat kepungan dan halangan yang dikenakan oleh pihak berkuasa Israel .

Kekacauan terbaru yang berlaku itu dikatakan berpunca daripada tindakan pihak berkuasa Israel yang dikatakan bertujuan menjaga keselamatan para pengunjung Yahudi ke tembok barat Masjid al-Aqsa yang dikuasai mereka.

Dianggarkan lebih kurang 7000 orang Yahudi yang terdiri dari kalangan penganut Judaisme sedang mengadakan upacara ibadat di tembok barat untuk meraikan perayaan Sukkoth. Perayaan yang disambut pada musim luruh ini merupakan salah satu daripada tiga perayaan suci yang disebutkan di dalam kitab Taurat mereka. Menurut jurucakap polis Israel , Micky Rosenfeld, "Pertimbangan ini dibuat untuk menghindari insiden baru di kawasan ini dan kota lama ( Jerusalem ) bagi mengelakkan batu-batu dilontarkan kepada orang Yahudi yang datang untuk beribadat di Tembok Barat."

Pihak berkuasa Israel juga mendakwa terdapat pihak-pihak tertentu yang memainkan isu ini dan mengapi-apikan bahang permusuhan dengan menyeru penduduk al-Quds supaya bertindak ganas untuk mempertahankan Masjid al-Aqsa.
Manakala Hamas dalam kenyataan rasminya menyatakan, "Kami tidak akan duduk diam dan kami akan bangkit mempertahankan tempat suci kami." Hamas juga menegaskan bahawa tindakan prejudis terhadap Masjid al-Aqsa ini adalah satu 'bom jangka' yang bakal meledak di hadapan pengganas Zionis. Hamas juga menyeru warga Palestin agar berarak beramai-ramai ke Masjid al-Aqsa untuk menunaikan solat sebagai tindakan penentangan secara terbuka menghadapi halangan pihak polis Israel . Manakala Presiden Palestin, Mahmoud Abbas mengajak rakyat supaya melakukan protes secara aman.

"Kami menyeru warga Palestin yang berani, seluruh kaum Arab dan orang-orang Islam agar bangkit mempertahankan tempat-tempat suci kita dan melancarkan intifadhah (gerakan kebangkitan) yang baru untuk mempertahankan kota al-Quds dan Masjid al-Aqsa," tambah pergerakan Hamas dalam kenyataannya.

Ramai para pengkaji berpendapat, tindakan Israel ini bakal meledakkan Intifadhah ke-3 dalam sejarah kebangkitan rakyat Palestin menghadapi penjajahan Zionis. Apa yang menambahkan kemarahan rakyat Palestin ialah tindakan pihak polis Israel tidak membenarkan para penganut agama Islam daripada masuk untuk menunaikan solat. Akan tetapi, mereka membenarkan kumpulan ekstremis Yahudi dan para pelancong untuk masuk. Pihak polis Israel juga mengadakan banyak sekatan di jalan-jalan masuk ke al-Quds dan menghalau rakyat Palestin yang tidak tinggal atau bekerja di kota tersebut daripada memasuki kota al-Quds.

Pergerakan Islam telah dipersalahkan oleh pihak polis Israel kerana menyebabkan suasana tegang sepanjang minggu tersebut. Mereka juga menahan pemimpin gerakan tersebut, Syeikh Raed Salah kerana didakwa telah mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang menaikkan kemarahan awal. Syeikh Raed Salah yang pernah menjalani hukuman penjara selama 2 tahun, baru-baru ini telah mengulangi seruannya agar kaum muslimin mempertahankan Masjid al-Aqsa. Manakala perkembangan di Genting Gaza pula menyaksikan lebih 10 ribu rakyat berdemonstrasi mempertahankan kesucian Masjid al-Aqsa yang dikepung pihak polis Israel melebihi tempoh seminggu.

Seorang pemimpin Hamas, Yahya Musa menyatakan dalam ucapannya, "Al-Aqsa bukan sahaja berada dalam bahaya, bahkan ianya bakal dimusnahkan. . al-Aqsa adalah sebahagian daripada akidah kita, ia adalah titik asas pertarungan di antara yang hak dan batil. Sudah tiba masanya umat Arab dan Islam bangun dan mempertahankannya! Kami sudah bersedia menghadapi pertempuran terakhir dengan Israel dan orang-orang Arab mesti bersatu, kami ingin menyatakan kepada mereka, bahawa kamu semua tiada alasan sekiranya al-Aqsa dimusnahkan… kaum muslimin mesti berarak di jalanan."

Tambah beliau lagi, "Kepada para pemimpin Arab kami mengatakan: Apakah kamu tidak berasa malu menjadi alat mainan di tangan Zionis!?"

Beliau juga mengajak seluruh rakyat meneruskan perjuangan dan menentang pentadbiran di Ramallah sehinggalah presiden Mahmoud Abbas meletakkan jawatan atau digulingkan secara paksa. 'Jenayah' Abbas ini tidak boleh dibiarkan sehingga seluruh bumi Palestin dijual kepada musuh. Tekanan yang berlaku di sekitar Masjid al-Aqsa pada ketika ini didakwa mempunyai kaitan dengan perbuatan khianat para pemimpin Palestin di Ramallah.

Sehingga bingkisan ini ditulis, suasana tegang di sekitar Masjid al-Aqsa masih berterusan walaupun pihak polis Israel menambah pasukan keselamatannya. Dilaporkan para penunjuk perasaan dan orang-orang yang tidak dibenarkan masuk untuk solat terus-menerus melontarkan batu ke arah pihak polis. Pertempuran berlangsung selama lebih 1 jam di kebanyakan jalan-jalan utama menuju ke Masjid al-Aqsa. Sekurang-kurangnya 4 orang rakyat Palestin dan 5 orang polis tercedera dalam pergelutan itu. Jumlah sebenar yang tercedera masih belum dapat dipastikan. Tindakan Israel yang melakukan pencerobohan ke atas Masjid al-Aqsa ini bukan sahaja telah meningkatkan penentangan rakyat Palestin, bahkan telah menimbulkan kemarahan umat Islam di seluruh dunia.

Para khatib di seluruh dunia Islam disarankan agar terus membangkitkan kesedaran di kalangan umat dalam setiap khutbah Jumaat. Adalah tidak wajar, umat Islam terus mendiamkan diri sehingga Masjid al-Aqsa dirobohkan. Ketika itu kita hanya mampu mengeluh melihat Haikal (Kuil) Sulaiman tertegak di tengah-tengah runtuhan Masjid al-Aqsa.


UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH. I LOVE YOU FULL.. HA..HA..HA..HA..

[+/-] Read More...

Monday, October 19, 2009

AWAS ..!!! MAZHAB KRISTIAN MIRIP ISLAM

Bismillahirahmannirahim..

Mazhab Kristian Yang Mirip Islam.





Seumur hidup tidak pernah dengar tentang salah satu cabang MAZHAB KRISTIAN ini , amat menakutkan terutama bagi anak-anak dan mereka yang tidak mendapat pendidikan ISLAM secara formal. Minta kita dijauhi dari sebarang fitnah ini, amin?

Bahaya mazhab Kristian yg 'mirip' Islam - gambar. Sebuah sektsa dalam agama Kristian, cara peribadatannya hampir sama dengan Islam. Sukar membezakan kristian gaya baru? Saat Maghrib telah tiba. Belasan orang di Hotel Sahid Surabaya itu bergegas sholat. Semuanya berkopiah dan dipimpin seorang imam. Jangan keliru,mereka bukan kaum Muslimin yang sedang menunaikan kewajiban sholat Mahgrib. Mereka adalah jamaah Kristian Ortodok kristian ortodok, sebuah sektsa dalam agama Kristian. Boleh jadi, orang awam akan terkeliru sebab , sektsa ini memang sangat mirip Islam.Bukan saja asalnya serumpun,Timur Tengah, tapi juga ritual dan tatacara peribadatannya nyaris sama.Tengoklah saat mereka sholat. Selain berkopiah dan dipimpin seorang imam,bila berjamaah,juga memakai bahasa Arab. Rukun sholatnya pun hampir sama. Ada ruku' dan sujud. Bezanya,bila kaum Muslimin diwajibkan sholat 5 kali sehari,penganut Kristian ortodok lebih banyak lagi, 7 kali sehari setiap 3 jam; masing-masing dua rakaat. Mereka menyebutnya:sa'atul awwal (fajar/shubuh), sa'atuts tsalis(dhuha), sa'atus sadis (dhuhur), sa'atut tis'ah (ashar), sa'atul ghurub (maghrib), sa'atun naum (Isya'), dan sa'atul layl (tengah malam). Hal yang sama juga pada amalan puasa. Puasa wajib bagi orang Islam dilakukan selama sebulan dalam setahun, dikenal dengan shaumu ramadhan. Sedang pada Kristian ortodok disebut shaumil kabir (puasa 40hari berturut-turut) yang dilakukan sekitar bulan April. Jika dalam Islam ada puasa sunah Isnin - Kamis, pada kristian ortodok dilakukan pada Rabu dan Juma'at, dalam rangka mengenang kesengsaraan Kristus. Selain sholat dan puasa, jamaah Kristian ortodok juga mengenal zakat. Zakat, dalam ajaran Kristian ortodok, adalah satu persepuluh dari pendapatan Gambar2 ajaran kristian ortodok yg mungkin anda keliru.... jadi berhati2laaaa kita tentang ajaran kristian ortodok... hebah kan laaa pada kawan2 kiter...Yang pasti........... ini bukan ayat al-Quran..... Semoga kita semua berhati2...... jangan sampai terbeli....dan digantung
di rumah kita.Sebarkanlah supaya semua teman2 kita maklum.

Tolong Baca.Jangan biarkan kita di perbodohkan oleh org2 KAFIR.............Perhatian Kalu ternampak penghujungnya ditulis Surah Injilu Matay terus reject.

Assalammualaikum Al Muslimin dan sahabat-sahabat semua....Sila baca dan edarkan kepada sesiapa yang tiada di dalam e-mail ini...Jangan jadikan ia sebagai e-mail berantai anggaplah satu yang penting kerana kita telah mengetahui akan pekara ini... Itulah agenda Kristian, maka berhati-hatilah..... Jangan terpedaya pada rupanya sahaja tetapi tengok dan selidikilah isinya juga... tengok keseluruhan. Memang ianya nampak cantik sekiranya dibuat untuk menghiasi dinding rumah, Hhmm.... sekali pandang macam ayat/kalimah Al-Quran......sebenar ayat Bible

wallahualammmubissawab........


UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH. I LOVE YOU FULL.. HA..HA..HA..HA..

[+/-] Read More...

MEMBENTENG SIHIR

Bismillahirahmannirahim.

Ayat Al-Quran Membenteng Sihir

Apabila kita membicarakan mengenai sihir, kebiasaannya kita akan berdepan dengan tiga golongan manusia, iaitu mereka yang tidak mempercayai kewujudannya, mereka yang terpengaruh serta menggunakan khidmat ahli sihir dan mereka yang terlalu takut dengan kesan ilmu sihir sehingga tidak mengetahui apakah tindakan yang perlu dilakukan bagi melindungi diri mereka daripada terkena sihir.

Apa itu sihir? Menurut Ibnu Qudamah Al-Maqdisi di dalam al-Mughni, sihir adalah ikatan, jampi, perkataan yang dilontarkan secara lisan mahupun tulisan, atau melakukan sesuatu yang mempengaruhi badan, hati atau akal orang yang terkena sihir tanpa berinteraksi langsung dengannya.Sihir ini mempunyai hakikat di antaranya ada yang boleh membunuh, menyakiti, membuat seseorang suami tidak boleh bersama isterinya atau memisahkan pasangan suami isteri, atau membuat satu pihak membenci lainnya atau membuat kedua-dua belah pihak saling mencintai.

Amalan sihir ini sebenarnya mempunyai hubung kait yang rapat dengan alam jin dan syaitan. Tukang sihir, pawang, dukun atau bomoh menjalankan ilmu hitamnya menerusi pertolongan jin dan syaitan. Ahli sihir perlu melakukan amalan syirik, khurafat dan tahyul terlebih dulu bagi bersahabat dengan jin dan syaitan yang mereka gunakan untuk melakukan kerja jahat mereka. Apabila tukang sihir meningkatkan amalan kufur maka jin dan syaitan itu akan lebih taat kepadanya dan lebih cepat melaksanakan perintahnya.

Sehubungan dengan itu tukang sihir dan syaitan adalah teman setia yang saling bekerjasama dalam melakukan perbuatan yang terkutuk di sisi syarak dan ini dicela Allah SWT seperti firman-Nya: "Dan bahawa sesungguhnya adalah (amat salah perbuatan) beberapa orang daripada manusia, menjaga dan melindungi dirinya dengan meminta pertolongan kepada ketua golongan jin, kerana dengan permintaan itu mereka menjadikan golongan jin bertambah sombong dan jahat." (al-Jinn: 6)

Bagi sesetengah pihak, sekiranya sesuatu perkara itu tidak boleh dibuktikan mengikut kaedah saintifik maka dia akan menolaknya secara mentah seolah-olah ilmu sains itu menjadi satu cabang ilmu yang sempurna tanpa cacat-cela. Ilmu sains bukanlah sesuatu cabang ilmu yang sempurna. Sesuatu perkara itu hanya kita boleh diyakini sebagai seratus peratus benar sekiranya ia termaktub di dalam al-Quran dan Sunnah.

Sihir dan alam jin ini sebenarnya termasuk dalam perkara ghaib dan bagi umat Islam perkara itu perlu dirujuk kepada nas al-Quran dan hadis. Sekiranya sihir itu tidak wujud mana mungkin Allah SWT menyuruh kita berlindung diri daripada perbuatan tukang sihir seperti firman-Nya: "Katakanlah (wahai Muhammad); "Aku berlindung kepada (Allah) Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk, dari bencana makhluk-makhluk yang Dia ciptakan; dan daripada bahaya gelap apabila ia masuk; dan dari kejahatan makhluk (tukang sihir) yang menghembus pada simpulan- (dan ikatan); dan daripada kejahatan orang yang dengki apabila ia melakukan dengkinya." (al-Falaq: 1-5).

Di dalam al-Quran juga ada kisah Nabi Musa AS bertarung dengan tukang sihir Firaun. Bahkan dalam riwayat hidup Rasulullah, Baginda juga pernah terkena sihir Labid bin al-A'sham, seorang tukang sihir Yahudi seperti diriwayatkan dalam Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim.

Bagi mereka yang terbabit dengan perbuatan sihir dan suka bertemu dengan ahli sihir seperti pawang, dukun dan bomoh, ketahuilah bawah amalan sihir ini termasuk dalam kategori dosa besar. Nabi SAW bersabda: "Jauhilah diri kamu daripada tujuh dosa yang boleh membinasakan" . Baginda ditanya: "Apakah dosa itu wahai Rasulullah? Baginda berkata: "Syirik kepada Allah, sihir, membunuh jiwa yang diharamkan oleh Allah melainkan dengan jalan yang benar, memakan harta anak yatim, memakan riba, lari dari medan pertempuran perang dan menuduh perempuan yang suci melakukan zina. "(Hadis al-Bukhari)

Sehubungan itu adalah diharamkan untuk bertemu bahkan mempercayai ahli sihir dan tukang ramal kerana ia perbuatan kufur. Sabda Baginda, "Bukan termasuk golongan kami yang melakukan atau meminta tathayyur (menentukan nasib sial berdasarkan tanda-tanda benda, burung dan lain-lain), yang meramal atau yang meminta diramalkan, yang menyihir atau meminta disihirkan dan barang siapa mendatangi peramal dan membenarkan apa yang dia katakan, maka sesungguhnya dia sudah kafir terhadap wahyu yang diturunkan kepada Muhammad SAW" (Hadis riwayat al-Bazzaar)

Tukang sihir ini sudah melakukan kerosakan serta huru-hara di dalam sesebuah masyarakat. Lantaran itu majoriti ulama mengharuskan hukuman bunuh terhadap tukang sihir. Akan tetapi Imam Syafie berpendapat tukang sihir hanya boleh dikenakan hukuman bunuh sekiranya dia menggunakan ilmu sihirnya itu untuk membunuh jiwa insan yang lain. Imam Syafie mengkategorikan hukuman terhadap tukang sihir ini sebagai qisas.

Dalam usaha seseorang itu untuk menghindarkan diri daripada terkena sihir, janganlah pula turut mengamalkan perbuatan yang memiliki unsur sihir atau meminta pertolongan daripada ahli sihir. Hendaklah setiap umat Islam melindungi diri mereka daripada niat jahat tukang-tukang sihir itu dengan membaca ayat al-Quran serta doa yang diajar Rasulullah SAW.

Berikut adalah beberapa petua yang diambil daripada hadis Baginda.

# Membaca ayat Kursi, iaitu surah al-Baqarah ayat 255 setiap kali selesai solat lima waktu dan sebelum tidur.

# Membaca surah al-Ikhlas, al-Falaq dan al-Naas setiap kali selesai solat lima waktu dan membaca ketiga surah itu sebanyak tiga kali pada pagi hari sesudah solat Subuh dan menjelang malam sesudah solat Maghrib.

# Membaca dua ayat terakhir dari surat al-Baqarah, iaitu ayat 285-286 pada permulaan malam.

# Membaca doa, "Aku berlindung dengan kalimat Allah yang sempurna daripada kejahatan makhluk ciptaan-Nya" pada malam hari dan siang hari ketika ingin pergi atau masuk ke sesuatu tempat.

# Membaca doa, "Dengan nama Allah, yang bersama nama-Nya, tidak ada sesuatu pun yang membahayakan, baik di bumi mahupun di langit dan Dia Maha Mendengar dan Maha Mengetahui " -tiga kali pada pagi hari dan menjelang malam.

Menurut Syeikh Abdul Aziz bin Abdullah, bacaan zikir dan permohonan perlindungan kepada Allah bagi memperoleh keselamatan dan untuk menjauhkan diri dari kejahatan sihir atau kejahatan lainnya iaitu bagi mereka yang selalu mengamalkannya secara benar disertai keyakinan yang penuh kepada Allah, bertumpu dan pasrah kepada-Nya dengan lapang dada dan hati yang khusyuk.

Oleh Mohd Yaakub Mohd Yunus


UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH. I LOVE YOU FULL.. HA..HA..HA..HA..

[+/-] Read More...

Sunday, October 18, 2009

ALERT : HOT SPOT CRIME AREAS IN KL !!!!

Bismillahirahmannirahim..

This info was send to me by an ex- journalist of The Sun Newspaper who cover Crime news in KL. Please take note of this few

HOT SPOT CRIME AREAS IN KL


1 Lebuh Ampang Bus Stop Near The Indian Restaurants - Snatch Thief Area, victims are normally Malay and Indian girls who are alone and not aware.Sexy Indian Girls, please be extra careful if you are to say a word, they will insult you with vulgar words or even slap your face if you put up a fight.

2 Jalan Ampang - Menara Great Eastern / Great Eastern Mall - If you are approaced by anyone - men or women asking for direction or time, please be ALERT if any cars ormotobike that comes near you. Stop you conversation and run for your for your life, if not be ready to scream or if you have a spray get it ready. Tag Team Ahli Gusti Jahat Gang will either snatch your handbag / handphone or sepak you if they can't get anything from you. If you are too sexy - they will bundle you into their car or molest you on the spot.

3 Changkat Thambi Dollah Off Jalan Pudu - Bus Stop and Wisma Shaw Areas Lots of Mat Rempits who hang around the bus stop area to snatch your handbag.Those who drive to this area and to Wisma Shaw for shopping or Cari Makan, Please park your car at a safe parking area. Tepi Jalan parking areas can be not safe - Taiko Tai might force you to remove your car or they will park to block your car. Any words you say to them might end-up you getting a good bash -up.[They have areas whereby only gang
leaders can park their cars]


4 Jalan Pudu From Swiss Garden Hotel to Hentian Pudu Raya and Menara Maybank

4.1 Ladies please take care of your handbag and your handphone when you place it near your ears - Mat Rempit Gang will Zoooom near your and roughly snatch it from you. You might just fall down due to the impact of it and hurt your head by hitting the ground.

4.2 When withdrawing cash from the banks ATM [Ambank of Maybank] Please look around first b4 you do your withdrawal, IF YOU NOTICE someone looking at you or suspicious to you, then you have to be extra careful ! There is this GERAK KILAT gang who in a split second would be near you and snatch or point a knife at you to handover the money, some even force their victims to withdraw from their victims other ATM banks.[According to my not so reliable source - they were one or two female victoms who were rape and dumped at Setapak and Kepong area]

4.3 Boarding of Taxi or Unkown Person Car - Please take note of the route the drivers is taking you, was told if you are taken to a wrong road then you would end-up as a Rape victim or if you are a guy, hehehe... you would be cash strip / burnt in a car.[My best friend lately was a victim, lost his Rolex Watch, Wedding Ring and ATM's Card ].

4.4 Ok, Ladies if you think that its safe to be on a motorbike with your Macho Guy that's fine, but beware of motorbikes beside you, they might be snatchers who will snatch your bag and Zoom away

5 Wangsa Maju Putra LRT and TAR College Area A New Gangster Area - this area have now become worst than Jinjang, Balakong or Puchong .Groups of youths will do anything to harm you for just a matter of cents or dislike personality. Don't stare or look2 at them, all you will know is that they will just simply stab you with a penknife or a dagger.

6 Kepong, Selayang, Sentul Timur LRT and Wangsa Maju - UnKnown Part Time Taxi Drivers or Stolen Taxi Waiting for You To Be Their Victims- Ladies if you are alone, please DO NOT board a taxi if you think the driver is not pleasant.

If you have withdrawn money from the bank or that you are sexy please ENSURE that the driver doesn't use the central locking of his taxi and driving you to a right route.[You have the full rights to ask the taxi driver not to use the central locking - Wind down the windows if he does not obey to you].. Macho Guy you too can be a victim cash and valuables.

Advice from polis diraja Malaysia - DO NOT FLASH YOUR LIGHTS

Advice from Polis Diraja Malaysia The message below is from a CID Officer with Polis Diraja Malaysia . Kindly forward it to your colleagues or friends.

ROAD SAFETY ALERT

A police officer working with a the DARE program has issued this warning:

If you are driving after dark and see an on-coming car with no headlights on, DO NOT FLASH YOUR LIGHTS at them. This is a common gang member 'Initiation Game'. The new gang member under initiation drives along with no headlights and first car to flash their headlights at him is now his 'target'. He is now required to turn around and chase that car, and shoot at or into the car in order to complete his initiation requirements. Make sure you share this info with all the drivers in your family.

PATROL CARS SHOULD KNOW THIS AND CATCH THE CULPRIT BY FLASHING THEIR PATROL CARS' LIGHTS !!


UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH. I LOVE YOU FULL.. HA..HA..HA..HA..

[+/-] Read More...

SIAPA LEBIH MEMBOSANKAN

Bismillahirahmannirahim..

Bilangan perempuan dikatakan lebih ramai berbanding lelaki. Tidak hairan, kini lelaki mempunyai banyak pilihan jika mencari pasangan. Barangkali kerana itu lelaki selalu 'pasang' lebih daripada seorang teman wanita atau isteri.

Teori demand and supply menjelaskan segalanya.

Bagaimanapun, seperti lelaki, perempuan mempunyai 'taste' tersendiri. Masakan mereka memilih teman lelaki atau suami secara semberono.

"Dia kacak tetapi membosankan, " antara kenyataan mereka.

'Bosan', perkataan membawa maksud subjektif.

Mungkin perempuan boleh menjelaskan maksud perkataan itu mengikut pengertian mereka jika dihubungkaitkan dengan lelaki. Lelaki pula mungkin jarang menyedari sikap dan tingkah laku mereka membosankan perempuan. Maklumlah, keegoan majoriti lelaki dikatakan tinggi.

Tetapi perempuan juga tidak dapat lari dari hakikat sebenar. Mereka juga mungkin membosankan pada pandangan lelaki. Justeru, lelaki mempunyai takrifan perkataan sama jika dihubungkaitkan dengan perempuan.

Kongsikan di sini, siapa lebih membosankan? Mengapa?


UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH. I LOVE YOU FULL.. HA..HA..HA..HA..

[+/-] Read More...

REALLY CRAZY!!! X DE OTAK!!

Bismillahirahmannirahim..

The little girl Varsha missing on UPSR day was killed bruttaly (SG)

tak berani jangan tengok ye.. subhannallah. .....kejam nye........ kesian adik nie kan....
This girl missing at Pulau Pinang during de 1st day UPSR exam and she just 12 years old....
See......... . what happen to the girl....




click pada read more untuk image seterusnya...









From:
rrosdi@celestica.com

UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH. I LOVE YOU FULL.. HA..HA..HA..HA..

[+/-] Read More...

ERTI KEBAHAGIAAN SEBENAR

Bismillahirahmannirahim..
Erti Sebenar Sebuah Kebahagiaan?

Merujuk laman web Karyanet.com. my, perkataan bahagia bermaksud, “suasana senang dan aman, aman damai serta gembira.” Melalui definasi ini, boleh disimpulkan bahawa kebahagiaan bererti satu keadaan yang mendatangkan ketenangan di jiwa, kerehatan di minda dan kegembiraan di hati.

Namun, keadaan yang mendatangkan kebahagiaan kepada seseorang tidak semestinya mendatangkan kebahagiaan kepada individu yang lain. Ia amat subjektif.

Seorang yang miskin akan merasa bahagia apabila beliau dikurniakan dengan kesenangan. Mungkin beliau mempunyai rancangan untuk membina rumah besar, berkereta besar, melancong ke sana ke mari. Namun semua ini merupakan kebahagiaan kepada seseorang yang dilahirkan di dalam keluarga yang berharta.

Seorang pencipta lagu akan merasa bahagia apabila lagunya memenangi kejuaraan dan menjadi nyanyian orang ramai. Namun semua ini tidak beerti kepada seseorang yang tidak mengenal nod-nod muzik.

Seseorang yang belum berumahtangga atau sedang bercinta, sudah tentu melihat kebahagiaan itu terletak di alam perkahwinan. Namun sejarah menukilkan individu seperti Asma Binti Bahdal, isteri kepada Muawiyah bin Abu Sufyan lebih merasa bahagia apabila kembali ke pondok buruknya yang pernah didiaminya suatu ketika dahulu.[1]

Untuk kebanyakan orang, cita-cita, impian dan keinginan dikaitkan dengan kebahagiaan. Secara tidak langsung kebahagiaan menjadi matlamat hidup. Namun persoalannya, apa yang akan berlaku setelah bahagia itu tercapai?
Si miskin tadi telah membina 10 buah rumah besar, telah membeli 100 buah kereta mewah, telah melancong ke serata pelosok dunia. Lalu apa yang akan dilakukannya setelah itu?

Adakah kebahagiaan yang kita impikan selama ini adalah kebahagiaan yang benar-benar kita perlu? Atau ada sesuatu di sebalik kebahagiaan itu yang masih tersembunyi? Sebuah kebahagiaan yang lebih hakiki.

What do you think it is?

Firman Allah di dalam surah Ar-Ra’d, ayat 29, “Orang-orang yang beriman dan beramal soleh, beroleh kebahagiaan yang amat mengembirakan dan tempat kembali yang sebaik-baiknya.”

Itulah kebahagiaan yang sebenar.
Wallahu’alam.


UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH. I LOVE YOU FULL.. HA..HA..HA..HA..

[+/-] Read More...

PESANAN ATOK : SEMUT

Bismillahirahmannirahim..


Click pada image untuk besarkan


Click pada image untuk besarkan


Click pada image untuk besarkan

UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH. I LOVE YOU FULL.. HA..HA..HA..HA..

[+/-] Read More...