Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Tuesday, May 26, 2009

Umno buat rombongan 31 Mei, elak keluar mengundi?



Mohd Sabri Said
Tue | May 26, 09 | 10:59:11 am MYT

PENANTI, 26 Mei (Hrkh)-Umno Bahagian Permatang Pauh dipercayai mengadakan rombongan ke Bukit Kayu Hitam, Kedah dengan tujuan melarikan sebahagian besar ahlinya pada 31 Mei ini.

Kegiatan tersebut dipercayai semata-mata menghalang ahlinya daripada menyertai pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) N12 Penanti yang menyaksikan pertandingan empat penjuru tanpa penyertaan Barisan Nasional (BN) iaitu tiga bebas dan seorang calon Pakatan Rakyat.

Harakahdaily dimaklumkan oleh sumber, bas disediakan di semua cawangan dan terpulang kepada ahlinya untuk turut serta atau sebaliknya.

"Kepada mereka yang tidak kesempatan menyertai rombongan tersebut mereka dinasihatkan memboikot pilihan raya berkenaan bagi mengurangkan peratus jumlah keluar mengundi," kata sumber terbabit.

Pada pendapat mereka, kata sumber itu jika peratus jumlah keluar mengundi turun tidak mustahil calon Pakatan Rakyat, Dr Mansor Othman kalah dan menyukarkan pentadbiran Kerajaan Negeri untuk mengisi kekosongan kerusi Timbalan Ketua Menteri 1 yang tinggalkan penyandangnya sebelum ini Mohamad Fairus Khairudin.

Tindakan Umno dan Barisan Nasional (BN) itu bukan sahaja menjejaskan pentadbiran Kerajaan Negeri bahkan boleh mencetuskan salah faham dan perpecahan sesama parti gabungan Pakatan Rakyat.

Ini merupakan peluang untuk Umno dan BN membalas dendam kekalahan bertubi-tubi mereka ketika berhadapan dengan Pakatan Rakyat sejak kebelakangan ini.

Namun kata sumber itu, bagi mengatasi perkara ini daripada berlaku jentera Pakatan Rakyat harus melipat gandakan gerakan penerangan kepada rakyat betapa pentingnya pilihan raya kecil ini diadakan untuk melincinkan pentadbiran Kerajaan Negeri pimpinan Lim Guan Eng yang jelas berjaya memperkenalkan beberapa strategi pembangunan serta membantu golongan miskin tegar walaupun baru memerintah setahun berbanding Umno dan BN. - azm _

[+/-] Read More...

Optimize Windows XP Dengan services.msc


Sistem operasi Windows XP memiliki banyak modul yang menghidupkan sistem operasi. Tetapi beberapa modul tidak digunakan dan Windows XP tetap melakukan loading kedalam sistem computer.Dengan itu komputer akan menjadi sedikit lembap apabila banyak modul di jalankan. Untuk mengelakkan ini terjadi hendaklah menutup modul yang tidak di gunakan.

STEP 1 : Buka Start Menu ambik Run
STEP 2 : Taip services.msc seperti dibawah



Paparan di bawah akan keluar dan bolehlah mematikan modul yang tidak digunakan. Bolehlah membuat rujukan senarai fungsi seperti di bawah.



1. AdobeLM Service: Di windows 2003 anda tidak menemukan service ini, tapi jika dikomputer anda service ini sedang jalan, Stop saja.

2. Alerter: Jika anda tidak dijaringan, matikan proses ini. Dan jika dijaringan tapi tidak akan mendapatkan pesan dari Admin, matikan. Stop It.

3. Application Management: Seting ke Konfigurasi Manual.

4. Automatic Updates: Stop service ini jika anda tidak ingin melakukan update, apalagi buat komputer yang tidak terhubung ke internet, sercvice ini tidak berguna bagi anda.

5. ClipBook: Hentikan service ini jika anda tidak ada dijaringan, atau tidak ingin melakukan sharing file.

6. Computer Browser: Berguna buat remote desktop, jika hanya menggunakan PC dirumah, matikan service ini.

7. Cryptographic Services: jika bukan ahli komputer forensik,Set kepada Manual.

8. Distributed Transaction Service: Set manual

9. DNS Client: Set manual jika komputer anda tidak terhubung ke internet.

10. Error Reporting Service: Disable service ini jika anda tidak ingin mendapat laporan dari microsoft.

11. Fast User Switching Compatibility: Disable service ini jika user komputer anda cuma satu.

12. FTP Publishing: Jika tidak berhubung ke internet. Stopping this services.

13. Help and Support: Stop service ini buat anda yang tidak perlukan “help” dari windows.

14. HTTP SSL: Set manual

15. Human Interface Device Access: Jika tidak berada dalam jaringan, Set manual atau Stop it.

16. IMAPI CD-Burning COM Service: Matikan service ini jika anda tidak punya CD/DVD RW. Disable IT.

17. Indexing Service: Jika anda mengetahui semua tempat data anda, dan tidak perlu indexing, Stop service ini.

18. InstallDriver Table Manager: Stop it.

19. IPSEC Services: Set Manual

20. Windows Messenger: Stop service ini, jika anda tidak berhubung ke internet.

21. MS Software Shadow Copy Provider: Set manual

22. Net Logon: Disable jika anda tidak berada dalam sistem jaringan.

23. NetMeeting Remote Desktop Sharing: Disable service ini jika anda tidak dalam jaringan.

24. Network Provisioning Service: Disable service ini jika anda tidak dalam jaringan.

25. NT LM Security Support Provider: Stop it. or Disable.

26. NVIDIA Display Driver Service: Stop it.

27. Office Source Engine: Stop it. or Disable.

28. Portable Media Serial Number Service: Stop it. or Disable or set manual

29. Print Spooler: stop jika anda tidak menggunakan printer.

30. Protected Storage: Stop it.

31. Remote Desktop Help Session Manager: stop atau Disable jika anda tida ada di jaringan.

32. Remote Procedure Call Locator: Set it to manual.

33. Remote Registry: Berbahaya jika anda tidak stop service ini.

34. Routing and Remote Access: Set it to manual.

35. Secondary Logon: stop it.

36. Security Accounts Manager: stop it.

37. Security Center: stop it.

38. Server: stop atau Disable jika anda tida ada di jaringan.

39. Smart Card: Disable it if you don’t use smart cards on your computer.

40. SSDP Discovery Service: stop atau Disable jika anda tida ada di jaringan.

41. Task Scheduler: Hampir tidak pernah saya gunakan. Stop It.

42. TCP/IP NetBIOS Helper: stop atau Disable jika anda tida ada di jaringan.

43. Telnet: stop it

44. Terminal Services: stop atau Disable jika anda tida ada di jaringan.

45. Uninterrupted Power Supply: Jika tidak punya UPS, Stop it.

46. Universal Plug and Play Device Host: Set Manual

47. User Privilege Service: Set manual.

48. Volume Shadow Copy: set manual, jika anda jarang backup and restore.

49. Windows Firewall/Internet Connection Sharing (ICS): Stop it.

50. Windows Image Acquisition (WIA): Jika tidak punya camera dan sejenisnya, stop it.

51. Windows Media Connect: Punya Ipod? tidak? stop it.

52. Windows Media Connect (WMC) Helper: Service ini hampir tidak digunakan saya.

53. Windows Time: Komputer di Rumah, just stop it.

54. Wireless Zero Configuration: Stop it, jika anda tidak punya wireless.

55. WMI Performance Adapters: untuk orang awam macam saya ni, just Stop it.

[+/-] Read More...

PDF Converter



Mungkin ramai yang telah tahu kaedah menukar dokumen (Word/Powerpoint/Excel/...) kepada bentuk/format PDF. Apabila saya mendapat tahu ada kawan saya membeli CD Adobe Reader Pro 8 semata-mata hendak menukar ke format PDF, terasa saya masih perlu menunjukkan penggunaan PDF Converter ini.

Sebenarnya terdapat berbagai perisian PDF Converter yang percuma di internet. Contohnya somepdf, pdf995 dan lain-lain lagi. Saya biasa menggunakan pdf995, oleh itu saya akan terangkan cara penggunaannya seperti di bawah:

1. Download File pdf995 di sini. Download file "Pdf995 Printer Driver" dan file "Free Converter" tersebut.

2. Install kedua-dua files tersebut.

3. Buka file dokumen yang handak ditukar ke format pdf. Contoh: MsWord file

4. Buka Menu File>Print...

5. Tukarkan pilihan pencetak di "printer name" kepada PDF995. Klik OK.


6. Box "Pdf995 Save As" dibuka secara automatik. Pilih nama file pdf dan lokasi pdf yang akan dihasilkan nanti.

7. Klik Save. Tunggu proses convert dilakukan sehingga selesai.

8. Buka pdf file yang dihasilkan di lokasi yang anda pilih tadi. Siap!

[+/-] Read More...

Tambah Kelajuan Serigala Api


Memang tidak dinafikan bahawa browser yang kita gunakan untuk melayari internet juga memainkan peranan penting bagi menentukan kelajuan capaian. Contohnya dari kajian di sini, kita dapat lihat bahawa Opera lebih laju berbanding Firefox. Walaupun kajian ini telah lama digunakan, namun ia masih boleh dijadikan sumber rujukan. Ia berkemungkinan disebabkan firefox mempunyai banyak aplikasi add-on bersamanya. Tidak mengapalah jika menggunakan browser firefox, asalkan tidak menggunakan Internet Explorer!

Bagi pengguna firefox, anda masih boleh mengoptimumkan kelajuan firefox anda dengan menggunakan Firetune. Sila ikuti langkah di bawah:

1. Download perisian percuma firetune dari website sini.

2. Unzip file tersebut.

3. Buka file yang telah diunzip tadi dan klik pada file FireTune.exe


4. Adalah disarankan anda backup configuration asal terlebih dahulu dengan mengklik pada "Create backup of configuration".

5. Pilih "computer/connection speed" yang bersesuaian dengan anda. Contohnya sekiranya anda menggunakan komputer dual core/RAM 1GB/internet streamyx, maka pilih sahaja pilihan "Fast computer / Fast connection".

6. Pada tab "other optimizations" dan "other useful settings", anda juga boleh membuat setting tambahan lain seperti:

  • Turn on autocomplete for URLs
  • Optimize Firefox memory usage (dan lain-lain)
7. Klik "Tune it!".

8. Restart Firefox.

Anda boleh menguji sendiri kelajuan firefox anda selepas menggunakan firetune ini. Bandingkan kelajuan sebelum dan selepas menggunakan firetune dengan menggunakan add-on "Load Time Analyser". Tetapi pastikan "cache" firefox di delete selepas setting firetune tadi.


cf-SufianPc

[+/-] Read More...

Monday, May 25, 2009

APA CERITA EKSPERIMEN US30 JUTA?



Dalam perjalanan dari Airport Kota Kinabalu ke hotel penginapan, pemandu teksi yang membawa saya bertanya apa cerita projek eksperimen US30 juta angkawasan negara, senyap saja bahhh....Duit rakyat sudah habis...Betul juga bahhh...sudah lama.... tak kan senyap macam tu je? Nilai US30 juta bukan sedikit, apa hasil dan manafaat kajian yang dilakukan di ISS, berjaya atau tidak? Mungkin Perdana Menteri 1Malaysia boleh menjawabnya. Masa pilihanraya kecil di Permatang Pauh dulu,Perdana Menteri 1Malaysia mengheret Sheikh Muzzafar ke hulu hilir membantu kempen Umno di sana. Bagaimana tak nak panggil berkempen di Manek Urai pulak?

[+/-] Read More...

Syarikat dipertikai dapat kontrak air - malaysiakini


Andrew Ong | May 25, 09 3:31pm
Sebuah konsortium yang diketuai syarikat Jepun hari ini diberikan kontrak besar RM1.3 bilion bagi membina saluran paip air bawah tanah dari Pahang ke Selangor.

peter chinKontrak itu ditandatangani di Putrajaya antara kerajaan persekutuan dengan Shimizu Corp sebagai syarikat utama, Nishimatsu Construction Co dan dua syarikat tempatan UEM Builder dan IJM Corp.

Kontrak ini boleh menjadi kontroversi baru apabila Nishimatsu kini sedang disiasat berhubung dakwaan rasuah di Jepun dan beberapa tahun lalu dituduh cuai dalam satu projek pembinaan di Singapura.

Menteri Tenaga, Air dan Teknologi Hijau, Datuk Peter Chin Fah Kui bagaimanapun berkata imej negatif syarikat tersebut tidak menjadi masalah selagi ia mampu menyiapkan projeknya seperti ditenderkan.

Chin bercakap demikian dalam satu sidang akhba majlis tandatangan tersebut. Wakil keempat-empat syarikat tersebut tidak hadir.

Baca berita penuh


BS: Bagus.. bagus... menteri yg bijak.. peduli apa black list pun kan.. pegi mati la kije siap atau tidak.. yang penting masyukkkkk...hehehe.. berapa bnyk komisyen? saham ada? dah black list kat jepun dan spore pun boleh dapat projek kat malaysia ek? hehehe... menteri sapa ni? bestnya jadi rakyat malaysia ni bila dpt menteri yg pandai2 mcm ni.. hehehe..

[+/-] Read More...

Melayu Yang Menyusahkan Melayu Adalah...?


KUALA LUMPUR: Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Noh Omar, hari ini menegur sikap sebilangan peminjam Tabung Ekonomi Kumpulan Usahawan Niaga (Tekun) yang liat membayar balik pinjaman sehingga menjejaskan kelancaran tabung itu menyalurkan pinjaman kepada orang lain yang memerlukan.

Berita selanjutnya klik di sini.

Bila sesuatu perkara yang betul kita harus mengatakannya betul, dalam usaha membantu Bumiputera melalui pinjaman TEKUN yang di asaskan setahun yang lalu adalah satu usaha positif dari Kera…jaan bagi membantu peniaga bumiputra meneruskan perniagaan yang di usahakan.

Tetapi apabila bantuan pinjaman yang diberikan tidak mendapat pembayaran balik seperti yang diharapkan maka ianya akan menjejaskan kelancaran tabung itu untuk menyalurkan pinjaman kepada orang lain pula. Jadi persoalannya siapa yang susah…? Sudah tentu peminjam yang baru akan mendapat susah…, di saat mereka memerlukan pinjaman kewangan mereka harus menunggu kelulusan yang amat lama dari tempoh kelulusan yang sepatutnya mengambil masa dua minggu sahaja. Itu yang aku maklum berkaitan proses kelulusan pinjaman TEKUN.

Dan jika di amati secara telus, dikalangan peminjam yang liat membuat pembayaran balik ini adalah siapa? Daripada apa yang aku tahu dari maklumat rakan-rakan yang cuba membuat pinjaman ini salah satu syarat untuk membuat pinjaman ini mestilah ahli umno.

Seawal proses pengambilan borang permohonan telah ditanya samada anda mempunyai nombor keahlian umno atau tidak dan kemudiannya borang permohonan tersebut hendaklah di sokong dan di tanda-tangan oleh Adun atau Ahli Parlimen kawasan anda. Malahan dalam borang permohonan tersebut telah tersedia ruang khas untuk mengistiharkan anda seorang ahli umno.

Ini bermakna hanya ahli umno sahaja yang layak untuk memohon pinjaman. Dan ini juga bermakna para peminjam yang liat membuat pembayaran balik adalah dikalangan ahli umno juga.

Dalam isu ini ada dua perkara yang aku nak sentuh, pertamanya ialah diskriminasi yang dibuat oleh kera..jaan dalam pemberian pinjaman kewangan kepada rakyat.

Keduanya ialah yang sentiasa membuat cipalat dan menyusahkan bumiputera atau peminjam yang lain adalah ahli umno juga. Mereka inilah yang liat untuk membuat pembayaran balik pinjaman. Maka eloklah jika ahli umno menyusahkan umno kembali.

Bagi yang tidak menyokong umno, sudah tentu tidak terlibat dalam soal kelancaran perlaksanaan tabung atau pinjaman TEKUN yang dilaksanakan. Harap Dato Noh Omar dapat mengkhususkan kenyataan beliau itu terhadap ahli umno sahaja, kerana bukannya semua rakyat dapat membuat pinjaman tersebut, terutama sekali dari kalangan pembangkang.

Isa: Nak bagi pinjaman pun mesti ada penapisan parti politik yang diwakili. Jadi sesiapa yang memerlukan bantuan kewangan dari kera…jaan mesti menjadi ahli umno.


BS: Ya itu betul.. aku business aku tau laa..

[+/-] Read More...

PKR KENA JAWAB...

Aminah dedah bukti PKR sogok
Wong Teck Chi | May 25, 09 11:01am
Calon bebas Aminah Abdullah mendakwa mempunyai bukti PKR cuba menyogoknya dengan jawatan penting jika beliau tidak bertanding dalam pilihanraya kecil Penanti, 31 Mei ini.

aminah abdullah penanti by election cd dvd vcd proof pc 250509 01Dalam sidang medianya pagi ini, bekas ketua Wanita PKR Pulau Pinang mendakwa, dua wakil parti itu menemuinya pada 13 Mei lalu untuk menawarkan jawatan yang dipertua Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP).

Tambahnya, seorang ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR dan pembantu seorang exco kerajaan negeri, daripada parti itu, menemuinya dengan mendapat restu penasihat parti Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menggunakan slogan "Ke Arah Keadilan Sebenar", Aminah bagaimanapun tidak menamakan dua pemimpin PKR tersebut.

Beliau juga mendakwa, jika berjaya menewaskan calon PKR Mansor Othman dalam pilihanraya DUN itu, beliau akan dibenarkan menyertai parti itu dan diberikan jawatan timbalan satu ketua menteri.

Mansor akan dilantik kepada jawatan nombor dua kerajaan itu bagi menggantikan Mohammad Fairus Khairuddin yang melepaskan jawatan tersebut dan ADUN Penanti bulan lalu.

Aminah, yang berlambangkan kunci, mendedahkan buktinya - dalam bentuk rakaman audio - kepada wartawan dalam sidang media di Penanti.

aminah abdullah penanti by election cd dvd vcd proof pc 250509 02Rakaman tiga jam itu kini sedang disalin oleh kumpulan wartawan yang membuat liputan tersebut.

Aminah juga berkata beliau akan membuat aduan polis hari ini berhubung perkara tersebut dan untuk mendapatkan perlindungan pihak berkuasa tersebut susulan pendedahannya itu.

Beliau akan membuat aduan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) esok mengenai isu tersebut, dengan mendedahkan nama dua wakil PKR dan foto rakaman pertemuan tersebut.

Pengarah Strategi PKR Tian Chua semalam menafikan parti itu cuba menyogok Aminah dan mencabar calon itu agar membuat aduan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan SPR.

Hari ini, Pengarah Pilihanraya PKR Saifuddin Nasution Ismail berkata parti itu akan menghantar segera surat peguamnya kepada Aminah agar menarik balik tuduhan tersebut dan meminta maaf.

Baca berita penuh


BS: Kak Min ni.. nak buat publisiti murahan ke? Kalau Betul report jer la kat SPR dan SPRM. Bukannya susah pun kan.. apa nak kecoh.. baru la boleh kita lihat siapa yg kena... Aku x kisah.. klau betul PKR@PR buat benda tu semua, sendiri makan pengat sendiri mau igt laa.. Tp klau x betul Kak min pun kena tanggung dunia akhirat laa kan.. so untuk kak min.. report jer laa.. jangan tunggu2 lagi..

[+/-] Read More...

Antara degil dan bodoh !


Setelah membaca beberapa akhbar hari ini, saya mendapat bahawa BN banyak melemparkan perkataan “degil” kepada PR kerana tindakan beberapa penyokong PR yang dikatakan masih tidak dapat menerima keputusan mahkamah. Maka, sedikit teguran saya kepada mereka yang melemparkan kata-kata tersebut, supaya memahami apa yang dituturkan.

Ramai manusia di dunia ini, tidak kira siapa, memang hebat berkata-kata tetapi kadangkala, dia sendiri tidak tahu apa yang dikatakannya. Kadangkala, dengan kata-kata boleh menampakkan kebodohan seseorang. Kadangkala dengan kata-kata boleh menampakkan kecerdikan. Maka, disebabkan dua perkara ini, terhasillah perkataan degil yang dihadiahkan kepada PR.


Melihat kepada sebab pertama, kata-kata mereka menampakkan kebodohan, sedangkan mereka merasakan mereka itu pandai berkata-kata. Perkara ini akan dijelaskan selepas ini. Manakala sebab kedua pula, mereka merasakan bahawa kata-kata tersebut menunjukkan bahawa mereka seorang yang cerdik. Maka, hasilnya mereka pun melabelkan PR sebagai degil.

Apa pandangan pembaca sekiranya saya mengatakan bahawa orang yang mengatakan PR degil ini sebagai bodoh? Sudah pasti saya perlu kemukakan bukti, dan buktinya akan dijelaskan selepas ini. Sebelum itu, contoh yang boleh difikirkan ialah, wajarkah kita mengatakan kepada rakyat Palestin sebagai degil, kerana mereka masih berkeras mempertahankan hak mereka?

Daripada contoh ini, kita dapat memahami tentang perbezaan di antara degil dan tidak putus asa. Degil digunakan ketika mengaitkan dengan sesuatu yang buruk, manakala tidak putus asa pula dikaitkan dengan satu yang baik. Maka, adakah PR itu “degil” atau “tidak putus asa”? PR tidak dikatakan degil, sebaliknya “tidak berputus asa”, kerana memperjuangkan hak rakyat.

PR memperjuangkan hak rakyat ketikamana kenaikan Nizar adalah berdasarkan pilihanraya. Manakala kenaikan Zambry adalah berdasarkan lompat parti oleh 3 orang tersebut. Sedangkan ketiga-tiga orang tersebut menang pilihanraya atas dasar mereka bersama dengan Pakatan Rakyat. Maka, rakyat di kawasan mereka memilih ketiga-tiga orang ini disebabkan mereka itu PR. Bukan disebabkan individu mereka secara peribadi.

Maka, kenaikan Zambry disebabkan hilang majority bagi Nizar, sedangkan ketiga-tiga orang tersebut, sekiranya mereka memperjuangkan BN, atau BEBAS, sudah pasti mereka ditolak mentah-mentah oleh rakyat. Tidak perlu kita persoalkan kehilangan majority bagi Nizar, sebaliknya, kita persoalkan, bagaimana Zambry boleh naik.

Kesimpulannya, perkataan degil yang ditlontarkan kepada PR adalah tidak berpatutan kerana mereka memperjuangkan hak rakyat. Rakyat memilih ketiga-tiga orang tersebut kerana mereka adalah PR. Maka, selayaknya kita mengatakan kepada PR sebagai tidak berputus asa mempertahankan hak yang diperjuangkan tersebut, bukannya dikatakan berdegil.

Contoh sikap “degil” ialah tindakan Zambry walaupun beliau sudah diSAHkan bukan MB, tetapi masih lagi ingin membuat rayuan. Inilah yang dikatakan degil. Kerana permulaan kisah lagi, beliau telah menang dalam keadaan yang tidak dapat dipastikan sah. Tetapi hari ini sudah disahkan pula. Maka, kedegilan Zambry untuk mendapatkan jawatan akhirnya berjaya. Maka, sesuailah bagi kita untuk melabelkan Zambry sebagai degil.

Maka, bukti bagi saya untuk mengatakan “bodoh” kepada mereka yang mengatakan degil kepada PR sudah jelas. Inilah buktinya. Mereka bodoh dalam membandingkan di antara benar dan salah. Maka, kata-kata mereka tersebut menampakkan lagi kebodohannya. Saya telah mengemukakan hujah, maka sekiranya sesiapa yang berminat untuk menafikannya, sila kemukakan hujah. Oleh : Dr Fikrah@albanjari online


[+/-] Read More...

Kereta Menteri Besar.


KERETA MB PERAK AGS 10...SECARA TERHORMAT DIPULANGKAN BAGI TIDAK MENGENGKARI PERINTAH MAHKAMAH WALAUPUN PERJUANGAN DIMAHKAMAH PERSEKUTUAN BELUM LAGI BERMULA. KEPUTUSAN MAHKAMAH DIUMUM SEKITAR JAM 3.50 PETANG DAN SUK TELAH MENGHANTAR SURAT KEPADA MB NIZAR MINTA DIPULANGKAN KERETA TERSEBUT TIDAK SAMPAI 5 JAM. WALAUPUN PERINTAH MAHKAMAH SECARA BERTULIS BELUM LAGI DIKELUARKAN NAMUN DEK KERANA 1 MALAYSIA SUDAH TAHU SUKPUN BUATLAH ARAHAN.

TERINGAT SAYA WAKTU MB NIZAR INGIN MEMASUKI BANGUNAN PEJABAT KERAJAAN NEGERI PERAK BERSAMA2 EXCO, PERKARA PERTAMA YANG DIMINTA OLEH PENGAWAL KESELAMATAN(POLIS) ADALAH MANA DIA ARAHAN BERTULIS DARI MAHKAMAH. SAYA ULANGI ARAHAN BERTULIS! NAMUN, LIHATLAH RAKYAT MALAYSIA KHUSUSNYA DI PERAK APA YANG DILAKUKAN SUK BILA DAH TAHU KEPUTUSAN MAHKAMAH? TANPA KENYATAAN BERTULIS DARI MAHKAMAH!

WALAUBAGAIMANAPUN, KERETA ITU TETAP DIPULANGKAN OLEH MB RAKYAT IAITU MB NIZAR SECARA TERHORMAT SEBAGAI MENUNJUKKAN BELIAU AKUR PERINTAH MAHKAMAH. TERINGAT SAYA WAKTU MAHKAMAH TINGGI MEMUTUSKAN KEMENANGAN MB NIZAR, HENDAK MASUK KE PEJABATPUN DIKERUMUNI POLIS, PERGI MANAPUN ADA SAHAJA POLIS. TIDAK MENGAPALAH SEKURANG2NYA ADA JUGA POLIS JAGA MB RAKYATNI.

BILA ZAMRI BUAT2 DPT TAU KEPUTUSAN MEMIHAK PADANYA BELIAU BERKATA KEBENARAN SUDAH TIBA...MEMANG KEBENARAN SUDAH TIBA TAPI KEBENARAN SIAPA YANG MEROMPAK HAK RAKYAT DI PERAK INI LEBIH TESERLAH TIBA DAN MUNCUL.

XMALUKAH BN MEMBUAT ONAR DI NEGERI PERAK INI. TUP.TUP, PPP BERGOLAK ADA 2 PRESIDEN,GERAKAN PENANGPUN BERCELARU, AHLI UMNO PERLIS MASUK PEMBANGKANG, UMNO TRENGGANU MAKIN PARAH TETAPI PENAMAAN CALON DI PENANTI AMAN DAMAI TANPA BN...LIHATLAH RAKYAT MALAYSIA TANPA BN, NEGARA AMAN,TANPA BN NEGARA TERPELIHARA,TANPA BN KITA MAMPU PERGI LEBIH JAUH MEMACU HASIL BUMI MALAYSIA INI DENGAN LEBIH BERMARUAH LAGI.

KEPADA RAKYAT DI SABAH DAN SARAWAK CUBA BUKA MINDA, LIHATLAH HASIL MINYAK YANG MELIMPAH RUAH, TETAPI INFRASTRUKTUR DI SANA ANTARA TERMISKIN DI MALAYSIA. SIAPA YANG MENTADIBIR NEGERI2 ANDA RAKYAT SABAH DAN SARAWAK? TEPUK DADA,TANYA RAJA PETRA SIAPA YANG MEMBUAT DOSA....

ANAK KOMANDO REJIMEN 1

(CF - cina islam)

[+/-] Read More...