Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Wednesday, September 28, 2011

RELA HINA AGAMA DEMI BERTUHANKAN UMNO

بسم الله الرحمن الرحيم

Sekali Lagi utusan Menghina Islam

Wahaha lawak pulak aku rase geng utusan ini. Haritu dah keluar isu sindir zina dan rogol – juga menyindir hukum hakam islam. Kali ini mereka tak habis habis lagi nak gune kecerdikan dan bakat melukis untuk menghina dan menyindir ulamak pas. Beginilah orang akhbar milik penuh UMNO...apa masalah kalau korang guna Idea yang bernas untuk berhujah...bila nak berkuasa sekalipun,jangan la sampai menghina Islam...



Isu politik jangan nak campur dalam agama.JANGAN POLITIKKAN AGAMA..cara yang betul berpolitik mengikut landasan agama. Ini dah level hina islam,bukan hina PAS..Jangan jadi buta macam kafir harbi semata mata korang nak tunjukkan yang korang tu PRO mana mana pihak sekalipon.tak kisah lah korang pro kerajaan mahupon pro pembangkang,tapi dalam berhujah make sure point betul dan logik – dan bukan untuk kepenting diri sendiri ikut emosi masing masing.

Satu word untuk pelukis – cepat bertaubat

satu renungan..

✔ Ruginya orang handsome tak solat, Nabi Yusof yang handsome pun solat.
✔ Ruginya orang cantik tak solat, Saidatina Aisyah yang cantik pun solat.
✔ Ruginya orang kaya tak solat, Nabi Sulaiman yang kaya pun solat.
✔ Ruginya orang miskin tak solat, Nabi Muhammad yang miskin pun solat.
✔ Ruginya budak-budak tak solat, Hasan dan Husin budak pun solat.

- Aku Anak Malaysia


Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

10 comments:

eddy syrol said...

entry yang bagus... utusan meloya dah tak pernah dah beli.. even berita hairan tu dah tak beli pun...

teruskan entry2 yang menarik2.. :)

TaTJ said...

Ambo mohon copy Syeikh, nak bagi dekat saing2 yang masih totok b-end ni peluru hidup...kasi gegar sikit!

SayangSal said...

GOOD INFO......KEEP IT UP...:

meloya said...

utusan ada sale pun sebab jabatan2 kerajaan yang langgan.. klu tak jangan harap orang nak bli..wekkk loya

Anonymous said...

Yang melukis ni Kafir ke??? Munafik ke???? Fasik ke????? Musyrik ke.....
JANGANLAH KATA KAMU TU ISLAM. BERTAUBATLAH sebelum terlambat.dan mohon maaf dari Nik Aziz sebelum mati.

M said...

Pelukis ni kena bertaubat cepat2 sebelum Allah tarik balik anugerah seni yang diberi sementara tu. Huhh!

Kamal Sanusi said...

Klu yg melukis kartun tu adalah org dari PR, mau 44 hari 44 malam jadi berita muka depan utuseks meloya dan tv3 suku.

Pencacai akan pasti mengatakan bahawa pelukis hanya perlu mengadap YAB MB K'tan utk pengampunan dan dibersihkan dosa.

Bila mana pelukis itu dari kalangan United Malay No Otak, semua media mereka diam seribu bahasa tanda memberi sokongan.

Tapi apa daya, dah tahap begitu kepala hotak mereka yg telah bertukar menjadi United Myanmar No Otak. Org Myanmar ni apa tau pasai Islam (kecuali yg Islam ajer)

benci pengkhianat bangsa said...

aku tak nampak pun kartun ni menghina mana-mana hukum. apa yang aku tahu, secara sinisnya kartun ni menggambarkan tindakan nik aziz membangkitkan semula isu hudud apabila tiba pilihanraya. isu hudud ni pun telah lama berkemundang dan kita pun semua tahu PAS sendiri berdolak dalih dalam hal hudud ni. Malahan pemimpin PAS sendiri mengaku hudud bukan agenda utama PAS.

Jadi, kartun ini tidak boleh dikatakan menghina agama kerana ia dituju kepada kepincangan PAS yang sering menggunakan hukum hudud untuk kepentingan politik mereka. Ia tidak ikhlas.

saudara, utusan bukan sekadar berbicara tentang politik. malahan utusan juga banyak membawa isu agama dan info berguna untuk kita. jangan cepat melatah. umat islam kita ni dah semakin goyah. Bersatulah!

Pemikir Bebas said...

kepala bapak ko x menghina hukum.. bodoh punya org.. yg melukis tu bukan org islam ke? sebagai org islam sepatutnya pelukis kena ambil jalan tengah. ini bab agama.. x kira PAS ke umngok ke asalkan mereka islam sepatutnya kena bersatu dalam bab mempertahankan undang2 islam. Hudud tu hukum Allah. apa org umno ingat hudud tu hukum PAS ke apa? Dah la xnak tolong PAS dalam nak tegakkan hukum Allah.. siap perli2 lagi dgn kata2 sinis dan lukisan. Masalahnya korang org umno semua lupa yg ko hina yg ko sindir tu adalah hukum dari Allah. Anon 9:23 AM sokong kan apa yg pelukis ni buat? ko tunggu jer la balasan dari Allah untuk korang yg menyokong hukum Allah tu dipersendakan. Ko kena ingat.. skrg ni Allah bayar cash .. akhirat lain cerita..

Anonymous said...

Utusan ni bukan Islam...Nama je Melayu yg mengaku Islam...Perangai Yahudi Kafir...berani mempermainkan hukum Allah!!! Pigi Mampus la Umno/BN!!!