774 wanita Malaysia gersang
Statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga mencatatkan sepanjang 2010 hingga Ogos lalu, seramai 232 warga Nigeria ditahan kerana terbabit penipuan Internet dengan menyasarkan wanita Malaysia sebagai mangsa.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Syed Ismail Syed Azizan, berkata siasatan polis mendapati sindiket penipuan warga Nigeria di negara ini mempunyai skrip atau ayat cinta yang dicipta khusus bagi memancing wanita tempatan terutama mereka yang kesepian dan ketandusan kasih sayang.
“Taktik atau cara yang mereka lakukan ialah menghantar e-mel atau mesej melalui laman sembang sosial di Internet seperti facebook, Tagged dan Wayn kepada ratusan mangsa dalam sehari,” katanya.
Menurutnya, hasil siasatan pada komputer riba yang digunakan seorang ahli sindiket terbabit, pihaknya menemui skrip berkenaan bersama fail lain yang siap disusun atur dalam pelbagai versi bagi menjayakan rancangan mereka. (HM)
Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.
6 comments:
Mudahnya wanita Malaysia tergoda...
lelaki gersang utk wanita gersang. elok lah tu!
banyak lagi jantan2 malaysia ni ..
MENGHAIRANKAN BAGAIMANA MUDAH PERCAYA PADA MAMAT MAMAT GELAP NI ?
salam,
Inilah akibat suka kat orang asing...habis body dan duit tergadai..
Orang Malaysia banyak yg baik dan bujang..mcm bujang susah pun baik juga...hehehe.
kikiki... captain.. rekemen la kat sorang awek.. kikiki
Post a Comment