Kaji selidik untuk kenal pasti motif Bersih – RAIS
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgSD9OwmHv9T4ZV11tDYj8B3umAujJWdLqlRMXRmGmR3ZixVA-HQIswvdizTV6mCx5qBik-BXWbtiR7VAEkFWsVT-ZmkRzuprQf2BkMo0aiUOYW2HcSDBaCWolUMFm7nKRs6dyosEqeHYsj/s400/rais-yatim-robengah.jpg)
KUALA LUMPUR 16 Julai – Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan sedang menjalankan kaji selidik untuk mengenal pasti motif mereka yang menyertai perhimpunan haram pada 9 Julai lepas.
Menteri berkenaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata kaji selidik oleh Jabatan Penerangan dan Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) itu melibatkan tiga perkara penting iaitu mengapa mereka hadir pada perhimpunan itu, imbuhan yang diterima dan perasaan mereka apabila tidak faham mengapa mereka menghadiri perhimpunan itu.
“Jadi ketiga-tiga soalan itu sedang kita ajukan tetapi tidaklah dapat disusul kepada semua, sekiranya dapat kita kumpulkan sekitar 2,000 sampel, maka ia akan memberi satu pola yang kita akan umumkan kemudian.
Note: Apa yang ko merapu ni? Ko ni menteri apa ni rais? Dah kurang kerja ke apa ni? Robingah sihat ke rais? kih kih kih kih
Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.
2 comments:
geram la tengok kepala beliau!sekeh baru taw!
BS
dah tak ada kerja lain..
apa mau buat?
nak pantau web yang bermasalah..
10 sudah kena block.
setel kerja
Post a Comment