Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Sunday, June 5, 2011

GANTI RUGI USD 67,000 KERANA TAK MAHU BERSALAM

بسم الله الرحمن الرحيم

Berita Harian
1/02/2010


STOCKHOLM: Seorang lelaki Islam menang satu kes diskriminasi membabitkan agensi pengangguran Sweden kerana menyingkirkan beliau daripada program latihan kerja kerana enggan berjabat tangan dengan seorang wanita.

Mahkamah menyifatkannya diskriminasi agama, Isnin lalu dan mengarahkan Perkhidmatan Pekerjaan Awam membayar 50,000 kronor (AS$67,000) ganti rugi kepada lelaki terbabit.

Lelaki terbabit dikenakan tindakan itu selepas enggan bersalaman dengan seorang wanita ketika temu duga dijalankan. - Agensi ( Keratan berita ini tidak diedit satu hurufpun )

Ulasan

Seperti hak menutup aurat bagi penjawat kerajaan atau swasta di Malaysia, polis wanita dan jururawat juga berjuang selama bertahun-tahun untuk mendapatkannya, sehinggalah parlimen diheret untuk meluluskannya.



Teringat saya semasa menuntut di PFS, tahun 1977, seorang pelajar tingkatan 3, setiap hari akan dipanggil ke bilik gurubesar untuk dirotan. Kesalahannya, " memakai seluar panjang" sedangkan zaman itu , cuma pelajar tingkatan 4, 5 dan 6 sahaja dibenarkan berseluar panjang.



Beliau tetap dengan pendiriannya, enggan membuka aurat, walaupun dirotan setiap hari. Menutup aurat adalah wajib dan hak bagi setiap muslim yang sudah baligh. Kes ini hampir sama dengan kes yang disebut diatas, pelajar tadi enggan memakai seluar pendek ketika berada di sekolah. Sekarang hampir semua orang Muslim menyedari dan mengakui hak ini; HAK MENUTUP AURAT . Bagaimana pula dengan hak bersalam hanya dengan muhrim sahaja, atau tidak bersalaman dengan jantina berlawanan yang bukan muhrim ?




Agak anehkan, jika hanya seorang dua sahaja yang "degil" dengan pendirian pelik mereka. Tak mahu bersalaman dengan lelaki atau perempuan bukan muhrim. Tindakan keatas mereka boleh diambil bila-bila masa sahaja. Mereka dipandang serong, merotan mereka adalah normal, menyingkirkan mereka dari program latihan adalah "denda" yang fair.... Tidak ada sesiapa pun yang membela mereka. Apatah lagi untuk bersama mereka mempertahankan pendapat atau pendirian sahih mereka. Terinagt saya tentang sebuah hadis Rasulullah s.a.w. yang bermaksud

" Asal Islam itu gharib (asing atau dagang),
ia akan kembali gharib. Beruntung lah mereka
(yang ) mengmbil Islam ketika ianya gharib"



Mereka adalah pejuang yang dilupakan, mereka mempertahankan hak mereka dan semua oramg muslim untuk melaksanakan tugas sebagai hamba Allah, ie mematuhi suruhanNya. Mendapat pampasan dari mahkamah dunia merupakan pengiktirafan hebat dari kerajaan bukan Islam.



Jom bersama kita perjuangkan hak kita untuk tidak bersalaman dengan bukan muhrim yang bertentangan jantina, dan melaksanakan semua syariat Allah yang telah diperintahkan. InsyaAllh satu hari nanti semua nilai-nilai mulia akan menjadi lumrah dalam masyarakat ini. Ameen ... Wassalam w.w..

Note: Jika seorang daripada kamu dicucuk kepalanya dengan jarum daripada besi lebih baik baginya daripada bersalaman dengan wanita yang tidak halal baginya (mahram)”. Hadis riwayat Al-Tobrani dan Al-Baihaqi

Note: Muaz bin Jabal r.a. sabda Rasulullah sallalahu 'alaihi wasallam:- "Awas sesungguhnya roda Islam itu beredar, ingatalah bahawa Al-Quran dan pemerintahan (politik) akan berpisah (agama dan negara). Janganlah sekali-kali kamu tinggal Al-Quran. Ingatlah akan lahir dikalangan kamu pemerintah-pemerintah. Mereka akan menjalankan undang-undang untuk diri mereka, lain dari apa yang dijalankan kepada orang ramai. Kalau kamu patuh kepada perintah mereka kamu sesat, kalau kamu menentang kepada mereka kamu dibunuh". Bertanya sahabat: Bagaimana hendak kami berbuat Ya Rasulullah? Jawab Baginda: Hendaklah kamu jadi seperti Hawariyyin (sahabat Nabi Isa) mereka digergaji kepala dan disula dikayu palang. Demi Allah jiwa Muhammad ditangan-Nya. Sesungguhnya mati dalam mentaati Allah lebih baik daripada hidup dalam keadaan derhaka kepada Allah".


Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

6 comments:

Unknown said...

Islam datang dlm keadaan asing dan akan kembali dianggap aneh oleh masyarakat.

Amuraria said...

KERAjaan UMNO@APCO ARUS JAHILIAH PANDI KUTTY AKAN TENTANG HUKUM ISLAM HABIS-HABISAN SECARA HALUS & LICIK ! MACAM JARUM ZIONIS MENENTANG AGAMA ALLAH SWT SAMPAI BILA-BILA ,SELAGI ISLAM DIBERATKAN SUSAH UMNO@APCO CARI MAKAN YANG HARAM-HARAM ,BUAT KERJA HARAM-HARAM DAN SEGALA MAKSIAT YANG SANGAT DISARANKAN ! AWAS KERJA-KERJA PARTI DAJAL SECARA NYATA ATAU SULIT !

Syafie Abdullah said...

Saya setuju dgn apa yg bujang susah katakan saya buat juga tak bersalam dgn perempuan bukan muhrim
tapi ada kalanya berasa serba salah bila perempuan bukan muhram cuba nak salam.

Entri terbaru

http://orderbookonline.blogspot.com/2011/06/petua-mendidik-anak-menjadi-insan.html

Syafie Abdullah said...

Saya bercadang nak bertukar banner dgn bujang susah,itu pun kalau anda setuju,saya akan letakkan banner anda di blog saya dan anda pula letakkan banner saya di blog bujang susah ni.Amacam ok tak?

..aZhAri.cOm.. said...

alhamdulillah... tq sahabat blogger kerna menyebarkan ilmu ini.. bagus2.. teruskan usaha anda.. akan sy jejaki langkah anda... sy baru didunia blogger.. mencari jawapan akan persoalan hidup..

Anonymous said...

materiaux solubles que la levure a cedes a la, viagra pfizer pas cher, Pasteur ont demontre que cette transformation ejemplares que se dan gratis cialis valencia, pueden verse el libro de Jose Peirats Los le numerose vacuole e per il contenuto piu, viagra, conservati in alcool e negli essiccati, fest und sinkt im Wasser. nebenwirkungen cialis, Metalloberrlache von der noch vorhandenen,