Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Wednesday, March 9, 2011

WASHINGTON PUJI NAJIB KERANA BERANI MENENTANG IKHWANUL MUSLIMIN

بسم الله الرحمن الرحيم



Kenyataan Najib sebelum ini yang mengkritik Gerakan Islam Muslim Brotherhood (Ikhwanul Muslimin) sebagai pengganas [Ikhwanul Muslimin] mendapat pujian daripada Washington Post. Najib disifatkan sebagai menimbulkan keretakan kepada kesefakatan dunia Islam yang sejak dari awal kebangkitan di Mesir meminta agar negara-negara barat mengiktiraf dan sudi bekerja sama dengan Ikhwanul Muslimin.

Malah kenyataan Najib yang dilihat "melawan arus" dunia Islam yang lain itu disifatkan oleh Washington Post sebagai lebih berani berbanding Obama (2011) dan Condolezza Rice (2006) di dalam menentang gerakan Islam [Washington Post]
.

Dahsyat memang dahsyat, Najib lebih berani menentang gerakan Islam berbanding Obama dan Condolezza Rice. Najib dipuji oleh media barat kerana keberaniannya menentang gerakan Islam. Ada harapan jadi Mustafa Kemal Ataturk Malaysia. - milosuam


Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

3 comments:

Azwan said...

Ada akal boleh fikir. Orang berakal disebut orang yang waras manakala orang yang hilang akal disebut sebagai orang gila atau orang bodoh.

Pendokong UMNO masuk dalam kategoti mana?

Kalau berakal mengapa terus memberi undi kepada UMNO dan BN?
Sudah terang pemimpin UMNO bersikap pro Barat dan anti Islam.

Astagfirullah...apa nak jadi dengan negara tercinta ini.

Kamal Sanusi said...

Skrg ni sapa yg dok menentang Islam memang akan mendapat pujian dari Amerika terutama kalau yg menentang tu datangnya dari pemimpin Islam dari negara Islam.

Lepaih tu punyalah bangga dapat pujian tersebut hingga terlupa yg dia tu pun Islam jugak.

Eh? Islam lagu mana plak sampai menentang Islam?

Ooo... Islam ada had ada hari rupanyaaaa.............

kamarul said...

kalau bodoh politik, jangan cerita pasal politik.