Angkara Minyak Dagu: Artis "Buang" Anak & Suami
Mangsa mendakwa ilmu hitam itu menyebabkan dia seolah-olah menjadi hamba seks lelaki terbabit selama lebih dua tahun sekitar 2007 hingga 2009. Sepanjang tempoh itu juga, semua pendapatan bulanannya turut diserahkan kepada lelaki berkenaan.
Lebih tragis lagi, pelakon itu yang berusia 27 tahun dan hanya mahu dikenali sebagai D berkata, dia juga terlantar selama sebulan di wad psikiatrik, Hospital Selayang dekat sini, selepas doktor mengesahkan dia mengalami gangguan mental.
“Segala-galanya bermula selepas saya berkenalan dengan seorang penghantar surat yang kerap datang ke pejabat saya di Damansara atas urusan kerja.
“Entah mengapa saya tiba-tiba seperti hilang pertimbangan diri kerana sentiasa dihantui wajah lelaki berusia 24 tahun itu seolah-olah ada satu daya tarikan istimewa pada dirinya.
“Saya gagal mengawal diri sehingga tidak mampu menolak setiap arahan yang diberikan, malah tidak teragak-agak meninggalkan suami dan anak untuk tinggal serumah dengan lelaki itu di Gombak,” katanya.
D berkata, sepanjang tinggal dengan lelaki itu, dia dilayan seperti pembantu rumah apabila diarah melakukan semua kerja rumah selain terpaksa menyerahkan semua wang pendapatannya.
“Biarpun dimaki-hamun dan dipukul saban hari, saya tidak pernah terfikir untuk meninggalkannya, malah hati saya tetap menyayanginya. Setiap kali saya berhasrat pulang ke pangkuan anak-anak, seolah-olah ada satu kuasa mematikan niat saya itu,” katanya.
Menurut D, hampir tiga tahun bersama lelaki durjana itu, dia langsung tidak pernah menjenguk orang tuanya di kampung dan suaminya juga gagal menjejaki tempat tinggalnya.
“Saya juga seperti dirasuk kerana setiap kali ada pihak melarang hubungan kami, saya tidak teragak-agak memarahi serta memaki-hamun mereka,” katanya.
Kemuncaknya, keadaan diri D menjadi tidak keruan apabila lelaki itu menghilangkan diri. Dia mula meracau siang dan malam memanggil nama lelaki itu hingga akhirnya terpaksa dimasukkan ke hospital.
Selepas terlantar di hospital, barulah keluarganya dapat bertemu dengan D selepas dihubungi pihak hospital dan sokongan mereka membuka laluan untuk D kembali pulih seperti sedia kala....- [HM]
Note: "Jauhilah tujuh perkara yang akan membinasakan." Para sahabat bertanya: "Apa itu?" Baginda bersabda: "Syirik kepada Allah, sihir, membunuh jiwa tanpa alasan yang hak, makan riba, memakan harta anak yatim, lari dari medan perang, dan menuduh orang-orang yang beriman yang menjaga diri dari lalai." (Al-Bukhari dan Muslim)
Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.
7 comments:
minyak dagu...bukan mintak dagu
salah taip ler..dah betulkan.. kah..kah..kah..kah..
ishhkkk...siannyer. Sape artis ni??
Nak juga tahu sapa artis tu...
dah jadi itu jam le kene minyak dagu la,minyak,dahi la... padahal suka sama suka
dah jadi itu jam le kene minyak dagu la,minyak,dahi la... padahal suka sama suka
Aku tak la pandai sangat, tapi boleh la tolong sikit-sikit orang yang kena sihir, insyaAllah klu ada mslh aku tolong, Hj Zizan (fb)
Post a Comment