Hisham arah polis siasat hubungan Anwar - pengananas

Ini bukan gambar Hishamuddin Menteri Dalam Negeri.. Kah..kah..kah..kah..
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata arahan telah dikeluarkan kepada pihak polis bagi menyiasat dakwaan yang mengaitkan ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan kumpulan pengganas antarabangsa.
Dakwanya laporan CNN telah mengaitkan Anwar tetapi Hishamuddin mengakui beliau belum membaca laporan tersebut.
"Ia tidak kena mengena dengan (Perdana Menteri Datuk Seri) Najib (Abdul Razak). Ia hanya laporan CNN yang mengaitkannya (Anwar) dengan sebuah pertubuhan pengganas.
"Saya telah mengarahkan unit anti-pengganas dan juga Cawangan Khas dan mereka sedang berhubungan dengan perisikan Saudi untuk mengetahui sejauh mana Anwar Ibrahim mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas ini.
"Ini bukan isu politik. Ini isu keselamatan...suka atau tidak, kita mesti menanganinya dengan serius,” kata Hishamuddin.
Bercakap kepada pemberita di Felda Chemplak selepas solat Jumaat, Hishammuddin juga ditanya jika Anwar akan dipanggil untuk siasatan.
"Saya tidak tahu. Awak perlu tanya kepada polis,” jawabnya.

Ini bukan gambar lembu yang berlidah kontot.. kah..kah..kah..kah..
Menurut CNN, ia telah menemui laporan mengenai siasatan rahsia Arab Saudi berhubung aduan oleh Najib kononnya ada tokoh-tokoh diraja negara itu yang membiayai Anwar.
Menurut laporan CNN, siasatan berkenaan mendapati tiada bukti seumpama itu.
Menurut CNN, sebaliknya siasatan yang dijalankan kerajaan Arab Saudi menjumpai "sesuatu yang sangat berbeza - dan lebih membimbangkan".
Mereka menemui ratusan dolar wang Saudi yang telah disalurkan kepada ahli politik Islam yang terkemuka dan aktivis politik luar negeri, kata CNN.
Antara lain, laporan itu mendakwa pergerakan politik Persaudaraan Muslim atau Muslim Brotherhood adalah instrumental membuat pembiayaan seumpama itu “ada kalanya” membekalkan dana kepada kumpulan pengganas yang digeruni, al-Qaeda. - Malaysiakini
Note: Laporan pun tak baca lagi tapi dah arahkan polis buat siasatan.. Kah..kah..kah..kah... pandai betul menteri-menteri di Malaysia ni kan... Kah..kah..kah..kah..
Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.
3 comments:
hishamuddin bangang!!!!!!!!!!
itu le level menteri menteri kat malaysia...mentang mentang menteri polis...di kudakan saja kaum tu...
level menteri kat tempat kita...memeriksa sijil sakit cikgu...contohnya/..sebab hanya sijil sakit semua menteri terlibat...kesihatan..polis..adun negeri lain..wartawan spin berita..semua terlibat ..macam penting sangat le...menipu jika ada sebab cuti sakit...masalah yang lebih besar pun pejamkan mata...
nape le menteri menteri kat malaysia ni...kitar semula...tak boleh tukar orang lain...mesti orang sama...nape ya...sedangkan dah tahu mereka itu bodoh dan bahalul...masih lagi pm bodoh dan dayus guna khidmat...
Muslim Brotherhood - Ikhwanul Muslimeen.
Jelas sekali UMNO sahabat karib Hosni Mubarak!!!
Post a Comment