Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Sunday, January 23, 2011

MUALLAF

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam

Bukan mudah hendak dapatkan syurga Allah. Kalau hidup kita hanya menunaikan yang wajib atas diri kita sahaja contoh solat wajib, puasa, pergi kerja balik kerja, tunai haji dll belum tentu syurga menjadi jaminan…

Setiap orang islam wajib berdakwah terhadap manusia bermula diri sendiri, keluarga, teman dan rakan dari agama lain. Yang utama jalankan tanggungjawab yang diamanahkan contohnya sebagai anak kepada parent, parent kepada anak, hak jiran, KETUA UNIT/ CAWANGAN /SEKSYEN terhadap staf dan ketua2 lain.

Jadi moral of this story mulakan dakwah anda walaupun terhadap orang islam terutama melayu islam (islam ikutan) kemudian sambil itu berdakwahlah terhadap rakan bukan islam dengan menunjukkan moral islam dari diri kita.

ANDA KENA SABAR MEMBACA KISAH DIBAWAH NI.

semua benda kita buat dengan penuh suka akan menjadi mudah dan semua benda kita buat dengan penuh menyampah akan jadi susah.

Aku, Lim dan Islam..Dari Jeram Pasu on Monday, September 6, 2010 at 10:11am

Aku punya seorang rakan baik dari zaman kanak-kanak. Lim Wei Choon. Sama-sama bersekolah rendah hingga ke peringkat menengah . Selepas SPM, aku masuk ke Tingkatan 6, manakala Lim dihantar keluarganya melanjutkan pelajaran ke Amerika Syarikat. Kenangan sewaktu kanak-kanak hingga ke zaman remaja terlalu banyak yang dikongsi bersama.

Setiap kali hari raya menjelang, Lim pasti berkunjung ke rumah ku untuk menikmati dodol arwah ayahku yang amat digemarinya. Kadangkala, jika ada kenduri kendara di rumahku, pasti Lim akan turut serta. Aku jarang ke rumahnya kecuali untuk beberapa sambutan seperti hari jadi dan juga Tahun Baru Cina. Aku takut dengan anjing peliharaan keluarga Lim.

Dengan Lim juga aku belajar matematik manakala subjek Bahasa Malaysia sering menjadi rujukannya padaku. Kenangan-kenangan seperti memancing, mandi jeram, ponteng sekolah untuk melihat pertandingan 'breakdance', semuanya kami kongsi bersama-sama. Apa yang ingin kunyatakan ialah, warna kulit dan perbezaan ugama tidak pernah menjadi penghalang persahabatan kami. 20 tahun telah berlalu, Lim telah menetap di Amerika setelah berjaya mendapat Green Card, beliau bekerja di sana. Itu yang kuketahui dari kakaknya.

Hubungan ku dengan Lim terputus setelah dia melanjutkan pelajaran. Maklumlah, di zaman kami dulu tiada internet, email atau telefon bimbit, yang ada cuma sesekali menghantar poskad bertanya khabar. Untuk menulis surat kepada lelaki amat malas kami rasakan.

Suatu pagi, Aku bertembung dengan kakak Lim di pasar , kakaknya memberitahu Lim akan pulang ke tanah air. Dan aku amat terkejut dengan berita yang kudengar dari kakaknya.

" He's name is no more Lim Wei Choon. He's now Ahmad Zulfakar Lim since 5 years ago. ..Subhanallah!

Syukur Alhamdulillah, rakan baikku telah menemui hidayah dari Allah S.W.T. Memang aku tak sabar untuk berjumpa dengannya lebih-lebih lagi setelah menjadi saudara seagama denganku.

Hari yang kutunggu-tunggu telah tiba, dan petang itu aku berkesempatan bertemu dengan Lim di rumahnya. Ada satu keraian istimewa sempena menyambut kepulangannya. Ketika aku tiba, tetamu sudah semakin berkurangan. ..

Assalamualaikum..Itulah kalimat pertama dari mulutnya, wajahnya sudah jauh berubah, air mukanya amat redup dan tenang.

Aku menjawab salam dan berpelukan dengannya dan kami menangis umpama kekasih yang sudah terlalu lama terpisah.

'Ini dia olang memang sudah manyak lama kawan, dari kecik ini dua olang". Ibu Lim menjelaskan pada beberapa orang tetamu yang melihat peristiwa kami berpelukan dan menangis itu. Tetapi aku bukan menangis kerana apa, tetapi kerana amat sebak dan terharu dan sangat bersyukur melihat keislaman rakanku. Lim mengajak aku duduk di buaian di halaman rumahnya untuk berbual-bual. Beliau masih fasih berbahasa Melayu walau sudah lama berada di perantauan.

Talha, kau kawan baik aku kan? betul tak? . Memanglah..Kenapa kau tanya macam tu? Kalau kau kawan baik aku, Kenapa kau biarkan aku diseksa?

Sorry Lim. Aku tak faham..diseksa? What do you mean?

Cuba kau fikir, kita ni kawan dari kecil. Aku ingat lagi, rumah kau tu, is my second house.

Tapi, mengapalah kau tak pernah ceritakan pada aku tentang Islam? Mengapa aku kena pergi ke US baru aku dapat belajar tentang Islam? Mengapa bukan di Malaysia, negara Islam ni?

Dan mengapa aku diIslamkan oleh seorang bekas paderi kristian?

Aku terdiam, kelu tak mampu menjawab. Dan Lim terus berkata-kata.Kalau betullah kau kawan baik aku, Kenapa kau cuma nak baik dengan aku di dunia saja? Kau suka tengok kawan baik kau ni diseksa di dalam api neraka?

Kau tahu, kalaulah aku ni tak sempat masuk Islam hingga aku mati. Aku akan dakwa semua orang melayu Islam dalam kampung kita ni sebab tak sampaikan dakwah dan risalah Islam pada aku, keluarga aku dan non muslim yang lain.Kau sedar tak, kau dah diberikan nikmat besar oleh Allah dengan melahirkan kau didalam keluarga Islam. Tapi, nikmat itu bukan untuk kau nikmati seorang diri, atau untuk keluarga kau sendiri, kau dilahirkan dalam Islam adalah kerana ditugaskan untuk sampaikan Islam pada orang-orang yang dilahirkan dalam keluarga bukan Islam macam aku.

Aku masih tunduk dan tak terkata apa-apa kerana sangat malu. Berdakwah adalah tugas muslim yang paling utama, sebagai pewaris Nabi, penyambung Risalah.

Tetapi apa yang aku lihat, orang Melayu ni tidak ada roh jihad, tak ada keinginan untuk berdakwah, macamana Allah nak tolong bangsa Melayu kalau bangsa tu sendiri tak tolong Agama Allah? Aku bukan nak banggakan diri aku, cuma aku kesal..sepatutnya nikmat ini kau kena gunakan dengan betul dan tepat, kerana selagi kau belum pernah berdakwah, jangan kau fikir kau sudah bersyukur pada Allah.

Dan satu lagi, jangan dengan mudah kau cop orang-orang bukan Islam itu sebagai kafir kerana kafir itu bererti ingkar. Kalau kau dah sampaikan seruan dengan betul, kemudian mereka ingkar dan berpaling, barulah kau boleh panggil kafir.

Aku menjadi amat malu, kerana segala apa yang dikatakan oleh Lim adalah benar! Dan aku tak pernah pun terfikir selama ini. Aku hanya sibuk untuk memperbaiki amalan diri sehingga lupa pada tugasku yang sebenar.

Baru aku faham, andainya tugas berdakwah ini telak dilaksanakan, Allah akan memberikan lagi pertolongan, bantuan dan kekuatan serta mempermudahkan segala urusan dunia dan akhirat seseorang itu.Petang itu aku pulang dengan satu semangat baru. Aku ingin berdakwah!

Lim yang baru memeluk Islam selama 5 tahun itu pun telah mengislamkan lebih 20 orang termasuk adiknya. Mengapa aku yang hampir 40 tahun Islam ini (benarkah aku islam tulen) tidak pernah hatta walau seorang pun orang bukan Islam yang pernah kusampaikan dengan serious tentang kebenaran Islam?

Semoga Allah mengampuni diriku yang tidak faham apa itu erti nikmat dilahirkan sebagai Islam. - Taman2Syurga


Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

9 comments:

perjalanan pulang said...

sekali sekala kita bercakap kepada diri kita tentang kelemahan kita.

nur aisya humaira said...

salam BS..
nak share story ni kt blog sye ehh..:)
tq..:)

Anonymous said...

share this article pls.... :)

cik sue said...

Salam
Umno kata PAS jahat kerana berbaik dengan Lim Guan Eng. Umno kata kita x seharusnya berbaik dgn DAP. Amno kata Lim Guan Eng jahat bila dia meluluskan pembenaan markas islam di pulau pinang. Tapi umno kata peguam MCA baik bila cina tu pertikaikan azan.. Tpi umno tetap kata Chua soi lek dari MCA baik bila menghina agama islam.

Pemimpin dan org umno langsung xnak terbiyahkan cina2 tu. Malah merelakan cina2 tu menghina agama yg kebanyakan dianuti oleh org2 umno jugak. Bukan setakat merelakan.. Siap tolong keluarkan kenyataan membantu cina2 ni merosakkan agama islam.

Umno ketawa bila Nik aziz dan karpal dari DAP berbeza pendapat berkenaan negara islam. Tak hairanlah kalau seorang keling x faham dan tak mahu akan negara islam. Tapi bukankah umno juga mengaku islam? kenapa mereka ketawakan PAS yg nak ujudkan negara islam? Sepatautnya kalau pun ada yg umno x setuju dgn PAS tp dalam bab agama begini perlulah UMNO yg mengaku islam sama2 perjuangkan.

Akhirnya ketegasan Nik aziz dgn konsep negara islam bila PR memerintah telah mula diterima DAP. sehingga karpal singh yg dulunya tidak setuju kini mula memahami dan bersetuju.

Malangnya non muslim dari DAP dan mula terima islam tapi UMNO yg mengaku islam tolak islam. Umno sendiri x mampu untuk terbiyahkan MIC, MCA, GERAKAN dan seluruh perti komponen BN yg non muslim untuk menerima dan mendekati islam. Jadi mana tanggungjawab pemimpin, penyokong dan pencacai umno? Mana tanggungjawab Kerajaan yg diperintah oleh umno untuk berdakwah kepada non mislim?

Jangankan nak berdakwah.. lagi nak jauhkan mereka semua drpd islam ada la. wassalam

Kak Mahh said...

Kisah yang penuh pengajaran dan menjadi iktibar kepada saya juga.

Anonymous said...

suka sgt kisha nie... byk y sy xtau wlupun dikatakan Islam.. TK ye..

on ibrahim said...

kisah yang amat menarik dan memberi pengajaran..

welldone bs..gua salute u..

Kak Lia said...

sy share kt FB ya...mudah2an ada jalan utk kawan2 non muslim yg baca

Muhammad Luqman Hakim said...

Aduhai ya Rabb, terasa hinanya diri ini. Ayuhlah kita semua mula berdaqwah, selain unt menyambung ajaran nabi, bimbang kita akn dipersalahkan di akhirat kelak