Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Wednesday, January 26, 2011

JAHANAM DAPAT PEMIMPIN MACAM NI!!!!

بسم الله الرحمن الرحيم

Calon BN Prk Tenang: Saya suka karaoke, nonton filem, main golf dan melancung.



Sejak diumumkan sebagai calon Barisan Nasional, kehidupan Mohd Azahar Ibrahim, 39, berubah sama sekali. Jadual hariannya padat berkempen.

Biarpun beliau nampak keletihan setelah empat hari berkempen namun Mohd Azahar yang lebih dikenali dengan panggilan ‘Tok Ai’ ini tidak lokek bercerita mengenai perkara yang disukainya dengan The Star dan mStar Online.
Ikuti temubual yang diadakan di rumahnya, di pekan Labis baru-baru ini.

mStar: Adakah ‘Tok Ai’ mempunyai blog atau akaun laman web sosial seperti Facebook?

Tok Ai: Saya tidak mempunyai blog, tapi saya akaun Facebook untuk saya berhubung dengan rakan-rakan saya sejak enam bulan yang lalu.

mStar: Adakah anda meminati apa-apa cabang seni seperti nyanyian, menari atau bermain alat muzik?
Tok Ai: Kalau menari dengan main alat muzik rasanya tak ada. Tapi kalau menyanyi adalah, saya suka karaoke. Saya suka dengan muzik R&B.

mStar: Menonton wayang satu kemestian?

Tok Ai: Kadang-kadang, saya suka menonton filem aksi terutamanya Die Hard 3, End of Days dan 2012.

mStar: Apakah yang anda gemar lakukan pada waktu lapang?

Tok Ai: Saya suka melancong dengan keluarga pada masa lapang. Antara tempat yang pernah saya lawati, Sydney, England, Ireland, Russia, Dhaka, Scotland dan Beijing.

mStar: Sukan apa yang anda gemari?

Tok Ai: Saya suka main golf dengan kawan-kawan sekurang-kurangnya seminggu sekali.

mStar: Bagaimana anda mendapat gelaran Tok Ai?

Tok Ai: Arwah ayah saya dulu Ketua Kampung. Ketika saya darjah lima, kawan-kawan dan orang kampung mula panggil saya, ‘Tok Ai’. Gelaran itu dipanggil kerana gabungan nama ayah sebagai ketua kampung, ‘Tok’ dan ‘Ai’ itu merujuk kepada saya sebagai anaknya. Sampai sekarang gelaran itu lekat pada saya.

mStar: Binatang peliharaan yang anda sukai?

Tok Ai: Saya tak suka bela haiwan, tapi sejak anak saya suka bela sepasang kura-kura, ‘Lulu dan Lala’ saya jadi suka kepadanya.

mStar: Siapakah idola anda?

Tok Ai: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. Saya meminati gaya kepimpinan dan kebolehan beliau mentadbir negara selama lebih 21 tahun. Kalau artis saya minat pelakon aksi, Steven Seagal.

mStar: Perkara yang anda sukai tentang Malaysia?

Tok Ai: Saya suka tempat-tempat pelancongan menarik yang ada di Malaysia terutamanya taman negara, air terjun, pulau-pulau cantik seperti Pulau Langkawi.

Note: Suka bela kura-kura.. Kah..kah..kah..kah.. sakit perut aku... bela mama penguin kan lagi baik... boleh sama-sama jahanamkan duit rakyat... Kah..kah..kah..kah...


Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

5 comments:

:) said...

cool

donk said...

belajar belajar le tok kai..untuk menjadi seorang pemimpin yang mengutamakan diri sendiri sebagaimana orang lain kat atas nun..

pengalaman jika betul kes lelong tanah tu dah ada dah...tipu je orang orang tenang yang bangang tu...

kamu jangan risau..orang atas akan backing kamu...

mb yang tak tau ugama apa tu akan backing kamu..tengok ya yang jadi haramjadah ada tiga..tpm ..mb dan soooi leak..semua orang johor..memang orang johor sesetengahnya bangang dan bahalol..yang menyokong umno je ya...aku pun dari sana juga..he he he

Anonymous said...

mahathir idola?? agak takde org lain ke..

p/s: perenggan terakhir donk sungguh kelakar hehee..

benci be-End said...

kahkahakkkk...ptuiii!banyak duit sebagai ADO jah bleh pergi melancong boh..dana lain eeiiikk!!!

PUPPETS said...

ERRRRR PATUT ADA SATU LAGI AYAT TAMBAHAN,DIA LUPA NAK TARUK KER? 'MELENCONG'