Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Friday, November 26, 2010

HATI HATI ANGKA KERAMAT 26

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum..



Semalam saya mendapat satu SMS dari seorang sahabat. Bunyinya begini...

"HATI-HATI ANGKA keramat "26" !!!

26 December 2004.. Tsunami di Aceh
26 mei 2006.. Gempa bumi di jogja
26 jun 2009... gempa bumi di Tasikmalaya
26 oktober 2010.. Tsunami di mentawi
26 oktober 2010.. Merapi meletus

Apa ada dengan "26" ? tanya dalam Al-Quran surah ke 26 (asy-syu'ara) yang didalamnya tentang azab Allah.

Tolong kirim SMS ini kepada 7 orang.. jangan dipermainkan.. Lillahitaala ini amanah.. jangan dihapus SMS ini sebelum dikirim kepada 7 orang..Apa yang berlaku 26 nov 2010 hari jumaat ini?

KITA DOAKAN AGAR MENDAPAT RAHMAT YANG TERBAIK DARIPADA ALLAH."

***************************************************************************

Kemudian dengan slumbernya saya reply kat dia.. saya tulis.. "ada ceramah Mat Sabu" dan sebarkanlah kepada sesiapa klau rajin. x kira la berapa orang... kah..kah..kah..kah..

Dia rasa macam saya permainkan dia.. dia balas kembali SMS saya dengan berkata... " ni serius ni bukan main2"

He..he..he..he.. saya pun balas balik....saya kata...

" Memperingati sesuatu itu memang bagus. Apatah lagi jika ianya berkaitan dengan ingatan dari Allah. Masalahnya disini kenapa kena kirim pada 7 orang? dan atas alasan apa kita tak boleh padam sebelum kirim kepada 7 orang? yang menyesatkan apabila kita takut akan sesuatu itu jika kita tidak kirim kepada 7 orang. bukan kerana kita takut pada azab Allah. Dalil dan Nas mana yang mensyaratkan perkara- perkara begini? Pernahkah rasulullah ajar buat macam ni? Yang pastinya 7 orang hantar kepada 26 juta orang di malaysia ni.. yang untungnya tak lain tak bukan ialah syarikat telecomunikasi dan yang rugi dan sesat kita umat islam semua"

**************************************************************************

Kita tinggalkan dulu berkenaan SMS saya dengan kawan tu...

Sedarlah teman-teman. Ini adalah salah satu sms berantai yang banyak kita lihat dewasa ini. Yang sesungguhnya tiada tujuan lain selain mencari keuntungan sambil menyesatkan umat islam oleh golongan yang benci pada islam. Sayangnya masih ada kawan-kawan yang belajar tinggi malah tinggi juga asas agamanya tertipu dik mereka-mereka yang gairah mengaut keuntungan dengan berbagai penipuan ini.. Yang paling sedihnya ia merobak rabikkan aqidah kita umat islam yang semakin jauh dengan agama di bumi malaysia ini.

Semoga kita semua dijauhi dari kesesatan ini... wallahualam.


Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

17 comments:

farah said...

betul betul..sepatutnya 7 org tu padam la..kenapa nk anta kat 7 org je..byk dpt msg macam ni.
btw, bestla jawapan ada ceramah mat sabu.haha

Langit Pertama said...

Slalu dat sms n email camni..
Mula2 nk forward, lepas dia sruh hantar ke 10 org la, 100 org la, kalo tak nnti ditimpa malapetaka; teus tak jadi nk forward...

PiKOk said...

selalu jugak dpt msj camnih.uh

zmah said...

Beberapa kali juga dapat sms berantai ini,selalunya saya abaikan atau edit yang tidak berkenaan.

Mohamadazhan hjDesa said...

yang pasti 26 wajib p jumaat.hehe

keladi said...

salam
saya nak tanya sikit ni
kenapa orang semua percaya pada tarikh tu.kalu saya ayat alquran sekiranya ayat ke 26.baru ada makna kalum hari ke 26 bulan islam(syaban ke rejab ke) ,bukan ke 26 bulan nasrani(april la september la...adakah kita ni suka campuradukan nasrani yahudi?

d14ry s3or4ng p3r3mpu4n said...

tak suke dpt msg camni.. klu sy dpt slalu sy forward balik kt org yg sent tu.. miahaha

pisangmalaysia said...

Salam tuan blog...
Umat di Malaysia ni yang tidak disuruh itu lah yang hendak dibuat... Yang salah, tidak betul itu lah yg ingin diikuti...terus terang dikatakan semua perkara telah terbalik...contohnya...memandu di lorong kanan sekali, 40km/j..yg kiri sekali pulak.memandu 120km/j...tak ke haru jadinya....tu lum bab agama lagi tu...

umno bodoh said...

Dunia menuju ke akhir hayat.. umat manusia semakin jahil. ini semua cara yahudi menyesatkan umat islam. dengan mencampuradukkan alquran dgn ramalan syitan. Sayangnya diketika dunia semakin maju dan ilmu mudah diperolehi ada lagi umat islam yg jahil sehingga percaya perkara begini.

Mana perginya jabatan agama islam? Jabatan agama islam tak berani atau sengaja ambil lewa dengan perkara seperti ini. sedangkan ini akan memesongkan akidah umat islam.

jabatan agama islam akan hanya bertindak bila umno suruh buat kenyataan atas isu2 PAS. jabatan agama islam sudah menjadi alat politik umno. hanya menjaga kepentingan parti.

akidah umat islam tidak penting.. yang penting adalah pastikan umno terus berkuasa.

anakmuaallaf said...

Seronoknya CEO Celcom dan Maxis baca.Mereka nampak RM$$$.Kita nampak apa ? Ad orang nampak nak tambah lagi !! Peristiwa dan tarikh itu hanya kebetulan saja..

ohujan said...

bro memang sempoi!

Anonymous said...

hahahaha...
slalu dpt, sms, surat, email.
yg memanjang2 kan ni laagi bangang.
pcaye n takut pd mende2 tu watpe?
org ApNo bole la dtipunye...
kuikikiukiukui

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

salam
betul tu

yang untung company ipo juga

Ibnu Rashid said...

salam,
sempoi la jwban br tu.. leh tiru ka?.. hehehe

m!da BucHuxX said...

buruk baik semua ketentuan ALLAH. .

puteri said...

betul2!
saya sokong reply dari tuantapak :)

PUPPETS said...

RASANYA MSG-MSG BEGINI WUJUD SEBELUM ADANYA HP DAN SYSTEM SMS.. MASA TU SURAT BERANTAI... ALAMAT PLAK KEBIASAANNYA IKUT ALAMAT BIL AIR,BIL API ATAU BIL TELEFON... SEKARANG LEBIH MUDAH,TAK YAH GUNA KERTAS,SAMPUL DAN STEM... CUMA YANG LUCU ADA SATU MASA TU SEORANG RAKAN BERBANGSA CINA YG KURANG FAHAM BAHASA MELAYU MENUNJUKKAN PADA SAYA SMS BERANTAI YG HAMPIR BEGITULAH BENTUKNYA SIAP TERTERA POTONGAN AYAT ALQURAN DAN JUGA HADIS BERTULISAN RUMI..KETIKA ITU BELUM WAJIB LER MENDAFTAR TALIAN,JADI KITA AGAK IANYA DIHANTAR SECARA RAWAK. BILA IANYA WAJIB DIDAFTAR HE HE HE MASIH TERDAPAT LG KEJADIAN BEGITU.. JD APA YG BERMAIN DIFIKIRAN SAYA SIBODOH MANA LER YG SYOK SANGAT BUAT KERJA MCM HINGGA AYAT MENGAJAK KITA MENENTANG KEZALIMAN PARA KAFIR DIHANTAR PULA PADA KAFIR....