بسم الله الرحمن الرحيم
Basuh tin dulu sebelum minum!
Kejadian ini baru saja terjadi di Texas Utara. Seorang wanita pergi bermain perahu pada hari minggu dan membawa beberapa tin coke yang disimpan di lemari pendingin kapal itu. Pada hari Isnin, ia dibawa ke rumah sakit dan ditempatkan di ruangan Intensive Care Unit. Dia meninggal dunia pada hari Rabu.
Keputusan autopsy menyimpulkan ia terkena Leptospirosis. Hal ini terlacak pada tin minuman yang diminumnya, tanpa menggunakan cawan. Keputusan ujian menunjukkan tin tersebut telah dijangkiti urin tikus yang sudah mengering dan itulah yang menyebabkan Leptospirosis.
Air kencing tikus mengandungi zat beracun dan mematikan. Hal ini sangat digalakkan untuk membasuh secara merata bahagian atas semua tin minuman sebelum meminumnya. Tin biasanya disimpan di dalam gudang dan langsung dihantar ke kedai-kedai tanpa dibersihkan. Sebuah penelitian di NYCU menunjukkan bahawa bahagian atas semua tin minuman lebih tercemar berbanding tandas awam. Penuh kuman dan bakteria. Jadi cuci dengan air sebelum memasukkannya ke mulut untuk mengelakkan segala jenis kemalangan kepada diri anda.
- adamzpest
Note: Minum air masak jer senang..
Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.
Bismillahir-Rahmanir-Rahim..
Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.
7 comments:
betul..sy dah lama amalkan membasuh bahagian atas tin minuman sbb terbaca 1 artikel psl urin tikus ni
ish ish,,,
takut jugak kan....
salam..
terima kasih atas info..
huuuu...
So far mmg saya ajar anak2 saya supaya basuh dulu sblm minum. Kes2 camni mmg ade...
mmg betui la kmoo..ni ade kes kat ukm,..
budk tuh smpai msuk wad sbb bnda nie lah..
kejadian seperti ini kerap berlalu..pada minuman dalam tin apa kata ubah sikit selera dalam botol je le..
Post a Comment