Apa Nasib Graduan Pendidikan Lepas Ni

Tanjong Malim, 9 November – Seramai 52 orang graduan pendidikan yang telah mendapat surat penempatan di Sabah beberapa hari lepas telah ditarik balik ‘posting’ mereka oleh Kementerian Pelajaran Malaysia atas beberapa sebab tertentu.
Bagi mengesahkan maklumat tersebut, mediawan Upsikini telah menghubungi Bahagian Penempatan KPM bagi mendapatkan beberapa respon berhubung hal berkenaan. Menurut pegawai yang dihubungi, penempatan mereka ditarik balik setelah mendapat maklumat bahawa berlakunya lebihan opsyen di negeri berkenaan (Sabah) dan terpaksa ditarik balik oleh KPM.
Beliau turut menyifatkan bahawa, graduan tersebut telah pun dimaklumkan menerusi panggilan telefon mengenai pembatalan ‘posting’ mereka dan keputusan penempatan baru akan dimaklumkan kemudian iaitu pada 15 November ini. Manakala, berkenaan bilakah tarikh penempatan mereka masih belum diketahui.
Dalam pada itu, rata-rata graduan pendidikan yang telah mendapat surat makluman penempatan di Sarawak pada hari ini turut menyatakan kerisauan mereka berhubung kes berkenaan. Manakala mereka yang belum mendapat keputusan penempatan masih lagi menunggu keputusan yang dijangka keluar pada 15 November ini.
- http://upsikini.blogspot.com
- ijoks2009
Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.
3 comments:
cian nya..sabar je lah dengan depa nie..management tu tak btoi
Bukan lebihan opsyen, tapi "kurangan" belanjawan. Kahkahkah...
Duduk kat semenanjung ni lagi baik.
kuikuikui setuju2,
sume dah diselaraskan,
elaun etems akan ditarik balek-ajar sains n maths dlm BM.
claim mileage-kene potong
claim pindah rumah tahun ni xde.
eh macam2 la...
yg terbaru minggu depan punye cuti raye, minggu ni baru sebuk buka kalendar skolah, bangang piang punye KPM! patut awal2 tahun ko dah tgk kalendar cuti sekolah, bukan last minit, perkara ni tjadi tiap2 tahun melibatkan perayaan aidilfitri, CNY, dll.
sekolah cine lagi bagus, awal2 tahun dah ganti siap utk cuti raye.
org2 KPM ni memang cam haram, sembang nak mantap jek, keje cam si*l!!! mahap, saye paham, ini kerna tekanan org atasan membuatkan anda jadi sebegini. sebab org2 atasan tu bangang piang! termasuk la menteri pendidikan!!!
Post a Comment