Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Saturday, June 5, 2010

MINTA SAHABAT TOLONG SEBARKAN

بسم الله الرحمن الرحيم

Cerita & Gambar-Gambar Dari Gaza Untuk Dikongsi Bersama...
Email dari seorang sahabat dan minta dikongsi dengan semua pembaca... harap dapat sebarkan untuk dikongsi dan dihayati bersama...




Semalam Razali Awang, pemberita TV3 yang pergi ke Gaza baru-baru ni, datang ke syarikat kami untuk berkongsi pengalamannya pergi ke Gaza baru-baru ini. Persatuan Islam Pekerja yang anjurkan. Razali ni tiap kali dia bercerita, mesti tersekat-sekat sebab dia kata dia tak dapat lupakan pengalaman yang dia akan kenang sampai mati.

Ada beberapa perkara yang mahu saya kongsi bersama kerana ianya membuatkan tidur saya tidak lena...

Mesir

Razali kata, ini Firaun moden. Nama je Islam tapi dah terlalu sekular. Sanggup kencing di dinding-dinding masjid.

Mesir sekat sempadan sedangkan hanya itu sahaja jalan darat hendak ke Gaza . Makanan dan ubat-ubatan semuanya rosak di sempadan Mesir-Gaza. Sempadan Mesir-Gaza berada dalam kawasan sepanjang 14 kilometer. Kalau lah tiada sekatan, rakyat Palestin takkan kebuluran...

"Mesir lebih rela bersempadan dengan Israel daripada bersempadan dengan Hamas, Apa punya manusia ni..!", kata Razali Awang.

Khutbah Jumaat di Mesir mengharamkan khutbah mengenai keganasan di Gaza . Razali beritahu rakyat Palestin yang dia interview, di Malaysia, tiap Jumaat kami bacakan Qunut Nazilah dan bersolat hajat demi kesejahteraan rakyat Palestin…

Berapa banyak checkpoint dia kena lalui di Mesir… tapi dengan pertolongan Allah SWT, semuanya berjaya dilepasi... tapi perit nya... yang mintak rasuah… charge naik bas sejauh 500 meter ialah RM70!!!

Memang sekutu kuat Amerika and Israel (Eee…tak ingin hantar anak gi Al Azhar... lebih baik hantar ke negara Islam lain... UIA pun dah bagus!!!)

Gaza (Palestine)

Terbahagi kepada 2 – Hamas dan Fatah… Belah Fatah ada Kasino! Kata wartawan dari Belgium dan Itali, the best strawberry in the world comes from Gaza ! Imam Shafie lahir di sini (sebak pulak bila dengar yang ni).

Razali kata rakyat Palestin sangat berpegang teguh kepada ajaran Islam dan mazhab Shafie. Orang Palestin sangat baik dan peramah jika dibandingkan dengan Pak Arab di Mesir tu.. Moyang Rasulullah SAW dikebumikan dia sini (lupa nama... tapi dia mention Hashim…).

Beautiful country, iklim Mediterranean. boleh kalahkan Los Angeles kalau tak kerana peperangan..

Hamas

Memang kalangan yang rela mati sebab mati syahid. Rela mati bila-bila masa. Bila bersalam perpisahan dengan Razali dia orang ucap "Kalau anda datang lagi ke sini, adakah kita akan bertemu lagi?"…macam mereka tahu yang mereka akan mati bila-bila masa sahaja.

Tulang-temulang manusia yang melekat di dinding bangunan-bangunan yang rosak akibat dibom Yahudi/Zionis, tak busuk walau dah berminggu! Mayat tak reput langsung, bila kubur dibedil oleh Israel… punyalah jahat bangsa Yahudi/Zionis, kubur pun dibedil konon tempat simpan senjata.

Hamas ada 25,000 org... tak de senjata canggih tapi yang mati hanya 100 lebih je!!! Hamas ni beroperasi di bawah tanah dan mereka berada dimana-mana saja. mereka beroperasi dalam kumpulan-kumpulan kecil.

Isteri-isteri kepada yang mati syahid, hanya ada satu misi, untuk berperang dan mati syahid supaya dapat jumpa semula suami masing-masing di syurga... Bagi mereka, kanak-kanak yang mati berada di sisi Allah SWT. Menurut seorang ibu yang anaknya mati syahid, hari ni sorang mati, esok pasti lahir seorang lagi bayi yang bakal menjadi pejuang Islam...

Israel

Memang pengecut sebab tak berani berperang secara berhadapan dengan Hamas. di darat hanya duduk dalam kereta kebal. lepastu serang dengan bom pintar atau bom fosforus dari jarak jauh.

Dia org tau Hamas ada penembak tepat! jadi mereka takut nak turun dari kereta kebal. Kereta kebal Israel musnahkan tanaman seperti anggur dan pokok zaitun sebab tanaman ni makan masa bertahun untuk tumbuh balik. Biar rakyat Palestin kebulur dan tak de sumber pendapatan. Semua resolusi PBB, satu pun Israel tak ikut!!! Ada back-up besar lah katakan...

Rakyat Palestine

Sedih Razali tengok dia orang rebus rumput sebab dah tak de makanan. Kanak-kanak tiada cita-cita lain selain dari ingin menjadi pengebom berani mati kerana trauma melihat ahli keluarga dibunuh di depan mata sendiri!

Di hospital - pembedahan, jahit kulit ke apa ke… terpaksa dibuat tanpa bius. Sebab - ubat dah tak de. Razali kata dia tak tahan dia tengok budak-budak menjerit-menjerit kesakitan bila kepala di jahit!

Dia jugak pergi sendiri ke dewan bedah yang telah dibedil dengan bom fosforus... sebelum serangan ada beberapa orang doktor sedang bedah pesakit… Razali kata tak de apa yang tinggal... semua dah jadi abu!!! Ada la nampak serpihan tulang sikit-sikit disana-sini… Fosforus ni dia hancurkan kulit dan tulang… Nauzubillah.

Ada banyak lagi... tapi terlalu panjang untuk ditulis. Razali Awang memang volunteer nak pergi ke Gaza... jadi, inilah yang diceritakan oleh beliau.

Satu lagi antara pembekal rifle ke Israel selain dari USA ialah negara jiran kita yang paling dekat iaitu SINGAPURA! jadi Razali kata kalau kita shopping dekat sana macam kita sokong Israel.

Jadi kawan-kawan, kita terus berdoa dan berdoa untuk keselamatan saudara Islam kita di mana jua mereka berada..

Wassalam

Gambar-gambar untuk dikongsi bersama - UNRWA School di Beit Lahia, Gaza, Palestin ketika di bom Yahudi/Zionis...
















- perisik-rakyat


UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

9 comments:

mahaza said...

Itulah yang diceritakan oleh Haluan semasa datang ke surau AlHusna. Sebelum kita demo Anti Israel - yang kita tahu masih ramai tak faham beza YAHUDI dengan ZIONIS - tangkap muat kita HARUS demo ANTI MESIR dahulu yang sebenarnya menyekat laluan ke Gaza. Tanyalah semua aktivis sukarelawan dari mana pun. Nak lalu ikut Israel dah tahu memanglah dorang akan sekat... ni ada laluan melalui negara Arab? pun kena sekat apa kejadah..... Sebab itu walau galakan anak-anak belajar dan pergi ke Negara Arab untuk sambung belajar tapi aku takan benarkan dorang jejak kaki ke Mesir untuk belajar walaupun Al Azhar ternama.... Wallahua'lam

gorgondolamedusa said...

MESIR,
israel bom laluan bawah tanah, mesir siap letak gas beracun lagik.
kawan saya pelajar di mesir, sempat bjumpa pd bln puasa tahun lepas menjadi imam terawih, die ckp kat mesir kalo mlm2 tu xleh lepak2, xleh pakai ketayap, kwn2 die penah kena tangkap sebab pakai ketayap n disyaki pengganas. padahal bdk2 tu lepak kat blok2 kwn, biase la student, lepak blok member ulang alik.
mesir ada buat perjanjian dgn israel mengenai apentah, kalu x silap tanah kot, mesir bg tanah-israel xkan menyerang. x ingat le plak.

lagi 1, pelajar2 negri selangor di mesir x dapat bantuan kewangan dari pusat zakat selangor n tpakse minta derma utk bantuan asrama ke apentah di mesir - kes 3-5tahun lepas. skang xtau ler..

Idalara said...

salam..
airmata sy pasti tak dpt ditahan tiap kali melihat kekejaman yg dilakukan israel laknatullah terhadap rakyat palastine..sedihnya dan kagum melihat ketabahan anak2 dan isteri meraka..

gorgondolamedusa said...

jgn jadikan isu palestine ini bermusim, ingat2 lah saudara kita di palestine dibunuh setiap hari...
salah 1 cara boikot barangan mereka jika mampu.

semoga Allah melindungi umat Islam di seluruh dunia. amin...

syahira ariff said...

di manakah sumbangan orang islam ketika saudara sendiri memerlukan bantuan
tak sangka Mesir seperti turut bersubahat
orang Islam sejati susah nak jumpa sekarang nie
kesal sebab PBB hanya membiarkan kekejaman Israel bermaharajlela

STANZA ALAM said...

Sungguh menyayat hati... kita orang Islam di Malaysia belum diuji sampai ke tahap itu... tahniah kepada saudara Razali Awang...dari cerita beliau dapat kita rasakan kejam dan perangai keji Yahudi, tapi ada juga orang Islam yang tergamak jadikan Yahudi penasihat dan perunding imej...

SUARA RAKYAT KUNAK said...

Sesiapa yang bersubahat dengan Yahudi, Boikot barangannya, tunjukkan pada Dunia bahawa Umat Islam pun boleh bersatu, mula hari ini Boikot.

Unknown said...

smpai bila yer diorang nk jadi mcm tu..jd mcm pelarian.."ya ALLAH,kau selamatkan lah saudara2ku dr kekejaman org2 yahudi..." aminnnnn...

Anonymous said...

mesir same je mcm pas..