بسم الله الرحمن الرحيم
IPTA diberi tempoh sebulan sedia laporan pelajar miskin
TEMERLOH 13 Mac – Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) memberi tempoh sebulan kepada semua institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di seluruh negara menyediakan laporan lengkap mengenai bilangan pelajar miskin yang menuntut di universiti masing-masing.
Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, laporan dan statistik terkini itu diperlukan untuk membolehkan kerajaan menghulur kepakaran membantu mengatasi masalah pelajar miskin berkenaan.
Katanya, pihaknya menerima banyak laporan mengenai segelintir pelajar tidak cukup perbelanjaan harian dan terpaksa ‘ikat perut’ untuk meneruskan pengajian. – Utusan
Jangan Sekadar Laporan!
Pendidikan merupakan satu keperluan asas bagi setiap individu. Melalui pendidikanlah ilmu dan kemahiran diperolehi. Malah, melalui kurikulum pendidikan jugalah indoktrinisasi ideologi dominan sesebuah negara dilakukan. Namun, apalah guna segala kurikulum yang serba canggih sekiranya pelajar yang layak untuk melanjutkan pelajaran tidak dapat berbuat demikian disebabkan faktor kewangan.
Secara asasnya, pendidikan haruslah disediakan oleh pemerintah kepada semua rakyat dengan percuma - tidak kiralah sama ada mereka tergolong dalam keluarga yang kaya, mahupun keluarga yang miskin. Ini adalah kerana pada dasarnya, pendidikan merupakan keperluan asas bagi seluruh manusia. Lebih-lebih lagi sebagai seorang Muslim, pendidikan merupakan suatu kewajiban yang mesti disediakan oleh Negara.
”Menuntut ilmu wajib bagi setiap Muslim.” [HR Ibnu Adi dan Baihaqi].
Namun, yang menyedihkan, sudahlah keadaan keluarga tersepit, kesusahan tersebut ditambah lagi dengan bebanan yuran pengajian yang tinggi. Malahan untuk ‘mengatasi’ masalah ini, para pelajar dijinakkan dengan pinjaman seperti PTPTN yang sering berdalih dengan ‘bayaran perkhidmatan’ dalam memungut riba. Rasulullah telah bersabda :
“Seorang imam (pemimpin) itu adalah penggembala (pemelihara) dan dia bertanggungjawab di atas pemeliharaannya...” [HR Ahmad, Syaikhan, Tirmidzi, Abu Daud dari Ibnu Umar].
Pendidikan merupakan salah satu urusan yang perlu diperhatikankan oleh pemerintah. Mereka perlu menyediakan segala jenis kemudahan pendidikan yang terbaik kepada rakyat. Kerajaan Malaysia haruslah memandang serius terhadap permasalahan ini, serta mengambil Islam dalam menyelesaikannya dan menjadikan Islam sebagai asas sistem pendidikan. Malah bukan sekadar pendidikan, segala permasalahan yang timbul haruslah diselesaikan dengan mengambil Islam sebagai solusi. Dengan ini, rahmat Allah pasti akan dirasai.
- jebbat.blogspot.com
UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..
Bismillahir-Rahmanir-Rahim..
Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.
0 comments:
Post a Comment