Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Friday, March 19, 2010

BABI BERSUARA LAGI UNTUK ISI POKET KRONI

بسم الله الرحمن الرحيم

Gula-gula "Subsidi"



Subsidi petrol kini 45 sen seliter

KUALA LUMPUR 12 Mac – Kerajaan terpaksa menanggung subsidi 45 sen bagi satu liter petrol berikutan minyak mentah di pasaran antarabangsa kini didagangkan pada harga AS$82 (RM271) setong.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, jumlah itu melebihi 15 sen subsidi yang sepatutnya ditanggung oleh kerajaan iaitu 30 sen bagi satu liter petrol.

‘‘Mengikut formula yang digunakan, kerajaan sepatutnya hanya menanggung subsidi petrol sebanyak 30 sen dan bakinya iaitu 15 sen perlu ditanggung oleh pengguna.
‘‘Bagaimanapun perkara subsidi ini belum diputuskan oleh Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) yang bermesyuarat setiap minggu,’’ katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyaksikan majlis menandatangani Memorandum Persefahaman Pelaksanaan Kad Pelbagai Guna Koperasi (Kad Koop) di antara Bank Rakyat dengan Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) di sini hari ini.

Ismail Sabri memberitahu, kementerian memerlukan maklum balas orang ramai sama ada subsidi petrol perlu dinaikkan atau tidak kerana jumlahnya terlalu tinggi pada masa ini.

‘‘Orang ramai perlu membuat pertimbangan kerana jumlah subsidi sekarang adalah terlalu tinggi dan ia menghakis keupayaan kerajaan untuk melaksanakan pelbagai projek pembangunan lain,’’ katanya.

Sumber : Utusan 13/03/10

Ulasan:

‘Pandai’ betul kerajaan menyusun kata dalam hal ini seolah-olah ia sedang berkorban demi rakyat. 30 sen subsidi kerajaan tanggung, 15 sen pengguna tanggung..apakah kerajaan sekular ini tak sedar bahawa rakyat telah mengetahui pembohongan mereka selama ini? Apakah kerajaan ‘lupa’ lebih dari 70 % pendapatan negara yang dikatakan duit kerajaan, dikutip dari (cukai) rakyat?? Apakah 30 sen subsidi itu benar-benar ditanggung oleh kerajaan?

Jika kerajaan ini cerdik sedikit dari kerajaan-kerajaan kapitalis dunia yang ada sekarang, nyata masalah subsidi ini tidak timbul! Rujuk sahaja kepada syariah Islam. Minyak (dan sumber galian yang jumlahnya banyak) adalah milik rakyat dan ini bererti juga milik rakyat. Ini bererti tidak timbul soal penswastaan, subsidi inisiatif, harga pasaran dunia, ikatan jaminan harga dan segala bentuk hambatan yang sebenarnya alat untuk merompak harta rakyat!

Pelik bin ajaib, dalam keadaan ini rakyat masih kabur kepada masalah sebenar – bahawa permasalahan ini merupakan natijah dari sistem yang rosak lagi merosakkan ini. Sampai bila agaknya rakyat dan pengguna akan sedar dari terus ditipu, dizalimi dan ditindas oleh ejen-ejen hegemoni kuffar Barat ini? Apakah mereka masih tidak meyakini Islam sebagai problem solver bagi seluruh permasalahan mereka? Apakah rakyat masih selesa berdiam diri membiarkan kerajaan taghut ini menghisap darah mereka dan darah generasi mendatang? Sampai bila mereka akan terus membiarkan diri dikurung tempurung kolonialisme kuffar Barat? Sampai bila mereka akan terus membiarkan hidup mereka tertindas tanpa pembelaan? Sampai bila umat ini akan terus membiarkan diri mereka terus terkebelakang?


-- jebbat.blogspot.com


UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

1 comments:

setapa said...

Kerajaan umno bn memang pembohong besar.Dari muda telah biasa berbohong.Subsidi tak pernah wujud.Hanya untuk mengaburi mata rakyat.Wang yang dinamakan sebagai subsidi adalah wang rakyat.Bukan wang umno.Rakyat yang memberi subsidi kepada kerajaan.Bila minyak dunia naik kerajaan mendapat untung hasil dari kenaikan tersebut.Jadi mengapa rakyat kena membayar hasil yang telah pun ada untung.Penjualan minyak tidak ada ruginya walau pun harganya turun.Ini adalah kerana kerajaan mendapat untuk berlipat ganda ketika harga minyak naik.Perut mereka memang tak pernah kenyang.Mereka menjadi buta hati dan perut apabila melihat wang yang banyak.Mereka tak pernah ada rasa simpati kepada rakyat miskin dan kesempitan hidup.Perbuatan yang mereka lakukan tak perlu dimaafkan.Biarlah Allah sahaja yang membalasnya.