Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Thursday, March 11, 2010

PEMIMPIN YANG LEBIH BABI DARI BABI

بسم الله الرحمن الرحيم

Para Pemimpin Sekular Membentangkan Permaidani Merah Untuk Putera, Puteri Mereka.

KUALA LUMPUR 8 Mac - Putera Mahkota Haakon dari Norway dan isterinya, Puteri Mahkota Mette-Marit hari ini diberi sambutan rasmi di Dataran Perdana di Putrajaya sempena lawatan rasmi tiga hari mereka ke Malaysia. Setiba pasangan diraja di situ, mereka disambut oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor. Putera Haakon memeriksa barisan kehormat terdiri daripada 103 orang anggota Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja diketuai Mejar Mohamad Abdullah. Pasangan diraja itu kemudian mengadakan pertemuan dengan Najib dan isteri di Pejabat Perdana Menteri. Selepas itu, Putera Haakon dan Puteri Mette-Marit berangkat ke Istana Negara untuk pertemuan dengan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah. Pasangan diraja itu tiba di ibu negara dengan perjalanan darat dari Singapura. Baginda berdua disambut oleh Timbalan Menteri Luar, A. Kohilan Pillay dan Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Tan Sri Joseph Kurup, selaku menteri pengiring, setiba mereka di hotel penginapan di sini. Mereka diiringi rombongan seramai 45 orang termasuk Menteri Perdagangan dan Industri, Trond Giske, Timbalan Menteri Luar, Erik Lahnstein, Timbalan Menteri Perikanan dan Hal Ehwal Pesisir Pantai, Vidar Ulriksen dan Timbalan Menteri Petroleum dan Tenaga, Robin Martin Kass. - BERNAMA


Ketika Akhbar Norway Menghina Rasulullah SAW Kita Membentangkan Permaidani Merah Untuk Putera Mahkotanya.

Nampaknya para pemimpin sekular umat Islam kita pada hari ini telah lupa dengan kebiadapan yang dilakukan oleh akhbar harian Dagbladet Norway yang telah menerbitkan karikatur Nabi Muhammad SAW dengan menggambarkannya sebagai babi pada 3 Februari yang lepas. Layaklah para pemimpin kita ini digelar “pemimpin sekular yang sememangnya mudah lupa”. Jika beberapa minggu yang lepas para pemimpin ini jugalah yang sama-sama meraikan dan merayakan serta menyambut perayaan Maulidur Rasul sebagai dakwaan kononya merekalah golongan yang mencintai nabinya kini ucapan kecintaan mereka kepada Rasulullah SAW diuji dengan kedatangan pemimpin Norway. Apa yang dapat kita saksikan adalah para pemimpin sekular ini membentangkan permaidani merah bagi meraikan seorang pemimpin yang akhbar di negaranya menghina junjungan besar Nabi SAW dengan suatu penghinaan yang cukup berat. Alangkah hinanya apabila pemimpin yang mendakwa dirinya mencintai Nabi SAW telah menyambut dan meraikan serta memuliakan seorang pemimpin yang di negaranya menggunakan alasan kebebasan bersuara untuk menghina junjungan besar Nabi SAW.

Wahai para pemimpin sekular umat Islam! Apakah jawaban yang akan kamu berikan di akhirat kelak ketika kamu berhadapan dengan Allah SWT nanti? Jika dahulu para sahabat membuktikan kecintaan mereka kepada Nabi SAW dengan kesanggupan mereka mengorbankan jiwa dan raga demi mempertahankan nabi SAW semasa peperangan Uhud namun kini para pemimpin sekular yang ada pada hari ini melakukan tindakan yang sebaliknya. Hayatilah kisah yang diceritakan oleh Anas bin Malik radhiallahu‘anhu ini:

“Di tengah-tengah berkecamuknya peperangan Uhud, tersebar desas-desus di antara penduduk Madinah bahwa Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam terbunuh, hingga terdengarlah bunyi tangisan di penjuru kota Madinah. Maka keluarlah seorang wanita dari kalangan kaum Anshar dari rumahnya, di tengah-tengah jalan dia diberitahu bahwa bapaknya, anaknya, suaminya dan saudara kandungnya telah terbunuh di medan perang. Ketika dia memasuki sisa-sisa kancah peperangan, dia melewati beberapa jasad yang bergelimpangan, “Siapakah ini?”, tanya perempuan itu. “Bapakmu, saudaramu, suamimu dan anakmu!”, jawab orang-orang yang ada di situ. Perempuan itu segera menyahut, “Apa yang terjadi dengan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam?!” Mereka menjawab, “Itu ada di depanmu.” Maka perempuan itu bergegas menuju Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam dan menarik bajunya seraya berkata, “Demi Allah wahai Rasulullah, aku tidak akan mempedulikan (apapun yang menimpa diriku) selama engkau selamat!” (Disebutkan oleh al-Haitsami dalam Majma’ az-Zawaid [VI/115], dan dia berkata, “Diriwayatkan oleh ath-Thabrani dalam al-Ausath dari syaikhnya Muhammad bin Su’aib dan aku tidak mengenalnya, sedangkan perawi yang lain adalah terpercaya” . Diriwayatkan pula oleh Abu Nu’aim dalam al-Hilyah [II/72, 332]). Dalam kisah yang lain juga diberitakan ada suatu kejadian yang tercatat didalam sejarah iaitu: Perbincangan yang terjadi antara Abu Sufyan bin Harb - sebelum ia masuk Islam - dengan Zaid bin ad-Datsinah radhiallahu ‘anhu ketika beliau ditawan oleh kaum musyrikin lantas dikeluarkan oleh penduduk Mekkah dari tanah haram untuk dibunuh. Abu Sufyan berkata, “Ya Zaid, maukah posisi kamu sekarang digantikan oleh Muhammad dan kami penggal lehernya, kemudian engkau kami bebaskan kembali ke keluargamu?”. Serta merta Zaid menjawab, “Demi Allah, aku sama sekali tidak rela jika Muhammad sekarang berada di rumahnya tertusuk sebuah duri, dalam keadaan aku berada di rumahku bersama keluargaku!!!” Maka Abu Sufyan pun berkata, “Tidak pernah aku mendapatkan seseorang mencintai orang lain seperti cintanya para sahabat Muhammad kepada Muhammad!” (Al-Bidayah wa an-Nihayah, karya Ibnu Katsir [V/505], dan kisah ini diriwayatkan pula oleh al-Baihaqy dalam Dalail an-Nubuwwah [III/326]).

Di manakah kecintaan kamu wahai para pemimpin umat Islam kepada Rasulullah SAW??


UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

19 comments:

anakmuaallaf said...

Ganasnya tajuk n3 kali ni..Letih buat persiapan ka??

Bujang susah yg hipokrit said...

Bagusnya tajuk entri kau kali ni. penuh dengan 'NILAI2 ISLAM'.

NI LA CONTOH 'ISLAM YANG BAGUS',

Anonymous said...

kepada manusia yang menggelarkan dirinya sebagai bujang susah hipokrit..sesungguhnya kamu memang bodoh bab2 agama..baca disini..

Dan kalau Kami kehendaki, nescaya Kami tinggikan pangkatnya dgn (sebab mengamalkan) ayat-ayat itu.Tetapi ia bermati-matian cenderung kpd dunia dan menurut hawanafsunya; maka bandingannya adalah seperti ANJING, jika engkau menghalaunya, ia menghulurkan lidahnya termengah-mengah, dan jika engkau membiarkannya, ia juga menghulurkan lidahnya termengah-mengah. Demikianlah bandingan orang-orang yg mendustakan ayat-ayat Kami. Maka ceritakanlah kisah-kisah itu supaya mereka berfikir."
AL-A'RAF: 176
*****************************
dan banyak lagi surah2 yang menyatakan manusia ada diibaratkan seperti kera,anjing,dan babi,,

adakah kamu menafikannya surah2 ini?kamu sebenarnya belum mengerti islam sehabis-habisnya lagi.

Anonymous said...

kepada manusia yang menggelarkan dirinya sebagai bujang susah hipokrit..

sesungguhnya kamu memang bodoh bab2 agama..baca disini..

Dan kalau Kami kehendaki, nescaya Kami tinggikan pangkatnya dgn (sebab mengamalkan) ayat-ayat itu.Tetapi ia bermati-matian cenderung kpd dunia dan menurut hawanafsunya; maka bandingannya adalah seperti ANJING, jika engkau menghalaunya, ia menghulurkan lidahnya termengah-mengah, dan jika engkau membiarkannya, ia juga menghulurkan lidahnya termengah-mengah. Demikianlah bandingan orang-orang yg mendustakan ayat-ayat Kami. Maka ceritakanlah kisah-kisah itu supaya mereka berfikir."
AL-A'RAF: 176
*****************************
dan banyak lagi surah2 yang menyatakan manusia ada diibaratkan seperti kera,anjing,dan babi,,

adakah kamu menafikannya surah2 ini?kamu sebenarnya belum mengerti islam sehabis-habisnya lagi.

BUJANG SUSAH said...

al-A'raf ayat 179 Allah yang mafhumnya: "Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk (isi neraka Jahannam) kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai."

Ramai manusia yang lebih sesat dari babi kerana babi juga salah satu binatang ternakan. wallahualam.

MatNazip said...

Kdg2 sy rasa,xnak duk Malaysia dah lah.


Kang kena malapetaka kat depa,mau2 kita yg beriman nie pown kena skali..


Nmpk nya,pemimpin kita nie mmg hipokrit...

GBHIJAB said...

sungguh kurang asam...

Pacifist said...

mereka sanggup menjual agama demi sedikit pengiktirafan...jadi usah lah mengeluh jika umat islam tidak bersatu,mundur,dsb kerana kamu yg berkuasa tidak bersungguh2 dlm beragama.kamu hanya gah dgn slogan dan simbol tp pengisiannya kosong.tangan kananmu memberi madu,tangan kirimu memberi racun,lalu bagaimana ia akan menyatu?

Anonymous said...

kepada anonymous yg menghentam si bujang susah di atas,
mungkin die x bace abis,
atau mungkin membaca mengikut nafsu amarah,
atau mungkin die xdek akai utk berpikir,


bujang susah kate;
"Ketika Akhbar Norway Menghina Rasulullah SAW Kita Membentangkan Permaidani Merah Untuk Putera Mahkotanya."

aduyai...

kami tidak sedikit pon menafikan ayat2 al-quran dan mungkin belum mengerti Islam sehabis2nya sebagaimana anonymous yg mengerti Islam (katenye).

adakah tuan anonymous menyokong penghinaan warga No-way terhadap Nabi Muhammad s.a.w?

cilake lah sape yg menghina baginda!


-gorgon1383-

Anonymous said...

ni la 1 Malaysia!
sebuk nak menipu rakyat.
ape2 rakyat didahulukan.

paper die kluar kartun hina Nabi,
die siap red carpet lagi!

bg aku sape yg sokong org2 camni,
bmakne menyokong penghinaan keatas Nabi s.a.w.

Oh, cam kes peniaga asing xleh bniaga la ni, sebuk ko kecoh pasal peniaga asing berniaga karipap depan umah. yg dlm shopping complex penuh ngan barangan asing tu apekejadah?

-gorgon1383-

Bujang susah yg hipokrit said...

keekkekeekee. tu ayat alquran. kalam Allah. dia ada hak nak kata kat hamba nya.

lain la macam bujang yg suka menyamar jadi 'orang lain'. suka2 je kata orang lain babi. memang islam betul la.

tak pun, kira kau nak cakap boleh la kalau kita nk panggil orang lain tu sebagai babi hanya disebabkan dia tu perangai teruk? Memang 'ISLAM' lah. lagi pun ye la kan. macam yang kau cakap. Islam memang 'ada ajar' gelarkan orang lain tu babi2.

(bodoh, belajar agama sikit dah berlagak pandai main petik2 ayat. Belajar la tafsir ayat hingga abis)

Anonymous said...

(bodoh, belajar agama sikit dah berlagak pandai main petik2 ayat. Belajar la tafsir ayat hingga abis)

Woi bangang... jadi apa tafsirnya? tafsir kepala bapak ko.. ko tu dah la bangang...!!! kalau dah ko tu babi, babi jugak laa..!!! hahahahaa

Khairul said...

@Anonymous - Ni lagi sorang. ISLAMNYAAAA. I like.

Anonymous said...

bistu kenapa plak mrK? ko sorang yg islam ke? kalau aku kata ko babi jer, aku ni bukan islam la eh? Ko islam yg dah confirm masuk syurga ke? Woi bodoh...!! Pelacur yang terang2 kerjanya melacur tu.. bagi munum anjing yg kehausan dgn kasutnya Allah jamin dia masuk syurga. itu dari hadis nabi.

Dan kalau ko pernah dgr sebuah hadis,kisah seorang yg kerjanya beramal lebih separuh hidupnya yg akhirnya mati dalam kekufuran.. yg ko tu dah confirm ke masuk syurga? ko rasa ko tu dah cukup mulia ke? poodahhh...!!! mulut kluar bunga.. buntut penuh taik...!!!! woi bangang..!! cermin la diri ko dulu..!!! x payah la pura2 bagus..!!! klau dah babi tu babi jugak laa..!! hahahaa

Khairul said...

Maksud aku, ni ke cara blog berkonsepkan Islam bercakap? Ni ke yang Islam ajar? Membabi2 kan orang lain?

Anonymous said...

Yer la bodoh...!!! bistu ko nilai org tu dari penulisan dia ke? ko pasti tempat dia kat neraka ke? yg ko tu pasti ke masuk syurga? ni blog bukan bapak ko punya kan.. yg jadi masalah pada diri ko apasal plak? ko nak baca ko baca jer la.. ko xnak jgn masuk habis cerita. yg ko bodoh sgt kenapa? aku rasa tuan blog ni bkn nabi pun.. kalau sesuatu yg x baik yg dia suruh buat xkan la ko bodoh sgt nak ikut jugak.. org kalau pandai, dia akan mengambil sesuatu kebaikan walau dalam sesuatu yg buruk.. tp ko tu mmg bodoh.. xkan tuan blog ni suruh ko mkn taik pun ko mkn?

Khairul said...

memang la tak. Tapi pernah tak kau fikir apa yang akan saudara lain yang bukan agama Islam akan kata bila dia buka blog ni? Blog ni kan bertemakan Islam, tetapi kenapa bahasa tak ikut ciri2 orang islam?

Anonymous said...

ha'ah.. bukan islam yg mcm tu pun sama la bodohnya dgn ko .. bagus laa.. ko dgn dia pun sama jer bodohnya... 2x5 5x2...

Antum Mengetahuinya Lebih Dari Ana said...

assalamualaikum wbt...

astaghfirullah al azim...

kita semua tahu.kita semua marah dengan tindakan menghina nabi.tapi jangan sampai kehinaan tu membuatkan kita semua berpecah belah!!yang mana yang salah,kita betulkan sesama MUSLIM,bukannya marah-marah mengikut nafsu macam ni.Allah melaknat hambanya yang suka mengherdik sesama sendiri!

"Allah tidak menyukai ucapan buruk,(yang diucapkan) dengan terang kecuali oleh orang yang dianiaya. Allah adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui."[4:148]

jangan la sampai kita meletakkan kekafiran itu kepada sesama muslim yang lain.saya tahu...insyaAllah semua di sini bijak-bijak dalam hal-hal agama...tapi bukankah kebijaksaan itu perlu diletakkan dan dilandaskan pada jalan yang betul,yang benar.Bukankah Quran dan Hadis ada mngatakan yang kita mestilah berpegang padanya?

"Berdoalah kepada Tuhanmu dengan berendah diri dan suara yang lembut. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas."[7:55]

Ya,kita perlu 'berperang' dengan tindak tanduk mana2 perbuatan yang melanggari syariat Islam.Rasul tidak pernah membenci Yahudi,Nasrani bahkan Majusi sekalipun,tp baginda sangat membenci akan PERBUATAN mereka.Mana mungkin Rasullah yang di utuskan Allah untuk menyebarkan Islam seluruh dunia dengan ada dalam hati baginda sifat benci pada INDIVIDU?bagaimana baginda akan melakukan dakwahnya?

Ya Allah,ingat...kita membenci perbuatan yang melanggar Islam,bukan individunya.

"Dan janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia (karena sombong) dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi membanggakan diri."[31:18]

bukankah kita semua tahu...sebatang lidi tak mampu berbuat apa2...tapi bila segenggam lidi...akan menjadi kukuh?

"Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berperang di jalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh."[64:4]

semoga teguran ini sama2 kita gunakan bila hawa nafsu memuncak.

Wallahua'lam...