Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Thursday, March 11, 2010

USTAZ NASA YANG BODOH DAN BUTA SEJARAH PARTI

بسم الله الرحمن الرحيم

Natrah: TP dan KP PAS Buta Sejarah Parti?

Baru-baru ini Ustaz Idris Ahmad serta Ustaz Nasa, masing-masing Ketua Penerangan dan Timbalan Presiden PAS Pusat telah menghadiri majlis pelancaran buku bertajuk Natrah: Cinta, Rusuhan dan Air Mata oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Saya diberitahu kehadiran Timbalan Presiden dan Ketua Penerangan itu tidak mendapat apa-apa persetujuan dari Mesyuarat Dewan Harian PAS Pusat mahupun Mesyuarat AJK Kerja PAS Pusat.

Timbalan Presiden PAS dilaporkan berkata:

KUALA LUMPUR 9 Mac – Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa yakin usaha mewujudkan perpaduan di kalangan parti politik yang mewakili umat Islam boleh dicapai jika semua pihak berusaha bersungguh-sungguh ke arah itu.
Beliau berkata, semua pihak tidak harus bersikap mengalah walaupun beberapa usaha sebelum ini bagi mewujudkan persefahaman antara parti politik terbesar umat Islam iaitu Pas dan UMNO terhenti di separuh jalan.
“Usaha mewujudkan perpaduan ini bukan boleh berlaku dalam tempoh sehari dua atau sekelip mata.
“Kita memerlukan satu tempoh untuk terus membina kematangan ke arah ini (mewujudkan perpaduan). Saya melihat kita pada masa sekarang sedang membina kematangan ke arah ini,” katanya.

Kepada sesiapa yang mengatakan "Agenda Kerajaang Perpaduang" telah tamat, dia itu sedang bermimpi dengan mimpi yang indah. Sesungguhnya ini membuktikan betapa agenda “Kerajaang Perpaduang masih segar bugar di dalam minda pemimpin-pemimpin Fraksi UMNO.

KEHADIRAN DALAM MAJLIS INI ADALAH SATU PENGHINAAN PADA PAS

Izinkan saya menaqal dari Laman Rasmi Parti Islam Semalaysia:

Dalam tulisannya, ”Ulamak Malaya Belum Bersatu dan Belum Punya Persatuan”, Haji Ahmad Fuad menyifatkan kedudukan ulamak ketika itu umpama sampah yang tidak dihargai kerana tiada kekuatan. Lebih-lebih lagi ketika itu ulamak telah muak dengan sikap Umno yang mengabaikan isu pemurtadan Natrah, pengajuran judi loteri, fun fair, kaberat dan lain-lain.

Hairan saya bagaimana Ketua Penerangan PAS Pusat tidak sedar akan kandungan di dalam laman web PAS sendiri. Antara isu utama mengapa PAS ditubuhkan adalah kerana
sikap UMNO mengabaikan permurtadan Natrah.

Kalau UMNO boleh menganjurkan demonstrasi seluruh Malaya memprotes Malayan Union (1946), mengapa UMNO tidak mengambil tindakan yang sama apabila Natrah dimurtadkan(1951)?

Malahan, antara yang ditangkap dan dipenjarakan ekoran protes besar-besaran Natrah di Singapura adalah Presiden PAS yang ketiga, yakni Dr. Burhanuddin Al Helmi sendiri.

“Profesor Dr. Burhanuddin al-Helmy, presiden Parti Islam SeMalaya (PAS) ditahan di Pulau Sekijang, Singapura kerana dituduh menjadi dalang dan pembakar semangat rusuhan ini.”

Ertinya, dengan adanya pemimpin-pemimpin PAS menghadiri majlis itu sudah menjadi satu bentuk penghinaan kepada kepimpinan-kepimpinan PAS yang terawal. Ia juga menghina sebab mengapa PAS ditubuhkan serta menghina aktivis-aktivis PAS yang ditangkap ekoran protes dan demonstrasi protes terhadap permurtadan Natrah.

Sehingga hari ini UMNO tidak pernah memohon maaf terhadap sikap mereka membiarkan Natrah dimurtadkan tanpa mengambil tindakan yang tegas dan keras demi menghalang Natrah dimurtadkan.

KENAPA PEMIMPIN PAS BERSIKAP TERLEBIH KUAH DARI SUDU

Herannya saya. Peristiwa Natrah menandakan sikap UMNO yang sebenar terhadap amalan murtad. UMNO amat bertoleransi terhadap amalan murtad sehingga mereka membiarkan Natrah dimurtadkan.

Dengan pemimpin-pemimpin PAS meraikan pelancaran buku ini, bererti segala pengorbanan mereka yang memprotes permurtadan Natrah tidak dihargai oleh pemimpin-pemimpin PAS ini.
Bagi saya, dari pemimpin2 ini menghina perjuangan menentang murtad, baik mereka semua letak jawatan mereka dan isytihar masuk UMNO.

Tulang Besi

ps UMNO ada juga buat sedikit sumbangan. Tunku, selepas jadi Presiden UMNO, telah meminta 5 orang yang telah dihukum mati oleh mahkamah British supaya diringankan hukuman. Hasilnya, 5 orang itu diringankan hukuman mereka kepada penjara seumur hidup. Ertinya, keringanan hukuman itu lebih membantu British serta membantu imej UMNO yang pada masa itu menjadi barua British.

UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

6 comments:

cicitHJHASSANu said...

salam bujang...kiamat udah dekat

sebelum itu kita@rakyat apatah lagi yg mengaku muslim wajib undurkan umno,lebih baik kuburkan terus.wallahua'lam

anakmuaallaf said...

Lelahnya belum hilang..dibangkitkan kembali..Jangan ditunggingkan gambarnya saja...biarlah orangnya sekali tertungging..PRU 13 good bye..muka tu..

Anonymous said...

Saya bukannya orang Umno ataupun Pas. Umno dah memang terang2 salah. Tapi cara kebanyakkan orang Pas perlu diubah supaya lebih professional. Politik maki hamun tidak akan mendapat tempat. Kritiklah secara matang. Bukannya secara emosi. Apakah ini melambangkan Islam? Seseorang yang emosinya sendiri pun tidak mampu dikawal tidak akan mampu menjadi pemimpin yang berjaya.

Anonymous said...

UMNO dan PAS kena bersatu supaya Islam menjadi kuat di Malaysia.. Tidak diperlekehkan oleh bangsa lain dan tidak di anak tirikan di bumi sendiri..

Anonymous said...

UMNO dan PAS kena bersatu supaya Islam menjadi kuat di Malaysia.. Tidak diperlekehkan oleh bangsa lain dan tidak di anak tirikan di bumi sendiri..

Anonymous said...

'membantu imej UMNO yang pada masa itu menjadi barua British'

Bangang btul perungkapan yg blogger nie buat dlm nie.. padahal barua2 british itulah yang memerdekakan Tanah Melayu dari dijajah..