Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Sunday, January 17, 2010

DAH LA ORANG MELAYU JER YANG MAKAN BERAS HANCUR NI.. BARANG PULAK PUTUS..

بسم الله الرحمن الرحيم



YUSUFF (kiri) meninjau sebuah kedai runcit yang kehabisan stok bekalan beras ST15 di Alor Setar semalam.

ALOR SETAR - Masalah kesukaran untuk mendapatkan beras Super Tempatan 15 peratus hancur (ST15) kini kembali menghantui orang ramai dan terbaru melibatkan penduduk di Kedah apabila bekalan beras itu dikatakan sudah tidak terdapat di pasaran sejak sebulan lalu.

Presiden Persatuan Pengguna Kedah (Cake), Datuk Yusuff Ismail mendakwa, tinjauan pihaknya di beberapa daerah di negeri tersebut mendapati, bekalan beras ST15 itu sudah tidak ada di pasaran.

"Kita mendapat maklumat mengenai masalah ini daripada orang awam dan kami melakukan tinjauan di beberapa daerah seperti Sik, Kulim, Baling dan Kota Setar dan mendapati memang beras ST15 tiada langsung di pasaran," katanya.

Menurut Yusuff, beliau difahamkan masalah itu berlaku disebabkan pembahagian kuota bagi beras ST15 yang tidak mencukupi oleh pihak Kawal Selia Padi. Kosmo

6 comments:

KERI said...

Salam Perkenalan.
Saya baru belajar melayari Maya. Katanya boleh bantu menggerakkan minda.
Tertengok blog sdra, suka pulak! Tak tahu nak follow camne?

ROCHIM BLOG said...

Salam Kenal....
Dari saudara dari seberang..

anakmuaallaf said...

Salam Bujang,
Kesian Kedah negeriku...Banyak bendang tapi beras tak dak...pelik..
Nampak gayanya kena tanam pokok beras la pulak...

anakmuaallaf said...
This comment has been removed by the author.
BUJANG SUSAH said...

hehehehe... apa nak buat nasib badan umi...

afya said...

salam.. inilah kapitalis... hancurkan kapitalis... gunakan undi anda..