Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Tuesday, December 1, 2009

UMNO KINI BUSUK HINGGA KE USUSNYA - MAHATHIR

بسم الله الرحمن الرحيم

KUALA LUMPUR, 30 Nov: Ketika semua media menyuluh apa yang berlaku dalam PAS, Tun Dr Mahathir menulis dalam blognya bahawa seorang bekas pemimpin kanan Umno bercadang untuk menyokong PAS kerana "Umno busuk hingga ke ususnya."

"Umno busuk daripada peringkat terendah hingga ke peringkat tertinggi," kata bekas pemimpin kanan Umno itu kepada Mahathir sebagaimana yang ditulis beliau dalam blognya.

"Yang tinggal katanya ialah orang yang berkepentingan yang berharap mendapat sesuatu kerana menyokong Umno. Mereka ini bukan nasionalis dan mereka tidak boleh diberi kepercayaan.

" Banyaklah lagi hujah-hujahnya akan sebab-sebab Umno tidak lagi akan diberi peluang untuk memerintah negara yang disayangi olehnya. Saya tidak akan hurai lebih lanjut. Hanya yang saya ingin sebutkan ialah pendapat beliau sudah menular ke semua peringkat orang Melayu, bahkan ahli Umno juga," tulis Mahathir lagi.

Berikut adalah tulisan penuh Mahathir dalam blognya Chedet yang disiarkan pada 30 November 2009 jam 12:07 tengahari...

1. Pilihanraya Umum ke-13 hanya dua tahun lagi. Saya sedang meneliti reaksi rakyat terhadap UMNO dibawah pimpinan baru. Saya terkejut. Saya terkejut kerana seorang bekas pemimpin UMNO yang kanan telah meluahkan perasaannya dengan berkata "UMNO is rotten to the core" (UMNO busuk hingga ke ususnya).

2. Beliau telah berkata yang beliau sedang memikir untuk menyokong PAS. Beliau juga berkata beliau telah bertemu ramai pemimpin-pemimpin UMNO yang telah bersara dan mereka speendapat dengannya.

3. UMNO busuk daripada peringkat terendah hingga ke peringkat tertinggi katanya. Di cawangan, ketua cawangan hanya berjuang untuk mengekal dirinya sebagai ketua sahaja. Kenapa? Sebabnya majoriti ketua cawangan dapat jadi pengerusi Jawatakuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung dengan elaun tertentu dan kuasa untuk mengagih peruntukan. Berpeluang juga untuk jadi kontraktor Kelas F untuk projek kecil di luar bandar.

4. Untuk menentukan dirinya tidak dicabar ketua cawangan tidak akan benarkan sesiapa yang lebih terpelajar daripadanya masuk UMNO cawangannya. Lebih daripada itu kebanyakan peruntukan untuk jadi ahli UMNO, yang mana dia mesti melalui cawangan, tidak akan dilayan. Tujuannya ialah supaya cawangannya tidak mempunyai banyak ahli kerana mereka tetap akan menimbulkan masalah dan sukar dikawal, bahkan sukar disogok pun.

5. Sebab itu tidak ramai ahli profesional yang dapat menjadi ahli UMNO. Sebaliknya semakin ramai daripada pemimpin PAS terdiri daripada doktor, peguam, jurutera dan lain-lain profesyen.

6. Oleh kerana ketua cawangan biasanya tidak memiliki pelajaran yang tinggi dan beliau menentukan ahli lain dalam cawangannya mempunyai ilmu pengetahuan yang lebih rendah daripadanya, maka apabila ketua terpaksa berhenti kerana sebab-sebab tertentu, maka penggantinya akan terdiri daripada yang kurang berkebolehan daripadanya. Dengan itu kualiti kepimpinan akan merosot sepanjang masa.

7. Tentu ada cawangan yang tidak seperti ini tetapi pengecualian hanya mengesahkan keadaan yang sebenar.

8. UMNO, kata bekas pemimpin kanan ini sekarang dipimpin oleh perasuah. Mereka menjadi ahli Majlis Tertinggi kerana sogokan wang. Orang ramai tidak akan serah nasib mereka kepada perasuah.

9. Penempatan perasuah dalam Kerajaan dan badan-badan lain juga memburukkan lagi imej UMNO. Sudah tentu perasuah akan dipilih sebagai calon UMNO dalam Pilihanraya Umum ke-13. Jika mereka diberi kemenangan maka negara akan dapat Kerajaan perasuah. Sebab itu beliau tidak akan sokong UMNO sebaliknya akan menyertai dan menyokong parti lawan. Katanya lagi hingga kini separuh daripada orang Melayu tidak merasai nikmat kerana Kerajaan-Kerajaan pimpinan UMNO menidakkan hak mereka sedangkan mereka juga orang Melayu walaupun mereka menyokong parti lawan. Mereka yang menyokong parti lawan bertambah sejak (Tun) Abdullah kerana ramai daripada ahli UMNO sendiri sudah tidak percaya kepada UMNO.

10. Yang tinggal katanya ialah orang yang berkepentingan yang berharap mendapat sesuatu kerana menyokong UMNO. Mereka ini bukan nasionalis dan mereka tidak boleh diberi kepercayaan.

11. Banyaklah lagi hujah-hujahnya akan sebab-sebab UMNO tidak lagi akan diberi peluang untuk memerintah negara yang disayangi olehnya. Saya tidak akan hurai lebih lanjut. Hanya yang saya ingin sebutkan ialah pendapat beliau sudah menular ke semua peringkat orang Melayu, bahkan ahli UMNO juga.

12. Rakan-rakan dalam Barisan Nasional semuanya berpecah dan lemah. Mereka tidak mampu menjayakan Barisan Nasional.

13. Masa semakin singkat untuk memperbaiki keadaan ini. Saya mencatat maklumat ini untuk pengetahuan umum sahaja.

- Harakahdaily


UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

11 comments:

Mr K said...

Hmm..

Kau cerita sikit pasal Nik Aziz yang doa kat biar Najib kena bala tu. Aku tak brapa tahu la ceritanya.

Btl ke Nik Aziz tu bersalah. Setahu aku lah kan, dia mana pernah buat salah.

cikTi said...

soo terrible,.
kalo dh mahathir sndiri yg kate mcm ni,,xleh kate apela,.
pndai2 la nilai org,.
pndai2 pileh pmimpin,.
pmimpin yg utamakan rkyat,,
menegakkan agama,.

mila said...

ayah saya seorang otai umno johor pun dah mula rasa meluat dgn wayang diorg ni....lagi lah kita....

Putra Al-Maliki said...

politik malaysia yang dah semakin busuk baek kerajaan maupun pembangkang.. 2 kali 5 saje.. =)

psst: wannursakinah@gmail.com

anak muallaf said...

Salam Bujang,
Dah lama tak kesini..
Bayangkanlah benda busuk sanggup lagikah nak duduk dekat..macam mana baunya ya...

setiakasih said...

Salam..
Makin lama makin tertekan duduk kat Malaysia..
Rasa macam teraniaya sangat .. kerja nak mampus tapi pemimpin tak pandang.. nak gak tengok org yang ada duit dan pandai kipas.. cepat jek naik..
bukan aku nak naik sampai jadi PM pun, tapi aku rasa berilah imbuhan yang selaras dengan kerja dalam sektpr kerajaan.

Aku tak puas hati dgn kerajaan sekarang.
Tak pandang langsung kesusahan rakyat. Aku rasa macam 'tak bernegara ' plak di negara sendiri, melihat terlalu ramai warga asing berpeleseran mendominasi bandar2.

Yang datang buat kerja baik tu tak termasuk laa dalam definisi aku ni. Yang datang guna visa belajar tp buat jenayah tu yang menyakitkan hati.

Kita rakyat Malaysia plak jadi mangsa untuk 'dimakannya' dan ada jabatan kerajaan yang dipertanggungjawabkan tak wat kerja.. seolah2 menjamukan 'kita' kepada pelancong asing- kunun mereka bawa duit masuk (poket org2 tinggi kerajaan tu la).

Monyet dia kasi makan, rakyat sendiri kebuluran weihh...

Pemimpin apa yang buta hati ni?
majoriti UMNO dan komponen BN la... sapa lagi...

TURR PUNYA UMNGOK..!!! said...

Alo Mr K...
Sebenarnya klu nak ikutkan byk lagi doa-doa rakyat M'sia yg mahukan Allah turunkan bala pada pemimpin2 umno-bn yg kejam....dan pemimpin2 umno-bn ini memang tahu perkara itu tapi saja pekak telinga sbb takde kepentingan politik...

tapi bila TGNA begitu berterus terang dlm perbuatannya.....begitu kepoh umno-bn dan balaci2nya macam ayam lepas bertelur...

ketahuilah para pemimpin umno-bn yg kejam, kamu semua memang berhak didoakan sebegini diatas segala kekejaman kamu.

lu pk la sendiri.. !!!!

mila said...

Allah yang maha berkuasa. Kalau dia nak turunkan bala pada kita semua pun boleh. Kita berdoa semoga dijauhkan dari malapetaka di dunia dan akhirat. Allah ada perancanganNya dan perancangan Allah lebih baik dari kita. Kita semua kene tunaikan tanggungjawab masing-masing.

Hisham said...

salam..maaf sy ckp..sy suke sgt umno cmtu...aku nk pas yg memerintah msia..nk bergabung ramai yg x sutju..so..PAS kena taanamkan blik remaje2 myokong pas .,,sokongan yg kian trhakis..puak edorgen ke ape ke..bersatu kmbali....

noor afzan said...

salam..
dari sulu lagi saya sedar akan perkara ini...
tapi tak ada bukti untuk bersuara.
Tapi bila dah tun bersuara..
Apa nak dikata..
pemimpin UMNO bukalah mata luas2..
Kajilah kenapa kita dilahirkan kedunia dan kaji juga erti sebenar seorang khalifah..
Susah bila dah dikuasai nafsu kan..
wallahua'lam

zulkefli said...

dah torang laie bosuluh..