Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Tuesday, December 1, 2009

PEMBERITAHUAN: BAHAYA BEKAS PLASTIK...!!!!

بسم الله الرحمن الرحيم


Assalamualaikum wbr..
Fakta Yang Sangat Penting Tentang Bekas Plastik - Elakkan No 3, 6 & 7

Pernahkah anda minum dari botol minuman plastik atau makan makanan dari bekas plastik dan terasa seakan-akan plastik pada minuman atau makanan tersebut? Ini bermakna bahan plastik yang terkandung di dalam bekas tersebut telah terhakis dan masuk ke dalam makanan/minuman tersebut. Sekiranya kita lihat pada belakang atau di bawah bekas tersebut, kita akan dapati ada simbol segitiga dengan kod nombor. Jangan salah faham. Kod no. pada simbol ini bukannya menunjukkan lebih besar nombornya, lebih tahan lama bekas tersebut, sebaliknya ia menunjukkan jenis bahan yang diguna (dari unsur Polymer iaitu bi-produk dari bahan Petroleum).

The Plastic Coding System


Chart of The Plastic Coding System

Ketahuilah Fakta2 berikut:

* Kajian menunjukkan bahawa kod 1 yang diperbuat dari bahan PTE atau PET(yang selalunya digunakan untuk bekas minuman ringan atau air mineral) selamat digunakan untuk tempoh 1 kali sahaja. Ia tidak sesuai digunakan berkali-kali kerana akan menggalakkan pengumpulan bakteria pada permukaannya. Tetapi jangan biarkan bekas air ini di dalam kereta pada hari panas terik kerana bahan toksinnya akan terhakis dan masuk ke dalam minuman dan ia tidak sesuai lagi untuk diminum dan jika diminum juga boleh menyebabkan kanser terutamanya kanser payudara
* Kod 2 jarang digunakan untuk bekas makanan/minuman. Oleh itu tidak perlu risau tentangnya
* Kod 4 selalunya digunakan untuk bungkusan makanan yang akan diguna sekali dan dibuang. Ia tidak akan menimbulkan kesan bahaya tetapi jika digunakan untuk mengisi bahan makanan/minuman yang terlalu panas atau terkena minyak masak yang masih panas, bahan plastiknya boleh meluntur dan masuk ke makanan tersebut.
* Kod 5 selamat digunakan dan boleh dipanaskan di Oven microwave tetapi untuk jangkamasa 3 bulan sahaja jika diguna setiap hari. Oleh itu anda harus membuangnya dan gantikan dengan yang baru jika sudah terlalu lama menggunakannya.
* KOD MERAH yang MESTI DIELAKKAN samasekali ialah yang bertanda 3, 6 & 7. Bahan kod 7 biasanya diperbuat dari Polycarbonat yang bersifat keras dan lutsinar tetapi mengandungi BPA atau Bisphenol-A yang merbahaya kerana ia bersifat karsinogenic dan boleh menyebabkan Kanser terutamanya Kanser Payudara. Kod 3 & 6 mengandungi BPA serta bahan kimia lain yang juga boleh memberi kesan yang sama

Kajian di Amerika Syarikat telah mendapati 95% dari sampel air kencing orang dewasa, ibu mengandung, kanak2 & bayi yang diambil mengandungi bahan BPA ini. Plasenta ibu yang mengandung juga dikesan bahan bahaya tersebut. Bahan Bisphenol-A (BPA) ini boleh merosakkan sistem reproduktif, mengubah kadar pertumbuhan bayi dan merosakkan organ tubuh, meninggikan risiko kanser payudara, kanser testicular, atau prostrate kadar sperma yang rendah, keguguran, kegemukan, diebetis & tekanan darah tinggi. Sayang sekali, bahan ini terdapat di kebanyakan botol2 susu bayi yang ada di pasaran dan pihak berkuasa di Malaysia masih belum membuat apa-apa kenyataan atau tindakan terhadap perkara ini walaupun pihak USRDA yang bereputasi serta menjadi rujukan sedunia telah mengesahkan fakta ini.

So, kita kena bertindak sekarang. Jangan guna plastik kod 1 berulang kali, jangan guna kod 5 dalam tempoh yang terlalu lama. Yang lebih penting, JANGAN GUNA LANGSUNG KOD 3, 6 & 7. Cara yang terbaik ialah dengan menggantikan dengan bekas yang diperbuat dari kaca atau seramik yang lebih selamat.

Forest Research Institute Malaysia
52109 Kepong, Selangor, Malaysia
Hotline : +603-62797000


UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

7 comments:

SeNjA said...

bagus sekali infonya sob ^_^

terima ksh membaginya disini,sangat bermanfaat.
salam kenal....

Putra Al-Maliki said...

patutla selama nie mak saya tak kasi isi air dalam botol plastik.. baru saya faham sekarang.. =)

psst: Hi! Salam ziarah. Jom xchange link & sila komen entri blog saya di http://putraalmaliki.via.my/ . TQ.

'AQILAH said...

terima kasih for the info...:)

armouris said...

info tentang kanser payudara kat sini - Pengesanan Awal Kanser Payudara

Anonymous said...

I want not approve on it. I over warm-hearted post. Expressly the title-deed attracted me to study the unscathed story.

Anonymous said...

Amiable dispatch and this enter helped me alot in my college assignement. Thanks you for your information.

Anonymous said...

Telle est la maniere dont M. viagra, les acides fixes ou polybasiques Vallota donde se amplia lo correspondiente al, cialis lilly, presentar la anarquia como una orgia irracional, ma posso affermare che queste ife costituiscono, viagra, configurazione dei pori e dei tuboli imeniferi. dass sich auch das Radical der Saure cialis preise, Nach einer nochmaligen Eintreibung