Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Friday, December 18, 2009

BULAN DIPAGAR PELANGI.....

بسم الله الرحمن الرحيم

Wednesday, September 30, 2009 Bulan Dan Bintang Di Pagar Pelangi

Maha Suci Allah saja yg mengetahui segala apa yg tersirat maupun tersurat. Tak dapat kita sebagai hambaNYA yg kerdil lagi hina nak mentafsir semua yg DIA tunjukkan. Sebaliknya kita wajib mengagungkan kebesaran dan keesaanNYA tanpa mempersoalkan sikit pun apa saja yg DIA jadikan.

Meh K.Nor cerita dari awal ya.. duk diam2 dan baca betul2.. semua ni bukan rekaan mana2 penerbit. Semuanya benar, sikit pun tak direka oleh penerbit atau pun pengarah :) dan tak ada kena mengena dgn yg masih hidup maupun yg dah arwah..

Lebih kurang pukul 10.15 mlm sister sulong K.Nor call no rumah dan cik abg K.Nor yg angkat sbb K.Nor dah masuk bilik nak beradu. Sister K.Nor kata cuba turun bawah (kawasan parking) dan

lihat bulan yg agak pelik. Seperti bulan di kelilingi pelangi. Mulanya K.Nor males dah nak turun( dlm hati kata, takkan la malam2 buta ada pelangi), dah siap nak naik atas katil pun (syyhhh.. jgn pikir benda lain ya.. ) tp bila pikirkan mungkin lain kali dah tak berpeluang nak tengok, lebih baik turun. So lepas tukar pakaian yg lebih sesuai, K.Nor turun ler. Cik Abg dah turun dah, dgn gadget dia tp dia naik balik sbb kena amik tongkat utk gadget dia tu. Kalau tak pakai tongkat gambar jd blurr.

Bila turun, tengok2 sister dan anak2 dia dan 2 org anak jiran turut ada sama. Bila K.Nor mendongak ke langit.. Subhanallah... takjubnya rasa. Tengok la gambar2 ni.. Nampak tak bulan yg di kelilingi bulatan cahaya yg menyerupai pelangi. Di tepi bulan tu terdapat sebutir bintang yg amat terang. Mula2 mmg jelas/sharp sgt cahaya pelangi tu. Masa tu cik abg duk atas rumah, duk cari tripod utk kamera dia. Terkedu dan kelu bila melihat, bulan di langit dgn cahaya pelangi mengelilinginya dan sebutir bintang yg bersinar terang. Mulut tak henti mengucapkan Subahanallah... Dan dalam hati terdetik, apa yg Allah nak tunjuk di sebalik semua ni.. K.Nor call adik ipar di KL, dia pun nampak gak tp tak nampak cahaya pelangi tu. Cuma nampak cahaya bulat terang jer mengelilingi bulan.
Makin lama, cahaya pelangi makin pudar/blurr tp sempat Cik Abg snap 4 - 5 keping gambar. Ternampak awan berada di dalam bulatan pelangi tu tp tak jelas bentuknya. Bulatan pelangi tu pun nampak cam makin membesar/makin luas dan dah tak sharp lagi kaler dia. Memang jelas bentuk kaler pelangi tu, dgn kaler merah duk lingkaran sebelah dalam, kuning di tengah2 sket dan hijau kebiruan menghala keluar dr lingkaran. Subhanallah...

Kemudian makin ramai anak2 jiran turun dan ada dua tiga org jiran yg dewasa pun turun. Bila K.Nor tengok balik gambar yg Cik Abg shoot, terkejut rasanya sbb awan tu membentuk kalimah Allah yg tak la sharp/jelas sgt. Bila suami dan Aisyah tengok dia org pun kata mmg betul cam kalimah Allah. K.Nor panggil sister K.Nor dan yg lain2 utk tengok sama, mmg dia org pun kata cam kalimah Allah. SUBHANALLAH.... SUBHANALLAH... SUBHANALLAH...

Ni kali ke 3 K.Nor diberi kesempatan oleh Allah utk melihat sendiri kebesaran NYA. Dulu dgn biji buah peach dan akar kayu yg juga tertera kalimah Allah. Nanti la sedikit masa lagi K.Nor akan tunjukkan, insyaallah... Ni semua betul tau, K.Nor pernah post kat forum MyR dan gambar2 tu sikit pun tak K.Nor edit. Dan biji buah peach tu masih dlm simpanan K.Nor.

Sama2 la kita merenung apa yg terjadi ni ya.. Kalau Allah kata kun.. fayakun.... Semoga kita semua amik iktibar dr apa yg terjadi malam ni ya.. Dan semoga Allah melindungi kita semua dari segala bala bencana dan mala petaka.. amiiin......

kisah bulan di suatu malam Sept 30,2009. - http://secubitgaramnor67.blogspot.com

UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

9 comments:

abe long said...

asal bulan mengambang penuh n cuaca cerah. tetiap bulan leh tgk

Mybabah said...

Salam Bujang. Mungkin hal ini merupakan fenomena biasa yang tidak disedari orang ramai, dan para saintis atau pakar bidang ini mungkin ada jawapannya. Dah google ke? Apa-apapun, mulai hari ini babah akan tinjau-tinjau ke bulan...Selama ni hanya pangkah bulan je! He..he..

ijoks2009 said...

Salam sifu bujang,
My babah,sypun suka bulan.
Ini boleh dijadikan peringatan kpd org melayu kat Malaysia ni.
Daripada terus memuja keris berkarat yang tak berfaedah tu lebih baik tukar hobi kpd meneropong bulan,
ada juga pengajaran yang kita boleh dapat dan lebih mendekatkan diri dengan tuhan.

Liyana said...

yup! dalam fizik pun menyatakan fenomena biasa..

btw, allah maha besar..kalimah allah di langit untuk mengingatkan hambanya

uminas said...

Dah byk Allah memperlihatkan keagunganNya..namun makin ramai jugalah manusia yg kufur dgn kemurahan sifat RahmanNya yang Maha Pemurah. Moga ditetapkan iman kita agar terus berada dalam Taufik dan hidayahNya

iddinm said...

Saya rasa fenomena ini adalah seperti pembentukan pelangi biasa. Tiada yang ganjil. Kadang-kadang waktu siang pun kita boleh lihat pelangi mengelilingi matahari disebabkan oleh biasan cahaya biasa. Kalau bintang tu, kebetulan ia kelihatan dalam lingkaran tapi sebenarnya jauh lagi.

wallahualam.

puteri92 said...

Best...suka sangat tgk bulan....rasa mcm cantik je....;)

anak muallaf said...

Salam Bujang,
Umi hari-hari nampak bulan.Dah sinonim dengan bulan.Muka pun bulat macam bulan.Cuma satu saja yang belum nampak "bulan jatuh keriba".Ini pepatah melayu...macam mana ya rasanya..
Dah confirm blm tarikh ke Limbang?Nak booking ticket...

7 taman langit said...

salam sejahtera
sesungguhnya alam ini adalah ayat-ayat Allah
Maha suci Allah yang telah mempertunjukkan bukti Kekuasaannya
segala puji Bagi Allah Tuhan semesta alam