Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Sunday, August 16, 2009

NIK AZIZ MENGAKU TERSILAP SEBUT

Bismillahirahmannirahim..

Kenyataan pembetulan Tok Guru: Media perdana, sila lapor berita ini !

Nik Aziz Ngaku tersilap : 'Tidak Salah' sepatutnya 'Tidak Pelik'

MACHANG – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat semalam menjelaskan beliau bukan bermaksud untuk tidak membantah tindakan sebilangan pemimpin DAP yang menghina Islam seperti mana yang disiarkan di akhbar semalam.

Sebaliknya beliau berkata, beliau telah tersilap menggunakan perkataan ‘tidak salah’ dan perkataan yang sepatutnya dinyatakan ialah ‘tidak pelik’.

“Memang saya kata tidak salah pemimpin DAP menghina Islam. Tetapi maksud saya ialah tindakan pemimpin DAP itu tidak pelik kerana mereka bukan beragama Islam.

“Perkataan tidak salah yang saya sebut itu sebenarnya bermaksud tidak pelik perkara itu berlaku kerana mereka tidak mempunyai pengetahuan tentang Islam,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Pecah Tanah Jambatan Konkrit Kampung Kelaweh ke Kuala Sat, di sini semalam.

Nik Abdul Aziz berkata, perkara tersebut juga bertitik tolak daripada sikap umat Islam yang tidak menyebarkan Islam atau berdakwah kepada kaum lain melainkan kaum Melayu sahaja.

“Macam mana mereka nak reti (tahu) mengenai Islam kalau semua orang Islam hanya berdakwah kepada Orang Melayu sahaja dan tidak kepada kaum-kaum lain di Malaysia ini.

“Adalah menjadi tanggungjawab kita (orang Islam) untuk berdakwah kepada semua tanpa mengira siapa mereka. Kita perlu rajin berhujah atau bersoal jawab dengan mereka mengenai agama seterusnya menarik minat mereka mendalami Islam,” katanya.

Sementara itu, ketika diminta mengulas persiapan menghadapi pilihan raya kecil Permatang Pasir, Menteri Besar Kelantan itu berkata, Pas bertekad akan lancarkan kempen besar-besar bagi mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri ( DUN) Permatang Pasir walaupun pada bulan Ramadan.

Beliau berkata, Ramadan tidak akan menjejaskan perjuangan Pas malah akan lebih kuat berusaha demi mengembangkan syiar Islam.

Katanya, Bulan Ramadan adalah satu kelebihan dan tidak akan menimbulkan masalah kepada Pas.

“Apa salahnya bulan Ramadan, Perang Badar pun pada bulan Puasa dan Rasulullah telah membuktikannya. Kenapa kita nak takut. Inilah peluang yang patut kita rebut bagi mendapatkan lebih pahala sempena bulan Ramadan .

“Sebab itu Allah menggalakkan kita berpuasa walaupun bukan pada Bulan Ramadhan iaitu setiap dua hari seminggu , Isnin dan Khamis untuk melatih kita sentiasa bersedia dalam apa keadaan sahaja terutamanya dalam memperjuangkan Islam,” katanya.

Kerja-kerja pembinaan jambatan konkrit yang bakal menggantikan Jambatan kayu yang berusia kira-kira20 tahun itu dijangka siap pada Jun tahun depan.

sumber, Kedahlanie

[[ Setakat artikel yang di postkan penulis ini (4.44 pm), tiada lagi berita dari media arus perdana yang menyiarkan kenyataan pembetulan dari Tok Guru..

Bahkan jika dilihat, media arus perdana ini masih lagi memainkan kenyataan tok guru setuju orang bukan Islam hina Islam, contohnya berita terkini dari Utusan Online, dilaporkan pada 15/08/2009 jam 5:13pm, dengan tajuk, "Nik Aziz tiada pendirian tetap"..sedangkan berita mengenai Tok Guru memperbetulkan kenyataan sudah berlalu hampir setengah hari yang lalu...

Penulis harap, media2 ini segera melaporkan berita ini sebagaimana cepatnya media melaporkan kenyataan Tok Guru 'bersetuju' dgn tindakan orang bukan Islam menghina Islam..jika tidak, mereka juga sebenarnya telah menghina Islam itu sendiri, dgn cuba bertindak bias melemparkan tuduhan, dan kecaman, tetapi tiada ruang untuk dijawab dan diperjelaskan..

Kepada Tok Guru, tahniah diatas sikap tok guru yang mengaku kesilapan dan segera memperbetulkan keadaan..jauh disudut hati penulis, penulis sememangnya dari awal sudah mengagak maksud dan isi sebenar dari kenyataan Tok Guru..penulis yakin serta faham, tiada orang (Islam) yg merestui agamanya dihina dan diperlekeh, kecuali mereka yg jauh dari menghayati syiar dan nilai Islam...

Ssemoga Tok guru berhati2 mengeluarkan kenyataan, apatah lagi tatkala berdepan dgn media2 dan wartawan yg jelas 'mempermusuhi' kita...semoga Allah merhamati dan mengampuni dosa umat2nya..wallahua'lam...]]

RUANG BICARA PRIA MALAYA


UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH. I LOVE YOU FULL.. HA..HA..HA..HA..

5 comments:

abang besi said...

kesilapan kecil.
tuan guru juga manusia biasa.

maafkanlah.

kan tuan guru dah mintak maaf dan memperbetulkan percakapannya?
dan menjelaskan segala.

so?

nk tgk apa kata media kerajaan dan 'mereka2' itu nanti.kita tunggu.

ZOOL@TOD said...

Bukan silap tapi di salah tafsir.

Saya simpati dengan Tuan Guru yang selalu kata-katanya diputar belitkan oleh segolongan manusia (terutamanya media). Tapi Tuan Guru tetap "cool". dan sikaplah menyebabkan ramai orang menyanjungi beliau.

BUJANG SUSAH said...

Zool... kena buang kije kang... hehehehe

rockmetaller (kelahiran D'cromok).. Din cromok di antara rocker yg sgt menyanjungi Tok Guru Nik Aziz..

Yang sebenarnya memang nik aziz tersalah sebut.. tp ini berkenaan dgn pengunaan bahasa.. Mcmana kalau dalam posting aku, aku ada menyebutkan "burit"? mestinya org akan kata bujang susah mencarut. walau sebenarnya aku maksudkan adalah bahagian bawah sesuatu benda. Aku lebih teruja dgn komen dari cikgu zool.. itu jawapan bagi org2 yg berhati mulia.. yg nampak dimana kebenaran, yang tahu salah atau tidak dan yang berilmu serta tahu mengunakan akal yg di kurniakan Allah.

Dan hakikatnya ini semua bukan soal silap atau salah tafsir.. hakikatnya ini semua adalah politik.Sbb nik aziz yang sebut benda ni, media pengampu memainkan peranan. Cuba puak2 UMNGOK yg sebut.. aci kerat jari x kluar kat media. Lalu si bodoh dan pencacai2 UMNGOK cuba menjadi alim dalam sekelip mata. Keikhlasan Allah saja yg tahu.. Tapi kalau rasa dah alim sangat, kalau rasa dah banyak ilmu sangat, ajaklah nik aziz bermukabalah.. kalau al-fatehah pun tonggang terbalik jangan la dok konon nak cerita tentang agama..wallahualam.

cahaya malam said...

salam..

percayalah..

gerombolan dacing memang suka tuk guru silap sikit..

macam-macam fatwa keluar..

alahai..

akhir zaman..

;)

nz said...

salamun'alaik..

bahaya ye, salah sikit je, dush-dush kena...

ade saje yg tunggu peluang nak kenakan org..