
BAHAN-BAHAN:
500 gm udang
50 gm rempah kari daging
1 sudu besar cili kering kisar
1 sudu kecil serbuk kunyit
10 ulas bawang merah (kisar)
4 ulas bawang putih (kisar)
2 cm halia (kisar)
1 batang serai (kisar)
2 cawan santan pekat
200 gm labu (potong dadu)
200 gm minyak sapi
Garam secukup rasa
CARA MENYEDIAKAN:
1. Udang dibuang kepalanya sahaja. Kemudian goreng udang hingga kekuningan. Asingkan.
2. Rebus labu hingga setengah masak dan asingkan.
3. Tumis bahan kisar bersama serbuk kari, serbuk kunyit dan cili kisar dengan minyak sapi.
4. Masukkan santan, bila mendidih masukkan udang dan labu. Gaul dan kecilkan api.
5. Taburkan daun ketumbar sedia untuk dihidangkan.
sebutir kata:
Hmm.. nampak menyelerakan..
Posted by Ros
BS: Baru semalam p menjala udang.. banyak dpt tp xder org nak masakan plak... uwaaaaaa....!!!
5 comments:
hmm..nampak sedap bangat nie..bertuahla sapa dapat adik nie..betul2 pandai masak ke atau cedok kat mana-mana nie ? hehehe jangan mare..gurau jer
Nama pun "bujang", resepi pun dah ada, apalagi masak sendiri, makan sendiri.
kak zai - ni dapat resepi dari kak ros... Actually sy pun memang pandai masak kak.. gereng telur dgn masak air... hehehehhee.. kira masak jugak kan...
Yer zol.. tp dapur dgn kualinya yg xder nak masak mcmana.. huhuhu
wah..best ni..nak try la..thanks BS;)
naz... klau dah siap nanti jgn lupe hantar kat saya sikit... huhuhu...
Post a Comment