Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Saturday, June 27, 2009

Dondang Sayang

Assalamualaikum..

Hari ni aku nak cerita sikit berkenaan dengan budaya negeri melaka. Pernah dengar x Dondang Sayang? Apakah dondang sayang sebenarnya?

Dondang sayang ialah sejenis balada cinta Melayu tradisional yang mana penyanyi-penyanyi saling bertukar pantun tanpa persediaan dalam gaya yang riang dan kekadang lucu. Nyanyian-nyanyian biasa diiringi oleh empat orang ahli muzik yang terdiri daripada:

  • seorang pemain biola;
  • dua orang pemain rebana (gendang yang di sebelah sahaja dipasang kulit) Melayu; dan
  • seorang pemain tawak (gong kecil).

Pemain biola biasa merupakan ketua kumpulan ahli muzik yang memainkan peranan utama dalam dondang sayang, dan membekalkan melodi kaunter untuk melodi vokal. Pemain-pemain muzik boleh saling bertukar alat-alat muzik mereka antara persembahan tetapi pemain biola jarang berbuat demikian, walaupun dibenarkan. Sehingga lima buah rebana boleh digunakan, jika terdapat pemain muzik yang berlebihan. Kekadang, rebana boleh digantikan dengan gendang atau kompang. Alat-alat muzik boleh juga ditambahkan dengan akordion.

Muzik dondang sayang adalah perlahan, dan sebuah lagu biasanya terdiri daripada 32 bar, bermula dengan pengenalan biola, diikuti oleh rebana dan kemudiannya gong, dan akhirnya oleh nyanyian pada bar 5. Gayanya tidak formal dan liriknya biasa terdiri daripada puisi cinta.

Dondang Sayang dipercayai berasal dari Melaka, Malaysia pada zaman Kesultanan Melaka pada abad ke-15. (ni aku ambil dari wikipidia)

Kecanggihan utama dondang sayang ni sebenarnya terletak pada senikata lagu atau pantun yg di nyanyikan. Tidak seperti muzik2 lain, dondang sayang dinyanyikan tanpa script dan lirik. Semua pantun dinyanyikan secara spontan. kebanyakan ahli kumpulan dondang sayang terdiri dari kaum peranakan. Campuran dari berbagai bangsa. contohnya baba dan nyonya.. ok laa.. jom kita layan sedutan youtube ni.. layannnnnnn.......
Baba




Versi Tamil




Versi Cina





"Sebaik-baik manusia ialah orang yang dapat memberi manfaat kepada orang lain"(Hadis riwayat Al-Qudhi)

1 comments:

Anonymous said...

Download Duke Robillard Mp3 (5) [url=http://femalejazzvocal.com/artist499447/matthieu-bore/1/]Matthieu Bore[/url] (1) [url=http://femalejazzvocal.com/artist260327/stan-getz-with-bill-evans/1/]Stan Getz with Bill Evans[/url] (1) http://femalejazzvocal.com/artist395973/lisa-ekdahl-and-peter-nordahl/1/ - Lisa Ekdahl and Peter Nordahl (9) Art and Jazz Messengers,T Blakey (1) [url=http://femalejazzvocal.com/artist107020/thelonious-monk/1/]Thelonious Monk[/url] (42) [url=http://femalejazzvocal.com/artist358754/william-parker/1/]William Parker[/url] (14) http://femalejazzvocal.com/artist189802/lizz-wright/1/ - Lizz Wright (3) http://femalejazzvocal.com/artist435285/grant-geissman/1/ - Grant Geissman (2) [url=http://femalejazzvocal.com/artist411100/jerry-begonzi/1/]Jerry Begonzi[/url] (1) [url=http://femalejazzvocal.com/artist260705/enrico-rava-gato-barbieri-stefano-bollani-aldo-romano/1/]Enrico Rava; Gato Barbieri; Stefano Bollani; Aldo Romano[/url] (1) http://femalejazzvocal.com/artist399676/ron-carter-herbie-hancock-tony-williams/1/ - Ron Carter, Herbie Hancock, Tony Williams (1) [url=http://femalejazzvocal.com/artist325693/kai-winding/1/]Kai Winding[/url] (3) [url=http://femalejazzvocal.com/artist355870/dietmar-bonnen/1/]Dietmar Bonnen[/url] (1) http://femalejazzvocal.com/artist405346/sonny-stitt-and-paul-gonsalves/1/ - Sonny Stitt And Paul Gonsalves (1) http://femalejazzvocal.com/artist330894/ray-noble-and-his-orchestra/1/ - Ray Noble and his Orchestra (1)