Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Wednesday, July 14, 2010

AMINULRASYID: KELUARGA SAKSI UTAMA MARAH POLIS – harakah daily

بسم الله الرحمن الرحيم



Kaedah siasatan polis ke atas saksi utama kes Aminulrasyid Amzah, Mohd Azamuddin Omar menimbulkan rasa tidak puas hati keluarganya.

Mohd Haafizuddin Omar, 24, abang saksi utama pagi tadi mempersoal tindakan polis mengarahkan adiknya, Azamuddin melakukan kawad cam ke atas beberapa suspek pembunuh Aminulrasyid, 15, Selasa lepas.

"Kita nak tahu, kenapa nak buat kawad cam lagi sedangkan pegawai yang menembak kawan adik saya itu sudah dikenal pasti," soal beliau ketika menghubungi Harakahdaily pagi tadi.

Menurut beliau, sepatutnya pihak berwajib boleh mengenal pasti beberapa pegawai polis lain yang terbabit dengan terus menyiasat suspek terbabit.

"Kenapa tak siasat terus dan polis sudah ada suspek bukan," tegas beliau yang juga kakitangan di Jabatan Perkhidmatan Undang-Undang, TNB.

Tambahnya lagi, kaedah siasatan polis itu turut dipertikai oleh bapa kepada saksi utama sendiri, yang kebetulan seorang pegawai polis.

KAH KAH KAH… woit…. MACAM MACAM DILAKUKAN…. kah kah kah… woit…. SEMUA NAK MENIPU MELAYU… kah kah kah… woit… CUKUP LAH… HENTIKAN LAH PROJEK MEMBODOHKAN MELAYU…. kah kah kah… woit… TAUBAT LAAA…. DAH RAMAI MELAYU BODOH…. kah kah kah.. - TT



UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

[+/-] Read More...

UMNO/BN BERANI BUAT MACAM NI KE?

بسم الله الرحمن الرحيم

Pengerusi PAC Selangor Daripada BN Bukti Pakatan Rakyat Amal Budaya Politik Adil, Telus

Oleh Norasikin Samsi

SHAH ALAM 13 Julai - Lantikan anggota pembangkang sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Awam Negeri membuktikan Pakatan Rakyat tidak mengamalkan bidaya politik kedurjanaan dan mampu bekerjasama dengam semua pihak hatta Barisan Nasional sekali pun demi kebaikan dan kesejahteraan negeri dan rakyat Selangor.

Malah Pakatan Rakyat Selangor menunjukkan contoh dan jalan kepada Umno-Barisan Nasional bagaimana sesebuah kerajaan itu harus bersikap adil, telus dan terbuka serta tidak kejam dan berlaku zalim kepada pembangkang

Semalam kerajaan negeri Pakatan Rakyat Selangor melakar sejarah apabila biat pertama kali dalam sejarah politik negeri itu melantik Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Burung daripada BN, Datuk Mohd Shamsudin Lias menerajui jawatankuasa penting itu.

Pelantikan Mohd Shamsudin dibuat setelah ADUN Kajang, Lee Kim Sin mengosongkan jawatan yang disandang beliau sejak 2008.

Speaker Dewan Negeri Selangor (DNS), Teng Chang Khim berkata pemilihan Mohd Shamsudin merupakan pilihan yang tepat kerana beliau memenuhi kriteria pelantikan termasuk pengalaman dalam bidang berkaitan.

"Ini sekali lagi menunjukkan kerajaan Pakatan Rakyat adalah satu kerajaan yang terbuka kerana sudi melantik ahli pembangkang sebagai pengerusi jawatankuasa PAC.

"Ini tidak pernah berlaku dan sekiranya kerajaan nak tutup isu pasir dan berbagai isu yang di bawa BN, maka tidak perlu kita melantik pembangkang sebagai pengerusi PAC.

"Saya ucapkan tahniah kepada kerajaan Pakatan Rakyat di bawah pimpinan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang sudi mencatat sejarah di negara ini dan juga sejarah untuk badan perundangan di Malaysia malah di Parlimen sendiri pun belum sampai ke tahap itu," kata Chang Khim

Beliau juga berkata pelantikan tersebut mendapat persetujuan semua pihak termasuk pihak pembangkang.

"Kita bukan lantik orang luar tetapi kita lantik daripada kalangan ahli jawatankuasa PAC yang sedia ada, cuma pengerusi yang sedia ada YB Lee Kim Sin mengosongkan kerusi untuk diberikan dan diserahkan kepada Datuk Shamsudin yang memang sudah dilantik sebagai ahli PAC.

"Saya juga percaya latarbelakang beliau yang merupakan ADUN untuk penggal kedua dan juga bekas pegawai daerah serta pengalaman dalam bidang audit, itulah kriteria yang diambil kira dan beliau calon yang memang layak dan mempunyai pengalaman dan kelayakan yang lebih baik," kata beliau.

Bercakap pada Suara Keadilan di lobi Dewan Annex Kim Sin yang lebih dikenali sebagai Cikgu Lee berkata pengosongan itu dibuat setelah mengambil kira sistem yang digunakapakai di parlimen Komanwel yang mana pelaksanaan sistem itu dibuat secara adil dan telus tanpa mengira parti yang memerintah.

"PAC Selangor telahpun menyiasat laporan audit kerajaan terdahulu (BN) dan sekarang kita akan memulakan siasatan ke atas kerajaan Pakatan Rakyat, iaitu kerajaan yang mentadbir negeri sekarang.

"Jadi adalah lebih baik penyiasatan itu diketuai oleh ahli daripada pembangkang sendiri bagi memastikan sistem yang digunakan adalah telus dan adil kepada semua pihak juga menggunakan dasar sama rata," kata Kim Sin.



UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

[+/-] Read More...

KDN DIHINGGAPI PENYAKIT BANGANG

بسم الله الرحمن الرحيم

SUARA KEADILAN: KDN CIPTA ALASAN REMEH , BODOH - mkini

Suara Keadilan mempertikaikan tindakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang membuat laporan polis meminta akhbar rasmi PKR itu disiasat bawah akta rahsia rasmi (OSA).

Mempertahankan tindakannya, Ketua Pengarang Suara Keadilan Dzulkarnain Taib berkata pihaknya menyiarkankan semula surat tunjuk sebab daripada KDN dalam akhbar barunya Keadilankerana ia "tidak mempunyai apa-apa rahsia pun".

KAH KAH KAH… woit… BANGANG INI ADA MACAM MACAM…. kah kah kah.. woit…. BANGANG IALAH PENYAKIT TAK BERKUMAN…. kah kah kah.. woit… TAPI BANGANG INI BOLEH BERJANGIT DAN MEREBAK…. kah kah ... KALAU KEPALA DAH BANGANG…. BADAN DAN EKOR MESTI BANGANG….kah kah kah…PUNYA BANGANG !! kah kah kah....SURAT PENOLAKAN PERMIT DARI KDN PUN JATUH DIBAWAH AKTA RAHSIA…. kah kah kah…woit... APA LAGI AKTA RAHSIA?... kah kah kah.. KOREK TAHI HIDUNG.... AKTA RAHSIA TAK?.... kah kah kah... RESIT KEDAI BUNDLE... JATUH DALAM AKTA RAHSIA TAK?... kah kah kah - TT



UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

[+/-] Read More...

USUL KENYATAAN BALA KAITKAN ROSMAH

بسم الله الرحمن الرحيم

Usul mengenai kenyataan Bala yang kaitkan nama isteri PM



Saya telah menfailkan usul di bawah peraturan mesyuarat 18 Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat pada 7 Julai, 2010, berhubung kenyataan peguam, Americk Sidhu untuk membalas kenyataan Ahli Parlimen Bayan Baru yang dibuat pada 30 Jun, bahawa penyiasat persendirian, P.Balasubramaniam mendakwa kos sara hidupnya di London dibayar oleh seorang usahawan permaidani, Deepak Jakishan atas suruhan isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor.

Usul ini ditolak mengikut peraturan mesyuarat dewan 18(5) bahawa hanya satu usul yang boleh dikemukakan sebelum mesyuarat ditangguhkan. Alasan yang diberikan dari pejabat setiausaha Parlimen ialah usul yang dikemukakan oleh ketua pembangkang, Anwar Ibrahim lebih awal diterima daripada yang saya kemukakan.

Sungguhpun kes pembunuhan Altantuya Sharribuu telah selesai dibicarakan pada 9 April, 2009, yang mana dua suspek, Ketua Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar telah dijatuhkan hukuman mati, tetapi sebaran media antarabangsa yang telah menjejaskan imej Negara masih membara.

Arnaub Dubus, pemberita sebuah akhbar Perancis, La Liberation telah menulis satu asrtikel bersiri mengenai kes pembunuhan ini. Mengikut kenyataan blogger, Susan Loone pada 5 Mei 2009, bahawa TVB Hong Kong telah mengambil ilham atas kes pembunuhan ini, merancang akan menyiarkan satu cerita bersiri yang bernama "Ulaanbatoru, Paris, Kuala Lumpur".

Kemudian pada 4 Disember 2010, SUARAM telah menfailkan petition di mahkamah tinggi Perancis, berhubung kes rasuah dan penyelewengen yang berlaku dalam urusniaga kapal selam Scorpene antara DCN, pembekal senjata Perancis dengan kerajaan Malaysia yang melibatkan RM 4.7 billion. Pendakwaraya Perancis telah mulakan siasatan pada Mac 2010 di mana DCN disiasat berhubung dakwaan komisen dalam beberapa usrusniaga pembelian senjata yang tidak dibenarkan di bawah undang-undang Perancis.

Pada 22 Jun 2010, Setev Shaariibuu, bapa kepada Altantuya telah membuat kenyataan bahawa kerajaan Mongolia telah menajakan wang deposit sebanyak RM 70,000 yang dikehendaki oleh mahkamah supaya dapat menfailkan petition dakwaan ke atas Abdul Razak Baginda, penganalis politik Perdana Menteri dan kerajaan Malaysia.

P. Balasubramaniam telah membuat dua surat sumpah yang bercanggah isinya sebelum lari ke London atas alasan nyawa peribadi dan keluarganya telah diancam. Kedua-dua surat sumpah ini mengungkitkan hubungan Perdana Menteri dalam kes pembunuhan Altantuya, yang berperanan sebagai ahli penterjemah dalam urusniaga kapal selam.

Dalam kenyataan P. Balasubramanim baru-baru ini, nama isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor diungkitkan sebagai dalang di sebalik pelarian beliau. Ini telah mengakibatkan rakyat Malaysia, terutamanya golongan laman web dalaman dan luar negara menimbulkan berbagai syak wasangka dan anggapan negatif terhadap isteri PM. Sebagai sebuah kerajaan yang berdaulat dan berwibawa, sepatutnya membenarkan usul ini dibahaskan dalam dewan untuk memberikan penjelasan yang postif untuk mengikiskan tuduhan yang negatif demi menjaga maruah Negara, Perdana Menteri dan Isteri Perdana Menteri.

Mengikut peraturan mesyuarat 18(1), sesuatu usul penangguhan hanya dibenarkan dibahaskan dalam dewan berpandukan kepada 3 syarat, iaitu:-

a) Perkara tertentu.
b) Berkehendak disegerakan, dan
c) Kepentingan orang ramai.

Usul ini memenuhi syarat-syarat di atas, iaitu syarat (a) perkara tertentu di mana kenyataan P. Balasubramaniam (gambar kiri) telah mengungkitkan nama isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor sebagai dalang di sebalik pelarian beliau.

Syarat (b) berkehendak disegerakan di mana sungguhpun kes pembunuhan Altantuya telah selesai dibicarakan, tetapi susulannya isu-isu yang berkaitan masih membara di media antarabangsa seperti isu rancangan cerita bersiri TVB, isu komisen kapal selam Scorpene dan isu saman Setev Shaariibuu yang ditaja oleh kerajaan Mongolia akan mencacat-celakan hubungan diplomatik negara kita dengan negara Perancis dan Mongolia.

Syarat (c) kepentingan orang ramai di mana setelah tersebarnya kenyataan P. Balasubramaniam yang mengaitkan Perdana Menteri dan isterinya, Rosmah Mansor di laman web, sudah tentu kenyataan ini akan disabotajkan yang secara langsung akan menjejaskan imej negara kita. Perdana Menteri sebagai ketua negara telah berulang-kali diungkitkan sejak kes pembunuhan Altantuya sehingga kenyataan P.Balasubramaniam baru-baru ini perlu dibahaskan dan diperjelaskan dalam dewan untuk menjaga kepentingan umum dan maruah bangsa kita.

*Kenyataan oleh Er Teck Hwa selaku ahli parliament Bakri - DAP, Johor pada 9 Julai 2010. - MERDEKA REVIEW



UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

[+/-] Read More...

TUAN RUMAH PIALA DUNIA : MALAYSIA BERSEDIA - melayau

بسم الله الرحمن الرحيم

Malaysia bersedia menawarkan diri menjadi tuan rumah bersama untuk kejohanan bola sepak Piala Dunia pada masa akan datang.

Ahmad Shabery Cheek berkata, perkara tersebut bukanlah sesuatu yang mustahil dan kedua-dua negara berkenaan akan berusaha ke arah itu.










KAH KAH KAH…woit…. YAA AAAMPOOON…. kah kah kah..woit…. YA TUHANNNNNN….. kah kah kah…woit…. LAPORAN KEWANGAN SUKOM 98 BELUM DI BENTANG KAN….kah kah kah… NAK BUAT PIALA DUNIA PULAK ?..... kah kah kah… BENTANG KAN LAPORAN KEWANGAN SUKOM 98 DULU…kah kah kah… LEPAS SUKOM 89 …. EKONOMI HANCUR…BANYAK JATUH BANGKRAP…. kah kah kah… KALAU PIALA DUNIA DI ADAKAN…. HABIS NEGARA INI TERGADAI…. kah kah kah… - TT



UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

[+/-] Read More...

Tuesday, July 13, 2010

IBRAHIM ALI GESA UMNO SISIHKAN NAZRI AZIZ JIKA MAHU PULIH

بسم الله الرحمن الرحيم

KUALA LUMPUR, 13 Julai — Datuk Ibrahim Ali membidas Datuk Seri Nazri Aziz dengan menggesa agar Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu “disisihkan” dari Umno jika parti tersebut dan Barisan Nasional (BN) mahu kembali memperoleh sokongan rakyat dalam pilihan raya umum ke-13.

Ini kali kedua dalam tempoh sebulan ini Nazri dan Ibrahim bertembung pendirian berhubung peranan dan aktiviti Perkasa.

“Perkasa hanya NGO... tidak ada apa yang nak rugi. Jadi ketepikan Nazri jika Umno dan BN mahu dapat kembali sokongan rakyat,” kata beliau sambil menegaskan, pihaknya tidak kisah kenyataan Nazri di lobi bangunan Parlimen awal hari ini.

Presiden Perkasa ini menyifatkan kenyataan Nazri sebagai satu “pandangan daripada orang yang hilang waras berfikir dan pendapat peribadi.”

“Nazri tak layak dilayan kerana tiada nilai dan buang masa. Saya amat simpati tapi apa boleh buat, kenyataan nya membuat umat Melayu lagi membenci pada Ummo.

“Pada masa yang sama tidak tambah nilai pada BN. Perkasa hanya NGO, tidak ada apa yang nak rugi,” kata Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas ini dalam respons berhubung kenyataan Nazri.

Terdahulu Nazri menegaskan, Umno tidak sama sekali menyokong atau mengiktiraf Perkasa yang mendakwa perjuangkan hak keistimewaan Melayu dan Bumiputera.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu menambah, Umno menentang amalan sebarang bentuk sikap perkauman.

Oleh itu katanya, idealisme Perkasa, pertubuhan yang berusia hampir dua tahun itu, tidak selari dengan fokus pentadbiran Najib yang menekankan pluraliti dan perpaduan.

“Kita harus mengetepikan sama sekali Perkasa. Mengapa saya kata begitu? Ini kerana Perkasa tidak seiring dengan konsep 1Malaysia Datuk Seri Najib,” kata beliau kepada The Malaysian Insider.

“Kami menentang sebarang bentuk perkauman dan sudah pasti (Perkasa) tidak disokong oleh Umno,” kata Nazri.

Oleh G. Manimaran



UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

[+/-] Read More...

MENTERI-MENTERI KABINET ERA NAJIB MENPUNYAI IQ RENDAH

بسم الله الرحمن الرحيم

Agent CIA : Ulasan Bekas Duta AS & Rendahnya IQ menteri di Malaysia, Rais Dikecam Gagal Selidik Fakta Sebelum Dakwa Anwar Agen Amerika



Bekas Duta Amerika ke Malaysia, John R Malott mendesak Menteri Penerangan, Komunikasa dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim supaya memohon maaf kepada Ketua Pembangkang, rakyat Malaysia dan pemerintah Amerika Syarikat kerana membuat tuduhan mengaitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai agen agensi perisikan CIA.

Malott yang menjadi Duta Amerika Syarikat di Kuala Lumpur selama tiga tahun darim 1995 hingga 1998 berkata Anwar bukan dan tidak pernah menjadi agen Amerika.

"Saya tegaskan sekali lagi apa yang saya katakan kepada Menteri Luar ketika itu, Abdullah Ahmad Badawi pada 1998, " Jika anda mendakwa Anwar adalah agen Amerika, anda juga membuat rumusan, secara salah, bahawa Amerika juga masuk campur dalam hal ehwal politik dalaman Malaysia, dan ini adalah tidak benar.

"Saya pernah menyentuh mengenai perkara ini 10 tahun dahulu ketika saya menulis satu artikel untuk Malaysiakini ('Anwar was never an American spy', Sept 2, 2000) di mana saya menafikan secara khusus bahawa Anwar buka dan tidak pernah menjadi agen kepada Amerika.

"Seperti yang saya tulis dalam artikel tersebut saya memberitahu Abdullah bahawa Anwar bukan agen Amerika. Sekiranya kerajaan Malaysia menangkap Anwar dan mendakwa beliau agen Amerika, kita akan mengeluarkan kenyataan serta merta untuk menafikan sekeras-kerasnya dan akan mencabar kerajaan Malaysia untuk menyediakan bukti.

"Saya juga secara jelas memberitahu Abdullah bahawa kerajaan Malaysia akan dimalukan kerana mereka tidak mampu memberikan bukti untuk menyokong dakwaan tersebut kerana dakwaan ini hanya khayalan yang tidak wujud sama sekali," kata belas duta itu dalam satu kenyataan beiau hari ini.

Beliau membidas Rais sebagai menteri yang bertanggungjawab mengenai penerangan dan informasi kerana gagal memeriksa fajta yang maklumat yang betul ketika membuat tuduhan yang melulu tersebut.

"Sudah tentunya rakyat mengharapkan beliau melaksanakan tugas yang diamanahkan dengan baik. Dalam keadaan ini Rais sepatutnya memastikan berita yang beliau terima adalah benar tetapi sebaliknya berlaku.

"Rais gagal menyelidik latarbelakang blogger yang tulisan mengenai Anwar dipetik oleh Utusan Malaysia. Malah tidak siapa pernah mendengar blog ini apatah lagi mengatakan ianya 'terkenal'. Saya yakin Rais juga tidak membaca blog tersebut sebelum beliau membuka mulut. Sebaliknya beliau terus percaya dengan laporan Utusan itu," jelas beliau.

Malott menambah sekiranya Rais mengambil masa 15 saat untuk melayari google beliau akan ketahui bahawa blogger yang dilabelkan sebagai 'pakar' oleh Utusan sebenarnya berkata beliau pernah disambar petir sebanyak 10 kali ketika berada di dalam rumah beliau dan menuduh Ratu Elizabeth terlibat dalam sindiket wang haram.

"Blogger ini juga berkata beliau tinggal di atas gunung di New York bersama kuda, kucing, anjing dan ayamnya. Bagaiman orang seperti ini tahu mengenai Malaysia dan siapa sebenarnya agen CIA?

"Sebelum Rais menyebarkan berita palsu daripada orang seperti ini, elok beliau periksa fakta dan elakkan dirinya daripapda mendapat malu. Mengapa Rais tidak buat kerjanya dengan betul dan bersungguh-sungguh?

"Ini bukan sahaja mengenai Rais dan Utusan malah saya amat terkejut kerana masih ada golongan di Malaysia yang terus menerus menyebarkan isu karut ini mengatakan Anwar agen Amerika demi kepentingan agenda politik mereka," tegas beliau lagi.

Malott menyoal sekiranya beliau berbohong mengenai Anwar 10 tahun dahulu mengapa Dr Mahathir yang menguasai Cawangan Khas (Special Branch) selama 22 tahun tidak menafikannya.

"Mengapa tidak seorang pun tampil untuk membuktikan Anwar agen Amerika tujuh tahun selepas persaraan Dr Mahathir? Mengapa mereka tidak mampu membuktikan sehingga hari ini? Mengapa mengambil coretan dblogger yang membebel yang bukan-bukan yang tinggal di atas gunung di New York? Kenapa Anwar tidak ditangkap atas tuduhan pengintipan?

"Kerajaan Malaysia mungkin mempunyai perbezaan pendapat dengan Anwar tetapi jika ia membuat dakwaan palsu terhadap Amerika Syarikat khususnya menuduh kita mencapuri urusan dalaman Malaysia, kita akan mendedahkan segala dakwaan palsu itu.

"Malah selepas 12 tahun saya bertemu Abdullah, Malaysia gagal memberikan walaupun sekelumit bukti bahawa Anwar adalah agen Amerika," kata Malott lagi.

Beliau berkata Rais juga wajib memohon maaf kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kerana dakwaan beliau tersebut dilihat cuba merosakkan usaha beliau untuk meningkatkan hubungan dua hala dengan Amerika Syarikat

"Mengapa anda (Rais) melemahka usaha Perdana Menteri anda dan mengatakan Amerika Syarikat masuk campur dalam urusan dalaman Malaysia dan menyokong pembangkang?

"Sekiranya Amerika gembira dengan usaha uusaha Najib di mana pula letaknya logik kita menyokong Anwar dan pembangkang?" tanya Malott kepada Rais.


UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

[+/-] Read More...

ANWAR PUJUK YAHUDI

بسم الله الرحمن الرحيم

Penafian CNN dedahkan fitnah Utusan, Anwar


Alhamdulillah saya dan Azizah dapat menunaikan ibadat umrah dengan tenang. Doa kami moga umrah mabrur, sa'i mashkur dan amalan solehah.Rupa-rupanya tatkala di Makah al Mukarramah, serangan fitnah bertali arus ditujukan kepada peribadi saya (Anwar Ibrahim, gambar kanan).

Namun apa yang baru? Pencak mereka hanyalah fitnah, jika tidak agen Cina, India pastinya tali barut CIA. Khabar ini langsung tidak mengejutkan. Apatah lagi walau UMNO-BN punyai dana puluhan juta, kemiskinan idea begitu terserlah apabila mahu memintal fitnah.

Hanya dengan mengutip tulisan blog Elaine Supkis(kononnya blog terkenal) dan kenyataan seseorang yang bernama Joshua Trevino, Utusan Malaysia milik UMNO, tanpa berpandukan etika kewartawanan mulai satu kempen dangkal dan berakarkan kebencian. Terpampang di muka hadapan fitnah Anwar Agen CIA. Pimpinan UMNO pula bersahuti-sahutan menyokong. Tidakkah mereka sedar rakyat Malaysia mual untuk disogok dengan berita sedemikian?

Hari ini terungkailah segala pembohongan yang dipintal serta dianyam pimpinan UMNO yang diketuai Najib Razak. CNN telahpun mengeluarkan satu kenyataan bahawa organisasi media tersebut tidak menerima sebarang bentuk bayaran dari saya. Kemunculan saya untuk ruang "Connect The World" merupakan keputusan penerbit program tersebut.

Penafian CNN bukan sahaja meruntuhkan bongkah penipuan media berhaluan kanan ekstrem seperti New Ledger, namun mendedahkan makar Utusan selaku lidah rasmi UMNO yang berusaha memfitnah saya.

Malahan organisasi CNN yang berpengkalan di Hong Kong berpandangan adalah janggal mengapa tiada usaha dari pihak Utusan untuk mendapatkan kepastian dari pihak mereka. Namun bagi kita tidaklah mengejutkan kerana mengetahui peranan Utusan yang selama ini sudahpun luluh integritinya sebagai sebuah organisasi yang bebas.

*Kenyataan media oleh Anwar Ibrahim selaku ketua pembangkang parlimen merangkap Ketua Umum PKR.


CNN Nafi Terima Bayaran Untuk Bolehkan Anwar Muncul Dalam Program Mereka

KUALA LUMPUR: CNN berkata, laporan mengatakan ia menerima bayaran daripada pihak yang mewakili Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi membolehkan ketua pembangkang itu muncul dalam program "Connect the World" adalah rekaan semata-mata.

Jurucakap CNN pada Selasa melahirkan rasa kesal kerana rangkaian televisyen itu tidak dihubungi bagi memastikan sama ada dakwaan itu benar atau tidak sebelum ianya disiarkan.

Sejak beberapa hari lepas, beberapa pihak telah mengulas mengenai kemunculan Anwar dalam program CNN itu.

Mereka merujuk kepada tulisan Joshua Trevino dalam The Ledger, sebuah penerbitan online di Amerika Syarikat, yang juga memetik satu atau dua buah akhbar tempatan di sini.

Trevino hanya menyebut secara tidak langsung bahawa mereka yang dilantik oleh Anwar untuk mengendalikan kempen perhubungan awamnya di Amerika Syarikatmempunyai pertalian yang baik dengan media - BERNAMA



UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

[+/-] Read More...

KDN BUAT LAWAK PULAK.. kah..kah..kah..kah..

بسم الله الرحمن الرحيم

SUARA KEADILAN : KDN BUAT LAPORAN POLIS - melayau



Kementerian Dalam Negeri (KDN) membuat laporan polis berikutan pihak penerbitan Suara Keadilan terus mengeluarkan penerbitannya hari ini walaupun permit mingguan akhbar itu tamat tempoh sah lakunya pada 30 Jun lalu.

Timbalan Ketua Setiausaha KDN, Abdul Rahim Mohd. Radzi berkata, laporan berkenaan telah dibuat pada pukul 8 malam di Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya.

KAH KAH KAH..woit… INI BERITA PELIK…. kah kah kah… woit…INI MACAM SUAMI MINTA KEBENARAN DARI MAK MENTUA UNTUK BUKA COLI ISTERI….kah kah kah..woit…INI SIAPA DI BAWAH SIAPA?.... kah kah kah... BUKAN KAH POLIS ITU DI BAWAH JAGAAN KDN... kah kah kah….MACAM MACAM CARA DI BUAT UNTUK MENIPU MELAYU…kah kah kah.. woit... MACAM MACAM TERJADI... BILA ILANG AKAL...kah kah kah..

HARAKAH TANPA PERMIT DIBERI TEMPOH 7 HARI - melayau

Kementerian Dalam Negeri (KDN) memberi tempoh seminggu kepada Harakah untuk menjawab surat tunjuk sebab berhubung penerbitan dan pengedaran akhbar itu walaupun permitnya tamat 7 Julai lalu.

Ketua Setiausaha KDN, Mahmood Adam berkata, kegagalan akhbar itu mematuhi arahan tersebut akan menyebabkan ia berdepan dengan tindakan tegas.

"Hari ini Pengerusi Jemaah Pengarah Harakah, Mustafa Ali dan Pengarah UrusanHarakah, Kamaruddin Jaffar telah dipanggil ke KDN untuk memberi penjelasan berhubung perkara itu.

KAH KAH KAH…woit…. INI LAH CARA KETUANAN MELAYU MENIAGA…. kah kah kah..woit… BILA CINA BUKA KEDAI BERJAYA…. kah kah kah… PANGGIL POLIS SURUH TUTUP…. kah kah kah… SAMAN MASALAH LESEN….SAMAN KOTOR….SAMAN BISING…kah kah kah..

kah kah kah… SURAT KHABAR SENDIRI TAK LAKU… kah kah kah... PAKSA SEKOLAH ..PEJABAT BELI... kah kah kah….BILA TAK BOLEH LAWAN ... TUTUP SURAT KHABAR ORANG PUNYA…. kah kah kah - TT



UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

[+/-] Read More...

UMNO PEMBELA BAHASA MELAYU

بسم الله الرحمن الرحيم

UMNO PEMBELA BAHASA MELAYU – berita hairan



UMNO perlu terus menjadi pembela dan penegak kepada usaha memartabatkan bahasa Melayu, sekali gus membuktikan kepada semua kaum di negara ini bahasa kebangsaan itu sebagai teras kepada perpaduan.

Rais Yatim berkata, pemimpin UMNO di semua peringkat perlu merujuk kembali dan memahami Fasal 3 Perkara 5 perlembagaan UMNO yang menetapkan bahasa Melayu dijamin kedudukannya sebagai bahasa rasmi yang tunggal.

KAH KAH KAH.. woit… PRECINT…. kah kah kah.. KL CC…. kah kah kah.. LRT…. kah kah kah.. BUJET…. kah kah ka… BUKAN MURTABATKAN BAHASA…. TAPI MURTABAKKAN BANGSA… kah kah kah.. MALAON INI PERNAH CAKAP… PEKATAAN PRECINT DU PUTRAJAYA AKAN DI TUKAR…. kah kah kah.. SAMPAI SEKARANG TAK TUKAR TUKAR….kah kah kah.. MASIH DALAM KAJIAN ATAU BUJET TAK ADA …. kah kah kah..

Note: "UMNO" tu guna bahasa melayu ke? hehehehe...

KUASA BAHASA ARAB ELAK PEMESONGAN - berita hairan

Setiap ahli UMNO perlu meningkatkan penguasaan bahasa Arab bagi mengelak mudah dipesongkan pendirian selepas mendengar hujah dan tipu helah pemimpin parti pembangkang yang tahu menggunakan istilah tertentu untuk mengelirukan mereka.

Ahmad Zahid Hamidi, berkata pemimpin PAS menggunakan pelbagai istilah Arab untuk mengelirukan masyarakat mengenai hubungan parti itu dalam pakatan pembangkang.

KAH KAH KAH… ARAB PULAK... kah kah kah.. MANA YANG BETUL INI?.... kah kah kah… BAHASA MELAYU BELUM BETUL…. NAK BERALIH KE BAHASA ARAB PULAK…. kah kah kah.. AHLIN… BAKSHEEH…. FULUSSS….kah kah kah.. ANA ANTAR UNTA UNTUK UMI ANTA… kah kah kah.. UNTA UNTA ANTA UNTA UNTA ANA …PROJEK MASTYUUUUK…. kah kah kah… WASALAAMI….AL BAKSHEEEH…KENA BERI…kah kah kah - TT



UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

[+/-] Read More...