Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Saturday, August 27, 2011

AKU BENCI KERAJAAN SELANGOR!!!!


بسم الله الرحمن الرحيم

Bil air 20sen jer... ngarutlah..kah..kah..kah..

Aku nak kongsikan dengan korang bil air salah sorang jiran aku ni.. dia ni orang atas pagar..
bukan menyokong mana-mana parti.. tetapi dah tentulah dengan menjadi jiran aku,dia mendapat banyak input tentang Kerajaan Pakatan Rakyat.. dan sikit sebanyak,apa yang aku sampaikan kat dia memang masuk dalam kepala dia... dan dia pun mula berani cakap yang "pemimpin kerajaan BN ni banyak "sembang" jer... tapi abok pun takde... "

"cakap nak lawan rasuah,tapi dorang sendiri yang rasuah.." itu kata dia yer.. bukan kata aku.. dan sudah tentulah aku setuju dan aku gembira bila dia nampak semua tu...

dan semalam,dia tunjukkan aku bil air dia,dia kata masa Khir Toyo dulu tak pernah macam ni.. sebenarnya dia ni dah berbulan-bulan tidak bayar bil air sejak pakatan ambil alih Selangor... tapi tak pernah tunjuk kan kat aku bil air dia.. tapi semalam tah nape,dia tunjukkan kat aku bil air dia.. aku pun apa lagi..aku ambik dan kongsikan dengan korang ler.. korang tengok sendiri ok..



ini bil air yang dikeluarkan di negeri Selangor... bukan di Perak, bukan di Johor, bukan juga di Melaka yang dikatakan maju tu..

aku harap korang hargailah apa yang Pakatan Cuba buahttp://www.blogger.com/img/blank.gift untuk mengembalikan hasil Negeri kepada rakyat Selangor... kalau kita bagi UMNO menang pada PRU 13 nanti... mungkin jiran aku dan ramai lagi yang menikmati bil yang macam ni sekarang tidak akan dapat menikmatinya lagi..

Kerana UMNO adalah penghisap hasil rakyat jelata..- lianglahad

Note: Pemimpin umno yang kata " AKU BENCI KERAJAAN SELANGOR!!!" kah kah kah kah


Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

[+/-] Read More...

TAHNIAH MELAKA DAH JADI PUSAT GAY


بسم الله الرحمن الرحيم

Antara 30 gay yang ditahan dalam serbuan di sebuah SPA.



Lagi-lagi Melaka,macam takda negori lain jang oii..tapi nak buat macam mana bro..inilah salah satu negori yang ketuanya Si Ali Rustam punya bangang tentang agama tergamak benarkan pusat-pusat maksiat menambah waktu operasi mereka dari tengah malam dilanjutkan sampai ke pagi atas dasar peka terhadap permintaan pelanggan yang rata-ratanya pelancung.Bagi gua ini bukan peka namanya..tapi PEKAK..

Dengan berleluasanya pusat maksiat di Melaka..Maka sekumpulan 30 gay mengambil kesempatan dengan bercumbuan dalam keadaan berbogel di sebuah spa,terencat apabila premis itu diserbu sepasukan penguat kuasa di Jalan Hang Kasturi.

Lebih memualkan, selepas lampu spa dibuka, anggota pasukan penguat kuasa Bahagian Pekerja dan Pelajar Antarabangsa (BPPA) yang memeriksa premis itu menemui banyak kondom terpakai dan sejenis cecair pelincir yang digunakan pasangan gay melakukan seks.

Pengarah (BPPA) berkata, serbuan pada pukul 9 malam itu dilakukan oleh BPPA selepas pihaknya menerima maklumat aktiviti seks songsang itu berterusan walaupun premis itu baru diserbu tidak sampai sebulan lalu.

“Maklumat mendedahkan aktiviti seks songsang kumpulan gay yang turut membabitkan segelintir pelajar berterusan di spa itu walaupun pemeriksaan demi pemeriksaan dilakukan,” kata beliau. Menurut beliau, hasil serbuan terbaru itu mendapati empat daripada 30 lelaki yang berusia 20 hingga 50 tahun yang ditahan itu beragama Islam.


JuRaGan : Ali Rustam tentu bangga kerana hasil usaha merekaselama ini,telah ada dikalangan anak orang melayu yang sudah mampu berada sama taraf dengan orang-orang kafir dalam pesta Gay..inilah hasil toleransi beliau dalam membenarkan pusat maksiat menambahkan masa operasai di Melaka.

Cuma ingat bang Tamm...setiap pemimpin akan ditanya berkaitan dengan orang yang mereka pimpin..samada kamu bawa mereka ke arah Syurga atau ke arah neraka..!!Jadi lu sendiri mau ingat..!! - Karatijau

Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

[+/-] Read More...

Friday, August 26, 2011

LOGIK KE NAMA SURAU "AL-MUSYRIKIN"?

بسم الله الرحمن الرحيم



TV3 mendakwa sekumpulan Qariah Surau Al-Musyrikin (kafir) telah berhimpun di hadapan kelas tuisyen berkenaan kerana membantah tindakan kelas tuisyen itu yang didakwa kononnya menyebarkan agama Kristian kepada pelajar yang beragama Islam.



Note: Bab buat demo kerana cikgu tuisyen tu mengambil kesempatan menerapkan anak-anak orang islam dgn ajaran kristian tu aku sokong 100%.. kalau tak silap aku video yg ada kat bawah ni boleh dijadikan sebagai bukti kepada tuduhan yang membuktikan memang cikgu tersebut mengajar pelajaran kristian kepada anak orang islam.. Tapi bab tv3 suku ni kata kariah surau 'al-musyrikin' tu yg aku xleh nak terima tu.. nampak sangat la pembohongnya.. nampak sangat la tv3 suku ni main bedal jer asalkan berita boleh jadi panas.. nak menipu pun agak-agak la..



Note: 54 tahun Malaysia merdeka.. 54 tahun umno mengaku memperjuangkan islam tapi tiada satu pun akta dan undang-undang yang boleh dikenakan sebagai tindakan untuk mereka-mereka yang murtad.. Akibatnya ada diantara segelintir mereka yang mencedok peluang ini untuk menyesatkan umat islam di Malaysia.. Sedangkan jika menurut hukum islam, hukuman bagi mereka-mereka yang murtad adalah bunuh.. Dimana peranan UMNO sebagai parti pemerintah selama 54 tahun?



Allah Subhaanahu Wata'ala berfirman, “Barangsiapa yang kafir kepada Allah sesudah dia beriman (dia mendapat kemurkaan Allah), kecuali orang yang dipaksa kafir padahal hatinya tetap tenang dalam beriman (dia tidak berdosa), akan tetapi orang yang melapangkan dadanya untuk kekafiran, maka kemurkaan Allah menimpanya dan baginya adzab yang besar.” (An-Nahl: 106). Maka barangsiapa yang kafir tanpa paksaan, berarti telah gugur keimanannya dan ia berhak mendapat kemurkaan Allah dan adzab-Nya yang kekal.

Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam menjelaskan bahwa kemurtadan mengharuskan dibunuh, beliau bersabda, “Barangsiapa yang mengganti agamanya (Islamnya) maka bunuhlah ia.” (Diriwayatkan oleh Al-Bukhari).

Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam juga bersabda, “Tidaklah halal darah seorang muslim kecuali karena salah satu dari tiga hal: Jiwa dengan jiwa, orang tua yang berzina dan orang yang meninggalkan agamanya lagi memisahkan diri dari jama’ah.” (Muttafaq ‘Alaih)


Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

[+/-] Read More...

Thursday, August 25, 2011

BUKAN TENGOK JER TAPI SIAP RABA


بسم الله الرحمن الرحيم



PULAU PINANG, 24 Ogos -- Ketua Umno Bahagian Bayan Baru, Datuk Abdul Rahim Saibu melihat kaki Rosnah Ibrahim, 55, yang cedera setelah rumahnya hangus terbakar di Kampung Sungai Nibong Kecil di sini, hari ini. .Dalam kejadian awal pagi itu turut mengorbankan cucu Rosnah yang berusia 9 tahun. -pulakdah.blogspot.com


Note: Kata UMNO pejuang islam... Kalau cakap tak tahu hukum agama kang marah plak.. kih kih kih kih


Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

[+/-] Read More...

Wednesday, August 24, 2011

LOBANG NAJIB PECAH LAGI!!!


بسم الله الرحمن الرحيم

Kisah disebalik permohonan maaf Kompas



Ahad lalu, harian terkenal Indonesia Kompas memohon maaf kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak berhubung laporan yang diterbitkan mengenai dirinya dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.

Namun, permohonan maaf itu didapati hanya diselitkan dalam satu wawancara dengan Najib. Malaysiakini juga difahamkan bahawa ia juga dilakukan pada saat-saat terakhir oleh pengurusan tertinggi Kompas.

Artikel pedas, yang menjadi kontroversi itu bertajuk 'Istri PM Najib dan Cincin 24 Juta Dollar'. Ia disiarkan pada isu Kompas 4 Ogos lalu tetapi dengan mudahnya boleh dilayari di versi Internet di Malaysia.

Antara lain, artikel itu mengaitkan Rosmah dengan pembelian kontroversi sebentuk cincin bernilai RM24 juta, dan mendakwa bakal besan Rosmah, Maira Nazarbayev, mempunyai hubungan dengan "mafia Rusia".

Maira Nazarbayev dari Kazakhstan adalah ibu kepada Daniyar Nazarbayev yang telah bertunang dengan Nooryana Najwa, anak gadis Najib dan Rosmah.

Kompas juga dalam laporannya itu menyifatkan Rosmah sebagai menjalani "kehidupan yang penuh kontroversi", dan mengaitkannya dengan Perimekar, syarikat yang dikatakan telah menerima komisen jutaan ringgit berikutan penjualan kapal selam Scorpene.

Menurut penulis, perjanjian yang mencurigakan itu antara faktor yang membawa kepada pembunuhan wanita warga Mongolia Altantuya Shaariibuu pada tahun 2006.

Menyedari artikel berkenaan mampu memberi kesan dan menjejaskan reputasi Najib, dua penasihat perhubungan awam tidak rasmi Najib - seorang daripada mereka dikaitkan dengan konglomerat Indonesia - bertindak segera mententeramkan keadaan - dengan meminta Kompas memohon maaf.

Menurut sumber Malaysiakini, permohonan maaf yang dituntut oleh Pejabat Perdana Menteri (PMO) pada mulanya ditolak oleh editor Kompas yang bertegas mempertahankan artikel mereka, khususnya berhubung dakwaan kegiatan kongsi gelap Maira, yang juga boleh dilayari secara meluas di Internet.

Dua penasihat itu kemudiannya mengancam mengugut Kompas dengan tindakan undang-undang, tetapi ini juga gagal untuk menundukkan akhbar Indonesia yang berpengaruh itu.

Kompas, bagaimanapun bersetuju membuka ruang kepada Najib untuk menjawap dan menangkis segala tuduhan dengan menghantar editor antarabangsa, Jimmy Harianto bagi menemubual Najib di Putrajaya pada Khamis lalu.

Bagiamanapun pada Ahad lalu, agensi berita nasional Bernama mengesahkan bahawa Kompas telah meminta maaf kepada Najib.

Setakat ini, mengapa Kompas membuat pusingan U pada saat-saat terakhir belum jelas tetapi menurut sumber, keputusan berkenaan telah dibuat dalam keadaan "situasi luar biasa".

Namun, akhbar itu jelas tidak membuat permohonan maaf secara penuh - ia boleh diibaratkan sebagai 'permohonan maaf separuh'.

Malah, permohonan maaf itu diselitkan pada perenggan 10 di halaman 10 akhbar itu dalam laporan yang bertajuk 'PM Najib Razak: Demokrasi Juga Terjadi di Malaysia'.

Artikel wawancara dengan Najib itu memetik perdana menteri Malaysia itu menafikan dakwaan dalam artikel Kompas sebelum ini dan diikuti dengan permohonan maaf satu ayat yang berbunyi: “Atas pemberitaan tersebut, Pemimpin Redaksi Kompas Rikard Bagun, Sabtu (20 Ogos) di Jakarta, secara khusus menyatakan permintaan maafnya kepada Ketua Kerajaan dan Keluarga."

Selain menerbitkan penafian Najib, akhbar itu juga tidak menyatakan bahawa dakwaan dalam artikelnya itu adalah tidak benar. Malah Kompas juga tidak menarik semula balik artikel, yang didakwa menghina Najib dan isterinya itu.

Namun, di Malaysia, media arus perdana mencanang-canangkan permohonan maaf itu dan menyiarkannya di halaman utama mereka. - Malaysiakini

Note: Indon minta maaf tu sbb dia terhutang budi pada najib sbb najib bagi org2 indon kerayatan malaysia.. sikit hari lagi malaysia pun kena gadai kat indon. Apa cerita mintak maaf ni.. ingat ni main pondok2 ke .. cekgubard dah buat tuduhan pada rosmah.. kenapa SPRM x siasat rosmah? cekgubard dah buat report pada SPRM klau kata fitnah kenapa x tangkap cekgubard dan bicarakan dia? Kenapa ko bodoh sgt ek? igt ni zaman batu ke apa.. xder mahkamah.. kena tuduh pastu nafikan kata x buat pastu selesai masalah.. bunuh org, rompak rogol pastu kata je "saya x buat.. mereka semua fitnah saya" pastu seatle masalah? kah kah kah kah

Note: satu lagi.. nak tanya ni.. berapa banyak rosmah bayar kat akhbar kompas tu? kikikiki.. Takkan buat2 lupa pope jip terbabit dalam melobi Media BBC London dengan bayaran yang cukup tinggi juga iaitu RM57 juta. Sebelum ini Matahir juga disahkan telah membayar jumlah yang tinggi semata-mata untuk berjabat tangan dengan Presiden Amerika, G.W.Bush...Kah kah kah kah..



Note: Last nak tanya ni... image kat atas tu adalah image yang di printscreen dari jabatan kastam.. Datin Paduka Seri Rosmah Mansor ada berapa orang dalam Malaysia ni? kih kih kih kih



Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

[+/-] Read More...

MELAYU YANG MANA BERANI DENGAN CUA SOI LEK?


بسم الله الرحمن الرحيم

Ambil tanah Chinatown: K'jaan berganjak



Akibat tekanan daripada masyarakat Cina dan campur tangan MCA, kerajaan akhirnya menarik balik keputusannya sebelum ini untuk mengambil alih sebidang tanah di sekitar Jalan Sultan, Kuala Lumpur untuk projek prasarana My Rapid Transit (MRT) yang bernilai berbilion ringgit.

Perkara itu diumumkan oleh Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek selepas bermesyuarat dengan pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) Tan Sri Syed Hamid Albar di pejabat suruhanjaya itu di Kuala Lumpur hari ini.

Menurut Chua, sebagai kompromi, kerajaan akan mendapatkan hak milik strata bagi hartanah yang terletak 100 kaki di bawah tanah yang diperlukan untuk pembinaan terowong MRT itu, manakala bangunan dan tanah di atas tanah berkenaan kekal di tangan pemilik sekarang. - MK

Note: Kah kah kah kah.. memang power pelakon porno ni.. sekali sergah jer kerajaan UMNO dah kecut... terus jer tarik balik keputusan.. kah kah kah kah.. Kalau tanah melayu sikit pun kerajaan tak takut.. sebab apa? sebab bagi kerajaan umno orang melayu memang bodoh.. kah kah kah kah


Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

[+/-] Read More...

Tuesday, August 23, 2011

ANWAR KEMUKA BUKTI


بسم الله الرحمن الرحيم

ANWAR KEMUKA BUKTI DAKWAAN SAIFUL PALSU, KONSPIRASI PERINGKAT TERTINGGI

Salam
Hari ini bermulanya satu lagi episod yang akan terus menarik perhatian iaitu kesinambungan perbicaraan kes liwat 2. Kali ini pihak pembelaan akan mengemukakan hujah balas beserta dengan saksi-saksi pembelaan. Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menjadi saksi pertama yang memberi keterangan di peringkat membela diri dan memilih untuk memberi keterangan dari kandang tertuduh.

Pada keterangannya Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menafikan yang segala tuduhan adalah tidak berasas dan ianya hanyalah satu konspirasi yang ingin menghumbannya ke penjara. Beliau juga mengemukakan bukti bahawa tuduhan pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan terhadapnya, adalah palsu dan berniat jahat. Anwar berkata Saiful merupakan seorang lelaki berusia awal 20-an dengan berketinggian “enam kaki” dan mantap secara fizikal, mempunyai hubungan dengan ahli-ahli politik dan pegawai kanan polis.


Hubungan sialfools dengan orang kuat umno

Malah katanya, Saiful juga bekas pelajar yang mempunyai hubungan dengan Umno dan menyertai pelbagai latihan kendalian Biro Tata Negara, agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri.

“Dan di sini, saya seorang lelaki berusia 60 tahun dengan ada sejarah sakit belakang, yang telah menjalani pembedahan besar dan tidak memiliki sebarang kuasa.

“Jika saya telah menggunakan sebarang bentuk pengaruh atau tekanan mental ke atas dia, ini boleh dengan mudah dineutralkan dengan membuat satu panggilan segera kepada pihak-pihak yang ada hubungannya,” kata Anwar ketika memberi keterangan dari saksi tertuduh di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Anwar juga berkata, mengikut keterangan pengadu dia tiba di Kondominium Desa Damansara pada pukul 2.45 petang, 28 Julai 2008 untuk membincangkan perkara berkaitan kerja.

Beliau menambah, pada peringkat itu, Saiful sepatutnya telah melarikan diri, namun tidak berbuat demikian atas alasan takut.

“Dia tidak berbuat demikian. Keterangan lain berhubung perkara ini dengan jelas menunjukkan bahawa pengadu mempunyai segala peluang untuk keluar (dari kondominimum), tetapi dia tidak melakukannya,” kata beliau lagi.

Menurut Anwar alasan Saiful bahawa dia diselubungi ketakutan adalah bercanggah dengan fakta kes tersebut,

Anwar seterusnya berkata ketika disoal balas, Saiful mengakui bahawa dia telah membeli bahan pelincir dan secara sukarela telah mengenakannya serta mendakwa hubungan seks telah berlaku dan ia “sesuatu yang menyakitkan.”

“Bagaimanapun, sangat jelas tiada bukti perubatan wujudnya kesan penembusan atau koyakan. Selepas hubungan (seks) yang didakwa berlaku, dia minum dan berbual mesra dengan saya.

“Pengadu tidak cuba mendapatkan pemeriksaan perubatan dengan segera. Sebaliknya, dia menghadiri satu majlis PKR pada keesokan hari,” kata Anwar.


Sialfools dalam satu majlis PKR sehari selepas dia dikatakan diliwat

“Pada sebelah petang, dia mengambil bahagian dalam satu mesyuarat Kelab Anwar Ibrahim di rumah saya tanpa menunjukkan sebarang tanda emosi atau ketidakselesaan fizikal, malah trauma,” kata Anwar lagi.

“Sikapnya seara total tidak konsisten dengan dakwaan bahawa dia telah dikasari,” tambah beliau.

Anwar juga berkata, Saiful tidak terus membuat laporan polis dan membuat laporan perubatan dengan segera, sebaliknya mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor.


Laporan perubatan dari klinik pusrawi yang membuktikan sialfools tidak diliwat

Selain itu, Saiful juga dengan Tan Sri Musa Hassan, Ketua Polis Negara ketika itu dan mengadakan pertemuan dengan Datuk Mohd Rodhwan Mohd Yusof, bekas ketua polis Melaka, di sebuah hotel dua hari sebelum kejadian didakwa berlaku.

Najib merupakan timbalan perdana menteri ketika itu.

“Oleh itu adalah jelas daripada bukti itu bahawa pengadu telah berbohong meskipun Yang Arif (Hakim) memutuskan bahawa dia seorang saksi yang benar,” katanya.


Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

[+/-] Read More...

Saturday, August 20, 2011

SOS MENGANDUNGI DNA BABI


بسم الله الرحمن الرحيم


IPOH: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), bertindak menghantar notis pemberitahuan kepada Persatuan Hotel Malaysia dan syarikat makanan segera berhubung penemuan Asid Deoksiribonukleik (DNA) babi di dalam sos jenama HP Souce dan Tabasco, sejak bulan lalu.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Hab Halal Jakim, Hakimah Mohd Yusoff, yang dihubungi wartawan Harian Metro berkata, pihaknya sudah menghantar notis peringatan memaklumkan kepada pengamal industri makanan yang menggunakan sos jenama berkenaan baru-baru ini.

Bagaimanapun, katanya, aspek penguatkuasaan belum dijalankan berikutan pihaknya sedang melakukan beberapa siasatan terakhir sebelum menguatkuasakan larangan penggunaan dua jenis sos jenama terkenal itu.



“Kami belum memuktamadkan penguat kuasaan larangan itu, namun surat makluman mengenai penemuan DNA babi itu sudah diedar kepada pihak terbabit termasuk rangkaian hotel dan restoran makanan segera.

“Kami sedang menunggu arahan pihak atasan Jakim mengenai tindakan selanjutnya bakal diambil terutama dalam menguat kuasakan larangan itu,” katanya. Beliau berkata, pihaknya akan mengadakan sidang media khas sebaik segala siasatan berhubung larangan penggunaan sos jenama berkenaan selesai kelak.

Difahamkan, Jakim sudah mengambil sampel produk berkenaan untuk dihantar sebanyak dua kali ke Jabatan Kimia Malaysia sebelum ia disahkan terdapat DNA babi di dalamnya.

Persoalan timbul apabila pemilik jenama HP Sauce and Tabasco, HJ Heinz and Mclhenny Company, menyangkal dakwaan kedua-dua jenama itu tidak disahkan halal.

Dalam kenyataannya, syarikat itu berkata, kedua-dua jenama itu mematuhi sepenuhnya garis panduan kawal selia oleh badan pensijilan masing-masing.

HP Sauce disahkan halal oleh HAC (Halal Audit Company), iaitu pihak berkuasa pensijilan Islam di Belanda, di mana terletaknya kilang itu.

Manakala, Tabasco disahkan halal oleh INFANCA (Majlis Nutrisi dan Makanan Islam Amerika) yang juga pihak berkuasa Islam di Amerika Syarikat dan mendapat akreditasi Jakim bagi mengesahkan produk itu bagi pihaknya. - [HM]


Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

[+/-] Read More...

60,000 AYAM TIDAK HALAL


بسم الله الرحمن الرحيم

60,000 ayam sembelih Johor tidak halal?

Daripada 200,000 bekalan ayam segar yang dikeluarkan di Johor setiap hari, kesucian 30 peratus daripadanya diragui kerana ada pengusaha pusat penyembelihan tidak mengikut piawaian yang ditetapkan oleh Jabatan Agama Johor (JAJ).Penolong Pengarah Penyelidikan Unit Halal JAJ, Samsudin Paimi, berkata terdapat beratus-ratus peniaga yang memasarkan kira-kira 60,000 ayam segar setiap hari yang kesuciannya diragui.

“Malah ada penyembelihan dilakukan di tempat terbuka yang turut dimasuki anjing dan binatang lain,” katanya kepada pemberita selepas serbuan terhadap dua premis penyembelihan dan pemprosesan di Jalan Kampung Sawah dan Jalan Pontian-Johor Baharu di Pontian awal pagi Jumaat.

Dalam serbuan dari 1 pagi hingga 3 pagi itu, JAJ mendapati premis terbabit masing-masing tidak melakukan proses penyembelihan dengan kaedah ditetapkan manakala logo halal sudah tamat tempoh sejak empat tahun lepas.

Samsudin berkata JAJ khuatir dengan pertambahan permintaan terhadap ayam segar menjelang Aidilfitri, pengusaha kecil seperti itu semakin berani untuk mengaut keuntungan dengan berselindung di sebalik logo halal tamat tempoh selain tidak mengikut piawaian JAJ.

Turut membimbangkan JAJ, katanya, ialah ramai pengusaha tidak memiliki tauliah penyembelihan selain mempraktikkan kedah penyembelihan dan pemprosesan ayam sambil lewa.

“Kita tidak mahu pengguna terus tertipu dan mereka seharusnya diberi kesedaran untuk hanya memilih ayam yang disahkan halal dan suci,” kata Samsudin.

Beliau berkata pemeriksaan akan terus dilakukan bagi melindungi kepentingan pengguna.

Samsudin berkata JAJ sudah mewajibkan pengusaha ayam di Johor membuat label yang akan diletakkan di kepak ayam yang mengandungi maklumat mengenai penyembelihan serta status halalnya.

Mengikut Undang-undang Perlindungan Pengguna (Pindaan) 2010 yang akan dikuatkuasakan bermula tahun depan, syarikat yang didapati bersalah menipu sijil halal boleh dikenakan denda sehingga RM5 juta bagi kesalahan pertama dan denda sehingga RM10 juta bagi kesalahan kedua.


Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

[+/-] Read More...

Friday, August 19, 2011

ZAHID HAMIDI KEHILANGAN BUAH

بسم الله الرحمن الرحيم

PANGLIMA Tentera Darat Zulkefli Mohd Zain hari ini tampil menafikan pendedahan dibuat oleh bekas tentera yang mengaku memangkah undi untuk anggota lain sehingga lenguh tangan.

Semalam empat orang bekas tentera membuat pendedahan berani dan mengejutkan di Ibu Pejabat Pas di Jalan Raja laut. Mereka ialah Majer (B) Risman Mastor, Komando (Bekas) Mohd Kamel Omar, Mohamad Nasir dan Kamarulzaman Ibrahim. Mereka membuat pendedahan atas kerelaan diri mereka sendiri.

Zulkefli menafikan tidak pernah berlaku pemanipulasian undi di dalam tentera. Pendedahan bekas anggota tentera itu katanya boleh menyebabkan imej tentera tercemar. Ada nada dan mimik muka marah serta kesal ketika Zulkefli membuat penafian itu.

Bagaimana pun beliau menjelaskan pihak tentera tidak bercadang untuk mengambil tindakan kepada pesara tentera yang membuat pendedahan itu. Beliau hanya menyifatkan tindakan bekas tentera itu sebagai orang diperalatkan.


Saya pangkah kertas undi bukan 1 jam 2 jam.. tapi 3 hari..

Note: Mana pergi menteri pertahanan Zahid Hamidi? kah kah kah kah.. bukankah yang sepatutnya Menteri Pertahanan yang kena keluarkan kenyataan.. kenapa si macai ni plak yang kena keluarkan kenyataan..? ko dah takut ke zahid? kah kah kah kah..



Note: Kah kah kah kah.. Takkan la sekadar menafikan saja.. dah jadi macam budak-budak.. berak tengah jalan tapi tak nak mengaku.. pastu cakap "saya tak berak...saya tak berak.." kah kah kah kah.. Macam ni punya pendedahan pun Tentera tak nak ambil tindakan ke? Tak malu ke? Dimana kewibawaan tentera? kah kah kah kah.. cakap sajalah bahawa kamu tu takut untuk ambil tindakan sebab nanti SPR dan UMNO akan terlibat sama dalam penipuan ni.. kah kah kah kah..

Note: Inikah yang dikatakan oleh UMNO/BN dan SPR sebagai telus? kah kah kah kah.. halooo.. tak ada apa-apa tindakan ke ni? nafi..nafi..nafi.. siasatan elekkk.. korang tunggu la BERSIH 3.0 ni... kah kah kah kah


Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

[+/-] Read More...