Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Wednesday, August 10, 2011

WELLCOME TO MALINGSIA

بسم الله الرحمن الرحيم

Lebih Setengah Juta PATI Didaftar Dalam Masa Sembilan Hari

Sungguh mengejutkan apabila kerajaan hari ini mengumumkan bahawa sejumlah 530,625 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) didaftarkan di seluruh Semenanjung Malaysia dan Sabah, bermula pada 1 Ogos sehingga semalam. Kenyataan tersebut telah dibuat oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Kanan) Pendaftaran dan Imigresen Kementerian Dalam Negeri (KDN) Datuk Alwi Ibrahim. Beliau berkata pendaftaran Program Penyelesaian Menyeluruh Pendatang Asing Tanpa Izin (Program 6P) telah dilaksanakan di 206 pejabat Imigresen di seluruh Semenanjung Malaysia dan Sabah serta 1,934 kaunter pendaftaran yang dikendalikan 336 syarikat pengurus.

Persoalannya sekarang, kenapa begitu ramai PATI boleh masuk ke Malaysia semudah itu?. Maka perginya pasukan imigeresen, polis marin serta lain-lain pihak berwajib yang sepatutnya mengawal keadaan ini?. Difahamkan ramai lagi akan berbuat demikian dalam masa terdekat. Jika ini berlaku mungkin PATI yang ada di Malaysia sekarang ini boleh mencecah satu juta orang. Itu belum termasuk mereka yang masuk dan bekerja di negara ini secara sah. Dari satu segi, memang kita melihat program 6P itu seolah-olah berjaya dilaksanakan.

Namun, dari segi yang lain ia membuktikan tahap keselamatan dan kepercayaan rakyat terhadap pihak yang berkenaan semakin membimbangkan sebenarnya. Nampak sangat kawalan keselamatan negara begitu rapuh dan mudah untuk dibolosi. Jika ini keadaannya, apa akan terjadi jika kumpulan subversif atau penjenayah antarabangsa masuk ke negara ini?. Bukankah ia akan memudaratkan rakyat akhirnya.

Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

[+/-] Read More...

Tuesday, August 9, 2011

SPR PEMBELIT NOMBOR WAHID

بسم الله الرحمن الرحيم

Daftar pemilih SPR mencipta satu sejarah apabila mendaftarkan sebuah kampung bernama Kg Baru sebagai pengundi.

Menurut Pengerusi Pemulihan Demokrasi dan Mobilisasi Pemuda PAS Malaysia, Suhaizan Kaiat, Kg Baru yang mempunyai no kad pengenalan 830527115422 dan dilahirkan pada 27 Mei 1983 layak mengundi di Dun Hulu Besut dalam parlimen Besut.

Beliau yang juga Ketua Pemuda PAS Johor dalam satu kenyataan berkata, daftar pemilih SPR bukan sahaja mendaftar manusia sebagai pemilih tetapi telah mencipta satu sejarah baru mendaftarkan kampung sebagai pemilih yang sah dalam negara ini.

Berikut ulasan beliau berhubung perkara itu.

Daftar pemilih SPR mencipta satu sejarah apabila mendaftarkan sebuah kampung bernama Kg Baru sebagai pengundi. Kg Baru yang mempunyai no kad pengenalan 830527115422 dan dilahirkan pada 27 Mei 1983 layak mengundi di Dun Hulu Besut dalam parlimen Besut. Daftar pemilih SPR bukan sahaja mendaftar manusia sebagai pemilih tetapi telah mencipta satu sejarah baru mendaftarkan kampung sebagai pemilih yang sah dalam negara ini.

Maklumat pemilih yang mencipta sejarah ini adalah seperti di bawah:

Klik pada imej untuk besarkan

Apabila semakan dibuat dalam laman web Jabatan Pendaftaran Negera (JPN) mengikut nombor kad pengenalan pemilih maka nama Kg Baru sebenarnya adalah Noraini Binti Abdullah. Persoalannya bagaimana SPR boleh melakukan kesilapan yang begitu memalukan? Bagaimana kecuaian ini boleh berlaku? Apakah Datuk Wan Ahmad Wan Omar masih menganggap isu ini hanyak layak di jawab oleh kerani SPR sahaja?

Maklumat Noraini Binti Abdullah adalah seperti berikut:

Dewan Pemuda PAS Malaysia juga telah menjumpai pemilih dari kalangan pengundi hantu di mana nama pemilih ini tidak terdapat dalam rekod JPN. Pengundi hantu ini bernama Farhana Binti Abdul Rashid, no kad pengenalan 840505715012 dan mengundi di Dun Wakaf Mempelam, Parlimen Kuala Terengganu.

Maklumat pengundi hantu ini adalah seperti berikut:

Semakan di laman Web JPN menunjukkan identiti Farhana Binti Abdul Rashid tidak wujud.

Persoalannya bagaimana SPR boleh mendaftarkan pengundi hantu sedangkan SPR mempunyai Sistem Pendaftaran Pemilih Sepanjang Tahun (e-SPPST) yang telah dihubungkan dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) melalui sistem ALIS (Agency, link-Up System)?

Berdasarkan kepada peristiwa pada 2 Ogos 2011 di mana JPN mengubah status warganegara dalam tempoh satu jam setengah maka mungkin maklumat Farhana Binti Abdul Rashid akan berubah selepas media menyiarkan maklumat pengundi hantu ini.
Dewan Pemuda PAS Malaysia beranggapan mungkin telah berlaku kecuaian manusia yang menyebabkan sebuah kampung dibenarkan mengundi. Salah satu punca kepada masalah ini adalah kerana SPR tidak mempunyai sistem pengesahan pengundi yang benar-benar mantap. Kecuaian manusia tidak dapat dikesan oleh sistem selepas data-data dimasukkan.

Dewan Pemuda PAS juga mendesak kepada SPR agar menggugurkan bayaran RM10 bagi setiap bantahan dan RM200 bagi setiap bantahan yang ditolak. Bantahan ini merupakan salah satu kaedah mengesan kesilapan manusia. Bantahan ini dibenarkan semasa SPR mempamerkan rang daftar pemilih. Apabila bayaran yang dikenakan terlalu mahal maka ia akan membebankan mereka yang mahu membuat bantahan sedangkan bantahan ini bertujuan untuk membersihkan daftar pemilih SPR.

Ini bermaksud pembantah mahu membantu SPR membersihkan data mereka. Membersihkan daftar pemilih adalah tugas hakiki SPR. Malangnya SPR mengenakan bayaran yang tinggi untuk membantunya membersihkan daftar pemilih. Bayaran yang dikenakan oleh SPR kepada pembantah adalah termasuk perkara-perkara yang pelik dalam negara kita. Sepatutnya SPR memberi bayaran tanda penghargaan kepada mereka yang membuat bantahan bukannya mengenakan bayaran kepada mereka yang mahu membantu SPR.

Tempoh bantahan juga terlalu singkat dan tidak munasabah iaitu hanya 5 hari sahaja termasuk 2 hari bercuti. Contohnya dalam rang suku ke-2 tahun 2011, SPR hanya membenarkan bantahan pada 29 Julai 2011 hingga 2 Ogos 2011. Iaitu 5 hari bermula hari Jumaat hingga selasa. Tempoh ini terlalu singkat dan merumitkan. Bayaran dan tempoh yang terlalu singkat ini seolah-olah SPR mempunyai agenda tersembunyi bagi menyukarkan pembantah untuk membuat bantahan.

Dewan Pemuda PAS mendesak agar tempoh bantahan ini dipanjangkan dan bayaran kepada pembantah digugurkan. Ini bagi memudahkan semua pihak membuat pembersihan daftar pemilih di masa akan datang. - HD

Note: Hang tunggu la BERSIH 3.0 !!!!!!!!!!

Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

[+/-] Read More...

Monday, August 8, 2011

PENTING!!! SIMPLY SITI DAN MAMEE TIDAK HALAL

بسم الله الرحمن الرحيم

SimplySiti, MAMEE antara product yang tidak halal.

Mula-mula aku minta kita sabar dulu. Dan jangan fikir benda tue bila dikatakan tidak halal, ianya mesti ada babi ka apa dalam tue. Ada sebab2 kenapa satu2 makanan dan product itu tidak mendapat pengesahan sijil halal. Namun.. memang kebanyakkan kat bawah neh ada kaitan dengan BABI. Tadi ketika membaca blog sahabat blogger aku dapati mamee dan simplysiti, sardin marina, seri murni paste antara bahan yang dikatakan tidak mempunyai sijil pengesahah halal.

Lihat bawah ; klik pada image untuk besarkan...

Itu baru sikit kekawan.. delifrance pun tak halal.. lihat bawah ;

Huhu.. yang aku sedih sangat2 pasal mamee. Mamee neh kan siyes aku cakap sapa yang tak pernah makan? Gila arh dah berkilo2 ternak babi dalam badan tu.. aduhaiiii sedih gilaaaaa neh. Tengok bawah pula ;

Nak tahu FFM berhad tue keluarkan product apa? Tengok sini

Ingat dua perkara ;

1. Sila buat pemeriksaan sendiri dengan menghubungi jakim bagi mengesahkan maklumat ini

2. Sila bertanggungjawab atas diri sendir jika anda memilih untuk menyebarkan ia.

Aku terpanggil untuk sebarkan info atas kapasiti perlunya orang ramai tahu dan di dalam masa yang sama andai berita neh palsu sudah tentu akan ada yang muncul untuk betulkan ia. Dan andai senarai neh benar kenapa lahhh jakim tak siar dalam paper owhh tv? Lue fikirlah sendiri..

Sumber : sozcyili

Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

[+/-] Read More...

JANGAN BERIKAN UNDI ANDA : ISRAEL vs PALESTIN

بسم الله الرحمن الرحيم

UPDATE

Berhenti sebarkan mesej "Google sedang menjalankan vote sama ada ingin menamakan Israel ataupun Palestin dalam peta Google Earth. Israel kini mendahului......"
Ia adalah mesej berantai.

Undi anda walaupun sebanyak mana disana tak akan membantu sedikit pun rakyat Palestine dalam kesengsaraan malah menambahkan beban bagi mereka. Untuk pengetahuan anda, setiap page view laman web tersebut, sebanyak RM0.01 akan dibayar kepada Israel untuk iklan Google Ads mereka. Bayangkan kalau ada berjuta-juta pageview dan mungkin lebih dari itu. MasyAllah. Berapa banyak dah wang yang mereka perolehi. Dan tahukah anda wang itu digunakan untuk membeli senjata dan peluru2 yang membunuh saudara2 kita di Palestine? Kalau difikirkan logik, tak kan Google yang besar itu buat poll gunakan website free seperti ini kan? Dan saya ada buat sedikit Whois Lookup keatas laman web tersebut (cara untuk mendapatkan maklumat pemilik laman web tersebut). Ini hasil carian saya: http://www.whois.net/whois​/israel-vs-palestine.com. Tengok sahaja pada maklumat yang disertakan. Ada tertulis pemiliknya Google? Malah maklumat yang disertakan bukan maklumat yang betul. Fikir-fikirkan lah.

http://www.whois.net/whois​/isr
www.whois.net

Dunia akhir zaman yang penuh dengan fitnah. Antara haq dan yang batil. Masih boleh dibezakan?

Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

[+/-] Read More...

BUDAK HILANG

بسم الله الرحمن الرحيم

DIPERCAYAI DICULIK

Pada 04/08/11 di Tualang Sekah, Malim Nawar, Perak

Nama : Seri Najwa Ferda Bt. Hassan
Umur : 17 Tahun
Tinggi : 156

Kepada sesiapa yg ternampak atau memiliki info sila hubung

Puan Seri Wangi (Ibu) - 017-5999137
Ameerul (Abang) - 017-5351451
Sarjan Norhisham - 019-5162896
Adzam Anuar (Bapa Saudara) - http://www.facebook.com/pr​ofile.php?id=811746307

Atau hubungi mana2 balai polis yg terhampir.

Kerjasama dari semua pihak sangat di harapkan

Terima Kasih

TOLONG SEBARKAN2

Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

[+/-] Read More...

Saturday, August 6, 2011

KELDAI 1 MALAYSIA

بسم الله الرحمن الرحيم

Video kera...jaan BN terbodoh abad ini..

Harga barang naik DAP punya salah ka? Kah kah kah kah.. apa la punya bangang statement macam budak tadika.. Tapi memang layak la dengan muka-muka pelakon tu.. angguk macam keldai..!!!

Kedai satu Malaysia kat mana? kat kampung aku tak der pun? nak beli gula sekilo aku kena pergi KL ke? Apa punya sengal la orang yang buat video ni.., Harga kereta naik.. insuran naik,, sewa rumah naik..taknak buat kedai 1 malaysia ke? Bistu minyak naik harga kenapa tak buat pam minyak 1 malaysia? Hari ni hagra minyak dunia jatuh menjunam lagi.. aku tak nampak pun kerajaan turunkan harga minyak? Masa harga pasaran minyak dunia naik tu hari apa kerajaan keluarkan kenyataan? "Kerajaan terpaksa mengikut harga pasaran dunia,, bukan minyak di Malaysia saja yang naik harga tapi seluruh dunia..". La nie dah 5 kali harga pasaran minyak dunia turun semenjak akhir kenaikannya tahun ni kerajaan buat apa? Bila minyak dunia naik harga kerajaan jadikan Harga Minyak Dunia sebagai alasan untuk menipu rakyat. Bila harga minyak dunia turun dia buat-buat bangang jer.. apa punya bodoh kerajaan Malaysia ni.. Sama bodoh dengan orang yang buat video ni.. tengok la muka pelakon-pelakon tu.. bangang gila !!!! kah kah kah kah..

Rasanya untuk siapa video ni ditujukan?

Video ni ditujukan untuk orang-orang kampung yang tak tahu membaca.. untuk penyokong-penyokong umno yang bangang dan tak sekolah.. yang hanya kenal lambang dacing.. yang tak ambil tahu berkenaan calon.. tak kira siapa calon.. batu ka ..kayu kaa.. waimah letak kepala keldai sekali pun mereka tetap pangkah dacing.. mereka yang beginilah harapan kerajaan BN untuk terus berkuasa.. selagi rakyat dapat ditipu dan dibodohkan selagi itulah kekuasaan mereka terjamin..

Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

[+/-] Read More...

Friday, August 5, 2011

KAH KAH KAH GOOGLE BUAT LAWAK

بسم الله الرحمن الرحيم

http://www.blogger.com/img/blank.gif
Jom kita cuba....

1. Go to Google Translate
2. Select translate from English to Malay
3. Type this following:

Do not snatch philippines money
The people of bangladesh are angry
pakistani people hate national row

4. Laugh in awe! :D tolong paste text selepas di terjemah ya hehehehe

update dari puteri.. try yg kat bawah ni plak..

The pakistani people live poor life
But ministers of bangladesh national row
day and night cheat philippines people
so now singapore, chinese and india angry

Kah kah kah kah.. apa si google ni ingat malaysia ni bangladesh ke? woi google.. memang la najib bagi mat-mat bangla IC kerakyatan Malaysia untuk mengundi barisan nasional.. memang la patriot bagi baju pada mat bangla suruh pakai biar mereka nampak ramai.. tapi Malaysia lom tukar jadi Bangladesh la woii.. kih kih kih kih

Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

[+/-] Read More...

TAZKIRAH BUAT WANITA SOLEHAH

بسم الله الرحمن الرحيم

Apa yang kita lihat dalam gambar di atas ? Sekali pandang memang tiada apa yang peliknya.. tapi jika kita amat amati baik-baik kita akan lihat sesuatu yang terbalik..

Gambar pertama memang tiada salahnya.. cuma sedikit cacatnya siapa sebenarnya yang lebih layak ditempatkan di sebelah kanan dan siapa pula yang patut diletakkan di sebelah kiri?

Dan pada gambar kedua.. siapa sebenarnya lebih manis menyuapkan siapa? Pada adat mengatakan suami menyuapkan isteri akan dilihat lebih manis berbanding isteri menyuapkan suami..

Dari dua gambar di atas mungkin kita boleh temui jawapan dah kesimpulan dari soalan, Siapakah sembenarnya suami?

Akhir sekali mari kita bersama mendengar sedikit tazkirah yang disampaikan oleh ustaz Azhar Idrus yang bertajuk 'Isteri Solehah'. wassalam.

Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

[+/-] Read More...

Thursday, August 4, 2011

LAGI PEMBONGKARAN PENIPUAN SPR (video)

بسم الله الرحمن الرحيم

Rakaman kenyataan bekas anggota tentera yang dipaksa menanda kertas undi

Note: Kah kah kah kah.. SPR kata "kami telus.." kah kah kah kah..

Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

[+/-] Read More...

DIBELASAH HINGGA MATI SEBAB FACEBOOK

بسم الله الرحمن الرحيم

Mati dibelasah sebab kutuk famili kenalan di Facebook

gambar hiasan

KULIM (Kedah): Akibat mengutuk hal peribadi keluarga kenalan wanitanya melalui laman sosial, Facebook, seorang lelaki dibelasah hingga mati menggunakan topi keledar oleh dua lelaki dipercayai abang wanita itu.

Mangsa, Allahyarham Mohd Amran Romli, 20 tahun, dimasukkan ke Hospital Kulim selepas kejadian pada 8 malam, Jumaat lalu, di Taman Tiram, Lunas, dan disahkan mati akibat pendarahan dalaman kepala, Ahad lalu.

Encik Mohd Amran dikatakan diserang dua lelaki - iaitu abang kenalan wanitanya, berusia 25 dan 26 tahun - di belakang sebuah pasar raya di taman itu.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintenden Ghuzlan Saleh, berkata dalam pergaduhan itu kepala mangsa dihentak dengan kuat dengan topi keledar, menyebabkannya pengsan dan dikejarkan ke Hospital Kulim.

'Mangsa mengenali wanita itu melalui Facebook, tetapi hubungan mereka mula menghadapi masalah.

'Sejak itu mangsa dikatakan sering mengganggu kenalan wanitanya melalui Facebook, selain turut mengutuk hal peribadi keluarganya. Wanita itu kemudian mengadu perbuatan mangsa kepada dua abangnya.

Kedua-dua suspek ditahan untuk membantu siasatan kerana membunuh. -- BHM.