Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Thursday, July 15, 2010

RAMAI GENG TAK PUAS HATI CARA KELING TADBIR PERAK?

بسم الله الرحمن الرحيم


IPOH, 15 Julai: Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) mengikuti laporan media berkaitan mesyuarat agung Umno bahagian di negeri ini terutama yang telah dirasmikan oleh Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Ketuanya, Zawawi Hassan berkata, situsi itu jelas menunjukkan perpecahan dan diakui sendiri oleh Zambry di dalam ucapan-ucapannya.

“Perkara ini ditambah dengan sumbangan berita-berita daripada media baru iaitu daripada blogger-blogger pro Umno yang menggambarkan permasalahan tersebut.

“Jelas mereka cukup marah dengan gerak kerja dan usaha untuk menjatuhkan Zambry yang dilihat keseorangan tanpa satu pasukan yang kuat,” ujarnya.

Tambahnya, ada juga yang mengatakan bahawa kerajaan negeri yang dipimpin Zambry sekarang ini sebagai ‘kerajaan ihsan’.

Ini, menurutnya, terbukti perkara tersebut berlaku berdasarkan beberapa ucapan Zambry yang berdepan dengan ‘manusia tikus’ iaitu ahli Umno yang tidak berpuas hati dengan gaya kepimpinannya.

“Kemelut ini menghampirkan suasana perpecahan yang menanti belah dalam Umno Perak,” ujarnya.

Bagi DPPN Pk, ujarnya Umno negeri ini sudah mula bercakaran sesama sendiri akibat tindakan tidak berpuas hati sesama mereka.

Ini, katanya diibaratkan Umno dan Umno sedang bergaduh untuk mendapatkan kuasa sedangkan rakyat menjadi mangsa sasaran Umno bagi melepaskan geram dan membalas dendam apabila bergaduh.

“Di manakan slogan perjuangan mereka ‘Melayu Cemerlang’ bahkan nakhoda mereka kian tenggelam. Slogan hanya tinggal slogan, segala-galanya retorika belaka,” katanya.
- loveperak



UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

[+/-] Read More...

NASIB RAKYAT MALAYSIA, DAPAT PEMIMPIN PUN BODOH

بسم الله الرحمن الرحيم

KOLEJ KOMUNITI : TPM UMUM TEMPOH PEMBELAJARAN DISINGKATKAN – mstar



Muhyiddin Yassin hari ini melancarkan program pengukuhan Kolej Komuniti yang antara lain menggariskan tempoh pembelajaran bagi sembilan sektor terpilih disingkatkan daripada dua tahun kepada tiga ke enam bulan mulai tahun ini.

Program jangka pendek Sijil Kemahiran Modular Kebangsaan adalah antara inisiatif yang dirangka untuk pengukuhan institusi Kolej Komuniti selain melaksanakan program memperkasakan program pembelajaran sepanjang hayat dan mempergiatkan program perantisan.

Kementerian Pengajian Tinggi juga sedang merangka Program Pemindahan Ilmu antara Kolej Komuniti dan universiti bagi membolehkan hasil penyelidikan di universiti dapat dinikmati masyarakat setempat melalui Kolej Komuniti.

nota:
KAH KAH KAH... Apa makna berita ini ? berita ini memberi makna bahawa fulus telah kureeng.. berita ini beri makna bahawa ini tanda tanda pemotongan belanjawan.. berita ini beri makana akan ada lagi pemontongan belanjawan.. berita ini memaksa kita semua berfikir : beri pelajaran kepada warga atau beli kapal selam..? Atau bena istana baru...?

cuba baca betul betul.. amat susah untuk difahami berita ini.. masuk akal kah kalau kursus dipendek kan maka ilmu akan datang lebih banyak...? persoalan timbul bagaimana memendekkan kursus akan memperkukuhkan proses pembelajaran...? lebih singkat belajar akan jadi lebih cerdik..?

ini cara berita diolah untuk menipu orang melayu hah kah kah.. - TT



UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

[+/-] Read More...

YAHOO...!!!! PETROL NAIK HARGA LAGI...YESSSS...!!!!

بسم الله الرحمن الرحيم

Harga petrol, diesel, gula dan gas LPG naik berkuatkuasa mulai tengah malam ini.



Petrol RON 95 dan RON 97 serta diesel naik 5 sen.
Manakala harga gula pula naik 25 sen, dengan gas LPG naik sebanyak 10 sen sekilogram
Kenaikan semua harga tersebut akan berkuatkuasa mulai tengah malam ini.

Berikut adalah harga baru:
- Petrol RON 95 - RM1.85 seliter.
- Petrol RON 97 - RM2.10 seliter.
- Diesel - RM1.75 seliter.
- Gula - RM1.70 sekilogram
- Gas LPG - RM1.85 sekilogram

Berikut adalah harga baru gas:
* Tong 14KG - dari RM24.50 kepada RM25.90 (naik RM1.40)
* Tong 12KG - dari RM21.00 kepada RM22.20 (naik RM1.20)
* Tong 10KG - dari RM17.50 kepada RM18.50 (naik RM1.00)

- anakmuaallaf

Note: Terima kasih buat kerajaan BN. Memang tepat sekali maksud BN. Maksudnya tidak sia-sia pemilihan nama BN untuk menunjukkan siapa anda yang sebenarnya. Kenaikan Petrol dan diesel sudah pastinya akan mengakibatkan kenaikan seluruh harga barang-barang keperluan yang lain. Terima kasih kepada penyokong umno semua...


UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

[+/-] Read More...

PAS.. PARTI AJARAN SESAT... ERMMM... JOM LA KITA BERSATU.. hehehe

بسم الله الرحمن الرحيم

Apabila UMNO menuduh PAS sebagai sesat, maka ia adalah tuduhan yang berat. Ia mungkin bermaksud PAS menganut ajaran ugama Islam yang menyeleweng dasar, matlamat dan kefahamannya. Ia juga mungkin bermaksud sesat kerana tindakannya yang dilihat tidak islamik dan tidak ikut sunnah. Macam PAS berkerja sama dengan DAP dan menolak UMNO, bagi sesetengah pihak agak keterlaluan dan jauh daripada hujah ugama dan sunnah nabi. Kedua – dua kemungkinan maksud tadi telah meletakkan tuduhan tersebut begitu berbahaya kerana ia adalah hukuman agama yang besar ke atas ahli PAS dan penyokongnya.

Malangnya, tuduhan UMNO selalunya tidak diiringi dengan penjelasan yang nyata, apatah ia jauh daripada ruang untuk didebatkan atau dimuzakarahkan secara terbuka dan berani. Hanya tuduhan meliar yang entah ke mana hinggapnya.

Juga, apabila PAS menuduh UMNO pula sesat, maka ia pun satu tuduhan yang berat juga, sama berat dengan tuduhan oleh UMNO tadi. Ia mempunyai kemungkinan maksud yang sama juga yang begitu berbahaya kerana ia adalah hukuman agama yang keras sekali.

Tetapi, anda dengan jelas menyaksikan kelainan yang begitu membezakan PAS daipada UMNO.

Jika UMNO tidak bertanggung jawab di atas tuduhannya itu dengan mengelak penjelasan atau muzakarah atau debat untuk menilai kebenaran tuduhan mereka, PAS pula adalah sebaliknya. Setelah menuduh UMNO sebagai sesat, palsu, batil, salah, menyeleweng, fasiq, zalim dan sebagainya, PAS tampil untuk menjelaskan dan bersedia bersemuka dengan apa cara sekalipun asalkan tuduhannya itu diikuti pula dengan penjelasan yang difahami sebaiknya oleh orang yang memerlukan kefahaman dan kejelasan.

Tuan Guru Dato Hj Nik Abdul Aziz biasa saja melontarkan peluru yang panas – panas ke atas UMNO dan semua tahu bahawa ia bertujuan menimbulkan polemik dan kepanasan yang akan memaksa semua untuk memohon penjelasan beliau. Adakah anda melihat beliau senyap, bersembunyi dan enggan menjawab dan mengulas lagi? Tidakkan?

Sebelah UMNO pula, macam contoh terdekat, Dato’ Shafei Afdal yang menuduh PAS sebagai sesat, ke mana beliau apabila rakyat meminta penjelasan? Muka depan HARAKAH segera menuntut penjelasan, hujah dan bukti daripadanya dan UMNO juga, tetapi tiada apa – apa selain kesepian dan senyap.

Dan perkara yang sama berlaku apabila tuduhan – tuduhan terhadap PAS oleh pemimpin UMNO dilontarkan, ia tidak lebih selain tuduhan tanpa tanggung jawab dan penjelasan yang menenangkan.

Dari sudut ini, anda tahu bahawa UMNO ketika menuduh PAS sesat, ia gagal membuktikan bahawa tuduhan itu adalah betul, bahkan ia kekal sebagai tuduhan yang bersifat fitnah dan jahat.

Oleh kerana saya begitu faham dengan tuduhan PAS terhadap UMNO sejak dulu, sejak kecil saya lagi sehingga sudah menjadi kalih dengan isu sesat – menyesat ini bahawa UMNO adalah parti sesat, maka saya begitu mudah untuk menjelaskan maksud ‘tuduhan’ PAS tersebut. Saya perturunkan di sini agar anda dapat melihat isi penting pertuduhan yang ingin sangat PAS perjelaskan kepada rakyat, samada ahli PAS atau ahli UMNO agar semua rakyat memahami kedudukan pertelagahan UMNO – PAS. Kemudian saya akan jelaskan pula mengapa PAS konsisten pula memerangi UMNO.

Pertama, UMNO sesat dari sudut dasar. PAS konsisten berhujah bahawa dasar kebangsaan atau nasionalisme adalah sesat, salah dan terseleweng daripada ugama. Oleh kerana UMNO secara jelas menjadikan kebangsaan sebagai dasarnya, maka UMNO sesat dan menyesatkan rakyat Malaysia. Bagi PAS, dasar parti hendaklah Islam. Islam tulen sebagaimana di bawa RasuluLlah sallaLlahu alaihi wasallam.

Tuduhan ini berat. Kerana berat, maka PAS mengambil tanggung jawab penuh untuk menjelaskan, memuzakarahkan, mendebatkan dan mensyarahkannya bila – bila masa demi mengabsahkan tuduhannya itu.

Kedua, UMNO sesat dari sudut matlamat. PAS konsisten berhujah bahawa membina negara demokrasi sekular yang menjadi matlamat UMNO adalah sesat, salah dan menyeleweng daripada ugama. Maka UMNO sesat dan menyesatkan rakyat Malaysia. Bagi PAS, matlamat hendaklah Islam juga dan matlamat Islam adalah menegakkan khilafah dengan membina sebuah negara Islam. Islam yang tulen sebagaimana di bawa RasuluLlah sallaLlahu alaihi wasallam.

Tuduhan ini berat. Kerana berat, maka PAS mengambil tanggung jawab penuh untuk menjelaskan, memuzakarahkan, mendebatkan dan mensyarahkannya bila – bila masa demi mengabsahkan tuduhannya itu.

Ketiga, UMNO sesat dari sudut wasilah dan cara membangunkan negara. Menghalalkan riba, arak, judi, pergaulan bebas dan mengharamkan hukum hudud misalnya adalah gambaran cara dan wasilah UMNO menyusun, membentuk dan menyelesaikan masalah negara yang jelas keluar daripada pengajaran ugama dan sunnah nabi sallaLlahu alaihi wasallam. Ini tidak termasuk kezaliman dan rasuah yang berleluasa yang tidak diizinkan ugama.

Kesemuanya berat – berat belaka. Ia jika betul, maka UMNO betul – betul sesat dan mesti ditentang dan diperbetulkan. Jika terbukti salah dan hanya tuduhan tanpa asas, PAS pulalah yang sesat barat kerana menyesatkan yang tak sesat.

Justeru anda tahu bahawa kesediaan PAS memuzakarahkannya adalah bukti pertanggung jawaban PAS atau tuduhannya itu. Itu adalah persaksian yang sungguh gagah dan berani. Hujah adalah kemenangan dan mukjizat.

Tuduh – menuduh sesama umat Islam adalah memilukan, memalukan dan merugikan. Jadi, mengapakah PAS yang mendakwa sebagai parti Islam terus membuat tuduhan terhadap UMNO. Mengapa tidak dibiarkan UMNO sahaja yang menuduh dan memfitnah?

Ya, jawabannya adalah kerana amar makruf nahi munkar. Senyap melihat kemungkaran adalah satu dosa yang akibatnya telah diperlihatkan Allah kepada kita atas apa yang berlaku ke atas Bani Israel yang tidak mencegah kemungkaran sesama mereka.

Metodologi dakwah adalh pelbagai. Selain dakwah secara berlembut adalah hikmah, serangan keras RasuluLlah sallaLlahu alaihi wasallam terhadap akidah kaum musyrikin dan perbuatan mereka yang menimbulkan kemarahan mereka juga adalah satu hikmah.

Kemarahan akan menyebabkan orang menjadi agresif. Ia juga menyebabkan manusia kembali untuk berfikir dan menilai kesalahan diri. UMNO telah lama agresif terhadap PAS. UMNO juga kadang kala kembali berfikir mengapa PAS konsisten dalam perjuangannya menentang UMNO dan idologinya. Itulah harapan kita untuk UMNO yang bergelumang dalm sesatnya itu.

Tulisan ini bermaksud menjelaskan beza PAS daripada UMNO sesudah mereka saling tuduh – menuduh. - nikabduh



UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

[+/-] Read More...

UMNO: MACAM-MACAM CARA NAK TUTUP PEKUNG

بسم الله الرحمن الرحيم

Umno Kelam Kabut Tak Dapat Jawab Isu Rakyat Di Bawa KEADILAN

KUALA LUMPUR 14 Jul - Serangan bertali arus terhadap KEADILAN dan lidah rasmi parti, Suara Keadilan mengesahkan keadaan kelam-kabut dalam Umno-Barisan Nasional selepas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan kedudukan kewangan terkini syarikat petroliam negara, Petronas yang merosot begitu mendadak.
Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution Ismail berkata isu Felda dan Petronas yang di bawa Anwar telah mengundang tindak balas yang begitu keras daripada Umno-Barisan Nasional yang mencerminkan ketakutan mereka .
"Ini termasuk tindakan untuk tidak menyambung permit akhbar Suara Keadilan dengan alasan yang sangat remeh berhubung tajuk muka depan 'Felda Bankrap'.
"Kalaulah alasan 'Felda Bankrap' dijadikan alasan bagaimana pula kenyataan Menteri

Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Idris Jala yang menjaga KPI mengatakan Malaysia akan bankrap dalam tempoh 9 tahun lagi atau pun bagaimana pula tuduhan Umno bahawa Anwar adalah agen CIA, bagaimana pula tuduhan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa beliau seorang pengkhianat Melayu yang mana tuduhan itu tidak berasas sama sekali.

"Media yang menyiarkannya, Utusan Malaysia tidak pula diambil tindakan, jauh sekali diberi amaran," tegas Ahli Parlimen Machang itu.
Beliau juga berkata tindakan terhadap Ketua Pembangkang dan Suara Keadilan adalah tindakan politik dan berniat jahat akibat kegagalan Umno-BN menyakinkan rakyat berkenaan isu-isu rakyat yang di bawa KEADILAN.



UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

[+/-] Read More...

NAK TENGOK MANA TOYOL DAPAT BANYAK DUIT UNTUK BUAT ISTANA

بسم الله الرحمن الرحيم

AKTA KEBEBASAN MAKLUMAT UNTUK KETUANAN RAKYAT – harakah daily



Kerajaan negeri Selangor membentangkan Akta Kebebasan Maklumat dalam sidang DUN Selangor dan berharap ia akan diikuti oleh negeri-negeri lain termasuk kerajaan pusat.

Exco kerajaan negeri, Elizabeth Wong ketika membentangkan usul itu berkata, akta ini bertujuan untuk memberikan hak kepada rakyat mendapatkan maklumat dan seterusnya menegakkan prinsip ketuanan rakyat.

"Semenjak pembentukan Kerajaan Negeri Selangor di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat pada bulan Mac 2008, ketuanan rakyat dijadikan prinsip tunjang yang mempengaruhi segala tindakan dan keputusan yang diambil," kata beliau ketika membentangkan rang undang-undang itu untuk bacaan kali pertama.

Katanya, prinsip ketuanan rakyat inilah yang menjadi pendorong kepada segala usaha Kerajaan Negeri untuk mereformasikan, memperbaiki dan mempertingkatkan pentadbiran negeri Selangor.

"Sepertimana yang Ahli-Ahli Yang Berhormat ini fahami, rakyatlah yang memberi peluang kepada kita semua untuk berkhidmat. Dan rakyat juga yang akan merampas balik peluang tersebut jika kita lupa hakikat ini," katanya.

Katanya, ketelusan merupakan salah satu aspek utama yang cuba diketengahkan dalam pentadbiran kerajaan negeri Selangor.

Kesetiaan Pakatan Rakyat terhadap prinsip pentadbiran yang terbuka merupakan salah satu sebab utama mengapa rakyat telah memberi sokongan padu kepada Pakatan Rakyat pada pilihanraya yang lalu, tambah beliau.

Pendirian Kerajaan Negeri terhadap ketelusan telah dibuktikan dengan jelas sepanjang pentadbiran Pakatan Rakyat. Misalnya, sidang Dewan Negeri Selangor ini disiarkan sepenuhnya melalui Internet, tambah beliau dalam nucapannya.

nota:
inilah cotoh kerajaan rakyat dengan adanya akta kebebasan maklumat maka semua rakyat selangor boleh

nak tengok bil toyo pergi disneyland – boleh
nak tengok bil tiket toyo anak beranak pergi tokyo – boleh
nak tengok geran tanah 200 hektar yang di beri toyo pada pemandunya – boleh
nak tengok duit siapa dipakai khalid untuk beli lembu – boleh
nak tengok duit siapa dipakai khalid untuk beli kereta sendiri – boleh

nak tengok semua surat penjanjian kontrek pasir boleh-
nak tengok semua bil jamuan makan mb – boleh

inilah contoh ketuanan rakyat, hairan kenapa puak gerombolan menentang akta ini puak gerombolan kata melanggar perlembagaan. melanggar perlembagaan kepala bana sapa?

rakyat nak tahu dimana toyo amabil duit buat ramuh 23 juta ringgit..
rakyat satu selangor nak tahu berapa batang gigi yang telah di cabut oleh toyo..
rakyat satu selangor nak tahu berapa upah cabut sebatang gigi kah kah kah... -TT



UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

[+/-] Read More...

YESSS...!!! DINASOR BAKAL KENA TANGKAP

بسم الله الرحمن الرحيم

POLIS PERANCHIS SEBUT NAJIB-ROSMAH KETIKA SOAL BALA – merdeka review



"Najib" dan "Rosmah Mansor" antara nama yang disebut oleh polis Perancis, dalam masa lebih daripada tiga jam ketika mengambil keterangan daripada penyiasat persendirian, Balasubramaniam a/l Perumal. Malah, nama-nama seperti Abdul Razak Baginda, Deepak Dinesh, ASP Suresh dan beberapa nama baru yang belum dikenalpasti turut disebut sepanjang proses ini, menurut sumber maklumat.

Balasubramaniam ialah saksi penting dalam perbicaraan kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu, tiba di Direction Centrale de la Police (DNIF), Nanterre Prefecture pada pada jam 2.30 petang (waktu Perancis) Isnin lalu, ditemani peguamnya, Manjeet Singh Dhillon.

Menurut sumber maklumat, polis Perancis sendiri mengungkit nama Perdana Menteri Najib Razak dan isteri beliau, Rosmah Mansor ketika mengambil keterangan Balasubramaniam. Malah, nama tertuduh ketiga dalam perbicaraan kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu, Abdul Razak Baginda; dan Deepak Dinesh (peniaga permaidani yang dituduh mengatur perjalanan Bala ketika melarikan diri) juga disebut sepanjang keterangan Bala diambil.

Dalam satu laporan eksklusif MerdekaReview pada 10 Julai 2010, Balasubramaniam yang melarikan diri ke London telah menerima panggilan rasmi daripada polis Perancis untuk memberi keterangan berhubung kes pengambilan komisen dalam urus-niaga pembelian kapal selam oleh Malaysia daripada Perancis.

Selain itu, sumber maklumat juga memberitahu MerdekaReview, Balasubramaniam telah bertemu dengan peguam SUARAM (Suara Rakyat Malaysia) di Perancis, Joseph Breham untuk dua jam, semalam. Beliau kini sedang merangka satu kenyataan untuk diedarkan pada hari esok, kata sumber maklumat itu. - MerdekaReview

KAH KAH KAH… woit…. SELAMAT TINGGAL PARIS KU…. kah kah kah..woit… TAK DAPAT BESHOPPING LAGI DI SITU…. kah kah kah.. kah kah kah… PADAN MUKA…. 27 BUAH NEGARA EROPAH TAK BOLEH MASUK… kah kah kah... KALAU MASUK JAMIN KENA TANGKAP... kah kah kah.. PENYOKONG PAKATAN DI LONDON….. TOLONG BUAT PROGRAM DI PARIS…. kah kah kah..PROGRAM BERTAJUK : UNE MALAYSIE POUR TOUT MALAYSIEN.. kah kah kah..JEMPUT ISTERI ROSMAH RESMI KAN SEMINAR INI… kah kah kah.. JEMPUT RAZAK BAGINDA SEBAGAI PEMBENTANG KERTAS KERJA….kah kah kah.. KERTAS YANG BERTAJUK : JE SUIS FOU - ENCULEZ VOUS …. kah kah kah JEMPUT CHIEF POLIS PARIS SEBAGAI TETAMU KEHORMAT…. kah kah kah - TT



UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

[+/-] Read More...

NIZ AZIZ CABAR UMNO TUKAR NAMA DAN DASAR – minsider

بسم الله الرحمن الرحيم


Gelagat pejuang umno

Mursyidul Am PAS Nik Aziz Nik Mat mengesyorkan Umno agar menukar nama dan dasarnya kepada Islam jika benar-benar mahu memperjuangkan hak dan nasib orang Melayu.

“Kalau Umno ingin sangat menjaga perjuangan orang Melayu, lebih baik Umno menukar dasarnya kepada Islam,” kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan di sini hari ini.

KAH KAH KAH…woit…. CAKAP KETUANAN MELAYU…. kah kah kah kahwoit….NAMA :UNITED MALAYS NATIONAL ORGANISATION… kah kah kah..woit… KETUANAN MELAYU MACAM MANA… kah kah kah…kah kah kah…. BILA NAK TUKAR NAMA…. kah kah kah…woit… PATUT LAH ADA KLCC… PRICINT… KL CENTRAL..BUJET..… kah kah kah…woit… KEPALA BANA INI NAMA NYA PUN BUKAN MELAYU… kah kah kah…

nota:
berapa ramai agaknya orang melayu tertipu dengan nama umno? pasti ramai orang melayu tidak tahu apa ertinya umno?
generasi muda pasti tidak tahu langsung.. inilah dia parti ketuanan melayu tapi nama parti pun bukan melayu.. bila nak perkembar kembar kah kah kah... - TT



UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

[+/-] Read More...

Wednesday, July 14, 2010

KELAB PENYOKONG UMNO SEDANG MENJALANKAN KERJA-KERJA BUSUKNYA

بسم الله الرحمن الرحيم

SPR Sedang melakukan Persempadanan Semula Untuk Kemenangan BN

KUALA LUMPUR: Pengarah Pilihanraya PAS Datuk Abdul Halim Abdul Rahman mendedahkan kerajaan memasukan pengundi Barisan Nasional (BN) ke kawasan sasaran mereka melalui usaha persempadanan semula kawasan pilihan raya yang dilaksanakan tidak lama lagi.

"Jumlah pengundi yang dimasukkan ke kawasan sasaran bergantung kepada sesuatu kawasan terbabit di mana BN kalah tipis sekitar seribu atau dua ribu di kerusi parlimen dalam pilihan raya umum (PRU) lalu.

“Sementara pengundi Cina yang tidak menyokong mereka akan di keluarkan dari kawasan itu," katanya di lobi Parlimen hari ini.

Menurut beliau, Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) akan melaksanakan projek persempadanan semula awal tahun depan. BN mensasarkan mendapat antara 160,000 hingga 500,000 orang pengundi baru untuk PRU akan datang.

"Kerajaan juga memberi taraf pemastautin tetap kepada rakyat asing supaya mengundi mereka. Sebanyak 90 peratus warga Indonesia yang bekerja dalam sektor pembinaan, perladangan dan perkilangan diberi taraf itu," terang beliau.

Beliau berkata, “pengundi baru ini akan didaftarkan di kawasan dewan undangan negeri dan parlimen yang BN kalah tipis dalam PRU lalu. PAS sedang memantau perkara ini dan kita ada cara untuk menanganinya."

Katanya, mengikut perlembagaan SPR, suruhanjaya itu boleh menjalankan kajian persempadanan semula setiap lapan tahun. SPR akan membentangkan kajian ini kepada kerajaan pada Mac tahun depan sebelum dibentangkan di Parlimen untuk diluluskan.

“Saya yakin kerajaan menggunakan kajian persempadanan semula ini untuk memasukkan pengundi baru itu," ujar beliau.

Abdul Halim berkata, "BN mahu merampas kembali majoriti dua pertiga kerusi parlimen dalam PRU akan datang. PAS merasakan PRU akan diadakan hanya apabila BN rasa boleh menang dengan majoriti dua pertiga. -FMT



UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

[+/-] Read More...

OK KDN, POLIS... MAKLUMAT DAH DIBERI TU.. BUAT LA KERJA

بسم الله الرحمن الرحيم



SELANGOR: Kerajaan Selangor telah menghantar surat kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk memohon kerjasama timbalan perdana menteri itu dalam menangani isu kecurian pasir di negeri itu, kata menteri besarnya Tan Sri Khalid Ibrahim.

Katanya, surat yang sama telah dihantar hari ini kepada menteri dalam negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein, ketua polis negara Tan Sri Musa Hassan, peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail serta ketua polis negeri Datuk Khalid Abu Bakar.

"Saya telah hantar surat kepada timbalan perdana menteri untuk jelaskan isu kecurian pasir di Selangor dan jemput beliau dan agensi kerajaan persekutuan untuk perangi kegiatan ini.

Tambahnya, turut disertakan dalam surat tersebut ialah laporan polis yang dibuat oleh kerajaan negeri berhubung kegiatan tersebut, serta penjelasan mengenai langkah-langkah yang telah dijalankan Selangor dalam menangani isu berkenaan.

"Sebab dalam berita dia kata 'bila kita tahu siapa terlibat, kita akan tangkap.' Jadi sekarang kita telah beri maklumat ini kepada beliau.

"Kalau dia tidak tangkap, dia bersubahat dengan pencuri pasir pula," katanya dalam satu sidang media selepas persidangan DUN Selangor hari ini.

Note: Apa lagi KDN dan polis.. maklumat dah cukup diberi tu.. tak kan dok saja jer.. nanti kata kerajaan selangor songlap pasir pula.


UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

[+/-] Read More...