Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Wednesday, June 16, 2010

ALASAN SPR BORANG HABIS ? HAHAHAHA.. LAWAKNYA...

بسم الله الرحمن الرحيم

SPR Selangor Cuba Sekat Pendaftaran Pengundi Baru



KUALA LUMPUR 16 Jun -Suruhanjaya Pilihan Raya cuba hadkan pendaftaran pengundi baru oleh Pakatan Rakyat di Selangor dengan peruntukan hanya 1000 borang pada bulan Jun.

Timbalan Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua dalam sidang media di lobi parlimen berkata Penolong Pendaftar DAP cuma dibekalkan dengan 50 borang untuk pendaftaran pengundi barun dengan alasan SPR negeri Selangor kehabisan borang tersebut.

"Ini merupakan satu perkara yang pelik sedangkan SPR negeri-negeri lain tidak mempunyai masalah ini.

"Adakah SPR pusat cuba mengurangkan pendaftaran pemilih baru di negeri Selangor di mana Pakatan Rakyat sedang bergiat cergas mendaftarkan pengundi baru yang belum mendaftar," soal Tony.

Menurut beliau, setakat ini Selangor merupakan negeri yang tertinggi dengan bilangan 787,000 jumlah pengundi yang tidak mendaftar sebagai pengundi.

"Kita rasa apa yang SPR buat sekarang bercanggah dengan tujuan dan matlamat SPR untuk menambah jumlah pengundi.

"Di Selangor, dalam tempoh sebulan, DAP berupaya mendaftar 2000 hingga ke 3000 pegundi baru setiap bulan, begitu juga dengan KEADILAN dan PAS.

"SPR telah berjanji untuk menambah bilangan penolong pendaftar daripada 22 orang kepada 110 orang untuk setiap parti tetapi telah secara tiba-tiba cadangan itu ditangguhkan oleh mereka sehingga hujung tahun ini," ujarnya.

Katanya lagi, SPR juga enggan bekerjasama dengan parti politik untuk menukar penolong pendaftar yang tidak aktif dengan alasan, tidak ada perubahan akan dibuat hingga akhir tahun ini.

Ini menunjukkan SPR dengan polisinya yang terkini mahu menyekat pendaftaran pengundi baru terutamanya di Selangor sedangkan di negeri-negeri lain tidak mempunyai masalah tersebut.



UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

[+/-] Read More...

KALAU KU TAHU BEGINI JADINYA

بسم الله الرحمن الرحيم

Bukan RM20Juta sebabnya.. Ini Kisahnya Kenapa Keshvinder Singh melompat..



Rupa – rupanya ada kisah lain selain dari tuduhan menerima bayaran RM20 Juta atau 1/5 dari RM20 Juta itu untuk keluar Parti..

Kisah yang tidak berkaitan dengan RM20 Juta itu berkisar dan diwarnai dengan Komplot, Curi dan Peras Ugut, malah jumlah yang dikatakan terlibat juga tidaklah mencecah jutaan Ringgit.

Dan seperti biasa yang dituduh sebagai dalangnya ialah UMNO.

Kisah ini telah diceritakan oleh A. Sivanesan ADUN Sungkai yang juga Timbalan Pengerusi DAP Perak dan juga Ahli Parlimen Ipoh Barat M . Kulasegaran.

Kisah dikatakan bermula dengan kehilangan RM45,000.00 dari Firma Guaman yang dimiliki oleh Keshvinder Singh, ADUN Malim Nawar dari DAP yang telah mengumumkan keluar Parti menjadi ADUN Bebas yang menyokong BN tengah hari tadi.

Walaupun Keshvinder menafikan UMNO sebagai dalang tindakannya itu, Timbalan Pengerusi DAP Perak A Sivanesan telah mendakwa sebaliknya.

Menurut ADUN Sungkai itu, Keshvinder telah menceritakan kepadanya hal kehilangan RM45,000.00 itu kepadanya ketika mereka berjumpa sekitar tiga minggu yang lalu.

Keshvinder telah menceritakan kepada Sivanesan bahawa salah seorang kakitangan yang bertugas di Firma Guamannya telah menggelapkan RM45, 000 wang pelanggannya dan dia sedang cuba untuk menyelesaikannya.

Malangnya sebelum Keshvinder menyelesaikan isu itu berita penyelewangan itu telah sampai kepada pihak UMNO.

Apabila pihak UMNO mendapat tahu hal itu , mereka mula menekan Keshvinder menggunakan isu itu terhadapnya dan dalam menekan mereka juga memujuk Keshvinder agar keluar DAP.
Sivanesan juga telah menyarankan agar Keshvinder membuat laporan polis.

Selain dari menceritakan perkara itu kepada Sivanesan , Keshvinder juga telah mendedahkan perkara ini kepada beberapa pemimpin DAP yang lain termasuk Ahli Parlimen Ipoh Barat M Kulasegaran.

Sivanesan juga telah mencabar Keshvinder untuk menyangkal bahawa dia telah menceritakan masaalah ini kepadanya dan beberapa pemimpin DAP yang lain.

Kulasegaran telah mengesahkan hal ini dengan menambah dan mendakwa bahawa kakitangan Keshvinder yang dipercayai telah menggelapkan wang RM45,000.00 itu dan melarikan diri mempunyai hubungan dengan UMNO.

Keshvinder telah menceritakan kepada Kulasegaran kakitangannya yang dikatakan mempunyai hubungan dengan UMNO itu , bukan saja telah melarikan wang pelanggannya malahan juga telah melarikan bersamanya resit pelanggannya.

Keshvinder bimbang kerana resit itu boleh digunakan untuk menentangnya , Kulasegaran juga telah menyarankan agar Keshvinder untuk membuat laporan kepada pihak berkuasa.

“ Kami bimbang akan sesuatu yang buruk menimpanya bila dia telah hilang kelmarin”

Kulasegaran juga mendesak Keshvinder mengundurkan diri secara terhormat sebagai seorang ADUN memandangkan beliau telah memenangi kerusi itu atas tiket DAP. - Anaksungaiderhaka

Kisah ini telah diperolehi dari SINI



UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

[+/-] Read More...

SUAMI MITHALI KENA LA BACK UP ISTERI

بسم الله الرحمن الرحيم



PERMAISURI AGONG LEBIH TINGGI DARIPADA WANITA PERTAMA- melayau

Kedudukan Raja Permaisuri Agong adalah lebih tinggi daripada ”wanita pertama” kerana kedudukan baginda diberi keutamaan seperti yang termaktub dalam Perkara 32 (2) Perlembagaan Persekutuan, kata Najib Razak.

Najib berkata, tanggapan bahawa gelaran ”wanita pertama” merujuk kepada Raja Permaisuri Agong adalah tidak tepat.

Katanya, terminologi ”wanita pertama” tidak wujud dalam Perlembagaan Persekutuan, justeru menyamakan Raja Permaisuri Agong dengan terminologi tersebut adalah tidak tepat sama sekali.

"Sekiranya ada dan diamalkan, ”wanita pertama” di Malaysia mestilah berada di bawah daripada kedudukan Raja Permaisuri Agong,” katanya dalam jawapan bertulis kepada soalan Tian Chua (PKR-Batu) pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Perkara 32 (2) Perlembagaan Persekutuan menyebut; “Permaisuri Yang di-Pertuan Agong (yang digelar Raja Permaisuri Agong) adalah mengambil keutamaan mengatasi segala orang lain dalam Persekutuan selepas Yang di-Pertuan Agong.

"Berdasarkan adat, budaya dan amalan protokol di Malaysia, gelaran ”wanita pertama” tidaklah menjadi suatu amalan. Ramai orang berpendapat dalam konteks negara Malaysia, gelaran itu merujuk kepada Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong,” kata Najib

baca ini berita yang betul di bawah ini:

PM: KEDUDUKAN WANITA PERTAMA BAWAH PERMAISURI – mkini

Najib Razak hari ini menjelaskan bahawa ungkapan 'wanita pertama' yang digunakan bagi merujuk kepada isteri beliau, Rosmah Mansor tidak bererti bahawa kedudukannya lebih tinggi daripada Seri Paduka Permaisuri Agong.

Bagaimana pun, jawapan bertulisnya kepada soalan yang ditimbulkan oleh ahli parlimen Batu, Tian Chua, - Najib gagal menjelaskan sama ada gelaran berkenaan wajar digunakan oleh Rosmah.

Chua dalam soalannya bertanya sama ada Perdana Menteri menyedari bahawa dengan merujuk isteri beliau sebagai 'wanita pertama' tindakan itu telah menyalahi Artikel 32, Perlembagaan Persekutuan.

Perkara 32 (2) Perlembagaan Persekutuan menyebut; "Permaisuri Yang di-Pertuan Agong (yang digelar Raja Permaisuri Agong) adalah mengambil keutamaan mengatasi segala orang lain dalam Persekutuan selepas Yang di-Pertuan Agong.

Najib dalam jawapan bertulisnya berkata: “Berdasarkan adat, budaya dan amalan protokol di Malaysia gelaran 'wanita pertama' tidaklah menjadi amalan.”

KAH KAH KAH..woit… NAMPAKNYA ISTERI KENA JAWAB kah kah kah… KERANA SUAMI GEDIK GEDIK NAK JADI FIRST LADY…kah kah kah..woit… TIAN CHUA TANYA KENAPA MAK JANDA ITU JADI FIRST LADY… kah kah kah… TIAN CHUA TANYA MACAM MANA MAK JANDA BOLEH JADI FIRST LADY… kah kah kah..woit… BEPUSING PUSING MENJAWAB… SAMPAI BUKA PEERLEMBAGAAN…. kah kah kah.. MACAM KENA NASI KANGKANG…. kah kah kah… TAK PAYAH BUKA PERLEMBAGAAN… JAWAB SAJA…kah kah kah.. JAWAB MACAM MANA JANDA BERANAK LIMA BOLEH JADI FIRST LADY… kah kah kah.. MAK JANDA…. TAK MUNGKIN JADI FIRST LADY…...kah kah kah..KALAU MAK JANDA ALWAYS SECOND LADY.... kah kah kah..ATAU LAST LADY ATAU BALDI..... kah kah kah - TT



UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

[+/-] Read More...

UMNO: ADA CABLE SEMUA BOLEH ADJUST

بسم الله الرحمن الرحيم

Kontraktor Stadium Batu Burok Bina Istana Negara, Kementerian Perlu Jelaskan



12.49 tengah hari
Ahli Parlimen Taiping, Ngar Kor Ming mendedahkan antara kontraktor yang terlibat dalam pembinaan Istana Negara yang baru adalah kontraktor yang sama dalam pembinaan Stadium Batu Buruk, Terengganu.

Stadium Batu Buruk yang menelan belanja RM280 juta, runtuh selepas digunakan 10 bulan dan kini tersadai tanpa sebarang usaha pemulihan.

Di lobi Parlimen, Ngar mendesak Kementerian Kerja Raya memberi penjelasan mengapa kontraktor yang mempunyai reputasi buruk dibenar terlibat membina Istana Negara yang bakal menempatkan kediaman Yang Dipertuan Agong, Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin



UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

[+/-] Read More...

Tuesday, June 15, 2010

SUP TULANG KETUK BERSAMA ZAMBRY KELING

بسم الله الرحمن الرحيم



Jika sebelum ini kita selalu dihidangkan dengan sup tulang yang jernih tetapi kini di restoran Geylang Kopitiam, pengunjung boleh menikmati sup tulang ketuk yang berwarna merah.

Rasanya juga sedikit berbeza dengan pilihan sup sedia ada tetapi ia sedikitpun tidak menyulitkan pihak pengurusan restoran terbabit bagi mempopularkannya di kalangan masyarakat setempat.

Malah, dengan keistimewaan itu, pengunjung dapat merasai sendiri kelazatan rasa masakan tradisional masyarakat Melayu Singapura.

Ikuti langkah mudah menyediakan sup tulang ketuk berkenaan dalam paparan resipi minggu ini.

Bahannya:
1 kilogram tulang daging (gear box)
600 gram bawang merah
50 gram cili boh
80 gram pes tomato
140 gram tepung jagung
30 gram kicap manis
5 gram garam
Perasa stok ayam atau daging
10 gram serbuk lada hitam
50 gram sos tiram
20 gram bawang goreng
20 gram daun bawang
25 gram gula
1 biji telur
100 gram kubis (dihiris halus)

1 - BAHAN...sediakan bahan untuk menyiapkan sup tulang ketuk.
2. REBUS...tulang daging (gear box) direbus selama tiga jam. Kemudian tumis bawang merah dan masukkan stok ayam atau daging sebelum dicampur tulang daging yang direbus tadi.
3. TUANG...masukkan pes tomato diikuti cili boh ke dalam air rebusan.
4. CAMPUR...masukkan sedikit garam dan gula.
5. TAMBAH...diikuti dengan sos tiram dan kicap manis.
6. PUKUL TELUR...pukul telur hingga sebati, kemudian masukkan ke dalam adunan tulang daging yang dimasak.
7. CAMPUR...campurkan sedikit air ke dalam tepung jagung, kacau adunan hingga sebati dan masukkan adunan tepung jagung itu ke dalam rebusan tulang untuk memekatkan kuah.
8. MENDIDIH...biarkan rebusan tadi mendidih hingga daging empuk dan kuahnya kering sedikit sebelum diangkat.
9. HIASKAN...tabur hirisan kubis, bawang goreng dan daun bawang untuk menambah rasa.
10. SIAP...sup tulang ketuk sedia untuk dinikmati.

Opss.. ada bahan yang tertinggal...

Bahannya ialah: Zambry Abd Kadeeeerrrrr...

Caranya: Letakkan si zambry ni ketika kita makan sup tadi. Kemudian tulang2 tadi kita ketuk dikepalanya.

Selamat Mencuba.


UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

[+/-] Read More...

BERJALAN DIJULANG BERJUANG DITENDANG

بسم الله الرحمن الرحيم

SESIAPA yang gilakan kepada anugerah, pangkat dan penghormatan datanglah ke negara ini. Begitu juga sesiapa yang mahukan sesuatu yang tidak mungkin diperolehi di negara lain datanglah ke negara ini.

Masyarakat negara ini sangat baik hati dan mudah menerima budi dan juga memberi budi kepada sesiapa saja. Kerajaan juga begitu. Apakah sikap ini berlaku kerana demikian pembawaan sikap dan fiil orang Melayu? Mudah memberi dan mudah berterima kasih walaupun atas sesuatu perkara yang remeh saja.

Ia juga mungkin ada kaitan dengan nilai-nilai ketimuran yang menjadi amalan masyarakat (khasnya Melayu) negara ini.

Tengok saja apa yang berlaku di sekeliling kita. Boleh dikatakan setiap hari ada-ada saja pihak menganugerahkan pingat, gelaran dan sebagainya kepada seseorang sebagai menandakan ketinggian budi penghormatan kepada sesiapa saja.

Kadang kala kerana terlalu murah itu menjadikan anugerah itu tidak ada nilai atau pun nilainya tidak setimpal dengan pengorbanan yang dilakukan seseorang.

Perhatikan sahaja, bagaimana menjelang hari lahir raja atau sultan, berpuluh orang dinobatkan sebagai penerima anugerah membawa gelaran datuk. Mereka yang dianugerhakan gelaran itu kadang-kadang tidak tahu apakah jasa dan pengorbanannya. Apakah pengorbanan kepada raja atau sultan bukannya kepada negara dan orang ramai? Ada juga yang diberi anugerah semasa dalam perut lagi!

Keadaan ini sehingga menjadikan lambakan datuk. Kalau kita masuk ke pasar dan kebetulan berjumpa dengan seorang bergelar datuk yang menemani isteri mudanya membeli asam, masa menyapanya, "Datuk..." akan berpuluh muka akan berpaling ke arah kita. Semua yang berpaling itu adalah datuk. Ini menunjukkan si datuk ini ada di mana-mana saja.

Anugerah datuk itu adalah anugerah terbesar dan hebat dan menjadikan seseorang berpresij. Anugerah dan gelaran-gelaran lain usahlah peduli lagi. Penganugerahan dan penobatannya berlaku setiap lima minit sekali. Semalam bekas PM, Abdullah Badawi telah mengalungkan selimpang 1 Malaysia kepada tiga orang tokoh di Kepala Batas. Saya lihat betapa hapraknya Abdullah dalam hal ini kerana beliau mengalungkan selimpang 1 Malaysia bukannya selendang Islam Hadhari. Patutlah baru orang gertak dia sudah berundur jadi PM.

Itu 12 orang sukarelawan yang menyertai flotilla kemanusiaan ke Gaza, telah dianugerahkan sebagai Wira Gaza oleh pihak tertentu. Tiap mereka dinobatkan sebagai Wira Gaza di atas pemergian mereka yang tidak kesampaian itu.

Semalam di Perak, kawan saya, Shamsul Akmal Musa Kamal yang ikut sama dalam misi itu dan berada di atas kapal Rachel Corrie disambut sebagai wira Gaza. Satu majlis menyambut kepulangan beliau ke kampug asalnya diadakan. Beliau dipakaikan tengkolok sebagai simbol kewiraannya. Bagi orang Melayu kalau pakai tengkolok itu kira beranilah. (Walhal si kitol, Patih Karmawijaya dan si antogonis lain juga pakai tengkolok). Sebab itu dalam majlis-majlis berunsur Melayu hostnya dikenakan tengkolol walaupun setengahnya perangai lebih teruk dari Yahudi.

Saya bukan dengki dalam hal ini. Anugerahlah dan berilah sejuta gelaran kepada mereka tidak mengapa. Jangan bagi duit sudahlah. Nik Abdul Aziz Nik Mat pun semalam semasa menggulung perbahasan di Muktamar Pas menyarankan supaya kita memanggil orang dengan panggil yang lunak dan baik. Itu Islam suruh.

Tetapi dalam bak memberi anugerah dan menyanjung tinggi kepada sukarelawan itu dikira kurang wajar. Apalah sangat perjuangan 12 orang yang membawa bantuan misi kemanusiaan ke Gaza itu. Apakah ciri-ciri kewiraan mereka yang boleh kita kagum dan bangga-banggakan. Apakah mereka pergi untuk berperang dengan Israel? Pemergian mereka itu adalah perkara biasa yang dilakukan oleh pejuang hak asasi dan NGO kemanusiaan di mana-mana saja.

Kejadian penawanan kapal Mirmara dan Rachel Corrie yang mereka naiki itu kebetulan saja. Mereka tidak pun fikir yang mereka akan dikepong dan ditawan oleh komando Isreal laknatullah itu. Mereka ditahan kerana dianggap mencerohi perairan Israel. Itu saja. Mereka pergi sebagai sukarelawan yang tidak sesiapa menyuruhnya. Saya yakin kalau mereka tahu yang mereka akan dikepong dan nyawa terancam mereka tidak akan pergi! Semasa pemergian mereka dulu tidak dihantar sebagai wira perang oleh rakyat negara ini pun.

Sudahlah begitu, flotilla kemanusiaan yang mereka hendak sampaikan tidak kesampaian pun. Rakyat Gaza tidak pun menerima sebutir beras dan sebiji penadol yang mereka layarkan. Entah ke mana peralatan, makanan, perubatan dan sebagai yang mereka bawa itu. Jadi adalah anih kalau mereka dinobat dan diarak, diusung bagaikan si bocah nak disunatkan sebagai wira Gaza hanya kerana mereka disekat oleh Israel.

Kerana itu penobatan mereka sebagai wira Gaza, memakai tengkolok dan entah apa-apa itu sudah berlebih-lebihan dan tidak sepatutnya. Kita merainkan sesuatu yang tidak menepati keadaanya. Justeru ia lebih kepada gimik saja. Televisyen pula sama siap buat telecast dan kepulangan mereka disambut bekas Perdan Menteri (yang suka mencari publisiti) dan juga Timbalan Perdana Menteri. Tidak cukup itu mereka dipanggil menjadi panel di tv dan radio.

Jika dibandingkan dengan kepulangan para pendaki gunung Everest dulu, jauh para pendaki itu lebih tepat untuk digelarkan sebagai wira. Mereka berjaya mendaki gunung sambil mencatat sejarah buat negara ini. Tetapi kepulangan mereka tidaklah disambut demikian rupa dan mereka tidak pun digelar sebagai raja gunung dan sebagainya. Walhal usaha mereka meletakkan negara di peta dunia itu juga satu usaha mencabar maut. Sayangnya rakyat dan kerajaan tidak begitu nampak akan kelebihan dilakukan pendaki ini berbanding misi kemanusiaan itu.

Makanya saya melihat ada muslihat politik disebalik raian berlebihan kepulangan sukarelwan yang tewas itu. Ada semacam usaha Umno hendak menunjukkan yang mereka bersimpati dengan Palestin. Benarkah begitu? Ia boleh dipersoalkan. Kalau benar Umno bersimpati dengan nasib Palestin mereka harus melakukan tindakan ke atas Israel termasuk menggunakan kuasa menerusi kerajaan bagi menindasnya bukan sekadar turut merayakan sukarelwan yang gagal menyampai misi bantuan itu. Tindakan utama dan pertama sekali ialah membatal kontrak bernilai RM77 juta dengan Apco syarikat yang ada kepentingan Zionis itu dan membekukan segala misi dagangan dengan Israel.

Iya saya benar confius apa yang dilakukan itu sama ada menepati keadaan atau pun sebaliknya. Betapa tidak sukarelwan itu pergi bersendirian, gagal menyampaikan bantuan tetapi kita menerimanya sebagai wira pula. Kalaulah begitu setiap apa saja misi yang gagal dilakukan rakyat negara ini boleh dianggap wira.

Membandingkan tugas sukarelwan itu dengan beberapa orang rakyat Malaysia yang ikut berperang melawan Amerika sebagai Mujhidin di Afghanistan satu masa lalu rasanya mereka lebih wajar dianggap sebagai wira bangsa kerana setengah mereka ada yang terbunuh kerana mempertahankan Islam di Afghanistan dari ganyangan Amerika dan Zionis. Malang sebaliknya mereka yang ke Afghan itu bila balik dikurung di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Makanya duhai rakyat Malaysia nilailah sesuatu apa yang hendak kamu lakukan jangan meletakkan raja plastik atas singgahsana dan berbuat sesuatu yang hakiki dan bukannya yang munafik! - detikdaily


UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

[+/-] Read More...

OH.. BEGINI RUPANYA RAKYAT DI DAHULUKAN

بسم الله الرحمن الرحيم

Kerajaan Tiada Duit untuk Biasiswa, tetapi ada Duit Membina Istana dan Bangunan Parlimen.

Datuk Seri Nazri Aziz hari ini mengakui bahawa kerajaan tidak mempunyai keupayaan bagi membiayai pengajian para pelajar yang bijak yang semakin ramai dinegara ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata rakyat perlu menerima hakikat ini walaupun ianya merupakan satu keputusan yang tidak disenangi ramai.

"Kita harus mengatakan yang sebenarnya. Kita tidak mampu menanggungnya. Sama seperti bagaimana ibu bapa yang tidak mampu menghantar anak mereka ke luar negeri untuk melanjutkan pengajian mereka, kerajaan kini tidak mampu menanggungnya.

"Kita tidak mempunyai keupayaan dari segi kewangan yang membolehkan kita untuk menghantar setiap pelajar cemerlang ke luar negeri," katanya lagi.

Nazri, yang adalah menteri yang bertanggung jawab terhadap Biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (PSD) , beliau menjelaskan keputusan cabinet yang telah membatalkan 1,500 tawaran Biasiswa yang telah ditawarkan kepada para pelajar yang akan mengambil Sarjana di Luar Negeri.

Dia menegaskan kerajaan telah menghabiskan berbilion ringgit untuk menyediakan biasiswa pada setiap tahun dan kini tidak lagi mampu untuk menyediakannya kerana semakin ramai pelajar yang cemerlang. – The Malaysian Insider

Itu kata Nazri Aziz, katanya kerajaan kini tidak lagi mampu untuk menyediakan biasiswa bagi membiayai pelajar yang cemerlang untuk menyambung pelajaran keluar negeri.

Kalau Kerajaan sendiri sudah tidak mampu menyediakan biasiswa untuk menyambung para pelajar yang cemerlang menyambung pelajaran keluar negeri, kepada siapa lagi Ibu Bapa hendak berharap?

Biasiswa diperlukan oleh para pelajar yang bijak kerana ibu bapa mereka tidak mampu untuk menyara kos pengajian mereka, dan bagi ibu bapa yang mampu mereka tidak memerlukan biasiswa untuk membiayai pengajian anak mereka.

Nampaknya anak-anak yang ibu bapanya terdiri dari orang yang miskin akan terus berada didalam kepompong kemiskinan kerana mereka tidak mampu untuk membiayai pengajian anak mereka ke peringkat yang lebih tinggi, bagi mendapat pekerjaan dengan pendapatan yang lebih tinggi.Sesuai dengan cita-cita Najib untuk menjadikan negara ini Negara berpendapatan Tinggi dalam masa yang sama harga barang juga tinggi..

Kasihan anak bangsaku..

Kerajaan tidak lagi mampu untuk membiayai Biasiswa mereka untuk meneruskan pengajian.. tetapi cuba baca berita dibawah..

Kos bina Istana Negara baru naik sekali ganda

June 14, 2010
KUALA LUMPUR, 14 Jun — Kos pembinaan Istana Negara yang baru kini bernilai lebih RM800 juta, termasuk kos menaik taraf jalan dan pembinaan persimpangan bertingkat, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Yong Khoon Seng berkata perubahan kos itu, berbanding kos asal RM400 juta diumumkan sebelum ini, disebabkan kos asal tidak meliputi harga rundingan dan tidak menyeluruh.

Beliau berkata pembinaan bangunan baru di Jalan Duta itu terbahagi kepada tiga komponen utama iaitu Kompleks Istana Negara bernilai kira-kira RM650 juta, persimpangan bertingkat (RM130 juta) dan menaik taraf jalan (RM32.5 juta).

“Istana Negara merupakan mercu tanda dan simbol kebanggaan sistem pemerintahan Raja Berpelembagaan di Malaysia yang mana kemudahannya mestilah melibatkan aspek keselamatan dan ciri-ciri estetika khusus. – Berita penuh baca di SINI

Dan juga sila baca berita ini

Parlimen pindah ke Putrajaya, kos RM800 juta

June 09, 2010
KUALA LUMPUR, 9 Jun – Kerajaan sedang mengkaji kemungkinan membina bangunan baru Parlimen di Putrajaya manakala bangunan sedia ada akan dibaik pulih dan dikekalkan sebagai bangunan warisan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Katanya belum ada sebarang keputusan muktamad dibuat berhubung perkara itu.“Benda ini akan dibawa balik ke Jemaah Menteri untuk dibincangkan, kita akan timbang dari semua aspek dan fikir cara mana yang terbaik tetapi belum ada keputusan muktamad mengenainya,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini.

Beliau berkata pembinaan bangunan baru Parlimen dijangka menelan kos RM800 juta manakala RM150 juta pula diperlukan untuk menaik taraf bangunan Parlimen sedia ada.

berita penuh sila baca di SINI

Nampaknya kerajaan Barisan Nasional lebih mementingkan untuk membina Istana dan juga Bangunan Parlimen yang baru sedangkan untuk menjadikan Negara ini maju kita memerlukan lebih ramai cerdik pandai yang memerlukan biasiswa untuk melanjutkan pelajaran.

Mereka lebih mementingkan membina Istana dan Bangunan Parlimen yang baru yang sudah tentunya menjanjikan komisyen buat kroni mereka dari memberikan biasiswa buat anak Bangsa Malaysia..

Mereka lebih pentingkan komisyen buat kroni dari melahirkan pelajar yang cemerlang yang akan memimpin Malaysia di masa hadapan..

Bila agaknya Kerajaan Barisan Nasional ini akan sedar bahawa Istana yang baru dan Bangunan Parlimen yang baru itu tidak akan membawa kita kemana..

tetapi.. BEHIND EVERY GREAT NATION THERE IS A GREAT PEOPLE... - darisungaiderhaka


UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

[+/-] Read More...

FESYEN MEMBAWA KE SYURGA ?

بسم الله الرحمن الرحيم

Pedoman Sistem Pendidikan Sekular: Fesyen Untuk Meraih Manfaat, Bukan Untuk Menutup Aurat!!



PADA setiap tahun, para pelajar Fakulti Seni Reka Fesyen Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang telah menamatkan pengajian akan mempamerkan hasil rekaan masing-masing dalam satu pertunjukan fesyen khusus untuk mereka.

Mereka akan diberikan tema tertentu sebagai panduan dalam hasil rekaan pada setiap kali pertunjukan fesyen diadakan.

Tahun ini tema Elemen telah dipilih sempena Pertunjukan Fesyen Ijazah 2010 pelajar-pelajar Fakulti Seni Reka Fesyen UiTM yang diadakan baru-baru ini di Dewan Besar Tun Rahah, Menara Yayasan Tun Abdul Razak, Kuala Lumpur.

Elemen merupakan pertunjukan fesyen yang mempamerkan koleksi rekaan kreatif pelajar-pelajar semester akhir bagi memenuhi syarat program pengajian dua tahun Ijazah Seni Reka (Fesyen).

Bakat dan keupayaan pelajar yang memperoleh inspirasi daripada pelbagai sumber dan memilih elemen yang bersesuaian bagi projek rekaan mereka dapat dilihat daripada rekaan yang dipertontonkan.

Pertunjukan fesyen ini menggabungkan bakat, teori, rekaan, teknikal serta kebolehan pelajar-pelajar tahun akhir yang mengambil inspirasi daripada pelbagai sumber bagi menghasilkan koleksi mereka.

Setiap rekaan yang dilihat merupakan hasil titik peluh pelajar dan mempamerkan kepakaran pelajar bermain dengan elemen garisan, tekstur, perincian dan bagaimana mereka menggunakan teknik draping, pleating, ilusi dan drama yang mengangkat martabat fesyen sebagai satu hasil seni tulen.

Hasil rekaan memfokus pada satu kategori tertentu seperti koktel, kostum, kasual dan art-to-wear supaya pelajar dapat memberikan tumpuan pada setiap rekaan mereka.

Walaupun para pelajar diberi kebebasan bagi melahirkan hasil rekaan namun mereka tetap dipantau dan diberikan bimbingan daripada segi teknikal oleh pensyarah.

Paling penting hasil rekaan pelajar kelak mendapat pasaran daripada dunia fesyen tanah air mahu pun antarabangsa. Pun demikian, aspek estetik masih diutamakan supaya para pelajar tidak tersasar daripada rekaan yang bersesuaian dengan kehendak masyarakat Malaysia.

Usaha yang dilakukan oleh universiti yang pernah memenangi Anugerah Kualiti Perdana Menteri 2008 ini merupakan satu cara ke arah melahirkan lebih ramai pereka fesyen berwibawa negara pada masa hadapan.

Seramai 44 orang pelajar sesi Disember 2009 hingga Mei 2010 telah mengambil bahagian dan setiap seorang pelajar mempersembahkan sebanyak lima helai rekaan baju yang berbeza. Ini bermakna sebanyak 220 helai rekaan dapat disaksikan pada malam persembahan yang turut disaksikan oleh Naib Canselor UITM, Datuk Prof. Ir. Dr. Sahol Hamid, para pensyarah, ibu bapa dan bekas pelajar. - Sumber: Utusan Malaysia Online 02/06/2010

Pedoman Sistem Pendidikan Sekular: Fesyen Untuk Meraih Manfaat, Bukan Untuk Menutup Aurat!!

Luahan hati para aktivitis yang berada di atas Mavi Marmarra dalam misi bantuan ke Gaza yang menyaksikan kapal dengan misi ’Flotila Pembebasan – Life Line For Gaza (LL4G) bertukar menjadi tasik darah akibat serangan tentera Israel laknatullah cukup untuk membuat umat Islam dirundung kesedihan melihat kesengsaraan saudaranya. Malangnya, sebahagian remaja di negara 1Malaysia ini begitu teruja menyambut kejayaan mereka dalam merealisasikan aspirasi Barat iaitu kebebasan dan kepentingan manfaat. Keperitan yang dialami umat Islam di lain-lain belahan dunia seolah-olah tiada ada kena-mengena dengan mereka.

Walhal Junjungan Mulia Muhammad Salallahu alaihi Wasallam telah mengingatkan: "Siapa saja yang bangun di pagi hari dan dia hanya memperhatikan urusan dunianya, maka orang tersebut tidak berguna apa-apa di sisi Allah; dan barang siapa yang tidak memperhatikan urusan kaum Muslimin, maka dia tidak termasuk golongan mereka (iaitu kaum Muslim)” [Hadis Riwayat Thabrani].

Hal ini adalah sesuatu yang tidak mengejutkan dalam dunia Kapitalis, yang mana apabila suatu perkara membawa keuntungan, nilai-nilai lain akan diketepikan. Sesungguhnya Allah Subhanahu wa Taala telah mengkhabarkan kepada kita mengenai kenyataan ini. “Dan jika kamu menuruti kebanyakan orang di muka bumi ini, nescaya mereka akan menyesatkan kamu dari jalan Allah”. [TQM Al-An’am(6): 116].

Realitinya, ideologi Sekular-Kapitalis lah yang sedang menjadi ikutan masyarakat dunia sekarang sehingga orang Islam sendiri sesat daripada syariat yang telah diciptakan oleh Penciptanya untuk panduan hidup manusia. Inilah yang berlaku kepada para belia harapan 1Malaysia di universiti assobiyah Melayu apabila mereka diberi kebebasan dalam melahirkan hasil rekaan pakaian. Rekaan mereka hendaklah menepati salah satu kategori samada koktel, kostum, kasual dan art-to-wear yang secara jelas tidak bersumber daripada Al-Quran dan As-Sunah.

Padahal Allah SWT telah menetapkan cara berpakaian tertentu bagi umat Islam. Bagi muslimah, Allah Subhanahu wa Taala telah mensyariatkan beberapa perkara untuk dipenuhi dalam berpakaian. Antaranya adalah suruhan untuk memakai tudung (khimar) sebagaimana maksud firman Allah dalam Surah An Nur ayat 31: “…dan hendaklah mereka menutup belahan leher baju mereka dengan tudung kepala mereka”, [TMQ An-Nur (24):31]

Wanita juga diperintahkan untuk mengenakan jilbab dalam kehidupan umum (public life) iaitu “Hai Nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mu’min: "Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka” [TQS Al-Ahzab (33) :59], serta larangan bertabarruj (berhias).

Dengan wujudnya pelbagai rekaan pakaian seperti yang dihasilkan oleh remaja-remaja ini, kaum Muslimah akan berpakaian kerana fesyen dan bergaya untuk kecantikan dan kemewahan dan bukan untuk menunaikan kewajipannya menutup aurat di hadapan laki-laki ajnabi. Perkara ini terbukti, sebagai contoh, baru-baru ini MEGA-Utusan Malaysia dan Butik MaMa telah menganjurkan Peraduan Muslimah Bergaya Bersama Ibu Tersayang yang telah membuka ruang kepada muslimah berfesyen untuk merebut hadiah lumayan iaitu berpeluang menghadiahkan ibu dengan wang tunai RM3,000 dan produk Butik MaMa bernilai RM500 serta peluang menjadi model tudung dan pakaian untuk butik tersebut bersama duta produk.(http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0528&pub=Utusan_Malaysia&sec=Feminin&pg=fe_01.htm)

Apa yang anak-anak harapan ini lakukan adalah semata-mata untuk memenuhi kehendak duniawi mereka iaitu untuk memenuhi syarat program pengajian dua tahun Ijazah Seni Reka (Fesyen) di universiti itu. Dan sebagai kesan pemikiran kapitalis, mereka bercita-cita untuk menembusi pasaran dunia fesyen tanah air mahu pun antarabangsa dan seterusnya ke arah melahirkan lebih ramai pereka fesyen berwibawa negara pada masa hadapan.

Jadi, telah terang lagi bersuluh. Inilah produk keluaran sistem pendidikan Sekular yang melahirkan pelajar yang berorientasikan peperiksaan (exam-oriented student) semata-mata tanpa menitikberatkan pembentukan syakhsiyah Islam dalam diri setiap pelajar. Apa yang dititikberatkan adalah mereka perlu mencapai keputusan yang terbaik dalam peperiksaan untuk bersaing di pasaran kerja selepas tamat belajar.

Wahai umat Islam, Bukalah matamu, celikkanlah mindamu,
Islam telah mengatur sistem pendidikannnya tersendiri. Sistem pendidikan Islam yang diterapkan kepada para pelajar hendaklah berteraskan aqidah Islam yang akan mencerminkan syakhsiyah Islam kepada setiap pelajar. Hasilnya, para pelajar akan meraih kecemerlangan yang seimbang dari segi akademik dan juga syakhsiyah Islamiyah kerana setiap ilmu yang diperolehinya akan digunakan untuk meraih redha Allah.

Wahai pemuda pemudi Islam sekalian!

Adakah kamu lupa pada tuntutan daripada Allah yang menciptakan kamu? Allah telah memberi peluang kepada kamu untuk berlabuh di dunia yang sementara ini bagi menyiapkan bekalan untuk hidup kekal di syurga nanti. Kesenangan-kesenangan duniawi itu hanya sebentar dan tidak kekal. Janganlah kamu terperdaya dengan kesenangan-kesenangan dunia, serta lalai dari memperhatikan urusan akhirat. "Dan tiadalah kehidupan dunia ini, selain dari main-main dan senda gurau belaka. Dan sungguh kampung akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Maka tidakkah kamu memahaminya?" [TMQ Al-An’aam (6):32]

Allah telah melahirkan kamu ke dunia ini daripada rahim ibu kamu adalah untuk kamu mengabdikan dirimu kepada Allah Subhanahu wa Taala. "Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi (beribadah) kepada-Ku." [TMQ. adz-Dzariyat (51): 56]

"Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari setetes mani yang bercampur yang Kami hendak mengujinya (dengan perintah dan larangan), karena itu Kami jadikan dia mendengar dan melihat. "[TMQ Al-Insaan (76):2]

Sedarlah bahawa kamu sekarang telah dibelenggu oleh rantai demokrasi dan telah diperolok-olokkan oleh idea kebebasan ciptaan akal si Kuffar Barat. Ambillah Islam sebagai manual kehidupan kamu dan berjuanglah untuk merealisasikannya dalam kehidupan seluruh umat manusia di dunia ini. Janganlah kita termasuk dalam golongan yang disebut oleh Rasulullah Salallahu ‘Alaihi Wasallam dalam hadis di bawah. Na’uzubillahi min zaalik!

"Aku hairan (melihat) orang yang yakin terhadap kematian kemudian dia (masih) bergembira, aku hairan (melihat) orang yang yakin terhadap neraka kemudian dia (masih) ketawa, aku hairan (melihat) orang yang yakin terhadap kadar ketentuan Allah kemudian dia (masih) kecewa, aku hairan (melihat) orang yang melihat bagaimana dunia memutar belitkan penghuninya kemudian dia (masih) tenang hati terhadap dunia, aku hairan (melihat) orang yang yakin terhadap wujudnya hari hisab kemudian dia (masih) tidak beramal." [HR Ibn Hibban]

Wallahua’lam

- jebbat.blogspot.com



UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

[+/-] Read More...

KUMPUL TANDA TANGAN SOKONG USUL KECAM ISRAEL DI PBB

بسم الله الرحمن الرحيم



Usaha mengumpul tanda tangan di kalangan rakyat Malaysia bagi menyokong usul mengecam Israel di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan dilakukan tidak lama lagi.

Hishammuddin Hussein berkata usaha tersebut diputuskan dalam mesyuarat Kabinet baru-baru ini selepas usul khas berkenaan dibentangkan oleh Najib Razak di Dewan Rakyat Isnin lalu. – mStar

woit… NAK BUAT KEPALA BANA APA?... kah kah kah.. woit… BUAT KERJA BODOH BUAT APA?.... kah kah kah..woit… INI NAK TIPU MELAYU DI KAMPONG… kah kah kah.. woit.. INI NAK TIPU MAK DAN PAK CIK DI FELDA… kah kah kah..woit… TANDA TANGAN INI KERANA BODOH… kah kah kah..woit… KALAU BETUL NAK SOKONG PALESTINE… HALAU APCO… kah kah kah..woit.. NAK SOKONG PALESTINE... JANGAN NIAGA DENGAN ISRAEl.. kah kah kahwoit… IDEA TIPU INI… IDEA BODOH … LAGI BANGANG… kah kah kah..kah kah kah… PBB… MANA ADA MASA NAK LAYAN SEMUA INI… kah kah kah..

nota:
dalam ilmu sain politik ini dinamakan mengolah persetujuan dalam bahasa senang - ini nak menipu.. ini nak alih pandangan rakyat yang sedar bahawa zionis israel berkuasa dalam negara ini kerana memberi nasehat pada isteri rosmah..

dengan kerja bodoh tanda tangan ini maka gerombolan berharap seluruh malaysia akan melupakan kes apco, kes ajen zionis dalam pdrm dan kes berat badan bik mama yang mengurangkan nafas pemain badminton malaysia di worldcup di afrika selatan kah kah kah - tukartiub


UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

[+/-] Read More...

Monday, June 14, 2010

SURAT "DAJJAL" DARI KAPAR

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamu 'alaikum...
Maaflah kalau tajuk artikel ini agak keterlaluan. Akan tetapi ana rasa tidak seorangpun dari kalangan pembaca yang tidak setuju dengan gelaran tersebut diberikan kepada yang ampunya surat ini.... mari sama-sama kita lihat dan teliti dengan saksama dilink berikut:
http://ambuyatel-binangkit.blogspot.com/2009/04/salinan-surat-dajjal-dari-kapar.html




klik pada image untuk besarkan

Cuma nak tanya... berapa ramai di kalangan rakyat Malaysia yang tahu mengenai surat ini. Apakah surat ini hanya diguna pakai di kawasan yang dimaksudkan... atau sebenarnya dikuatkuasakan diseluruh Negara?

SERUAN KEPADA SELURUH RAKYAT MALAYSIA
1- Yang menjadi PENYOKONG atau Ahli kepada UMNO.
2- Yang kononnya berada DI ATAS PAGAR.
3- Sekelian rakyat JELATA seluruh Negara.

Fahamilah ISI kandungan surat DAJJAL dari Kapar Selangor ini. Betapa MUNGKAR dan jijiknya strategi mereka dalam MENGHANCURKAN kefahaman Islam rakyat jelata apabila mereka berusaha MEMPERTAHANKAN KUASA sekalipun terpaksa MENGENEPIKAN Agama.

Mereka begitu "Tega" (sampai hati) dan sama sekali tidak merasa BERDOSA melakukan perkara yang terkutuk ini. Mereka sanggup menggadai Agama dan MEMPERBODOHKAN Para Ulamak yang menjadi penyokong mereka sekaligus memperbodohkan rakyat jelata. Sebab itulah kita dengar FATWA SONGSANG terpacul dari mulut Ulamak UMNO dalam mempertahankan KETUANAN UMNO. UMNO juga telah menjadikan Para Mufti sebagai "Syaitan Bisu" apabila tidak diberi kebenaran untuk memberi FATWA YANG BENAR mengikut Al-Quran dan Al-Hadith.

Ana sungguh simpati dan sedih dengan para ulamak (UMNO) yang terjerumus kelembah kehinaan sebagai "Ulama-Us-Suuk" kerana semata-mata mengikut telunjuk kerajaan, dicucuk hidung dan mengutamakan "Periok Nasi" atau digelar sebagai "Hubbud-Dunia" (Cintakan dunia).

Apalah yang dapat kita harapkan lagi pada UMNO untuk mendaulatkan Agama Islam jika agenda mereka semata-mata untuk mengekalkan kuasa. Demi kuasa mereka sanggup berbuat apa sahaja sekalipun MENJUAL AGAMA mereka sendiri. Itulah mafhum dari Isi surat yang diberi gelaran sebagai "SURAT "DAJJAL" DARI KAPAR (!?)"

Dalam kesempatan ini juga Ana mengajak kepada:
1- Golongan UMNO samada Ahli Biasa hingga Ke atas.
2- Golongan Atas Pagar.
3- Golongan yang telah ditipu oleh UMNO (bukan Ahli/Penyokong PAS)
agar BERTAUBAT DAN MENINGGALKAN PARTI DAJJAL (UMNO) itu secepat mungkin dan segeralah mendaftar sebagai Ahli PAS. Ana cuma memperingatkan saja... yang penting ana dah sampaikan dan ana tak mahu didakwa di akhirat nanti.

Sekian terima(lah) kasih, - ambuyatel-binangkit

Azhari(s)
Ambuyat.


UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

[+/-] Read More...