Bismillahirahmannirahim..
Penemuan yg menarik 11 september..


cf - ijoks2009
UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH. I LOVE YOU FULL.. HA..HA..HA..HA..
JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.
Tuesday, August 18, 2009
PERISTIWA 11 SEPTEMBER.. DIRANCANG ATAU KEBETULAN..?
PERNAHKAH KITA RENUNGKAN..?
Bismillahirahmannirahim..
Salam utk semua
Untuk renungan bersama
Pada saat dan ketika ini...
1) Dari bujang-kahwin No 1 ---- no.2 ----- DLL.
2) Dari pakai moto kap --- kancil-wira --- Accord ---- Odyssey..
3) Badminton ----- Golf ----
4) Rumah sewa---- rumah murah ---kauters --- banglow...
5) Technician ----supervisor ----- engineer --- manager...
6) Tv 14' --- 21' --- 29' ---- Home theather...
7) Sg Danga --- Tanjung Leman --- Langkawi ---- Hadnyai --- Bangkok ..
8) Dalam semua se gi kita mau kan perubahan kearah yang lebih baik dan glamour...
9) mancing kat parit /longkang ---- sungai --- kolam (bayar punye)---- laut dalam (sewa bot mewah)...... Kalong
TETAPI.... KITA JUGA LUPA.... SEMAKIN BANYAK KITA KECAPI KEJAYAAN, SEMAKIN HAMPIRLAH SAAT KEMATIAN KITA.... DITAKUTI SEMAKIN BERJAYA, KITA SEMAKIN LUPA, SEMUA YANG KITA DAPAT ADALAH PEMBERIAN TUHAN...'ON LOAN'... SETIAP KALI KITA BUAT ACTION PLAN ATAU BUAT REVISION, BERAPA BANYAKKAH KITA MASUKKAN ITEM-ITEM YANG MEMBAWA KEARAH 'PERSEDIAN UNTUK MATI'
Umpamanya:
1) tak sembahyang ---- pastikan sembahyang-- -jadikan amalan.....
2) banyak maksiat ----- kurangkan ----- hapuskan...
3) Langkawi & Bandung ---- Madinah & Mekah...
4) sedekah RM1.00 ---- RM10.00 --- RM100.00
5) sembahyang dirumah --- sembahyang di surau/mesjid. ...
6) 5 jam sehari menonton TV ----- 3 jam TV & 2 jam majlis ILMU....
7) 3 jam baca suratkabar/majallah /internet ----- 2 jam majallah/surat khabar/internet & 1 jam membaca AL QURAN /selawat , zikir.
8) Apa apa aktiviti yang hasilnya adalah untuk AKHIRAT.
Tetapi apa yang banyak berlaku pada ZAMAN AKHIR ini ialah PERSONAL improvement banyak kepada kearah KEDUNIAAN SEMATA. Perkara berkaitan AKHIRAT slowly di ketepikan... . .
Contohnya:
Kalau dulu rajin dan tak tinggal 5 waktu, tetapi beransur-ansur. .......
Kalau dulu tak kenal DANGDUT/KARAOKE. .. bila tuhan beri kenaikan pangkat &
gaji lebih benda seperti ni dah jadi biasa... Macam macam lagi yang kita pun sedia maklum dan tahu.... malah berlaku dikalangan ahli keluarga kita, jiran, rakan-rakan, DLL. Jadi samalah kita membuat BALANCE ACTION PLAN, BALANCE OBJECTIVE & TARGET dan BALANCE IMPROVEMENT..
Tuhan beri semua makhluk didunia ini 24 jam sehari, tiadalah seorang pun yang mendapat kurang atau lebih barang sesaat pun... Tuhan juga memberi kita peluang untuk menggunakan masa yang ada untuk di manafaatkan. ..dengan sebaik mungkin.. Tuhan hanya mahu kita beramal selama lebih kurang 40~~50 tahun demi untuk mendapat balasan Syurga untuk selamanya...infiniti...
Semuga tuhan terus memberi kita petunjuk dan hidayah untuk kita berjaya di dunia dan akhirat.
1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.
2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus ..
3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina..
4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung disyurga mengikut kehendak mereka..
5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung diudara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.
6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik...
7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka diseksa berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat.'
Telah bersabda Rasullullah S.A.W:
'Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:-
1. Orang-orang yang mati syahid.
2.. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan..
3.Orang berpuasa di hari Ar afah.'
Sekian untuk ingatan kita bersama.
Wassallam.
Sebarkan kisah ini kepada saudara Islam yang lain. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.
UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH. I LOVE YOU FULL.. HA..HA..HA..HA..
AZAM MENDIDIK ANAK
Bismillahirahmannirahim..
Azam mendidik anak
Apa kata tahun ini anda mencari resolusi baru untuk menjadi ibu bapa yang lebih efektif?
"BELAJARLAH memahami setiap tindakan anak kerana dengan cara inilah anda menggalakkan komunikasi yang lebih baik."
KITA sering mendengar resolusi tahun baru kebanyakan orang adalah untuk berhenti merokok, lebihkan senaman atau mengubah tabiat pemakanan. Apa kata tahun ini anda mencari resolusi baru untuk menjadi ibu bapa yang lebih efektif?
Mungkinkah terdapat teknik mendidik anak yang perlu anda tukar? Ataupun terdapat tabiat anak anda yang perlu diubah?
Berikut adalah sesetengah resolusi mendidik anak yang mungkin boleh dipertimbangkan.
Jadikan contoh
Kebanyakan ibu bapa tidak sedar akan pengaruh mereka terhadap anak-anak.
Anak biasanya cenderung terpengaruh dengan tabiat merokok, pengamalan diet yang tidak sihat, tidak memakai topi keledar dan sebagainya jika salah seorang daripada ibu bapa mempunyai tabiat buruk.
Ibu bapa perlu menjadi model yang baik sama ada dari segi tingkah laku mahupun kaedah pengurusan emosi.
Mendisiplinkan anak
Belajar mendisiplinkan anak secara efektif amat mustahak. Mendidik mereka kaedah bertindak balas dan mengurangkan tingkah laku yang buruk adalah salah satu contohnya.
Disiplin dan hukuman bukan perkara yang sama. Jika anda berdepan dengan masalah mendisiplinkan anak, maka jangan segan mendapatkan bantuan. Setiap kanak-kanak adalah berbeza. Teknik didikan tertentu tidak semestinya boleh diaplikasikan untuk semua anak.
Didikan adalah sebahagian besar daripada disiplin. Jika anak melenting, mengehadkannya daripada menikmati pelbagai keistimewaan mungkin satu tindakan yang wajar.
Tetapi, si anak tidak mungkin belajar atau tahu apa yang betul sehinggalah anda menunjukkan kepadanya. Luangkan masa untuk menerangkan perilaku yang betul kepada anak.
Memahami anak
Adakah anda memahami perkara yang dilakukan oleh anak? Mengapa anak kecil memandang anda dan sejurus selepas itu memukul abangnya atau melontarkan sesuatu ke atas lantai? Tidakkah dia tahu itu sesuatu yang salah?
Dia mungkin tahu tetapi tidak bermakna apa yang dilakukan itu jahat. Sebaliknya, kebanyakan kanak-kanak berada dalam kedudukan menerokai had mereka.. Inilah satu proses normal dan merupakan sebahagian daripada perkembangan semula jadi. Jika anda berusaha memahami rasional anak, boleh jadi kemarahan dan reaksi anda tidaklah seteruk yang disangkakan.
Sebahagian besar ibu bapa telah mengukuhkan perilaku buruk anak tanpa disedari. Keadaan ini boleh berlaku apabila anak disalurkan dengan pelbagai perhatian negatif dan tidak konsisten. Sekiranya anda masih tidak dapat memahami mengapa anak bertindak sedemikian, maka ini mungkin bermakna teknik mendisiplinkan anak anda itu tidak berkesan.
Pemakanan sihat
Dewasa ini kebanyakan ibu bapa dilihat cenderung memanjakan anak. Malah, mereka juga terlupa meminta anak membasuh pinggan mangkuk setiap kali selepas makan. Sepatutnya, anak perlu belajar menghabiskan makanan agar tidak meninggalkan separuh daripada sajian tersebut di dalam pinggan.
Jika anda sentiasa membiarkan lebihan makanan berada dalam pinggan secara konsisten, tabiat ini akan terbawa-bawa sehingga ke alam dewasa. Untuk menyelesaikan masalah ini, anda mungkin boleh memberikan hidangan kecil kepada anak bagi melatihnya menghabiskan semua makanan. Sediakan juga pilihan makanan yang sihat seperti buah-buahan, sayuran, daging dan produk tenusu rendah lemak. Hadkan pengambilan minuman bersoda, tinggi gula dan makanan kaya lemak dalam diet pemakanan anak anda.
"GALAKKAN anak aktif dalam aktiviti fizikal bagi mengelakkan risiko menjadi obes."
Aktiviti fizikal
Bilangan kanak-kanak dan anak remaja yang obes kian bertambah. Menghabiskan masa berjam-jam di depan televisyen, bermain permainan video dan komputer adalah antara puncanya. Jadi, selain pengamalan diet yang seimbang, pastikan anak diberi masa untuk melakukan aktiviti-aktiviti fizikal secara kerap untuk kekal sihat dan cergas.
Berkomunikasi secara efektif
Adakah anda tahu bagaimana berinteraksi dengan anak? Apakah yang akan anda lakukan apabila anak bermasalah? Belajar berkomunikasi dengan anak jelas merupakan satu kemahiran penting.
Sebenarnya terdapat banyak perkara yang boleh dibincangkan bersama anak. Misalnya, pendidikan seks, bahaya merokok dan penyalahgunaan dadah serta alkohol.
Sentiasa bersedia
Apakah yang akan anda lakukan pada kali pertama berdepan dengan masalah didikan anak yang spesifik? Misalnya, ketika anak bercakap bohong, mencuri atau ponteng sekolah? Anda mungkin tidak bersedia untuk setiap situasi tetapi perancangan awal mungkin dapat membantu.
Membuat perancangan awal juga boleh membantu anda berdepan dengan anak-anak yang sukar dikawal.
http://pediatrics. about.com.
UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH. I LOVE YOU FULL.. HA..HA..HA..HA..
MENGAJAK SUAMI BERDAKWAH
Bismillahirahmannirahim..
Salam,
Dalam kehidupan rumah tangga, kewajipan bersama yang menjadi keutamaan sepasang suami dan isteri adalah kewajipan berdakwah sebagaimana yang dicatatkan di dalam Al-Quran. Ini berdasarkan firman Allah SWT yang bermaksud, “Dan orang-orang yang beriman laki-laki dan perempuan, sebagian mereka menjadi penolong bagi sebagian yang lain. Mereka menyuruh berbuat yang maaruf, dan mencegah yang mungkar, melaksanakan solat, menunaikan zakat dan taat kepada Allah dan Rasul-Nya. Mereka akan diberi rahmat oleh Allah. Sungguh Allah Maha perkasa maha bijaksana.” (Surah at-Taubah (9), ayat 71)
Selain secara fardiyah (individual) , dakwah harus dilakukan secara berkelompok atau berjamaah seperti firman-Nya, “Dan hendaklah di antara kamu ada segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh berbuat maaruf dan mencegah dari yang mungkar. Dan mereka itulah orang-orang yang beruntung.” (Surah ali-Imran (3), ayat 104)
Adalah menjadi satu kebahagiaan yang sukar digambarkan apabila suami isteri bersama-sama melaksanakan kewajipan dakwah, apatah lagi berada di dalam satu jamaah dakwah yang sama. Suami isteri yang sama-sama mempelajari Islam dan melaksanakan dakwah akan saling menyokong antara satu sama lain dan sekaligus menjadi satu kumpulan dakwah kecil. Lantaran itu, dengan pemikiran ideologis yang mereka miliki, tentangan dan cabaran terhadap dakwah bukanlah menjadi persoalan dan bukanlah satu bebanan besar bagi mereka.
Penglibatan sepasang suami dan isteri dalam satu jamaah/harakah dakwah memberi kelebihan yang tersendiri. Visi dan misi dakwah yang terpatri kuat di hati mereka membentuk persamaan dari sudut pemikiran dan perasaan sehingga terbentuknya persamaan dari segi sikap. Pengalaman menunjukkan bahawa suami isteri yang bergandingan dalam satu harakah akan saling menyokong antara satu sama lain.
Namun, bagaimanakah jika suami masih belum melakukan kewajipan menuntut ilmu, berdakwah dan melibatkan diri dengan jamaah dakwah (harakah)? Dalam situasi inilah, isteri perlu mengingatkan suami. Terdapat beberapa langkah penting dalam usaha mengajak suami untuk berdakwah;
Pertama: Berniat dengan kuat agar suami kita berjalan bersama di jalan dakwah.
Kedua: Mengkaji faktor yang menyebabkan suami belum mahu mengkaji Islam, berdakwah dan melibatkan diri dalam harakah; adakah kerana masih belum jelas tentang wajibnya berdakwah, atau disebabkan lemahnya keterikatan dengan perintah kewajipan berdakwah, atau bimbang dengan risiko yang bakal dihadapi dalam perjuangan, atau kerana langsung tidak mengambil peduli kewajipan berdakwah dan mementingkan aktiviti lain ataupun hal ini berlaku kerana faktor-faktor lain. Setelah mengenalpasti puncanya, isteri mestilah menyusun langkah dan mengatur strategi dalam menanganinya. Karakter suami dan gaya komunikasinya perlu difahami terlebih dahulu bagi mengenalpasti pendekatan yang tepat ketika memberi peringatan.
Ketiga: Memohon kepada Allah Subhanahu wa Taala. dengan penuh kesungguhan. Berdoa secara tulus, fokus dan istiqamah, InsyaAllah akan membuahkan hasil kerana Allah melihat kesungguhan kita. Tidak salah jika kita mengkhususkan doa memohon kepada Allah Subhanahu wa Taala. agar suami kita mengkaji Islam, berdakwah dan berjuang bersama dalam harakah yang sama dengan kita. Tentangan dakwah dimasa hadapan pasti akan semakin hebat. Justeru itu, kita memerlukan sokongan dan dorongan daripada orang-orang sekeliling, khususnya yang paling dekat iaitu suami. Keredhaan dan sokongannya menjadi perkara pokok dalam semua aktiviti kita.
Keempat: Menjelaskan dan menggambarkan kepada suami tentang hakikat hidup dan perjuangan. Oleh itu, pendekatan intensif harus dilakukan kepada suami dalam rangka untuk menguatkan akidahnya. Misalnya, sering membincangkan tentang siapa kita, dari mana kita berasal, untuk apa kita hidup di dunia dan ke mana kita akan kembali pulang. Kita adalah hamba Allah yang wajib bersyukur atas kurniaannya dengan cara taat menjalankan tugas dan kewajipanNya.
Kelima: Menjelaskan kepada suami bahawa dakwah adalah kewajipan seorang Muslim, sama seperti kewajipan menunaikan solat, zakat, haji dan kewajipan lain. Natijahnya, meninggalkan dakwah adalah berdosa. Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam. dan para sahabat menjadikan dakwah di jalan Allah sebagai aktiviti utama mereka. Fikiran mereka tercurah untuk berdakwah tidak kira di mana pun dan dalam apa jua keadaan. Dakwah adalah kunci kemuliaan hidup umat manusia. Tanpa dakwah, kebaikan hidup manusia tidak terjamin.
Keenam: Sering membincangkan setiap permasalahan yang dihadapi dan realiti apapun yang dilihat bersama. Berdoa kepada Allah setiap kali ingin memulakan perbincangan agar lisan kita dilancarkan, dada kita dilapangkan dan kalimat yang dituturkan mudah untuk difahami. Setiap perbincangan harus didasarkan penyelesaiannya dari sudut pandangan Islam. Misalnya, ketika sedang menonton televisyen, kita memberi pandangan, menganalisis masalah utamanya dan kemudian menjelaskan penyelesaian masalah dalam pemikiran Islam.
Jika suami meminta isteri untuk melakukan sesuatu yang bertentangan dengan hukum Islam, isteri tidak boleh membiarkannya. Kerana, Rasul Sallallahu Alaihi wa Sallam menyatakan, “Tidak ada ketaatan kepada makhluk dalam kemaksiatan kepada Allah.” Namun demikian, selama mana perintahnya yang lain yang tidak bertentangan dengan perintah Allah Subhanahu wa Taala, isteri wajib mentaati suaminya.
Isteri hendaklah selalu membincangkan tentang pendidikan anak-anak yang dilandaskan pada metode Islam, menentukan corak pendidikan dalam keluarga, memilih tempat pergaulan anak dengan masyarakat; membincangkan tempat mereka akan dibekalkan dengan ilmu yang lain; membincangkan juga corak hubungan dengan isteri, anak-anak dan dengan orang tua serta keluarga lainnya. Tiada satu pembicaraan pun yang terpesong dari tujuan mengingatkan dan mengajak suami untuk mengkaji Islam, berdakwah dan memperjuangkannya.
Ketujuh: Menjelaskan keunggulan pemikiran Islam yang dibawa harakahnya, bahawa harakahnya mempunyai konsep dan metode penerapan Islam yang khas. Konsep dan metode ini akan digunakan dalam menyelesaikan persoalan kehidupan. Menggambarkan pemikiran yang dibawa harakahnya bersifat ideologis; iaitu mendasar, menyeluruh dan sempurna; berkarakter komprehensif dan praktis. Dalam hal ini, cara isteri menjelaskan dan menggambarkan harus baik dan benar sehingga menyentuh akal dan perasaan suami. Kerana, sasarannya adalah agar suami, melibatkan diri dalam harakah bukan kerana rasa kasihan terhadap isterinya yang tidak jemu-jemu mengajaknya untuk berdakwah ataupun kerana perasaan cinta kepada isterinya. Penglibatan suami ke dalam harakah hendaklah didasarkan kepada keyakinan akalnya dan kepuasan jiwanya dengan pemikiran Islam yang dibawa oleh harakah. Penglibatan seseorang dalam harakah yang tidak didasarkan pada pemikirannya, tetapi kerana individu yang mengajaknya, tidak akan bertahan lama. Sedikit saja masalah yang dihadapi dalam perjuangan dakwah akan membuatkannya ragu bahkan goyah pendiriannya. Oleh itu, isteri yang menunjukkan jalan dakwah kepada suami dan mengajaknya melibatkan diri dalam harakah dakwah perlu mampu meyakinkan dan memuaskan akal dan jiwanya terhadap pemikiran Islam ideologis.
Kelapan: Meminta suami agar selain menjadi imam untuk solat berjamaah, turut memimpin tazkirah ringkas di rumah bersama anak-anak serta menyampaikan pemikiran Islam kepada keluarga. Isteri memberikan sokongan dengan menyediakan bahan-bahan yang akan disampaikan oleh suami dan membuat jadual rutin agar suami sentiasa bersedia mempersiapkan dirinya. Tambahan pula, jika suami merupakan seorang guru mengaji tetapi belum menjadi pendakwah maka isteri harus mengingatkannya untuk terus menambah wawasan dan pengetahuannya.
Kesembilan: Mengajak suami mengunjungi aktiviti-aktiviti dakwah seperti seminar, kempen dan sebagainya. Ini bertujuan untuk membentuk suasana semangat juang yang tinggi dan keyakinan yang kuat akan dekatnya pertolongan Allah Subhanahu wa Taala kepada umat Islam.
Demikian antara langkah-langkah yang boleh dilakukan untuk mewujudkan harapan sebuah keluarga yang melangkah bersama di jalan dakwah. Dalam hal ini, penglibatan suami isteri dalam dakwah wajib didasarkan atas niat beribadah kepada Allah, berlumba-lumba dalam kebaikan serta tolong-menolong dalam kebenaran dan ketakwaan.
Jika usaha kita dalam menjalankan langkah-langkah tersebut belum menunjukkan hasil, tentu saja kita tidak boleh berputus asa. Melakukan penilaian semula terhadap langkah-langkah yang telah diambil dan muhâsabah terhadap diri kita menjadi agenda berikutnya. Kemudian dari proses penilaian dan semakan itu akan dapat mencetuskan idea dan strategi baru untuk mengajak suami berada dalam perjuangan. Tentu saja permohonan kita kepada Allah Subhanahu wa Taala agar Dia memudahkan semua urusan kita selalu menyertai langkah yang kita lakukan.
Hasbunallâhu wa ni’ma al-Wakîl, ni’ma al-Mawlâ wa ni’ma an-Nashîr. Wallahu’alam
Sumber : MyKhilafah.com
UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH. I LOVE YOU FULL.. HA..HA..HA..HA..
Monday, August 17, 2009
INGIN MENJADI ISTERI IDAMAN..?
Bismillahirahmannirahim..
“Dunia ini adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita yang sholehah” (H. R. Muslim)
Untuk para isteri yang berhasrat menjadi penyejuk hati dan mata suaminya. Semoga Allah memelihara, membimbing dan melindungimu dalam naungan kasih sayang dan Rahmat-Nya untuk cintanya kepada? Allah SWT dan suami & anak2. Amin.
Isteri memegang peranan yang sangat penting dalam istana keluarganya. Maka ia dituntut untuk memahami peranan tersebut lalu mengaplikasikannya dalam kehidupan berkeluarga. Berikut ada beberapa petunjukt untuk mereka yang berhasrat menjadi isteri yang mendambakan keluarga bahagia. Semoga mendapat manfaat bagi kita semua. InsyaAllah.
1. Takwa kepada Allah dan menjauhi maksiat. Bila engkau ingin kesengsaraan bersarang di rumahmu dan bertunas, maka bermaksiatlah kepada Allah. Sesungguhnya kemaksiatan menghancurkan negeri dan menggoncang kerajaan. Oleh kerana itu jangan engkau goncangkan rumahmu dengan berbuat maksiat kepada Allah. Wahai hamba Allah, jagalah Allah maka Dia akan menjagamu beserta keluarga dan rumahmu.
Sesungguhnya ketaatan akan mengumpulkan hati dan mempersatukannya, sedangkan kemaksiatan akan mengoyak hati dan mencerai-beraikan keutuhannya. Kerana itulah, salah seorang wanita sholehah jika bersikap keras hati dan berpaling dari suaminya, ia berkata:”Aku mohon ampun kepada Allah…. itu terjadi kerana perbuatan tanganku (kesalahanku)….”
Maka hati-hatilah wahai saudariku muslimah dari berbuat maksiat, khususnya: Meninggalkan sholat atau mengakhirkannya atau menunaikannya dengan cara yang tidak benar. Duduk di majlis ghibah dan namimah, berbuat ria’ dan sum’ah, memburuk-burukkan dan memperkecil- kecilkan orang lain.
Allah berfirman, “Wahai orang-orang yang beriman janganlah suatu kaum mengolok-olokkan kaum yang lain (kerana) boleh jadi mereka (yang diolok-olokkan) lebih baik dari mereka (yang mengolok-olokkan) dan janganlah wanita-wanita (mengolok-olokkan) wanita lain (kerana) boleh jadi wanita-wanita (yang diperolok-olokkan) lebih baik dari wanita yang mengolok-olokkan” QS. Al Hujurat: 11
Keluar menuju pasar tanpa kepentingan yang sangat mendesak dan tanpa didampingi mahram. Rasulullah bersabda: “Negeri yang paling dicintai Allah adalah masjid- masjidnya dan negeri yang paling dibenci Allah adalah pasar-pasarnya” HR. Muslim
Membiarkan suami dalam kemaksiatannya. Tabarruj (pamir kecantikan) dan sufur (membuka wajah). Membiarkan supir (pemandu) dan pembantu masuk ke dalam rumah tanpa kepentingan yang mendesak.
2. Berupaya mengenal dan memahami suami.
Hendaknya engkau berupaya memahami suamimu. Apa apa yang ia sukai, berusahalah memenuhinya dan apa-apa yang ia benci, berupayalah untuk menjauhinya dengan catatan selama tidak dalam perkara maksiat kepada Allah kerana tidak ada ketaatan kepada makhluk dalam bermaksiat kepada Al-Khalik (Allah ‘Azza Wajalla).
3. Ketaatan yang nyata kepada suami dan bergaul dengan baik.
Sesungguhnya hak suami atas isterinya itu besar. Rasulullah bersabda: “Seandainya aku boleh memerintahkanku seseorang sujud kepada orang lain nescaya aku perintahkan isteri untuk sujud kepada suaminya” HR. Imam Ahmad dan Tirmidzi, dishahihkan oleh Al-Albany
Hak suami yang pertama adalah ditaati dalam perkara yang bukan maksiat kepada Allah dan baik dalam bergaul dengannya serta tidak menderhakainya. Rasulullah bersabda: ” Dua golongan yang sholatnya tidak akan melepasi kepalanya, iaitu budak yang lari dari tuannya hingga ia kembali dan isteri yang derhaka kepada suaminya hingga ia kembali” HR. Thabrani dan Hakim, dishahihkan oleh Al-Albany
Ketahuilah, engkau termasuk penduduk syurga dengan izin Allah, jika engkau bertakwa kepada Allah dan taat kepada suamimu. Dengan ketaatanmu pada suami dan baiknya pergaulanmu terhadapnya, engkau akan menjdai sebaik-baik wanita (dengan izin Allah).
4. Bersikap qanaah (merasa cukup)
Kami menginginkan wanita muslimah redha dengan apa yang diberikan untuknya baik itu sedikit ataupun banyak. Maka janganlah ia menuntut di luar kesanggupan suaminya atau meminta sesuatu yang tidak perlu. Renungkanlah wahai saudariku muslimah, adabnya wanita salaf radhiallahu ‘anhunna…
Salah seorang dari mereka bila suaminya hendak keluar rumah ia mewasiatkan satu wasiat kepadanya. Apakah itu? Ia berkata pada suaminya:”Hati-hatilah engkau wahai suamiku dari penghasilan yang haram, kerana kami boleh bersabar dari rasa lapar namun kami tidak boleh bersabar dari api neraka…”
5. Baik dalam mengatur urusan rumah tangga, seperti mendidik anak-anak dan tidak menyerahkannya pada pembantu, menjaga kebersihan rumah dan menatanya dengan baik dan menyiapkan makan pada waktunya. Termasuk pengaturan yang baik adalah isteri membelanjakan harta suaminya pada tempatnya (dengan baik), maka ia tidak berlebih-lebihan dalam perhiasan dan alat-alat kecantikan.
6. Baik dalam bergaul dengan keluarga suami dan kerabat-kerabatnya, khususnya dengan ibu suami sebagai orang yang paling dekat dengannya. Wajib bagimu untuk menampakkan kecintaan kepadanya, bersikap lembut, menunjukkan rasa hormat, bersabar atas kekeliruannya dan engkau melaksanakan semua perintahnya selama tidak bermaksiat kepada Allah semampumu.
7. Menyertai suami dalam perasaannya dan turut merasakan dukacita dan kesedihannya. Jika engkau ingin hidup dalam hati suamimu, maka sertailah ia dalam dukacita dan kesedihannya. Renungkanlah wahai saudariku kedudukan Ummul Mukminin, Khadijah radhiallahu ‘anha, dalam hati Rasulullah walaupun ia telah meninggal dunia.. Kecintaan beliau kepada Khadijah tetap bersemi sepanjang hidup beliau, kenangan bersama Khadijah tidak terkikis oleh panjangnya masa. Bahkan terus mengenangnya dan bertutur tentang keteguhannya dalam ujian, kesulitan dan musibah yang dihadapi.
Seorangpun tidak akan lupa perkataannya yang mashur#61006; ehingga menjadikan Rasulullah merasakan ketenangan setelah tergoncang dan merasa bahagia setelah bersedih hati ketika turun wahyu pada kali pertama: ” Demi Allah, Allah tidak akan menghinakanmu selamanya. Kerana sungguh engkau menyambung silaturahmi, menanggung orang lemah, membantu mereka yang tiada daya upaya dan engkau menolong setiap upaya menegakkan kebenaran”. HR. Mutafaq alaihi, Bukhary dan Muslim
8. Bersyukur (berterima kasih) kepada suami atas kebaikannya dan tidak melupakan keutamaannya. Wahai isteri yang mulia! Rasa terima kasih pada suami dapat kau tunjukkan dengan senyuman manis di wajahmu yang menimbulkan kesan di hatinya, sehingga terasa ringan baginya kesulitan yang dibebani dalam pekerjaannya. Atau engkau ungkapkan dengan kata-kata cinta yang memikat yang dapat menyegarkan kembali cintamu di hatinya. Atau memaafkan kesalahan dan kekurangannya dalam menunaikan hak-hakmu dengan membandingkan lautan keutamaan dan kebaikannya kepadamu.
9. Menyimpan rahsia suami dan menutupi kekurangannya (aibnya). Isteri adalah tempat rahsia suami dan orang yang paling dekat dengannya serta paling tahu kekhususannya. Bila menyebarkan rahsia merupakan sifat yang tercela untuk dilakukan oleh siapapun, maka dari sisi isteri lebih besar dan lebih hina lagi. Saudariku, simpanlah#61005; ahsia-rahsia suamimu, tutuplah aibnya dan jangan engkau nampakkan kecuali kerana masalah yang syariat seperti mengadukan perbuatan zalim kepada Hakim atau Mufti atau orang yang engkau harapkan nasihatnya.
10. Kecerdasan dan kecerdikan serta berhati-hati dari kesalahan. Termasuk kesalahan adalah: Seorang isteri menceritakan dan menggambarkan kecantikan sebahagian wanita yang dikenalnya kepada suaminya. Padahal Rasulullah telah melarang perkara itu dalam sabdanya :”Janganlah seorang wanita bergaul dengan wanita lain lalu mensifatkan wanita itu kepada suaminya sehingga seakan-akan suaminya melihatnya” HR. Bukhary dalam An-Nikah
“Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian dari harta mereka. Sebab itu maka wanita yang sholeha, ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada, oleh kerana Allah telah memelihara (mereka)….” Q. S. An Nissa 4.34
“Cahaya di atas cahaya (berlapis-lapis) , Allah membimbing kepada cahaya-Nya siapa yang Dia kehendaki, dan Allah memperbuat perumpamaan perumpamaan bagi manusia, dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu” Q. S. An Nuur 24:35
“Wahai Rasulullah, katakanlah kepadaku satu ungkapan tentang Islam, yang saya tidak memintanya kepada sesiapapun kecuali kepadamu.”
Rasulullah saw bersabda, “Katakanlah, ‘Aku beriman kepada Allah,’ kemudian Istiqamahlah.” H. R. Muslim
UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH. I LOVE YOU FULL.. HA..HA..HA..HA..
MELAYU MURTADKAN MELAYU ?????
Bismillahirahmannirahim..
AWAS PEREMPUAN Melayu ini murtadkan Melayu!!!!
* GUNAKAN AKAL FIKIRAN YG DI KURNIAKAN ALLAH DAN KUATKAN IMAN KITA UNTUK MELAWAN PUJUKAN DAN TIPU HELAH SYAITAN (MELALUI MANUSIA
SEPERTI INI DAN JUGA PENGIKUT2 KRISTIAN) YG INGIN MEMESONGKAN AKIDAH KITA UMAT ISLAM. INI LAH ANTARA DUGAAN DAN UJIAN BESAR AKHIR ZAMAN YG
HARUS KITA TEMPUHI *.
Semalam rakan saya dan keluarganya menziarah jiran lama di setapak jaya. Di antara perbualannya (panggilan kakak Ani), anak sulong nya (lelaki) hampir-hampir berjaya dimutadkan oleh seorang gadis melayu yang berusia 17 tahun. Gadis ini kini sedang menduduki tingkatan 5 sekolah
Gaffar Baba, Melaka. Ia merupakan top student yang berjaya dikristian. Nama nya Nurul Ain binti Rosli, nama kristiannya Kristina Lopez. (nape x Jenifer Lopez jer)
Anak kakak ini berkenalan melalui internet (chat); dipendekkan cerita gadis ini telah memberi minum air (holy water) yang menyebabkan anak kakak ini lupakan keluarga. Keluarga membuat repot polis untuk mencari
anak nya. Mereka ditemui di Tambak Johor untuk ke Singapura agar dapat dikristiankan di sana . Percubaan mereka gagal, lansung melarikan diri ke Gua Musang. Alhamdullillah bapa saudara si anak lelaki ini dapat
mengesan dan terus menghantar pulang ke setapak. Kini dia sedang menjalani rawatan pemulihan, di sini saya sertakan gambar gadis tersebut. Tolonglah selamatkan generasi kita yang sedang leka..... Apa akan berlaku
seterusnya kalau begini.... ?????
Sama-samalah kita mengambil ikhtibar.
Wallahualam
UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH. I LOVE YOU FULL.. HA..HA..HA..HA..
POLIS ATAU GOBY YANG BUAT KACAU..?
Bismillahirahmannirahim..
Suasana hari penamaan calon bagi pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir yang berlangsung di Institut Kemahiran Belia Negara disini, hari ini, berjalan lancar sehingga lah pada saat-saat akhir, apabila Ahli Parlimen Padang Rengas P Gobalakrisnan di kasari oleh polis. Polis telah menahan Gobala dikatakan untuk membantu siasatan kerana didakwa mencetuskan kekecohan di kawasan pusat penamaan calon bagi pilihan raya kecil DUN Permatang Pasir di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) di Bukit Mertajam pagi ini. Ketua Polis Negeri Datuk Ayob Yaakob, sebagaimana di petik Bernama, dalam insiden jam 11.30 pagi itu, telah menuduh ahli Majlis Tertinggi PKR itu mencetuskan kekecohan kerana mengingkari arahan polis. Polis menghalang Gobala menggunakan alat pembesar suara untuk melaungkan kata-kata berunsur provokasi. Beliau juga menuduh Gobalakrishnan ingkar dengan amaran polis sebanyak dua kali, seorang anggota polis menahannya tetapi beliau dan penyokongnya kemudian melawan anggota polis dan menyebabkan berlaku kekecohan. Kekecohan itu membabitkan kira-kira 50 penyokong pakatan pembangkang yang cuba merempuh kawalan polis di pusat penamaan calon itu.
Namun video yang dipaparkan dibawah ini telah membuktikan bahwa pihak polis telah mengasari N Gobalakrishnan.
Gobby dimasukan ke wad.
UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH. I LOVE YOU FULL.. HA..HA..HA..HA..
NI SIAPA YG PATUT BERTANGGUNGJAWAB NI ? SPRM BUTA KE BODOH..?
Bismillahirahmannirahim..
TV3 lapor Nuri bawa Najib mendarat cemas dan salah guna kuasa Muhiyuddin
TV3, Buliten Utama semalam melaporkan hari ini helikopter Nuri milik TUDM yang membawa Tan Sri Muhyiddin Yassin,Timbalan Perdana Menteri yang juga Timbalan Presiden UMNO terpaksa membuat pendaratan kecemasan di Tuaran disebabkan cuaca buruk.
Muhyuddin Yassin dilaporkan didalam penerbangan menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu dari Kudat setelah selesai merasmikan Mesyuarat Agung UMNO Bahagian tersebut.Muhyiddin selanjutnya dijadualkan merasmikan pula Mesyuarat Agung UMNO Bahagian Penampang di sebelah petang.
Alhamdunillah Muhiyuddin terselamat kalau tidak terpaksa pula berarak ke Johor untuk pilihanraya kecil.
Apa yang tersirat dari laporan berita itu ialah penyalah gunaan kuasa. Muhiyuddin menggunakan peruntukan yang seharusnya boleh digunakan untuk dengan lebih berfaedah untuk rakyat hanya untuk menerbangkan dia bagi merasmikan mesyuarat Umno. Berapa belas ribu atau mungkin lebih dari itu terbazir hanya untuk menerbangkan Muhiyuddin bagi urusan Umno.
Persoalanya jika SPRM itu tidak pekak, buta dan kuda maka siasatlah berapa banyak wang rakyat terbazir hanya untuk menerbangkan Muhiyuddion atau banyak lagi pemimpin kanan Umno untuk merasmikan mesyuarat Umno di musim mesyuarat ini.
by cheguBard
UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH. I LOVE YOU FULL.. HA..HA..HA..HA..
AGAKNYA SPRM NI TAK TAHU APA TUGAS DIA KOT..?
Bismillahirahmannirahim..
Wajarkah SPRM hentikan siasatan politik?
MEMETIK laporan media, Pengarah Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Shukri Abdull telah mencadangkan dihentikan sementara ‘siasatan politik’ berkuat kuasa serta merta. Alasan yang diberikan bagi tindakan ini ialah kerana SPRM telah menerima kecaman akibat menjalankan siasatan ke atas apa yang disifatkan sebagai siasatan politik tersebut.
Sebagai rakyat biasa, saya tidak faham apa yang dimaksudkan dengan siasatan politik. Setahu saya, SPRM ditubuhkan dengan objektif yang jelas iaitu untuk menghapuskan perlakuan rasuah atau setidak-tidaknya pun mengurangkan perbuatan keji tersebut.
Dengan menghentikan siasatan ke atas perkara-perkara tertentu bererti SPRM telah secara langsung menunjukkan sikap penyiasatan terpilih. Ini boleh ditafsirkan sebagai mengamalkan dasar double standard.
Kita semua faham bahawa SPRM menghadapi banyak tekanan di dalam menjalankan tugas. Tetapi ia bukan bererti bahawa SPRM mesti tunduk.
Ini kerana tanggungjawab yang diamanahkan lebih besar daripada tekanan yang dihadapi oleh SPRM. Sepatutnya Datuk Shukri Abdull memikirkan apa yang wajar dilakukan jika beliau sudah tidak mampu menghadapi tekanan yang beliau hadapi.Menghentikan siasatan terhadap ahli politik atau campur tangan politik bererti memberi ‘lesen’ kepada pengamal rasuah untuk bermaharajalela.
Dengan taraf Suruhanjaya, SPRM adalah merupakan satu organisasi bebas dan tidak dipengaruhi dalam membuat sesuatu penyiasatan. Jangan pula nanti SPRM dilihat sebagai ‘hanya berani’ mengambil tindakan ke atas ‘ikan bilis’ dan membiarkan ‘jerung’ berbuat sesuka hati.
Malaysia ada undang-undang yang jelas dalam soal yang ada hubungkait antara satu sama lain. Contohnya menghalang penjawat awam daripada melakukan tugas adalah merupakan perlanggaran undang-undang. Tidak kiralah orang awam atau orang politik. Kenapa kita terlalu ‘liat’ untuk menguatkuasa undang-undang yang telah ada?
Adakah seorang ahli politik terletak di atas undang-undang yang memberi mereka imuniti untuk tidak didakwa?Jika SPRM mengamalkan sikap berpilih di dalam penyiasatannya, percayalah rasuah akan terus berkembang dan SPRM sendiri akan hilang kredibiliti di mata rakyat.SPRM seharusnya bertindak lebih berani dan tidak tunduk dengan sebarang tekanan, terutama tekanan politik, tidak kira dari pihak kerajaan atau pihak pembangkang.
SPRM memerlukan pegawai-pegawai yang berani, berdedikasi, tegas, berintegriti. Mereka yang merasakan tidak berkemampuan untuk melaksanakan tugas eloklah meletakkan jawatan.
Sungai Buluh
Selangor
KedahLaNie
BS: Satu kenyataan bodoh yg dikeluarkan oleh seorang yg bertaraf PENGARAH.. hahahaha.. mcm ni punya bodoh pun boleh jadi pengarah.. malaysiaku yg best...!!! hahahha...
UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH. I LOVE YOU FULL.. HA..HA..HA..HA..
SELIPAR YAHUDI DI TESCO SENGAJA MENGHINA ALLAH DAN MUHAMMAD
Bismillahirahmannirahim..
Mungkin ramai yg dah tahu..tp mungkin ada jugak yg belum tahu..
Selipar ni aku jumpa sekali lagi(kali ke2) kat TESCO KAMPAR PERAK semalam. Ianya ada tulisan 'ALLAH' sebelah kiri dan 'MUHAMMAD' sebelah kanan. Bulan 4 lepas aku jumpa 1st time and aku buat report pada customer service depa minta tarik balik jualan selipar tu kejap tu juga. Depa tarik balik penjualan selipar tu... Then semlm aku terjumpa lagi sekali then aku buat report suruh depa tarik balik... Kali ni aku ambil gmbr sebagai bukti dan aku percaya akan ada lagi kejadian ni akan datang...
Jadi aku minta pada korang semua, tolong siasat benda ni kat TESCO tempat korang. Aku rasa dah ada org Islam yg terbeli selipar ni. Utk info, hanya yg bercorak ni jer ada tulisan "ALLAH & MUHAMMAD" tu. 


Astaghfirullah Halazim....
UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH. I LOVE YOU FULL.. HA..HA..HA..HA..