Assalamualaikum..
Gara-gara membangkitkan isu Altantuya Shaariibuu pada pilihanraya DUN Penanti, seorang pemimpin PKR (chegubard) sekali lagi terpaksa memberikan keterangan selama tiga jam kepada polis. baca berita penuh di sini.
Teringat aku pada filem Alayarham Tan Sri P.Ramlee. Cerita berjudul Musang Berjanggut. Kisahnya tentang seorang Sultan dan menteri2nya yg menaruh hati pada isteri org. Lalu berlumba Sultan dan menteri2nya mengushar isteri org tu. At last mereka semua kantoi dan tertangkaplah menteri nikah kawin yg dianggap sebagai musang berjanggut. Sultan yg terlibat secara langsung kerana turut mengushar, lalu baginda pun membuat satu undang2.. barang siapa yg bercerita lagi tentang musang berjanggut mereka akan dikenakan hukuman potong tangan. Tujuannya bagi mengelakkan rakyat bercerita tentang keburukan dan salahlakunya. So yang aku nak nyatakan kat sini.. ada kesinambungan x dgn cerita chegubard yg kena tangkap tu? hehehhee... jangan kena potong tangan sudah... wakakakakka....
Satu kebobrokan yg ada dalam kisah musang berjanggut ni.. semasa menteri nikah kawin mengushar bini org tu, dia telah diberikan satu soalan cepu berlian... " tidak salahkah seorang lelaki datang kerumah seorang wanita yg suaminya tiada dirumah..? " Dengan slumber menteri nikah kawin pun menjawab.. "Salah tu memang salah laa.. tapi itu undang2 kanda yg bikin.. semua boleh kasi padam.. " wakakakakkaka.... sama x dengan situasi kat malaysia yg diperintah oleh BN sekarang ni? Klau Pakatan Rakyat buat x boleh langgar undang2 katanya.. Tp klau dia dia buat semuanya xder hal... "Salah tu memang salah laa.. tapi itu undang2 umno yg bikin.. semua boleh kasi padam.." . wakakakakaka... betul x wahai org2 umno...? wakakakkaa...
JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.
Saturday, May 30, 2009
MUSANG BERJANGGUT ALAF BARU
Friday, May 29, 2009
TOYOL YANG MERASA DIRINYA PANDAI

Sekali baca rasa nak tergelak. Dua kali baca rasa kembang tengkok. Baca lagi, kepala yang tak gatal pun digaru. Sudahlah rambut semakin hari semakin mengurang, bila kerap benar digaru, mahu habis terus.
Khir Toyo tak tahu. Rahman Palil tak terlibat. Exco tak bincang. Tapi tanah itu diberi oleh kerajaan negeri selepas dipohon kepada Kumpulan Dimensi Sdn Bhd.
Kerajaan negeri beri tapi exco dan MB tak tahu. Macam mana ya?
Aduh, garu sekali lagi.
Kalau kerajaan negeri beri, exco pula tak tahu, Kumpulan Dimensi minta tanah dengan siapa? Siapa pula yang berkuasa meluluskan tanah untuk projek begitu besar?
Aduh, garu lagi.
Pengambilan tanah itu tiada kaitan secara langsung dengan kerajaan negeri, kata Khir. Tapi tanah itu di Selangor dan MBnya Khir, macam mana?
Aduh, garu lagi.
Projek itu dibuat di Selangor tapi kerajaan Selangor tiada kepentingan. Selangor negeri atau kampong? Khir MB atau Pengerusi JKKK?
Aduh, garu lagi.
Tapi bagus juga statement ini. Bukankah Khir adalah bos group pemikir Umno Selangor. Tentulah statement itu dikeluarkan setelah dia berfikir masak-masak. Dia juga sedang berfikir lagi untuk mengilat macam mana pula selepas ini.
Khir, tolonglah kesiankan kami yang tak pandai fikir ni. Asyik garu kepala aje!
Kalau rasa nak garu kepala juga, baca sini.
Kalau sudah puas garu dan teringin pula nak gelak, boleh juga. Silakan!
KHAIRY JAMALUDDIN PENGHASUT ?

KUALA LUMPUR, 28 Mei (Hrkh) - Tindakan Ketua Pergerakan Pemuda Umno Khairy Jamaluddin yang menasihatkan para pengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti tidak keluar mengundi Ahad ini dianggap keterlaluan dan bersifat menghasut.
"Dia kata tidak mahu memperlekehkan institusi demokrasi negara ini tetapi seruannya jelas membuktikan, dia sendiri yang memperlekehkan sampai sanggup mengeluarkan kenyataan yang berbaur hasutan itu.
"Saya minta pihak berkuasa. polis dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyiasat kenyataan Khairy yang dilihat berbahaya, tidak demokratik dan tidak galakkan rakyat meneruskan amalan demokrasi yang sudah diguna pakai sejak sekian lama dan di bawah peruntukan undang-undang sedia ada," kata Bendahari PAS Pusat Dr Hatta Ramli yang menghubungi Harakahdaily.
**********
Kera Jantan Parti Gerombolan Rasuah dah mula bersuara, kalau Parti Gerombolan tak bertanding jadi tak payahlah nak menyibuk nak ceramah pelbagai dan bagi komen mengarut-ngarut. Bodoh punya puak Gerombolan ni… SPR pulak banggang lagi membanggangkan.
Entah apa lagi perancangan jahat puak parti haramjadah ni... dah la pada hari mengundi dibawanya lari pengundi dengan rombongan ke Padang Besar dan duit poket seorang RM100.00, lepas tu di hasutnya pula supaya jangan keluar mengundi... walau apa pun apa saja yang parti rasuah ni buat tiada tindakan undang-undang pada mereka, akta hasutan hanya berguna kepada pembangkang dan rakyat awam sahaja.
Isa: Undang-undang Malaysia adalah undang-undang Parti Rasuah.
TOLONGLAH TANGKAP PENJENAYAH YG BERMAHARAJALELA
Kami menerima laporan MEDIA PRESS kami dari Perak dengan beberapa petikan dari sebuah artikel kolumnis sebuah akhbar berbahasa Cina yang wajar untuk renungan dan pertimbangan kita, khususnya ketika kekalutan politik masa kini.
Baik buruk intipatinya, anda nilai sendiri kerana siaran semula artikel ini tanpa prejudis.
Ikuti terjemahan yang walaupun ala kadar tetapi kami yakin ia tidak lari dari maksud asal penulisnya tanpa ada sebarang tokok tambah. Harap baca sampai habis dan luangkan masa untuk komen pro dan kontra artikel ini.
Jika anda ingin tahu nama akhbar atau melihat keratan asal, sila emel kami. Wasalam - FAUZI IRWAN SHAH.
"Pada 27 Mei, muka surat 2 akhbar kami, melaporkan 3 kes jenayah rogol. Wanita kini tidak kira tua muda, tidak kira di rumah atau luar, berdepan pelbagai ancaman jenayah.
Pada hari yang sama, muka surat 30, melaporkan kumpulan polis dan FRU menahan pemimpin Pakatan Rakyat dan penyokong yang sedang lancarkan mogok lapar.
Gerakan polis menangkap si baju hitam, si memekik slogan, perhimpunan pasang lilin, malah nyala lilin sambut hari jadi. Sampaikan pekerja pasang khemah pun disapu.
Tangkap dan lepas, dah lepas tangkap lagi. Seolah sudah menjadi rutin kerja polis.
Persoalannya ialah kenapa yang ditangkap semua muka selamba dan tersenyum saja, tiada riak takut? Dan mereka menjadi objek tumpuan akhbar?
Rakyat sangka keselamatan kian terjejas akibat kurangnya tenaga polis, tak cukup anggota polis. Tapi manalah tahu, begitu ramai polis datang "memeriahkan" Perak, sertai permainan politik bersama penyokong PR.
Perhimpunan kurang lebih 10 orang, tapi hantar 100 anggota buat kawalan. Mogok lapar yang bersifat negatif tu pula, polis kerah 200 anggota dan anggota FRU, campur lagi lima atau enam trak polis.
Begitu sekali jadinya, kalau bukan kerana bimbangkan rakyat,tentu polis kurang yakin pada diri, hinggakan penguatkuasaan yang "terlebih".
Akibat dari "terlebih" kuatkuasaan, menjejaskan imej BN, dari yang baik menjadi sebaliknya.
Langkah yang membazir sumber tenaga manusia itu membangkitkan rasa tidak puas hati di kalangan rakyat yang pada masa ini merasakan keselamatan diri terancam.
Rompakan di merata tempat, di ibu kota sahaja dari januari hingga april, kes ragut dan rompakan masing-masing meningkat 99% dan 80%, ia merupakan 31% daripada keseluruhan kes jenayah. Rompakan berkumpalan tanpa senjata meningkat 80.5%, dari 1029 kes meningkat kepada 2254 kes. Fakta angka ini membimbangkan, menggambarkan tahap keselamatan merosot.
Sikap kesungguhan sebagaimana tanngkap si baju hitam atau mengheret mereka yang terlibat perhimpunan lilin, kalau polis boleh gunakan sikap seperti itu untuk tangkap perompak dan peragut, tentu sekali polis akan beroleh pujian dan tepukan gemuruh seluruh rakyat negara ini.
Tuan polis, ayuhlah tangkap penjenayah bersenjata. Tak kiralah mat rempit ke samsing jalan raya, tak kira juga penjenayah gila seks atau perompak, tak kira penculik atau pembunuh, mereka inilah yang wajar dikejar dan tangkap.
Anda hanya sesuai sebagai penjaga kepada rakyat, tidak sesuai jadi body guard parti."
BS: Yer encik, tuan, datok polis.. tolonglah tangkap penjenayah tu.. banyak kes x selesai.. jenayah makin bertambah.. kami ni rakyat semakin risau tantang keselamatan anak isteri serta keluarga kami.. Tuan polis jgn la dok jaga org politik jer.. x kesian ke kami ni semua.. kami ni rakyat yg perlu kawalan keselamatan dari kerakusan penjenayah. Kita tengok jer cerita baru ni.. along pun dah boleh buat lock up sendiri.. kurung org2 yg x bayar hutang.. susah sgt ke nak cari along ni? business card dan poster2 bersepah berkenaan perniagaan haram mereka ni.. xkan x dpt nak tangkap kot..
SIAPA KAMU ?
Masih Kuatkah Memegang Amanah dan Janji?
Betapa sahabat Anas bin Malik, selalu menceritakan, bahwa Rasulullah
Shallahu alaihi wa salam, setiap kali berkhutbah, pasti bersabda :
“Tidak ada iman bagi orang yang tidak memiliki amanah, dan tidak ada
agama bagi orang yang tidak memegang janji”.
Dalam khutbah yang pendek, namun penuh dengan makna, Rasulullah
Shallahu alaihi wa salam, mengisyaratkan hal yang penting, yaitu tidak
ada iman bagi orang yang tidak memiliki amanah.
Amanah itu dapat menyelamatkan manusia, nanti kelak dihadapan Rabbnya.
Dengan sifat amanah yang dimiliki manusia, dapat pula menjauhkan
dirinya dari segala bentuk kedurhakaan, dan mengarah kepada sifat
melawan kekuasaan Allah Azza Wa Jalla. Orang yang memegang amanah, dan
menunaikan amanah dapat melapangkan hidupnya, dunia dan diakhirat.
Sifat amanah seseorang menunjukkan dirinya, memilliki keimanan yang
kukuh, dan tidak berkhianat, kepada siapapun, termasuk terhadap Allah
Ta’ala.
“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan kepada yang berhak menerimanya”. (al-Qur’an: an-Nisaa’ : 58).
“Empat hal, jika keempat-empatnya terdapat pada diri seseorang,
berarti ia benar-benar murni dari seorang munafik. Sedangkan orang yang
menyimpan salah satunya, berarti terdapat pada dirinya salah satu tanda
orang munafik, sampai ia meninggalkannya. Jika diberi amanah ia
berkhianat, jika bicara berdusta, jika berjanji ia ingkar, dan jika
bermusuhan ia keji”. (HR.Bukhari dan Muslim).
Memenuhi janji merupakan syarat asasi bagi keberadaan iman dalam hati
seorang hamba, sebagaimana disinggung dalam firman Allah Ta’ala :
“Dan orang-orang yang memelihara amanat-amanat (yang dipikulnya) dan janjinya”. (al-Qur’an : al-Mu’minun : 8).
Betapa dalam kehidupan ini, banyak orang yang memberikan dan
mengumbar janji. Apalagi, janji hanya semata untuk kepentingan
kehidupan di dunia. Janji yang hanya sebatas untuk mendapatkan
kenikmatan kehidupan dunia. Janji yang hanya untuk kenikmatan sesaat,
yang tidak mempunyai arti apa-apa bagi manusia, ketika ia sudah
meninggalkan dunia yang fana ini. Apalagi, di zaman kini, orang-orang
yang menjadikan dunia sebagai sebuah tujuan (keinginan), yang kemudian
mendasari seluruh gerak hidupnya. Maka, perbuatan ini sudah masuk dalam
kategori dosa, karena sudah banyak unsur pelanggaran aqidah dan
keimanan. Tapi, mereka tidak menyadari kesalahan dan kesesatan yang
mereka lakukan setiap hari.
Padahal, hakikatnya, janji yang dibuat manusia, banyak yang tidak
dapat dilaksanakan, dan bahkan cenderung, janji itu hanya sekadar
diucapkan, tapi tidak dilaksanakan. Apalagi, janji hanya untuk mengajak
manusia lainnya agar tertarik kepada dirinya, taasub, dan menjadikan
dirinya sebagai pilihan, menjadikan dirinya sebagai pemimpin, yang
sejatinya, ia tak layak untuk dipilih dan memimpin.
Orang-orang berbondong memilihnya, memujinya, mengharapkan
pertolongannya, dan menyerahkan segala urusan terhadap dirinya. Padhal,
hakikatnya, ia makhluk lemah, sama sekali tidak layak dijadikan tempat
bersandar, berharap, dimintai pertolongan, dan mengurus segala
urusannya. Hanya orang-orang itu telah tertipu dengan janji, yang janji
itu diucapkan dengan lisan atau melaluli wasilah lainnya, yang dapat
mempengaruhi lebih banyak pendapat manusia.
Betapa manusia telah banyak yang terjerumus ke dalam perbuatan
nifaq, yang sangat dibenci oleh Allah Azza Wa Jalla. Kerana, mereka
berjanji, tapi tidak pernah bisa mewujudkan janji itu. Bahkan, manusia
banyak yang melupakan janjinya dengan Allah Azza Wa Jalla, janji untuk
berbakti, janji beribadah, janji mentaati, janji melaksanakan
aturan-aturan dan hukum-hukum-Nya.
Allah Ta’ala berfirman :
“Dan tepatilah perjanjian dengan Allah, apabila kamu berjanji dan
janganlah kamu membatalkan sumpah-sumpah (mu) itu, sesudah
meneguhkannya, sedang kamu telah menjadikan Allah sebagai saksimu
(terhadap sumpah-sumpahmu itu). (al-Qur’an : An-Nahl :91).
Sa’id ibnul Musayyib rahimahullah, yang tidak memberikan pujian,
kecuali sifat-sifat kemuliaan dan tidak mencintai kecuali amal shaleh
dan kebajikan. Sa’id Ibnul Musayyib memberikan pujian kepada Zainal
Abidin, cucu Baginda Rasulullah Shallahu alaihi wa salam, dan dengan
penuturannya : “Aku tidak pernah melihat seorang pun yang lebih wara’
selain dia!”. Tokoh, yang dipuji Sa’id ini, memang seorang hamba yang
telah memiliki berbagai kemuliaan, yang tidak dapat digapai oleh
orang-orang yang sebayanya.
Wahai kaum muslimin! Camkanlah, pernyataan orang yang telah
memujinya, dan memberikan kesaksian atas kehidupan cucu Baginda
Rasulullah Shallahu alaihi wa salam, yaitu Zainal Abidin. “Ali Zainal
Abidin bin Husien, karena kekerabatannya dengan Rasulullah Shallahu
alaihi wa salam tidak pernah makan dengan uang senilai satu dirham”,
ungkap orang yang bersaksi itu.
Zainal Abidin bersikap zuhud terhadap dunia. Ia menampik dunia dan
tekun memperbaiki kehidupan akhiratnya. Bagaimana sikap Zainal Abidin
dengan kehidupan dunia?
Suatu ketika, Mukhtar ibn Abu Ubaid memberinya wang seratus ribu.
Dia tiak mau menerimanya. Tetapi, jika menolaknya, ia takut Mukhtar,
mencelakakannya, karena ia seorng tiran yang bengis. Dan, ketika
Mukhtar terbunuh dalam perang, Zainal Abidin memberitahu Khalifah
Marwan bin Malik, agar mengambill wang pemberian Mukhtar, dan melalui
utusannya itu wang yang diambil itu dikembalikan kepada Zainal Abidin
oleh Khalifah Marwan bin Malik. Tapi, wang itu oleh Zainal Abidin
diberikan kepada fakir miskin, sampai habis, tak bersisa.
Adakah orang-orang sekarang yang mengumbar janji itu, masih dapat
dipercaya dan memenuhi janjinya dan bersikap amanah? Sebaliknya, adakah
mereka hanyalah kumpulan orang-orang nifaq, yang sedang menipu umat.
Wallahu ‘alam.
http://www.islamsaya.blogspot.com/
BS: Renungan buat kita semua pemegang amanah dari Allah...
DIA DAH BUAT PERANGAI LAGI
Esoknya, kata Salahuddin, edisi cetak akhbar yang sama melaporkan sumber polis berkata bahawa senjata yang mereka jumpa dalam semak dekat Tasek Cement tu ada kaitan politik.
Berita yang kata ada kaitan politik tu saya tak jumpa dalam edisi onlinenya.
Salahuddin tanya, ni nak main game apa pulak ni? Dalam pukul 11 pagi ini dia akan buat kenyataan akhbar. Beliau beritahu saya, antara yang dia nak tanya:
1. Kalau senjata itu diseludup dari negara jiran, Menteri Dalam Negeri dan Menteri Pertahanan yang terlibat dalam soal kawalan sempadan negara buat apa?
2. Siapa yang jumpa senjata tu dalam semak Tasek Cement di Ipoh? Kalau senjata tu dijumpai hasil risikan polis, kenapa tak sekat kemasukannya sejak awal? Adakah tak sempat sekat sebab sibuk kawal bangunan SUK, pejabat DAP, tangkap orang baju hitam dan orang tak nak makan? Kenapa sampai si penyeludup senjata boleh masuk jauh ke dalam negara dengan senjata yang diseludupnya? Bayangkan betapa jauhnya jarak dari sempadan dan kawasan semak dekat Tasek cement tu.
3. Benarkah begitu cekap sehingga dalam masa 24 jam atau kurang dari itu dengan mudah boleh menyatakan senjata-senjata itu ada kaitan politik dan dikaitkan pula dengan keadaan politik di Perak? Sedangkan, pembunuh Nurin Jazlin Jazimin tak dapat dikesan hingga sekarang dan siapa yang menculik Sharlinie Mohd Nashar juga tidak diketahui sehingga kini. Apa khabar para penyiasat yang menyiasat kehilangan dadah dalam simpanan polis Johor?
4. Jika benar wujudnya si penyeludup senjata yang ada kaitan politik, adakah mereka lebih bodoh dari pembunuh Nurin dan penculik Sharlinie?
5. Ni nak main game apa pulak ni?
Firearms cache smuggled here
Datuk Zulkifli Abdullah says the investigation is still in its initial stage
IPOH (NST 26/5/09): A large cache of firearms and bullets recovered by the police here on Sunday evening originated from outside the country.
State police chief Datuk Zulkifli Abdullah said initial investigations showed that eight firearms and about 100 bullets, found in two bags not far away from the North-South Expressway, were smuggled into the country.
He said part of the investigation involved finding out if the cache, which included spent cartridges and silencers, had been used in any criminal activity in the country.
However, he added that the investigation was still in its initial stage.
The weapons, believed to be sub-machine guns and pistols, were recovered by the police in bushes near the Tasek Cement factory after a tip-off.
Zulkifli said there were many unanswered questions about the weapons cache, urging reporters to be patient.
BS: Dia dah buat lagi.... klau strategi yg mcm ni aku boleh agak dah siapa perancangnya.. Klau kita flash back kes memali dan al-maunah.. Ibrahim Libya dan sebahagian penduduk memali mati ditembak beramai2 kerana didakwa nak menembak pihak polis mengunakan senapang patah. sedangkan ibrahim libya senapang pun dia x pernah pegang. Mohd Amin di hukum gantung (al-maunah) dan sahabat2nya ditembak mati kerana dituduh nak menyerang kerajaan dgn cara militan. Padahal Mohd Amin tu cikgu silat jer.. megazine pun mungkin dia igtkan majalah agaknya. modes operandi senang jer.. tembak mati lepas tu lambakkan senjata. tuduh si mati nak menyerang kerajaan. Tp xder pula org yg menjaga gudang senjata dipersalahkan atau di dakwa. menteri pertahanan pada masa tu x pula dipersoalkan. mcm kes C4.. mcmana c4 tu boleh dibawa kluar? kenapa angota atau pegawai yg berkenaan x di bicarakan? korang igt senang eh.. sapa2 boleh datang kat gudang senjata tu main ambil jer apa yg nak.. senang2 bawa kluar m16 berlori2.. aku dah naik meluat dah dgn perangai2 berok2 ni.. madir dan najis.. lepas ni apa rancangan ko lagi ni?
BN GILA PULIS TAK DE AKAI..
Bn tidak bertanding tetapi terliur hendak masuk gelanggang. Masih ingat beberapa siri Pilihanraya Kecil yang lepas jika PAS bertanding maka keADILan akan dihalang buat program, tetapi di Penanti kali ini jelas PDRM/SPRM berat sebelah Umno diberikan permit buat program dan ceramah, malam tadi Umno buat program di Guar Perahu. - cheGuBard
PR bertanding tp BN turut buat ceramah.. apa masalah plak ni? Yang polis boleh pulak kasi permit. aku rasa nak kertawa pun ada, nak menangis pun ada. Ketawa dgn telatah lucu tindakan polis.. menangis sbb demokrasi sewenang2nya dilacurkan. polis, mahkamah
, spr, sprm selamber kambing jer di perkudakan. yang polis pun ikut jer la ek? perghhh... memang best la malaysia ni.. bangganya aku jadi rakyat malaysia.
Thursday, May 28, 2009
Kewibawaan Petronas Wajib Dipertahankan
SAYA perhatikan ramai pemblog dan pembahas mereka telah mula membincangkan perkembangan di Petronas dengan penuh emosi.
Saya tidak salahkan mereka. Dalam hal ini, kita rakyat Malaysia berhak menjadi emosional. Kelangsungan Petronas adalah tanggungjawab kita semua.
Isu yang membakar emosi itu adalah ura-ura pelantikan seorang muda lulusan Oxford yang seangkatan dengan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dan bekas seorang menteri untuk menduduki lembaga pengarah Petronas.
Orang muda lulusan Oxford itu dicamkan sebagai Omar Mustapha Ong, bekas Pegawai Khas Mohd Najib Abdul Razak ketika Mohd Najib menjadi Timbalan Perdana. Bekas menteri itu pula dikatakan Syed Abdul Hamid Albar.
Walaupun pelantikan mereka masih di alam misteri, cakap-cakap mengatakan Omar akan dilantik ahli lembaga pengarah manakala Syed Hamid pengerusi bagi menggantikan Mohamed Hassan Marican.
Oleh kerana Petronas terletak terus di bawah bidang kuasa Perdana Menteri, sebarang pelantikan tidak akan berlaku tanpa kehendak dan pengesahan beliau.
Jadi tidak hairanlah kalau ramai pemblog dan pembahas mereka mengaitkan ura-ura pelantikan Omar dan Syed Hamid dengan Perdana Menteri.
Saya kenal Omar. Daripada perwatakan, dia sederhana dan nampak cerdik. Yang menjadi masalah adalah pertaliannya dengan Mohd Najib dan Khairy.
Omar adalah pemegang tampuk Ethos Consulting Sdn Bhd, sebuah firma perundingan korporat. Laporan The Star mengenai Ong pada tahun 2006, antara lain, menyebut:
“Ethos Consulting Sdn Bhd has appointed Omar Mustapha managing principal and director effective Feb 1.
Prior to his appointment, Omar served as special assistant to Deputy Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak on matters of public policy, international relations and the corporate sector.
Omar was co-founder of Ethos Consulting together with the late Dr Liew Boon-Horng and has worked closely as joint managing principals since the firm’s founding in June 2002.
He left the firm to join the Deputy Prime Minister’s staff in February 2004.”
Walaupun dia meninggalkan Mohd Najib untuk menguruskan Ethos Consulting, namun Omar tetap rapat dengan Mohd Najib dan dipercayai terus terbabit dengan kegiatan beliau.
Seperti banyak institusi dan syarikat yang rapat dengan Khairy dan persekongkolan Tingkat Empat, Ethos Consulting dilaporkan mendapat banyak kerja perundingan kerajaan, khas untuk syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC).
Ura-ura pelantikan Omar ke lembaga pengarah Petronas menjadi berita sensasi di Internet kerana banyak pihak bimbang akan berlaku campur tangan luar ke atas syarikat minyak negara itu serta kemungkinan terjadi eksploitasi ke atas kontrak serta asetnya.
Kebimbangan ini boleh difahami kerana di bawah Pentadbiran Abdullah Ahmad Badawi, persekongkolan "Tingkat Empat" dan "budak-budak PM" telah mencetuskan pelbagai kontroversi seperti dalam urus niaga ECM-Libra, AirAsia, pembinaan terminal penerbangan murah (LCCT) dan penjualan Pantai Holdings kepada Parkway, Singapura.
Apa pun kebenaran kepada ura-ura ini, kepentingan dan kewibawaan Petronas wajib dipertahankan. Sebarang tindakan yang mengancam kepentingan dan kewibawaan Petronas oleh sesiapa pun wajib didedah dan disekat.
Namun, keyakinan dan harapan boleh diletakkan di atas bahu Mohd Najib kerana dia bukan sahaja Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, tetapi dia kenal Petronas sejak syarikat itu ditubuhkan ketika pentadbiran ayahnya, Abdul Razak Hussein.
Pekerjaan pertama Mohd Najib setelah pulang dari pengajian di England adalah di Petronas sebagai pegawai di Jabatan Perhubungan Korporat.
Ketika itu, kalau tidak silap saya, Tengku Razaleigh Hamzah adalah Pengerusi dan Junus Sudin (Datuk) -- bos saya yang baik hati di NSTP -- adalah Pengarah Urusan.
Saya sendiri mula membuat laporan mengenai Petronas pada tahun 1976 untuk akhbar The Business Times ketika rundingan Perjanjian Perkongsian Pengeluaran (Production Sharing Agreement) dengan syarikat-syarikat minyak asing dijalankan.
Hari ini, berkat kecekapan dan integriti pegawai-pegawai Petronas yang majoritinya Bumiputera, dan tanpa campur tangan yang negatif daripada kerajaan, Petronas muncul sebagai salah sebuah syarikat terbesar di dunia.
Senarai majalah Fortune Amerika Syarikat meletakkan Petronas sebagai syarikat yang ke-95 terbesar di dunia tahun lalu. Sebahagian besar pendapatannya kini hasil daripada kegiatan di luar Malaysia. Petronas adalah pengarak panji-panji negara di persada dunia.
Jadi, sebesar mana pun keperluan memberi pangkat dan jawatan persaraan kepada bekas menteri, operator politik atau rakan taulan, kepentingan Petronas dan kepentingan rakyat jelata jangan sekali-kali diperjudikan.
Kalaupun perlu melantik seorang pengerusi baru bagi memisahkan tugas lembaga dan pengurusan Petronas, calonnya biarlah bukan daripada kalangan politik.
Ingat jugalah kepada legasi Allahyarham (Tan Sri) Azizan Zainol Abidin bekas Pengerusi Petronas dan hormatilah orang dalam Petronas yang telah membuktikan kepakaran dan integriti yang tinggi.
Ura-ura sebeginilah yang memberi alasan kuat kepada pihak-pihak yang mahu Petronas bertanggungjawab kepada kuasa yang lebih universal seperti Parlimen untuk terus memperjuangkan tuntutan mereka.
Kepada rakan-rakan blogger, mungkin elok bagi sesiapa saja yang berkepakaran di bidang petroleum, perniagaan global dan urus tadbir korporat membuka sebuah blog khas untuk mengawasi dan memantau perkembangan di dalam Petronas agar ia tidak dilarikan (hijack) oleh pihak-pihak yang rakus.
Amalan UMNO BN sekarang sama dengan PKM dulu - TGNA
PULAU PINANG,28 Mei. Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan Parti Komunis Malaya (PKM) tidak jauh bezanya dengan Barisan Nasional (BN) yang mengamalkan nasionalisma. Menurut beliau lagi tindakan yang dilakukan oleh BN selama ini adalah mirip kepada apa yang dilakukan oleh PKM.
"Jika pada zaman PKM ramai mereka yang tidak bersalah dan berdosa dibunuh dan dizalimi.Apa bezanya pada zaman ini dimana mereka yang tidak bersalah mudah dizalimi oleh pemerintahan BN. Oleh kerana itu ada persamaan antara PKM yang dahulu dan BN yang wujud sekarang. Kedua-duanya sama saja.
"Oleh kerana itu siapa sahaja yang mengamalkan fahaman nasionalisma maka ia juga adalah serupa dengan PKM yang melakukan kezaliman,pembunuhan,kerosakan dan bermacam-macam lagi ancaman pada zaman darurat dahulu sehingga ramai yang sengsara.
"Kesan yang ditinggalkan oleh PKM pada ketika itu dapat dirasai sehingga sekarang.Begitu juga dengan kerajaan BN yang mengamalkan ISA sebagai satu akta yang menzalimi rakyat yang tidak bersalah.Bukankah ini juga semacam dengan mereka."
Beliau berkata demikian semasa menyampaikan ceramah di Kampung Guar Jering, Penanti, Bukit Mertajam.
Dalam ceramah itu beliau juga menyentuh mengenai kedudukan BN yang semakin terancam dengan perpecahan yang begitu ketara berlaku semasa pemerintahan Datuk Seri Najib Tun Razak.
"Kita lihat apa yang berlaku dalam parti PPP.Mereka mulai berpecah kepada dua presiden.Begitu juga di Trengganu yang berpecah dalam kumpulan Umno yang memerintah negeri disana.
"Di Perak juga berlaku kemelut yang sehingga ini rakyat tidak dapat menerima apa yang telah diputuskan walaupun hak rakyat untuk meimilih harus diserahkan kepada rakyat membuat pilihan terbaik," katanya.
Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Naib Presiden PKR, Azmin Ali, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dan Ketua Angkatan Muda Keadilan Pusat, Shamsul Iskandar Mohd Akin. -- SIASAH
TERGEMPAR, UTAMA JAYA RUNTUH 7 HILANG
Salam,
BS: Siapa2 ada sedara kat sana cuba hubungi mereka...