Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Wednesday, July 13, 2011

MUSA HASSAN TAKUT KE MAKAMAH, NAK BERSUMPAH JE

بسم الله الرحمن الرحيم

Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan enggan ke mahkamah untuk memberi keterangan dalam kes Fitnah II.

Perkara itu diberitahu oleh peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim, Sankara Nair di perkarangan mahkamah selepas selesai sebutan kes itu pagi tadi.

“Kami dimaklumkan polis (Musa Hassan enggan ditemuramah)” kata Sankara yang mengesahkan perkara itu sewaktu ditanya wartawan.

Musa termasuk di antara 25 orang saksi yang diminta pasukan peguambela Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memberi keterangan apabila peguam bela memulakan penghujahan bela mereka 8 Ogos ini.

Sankara selanjutnya berkata akan memohon kepada mahkamah untuk mengarahkan saksi-saksi yang disenaraikan untuk hadir memberi keterangan di mahkamah apabila peguam bela membentangkan hujah mereka 8 Ogos ini.

“Kami belum dapat saksi-saksi kami.

Jadi kami perlu minta mahkamah untuk berikan saksi-saksi itu.

“Kami akan buat permohonan rasmi dalam masa seminggu kepada hakim untuk memohon pendakwa memberikan kami saksi-saksi di mahkamah.

Ingat tak kami cuma dapat lima saksi daripada 25 saksi.

Kami ada hak untuk temubual.

“Sebab itu kami mohon di mahkamah untuk mohon bawa saksi untuk ditemubual.

“Samada mereka mahu ditemubual atau tidak itu cerita lain.

Tetapi yang penting mereka perlu dibawa ke mahkamah,” kata Sankara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor termasuk dalam senarai 25 saksi yang diminta oleh pasukan peguambela Anwar.

Perbicaraan kes Fitnah II akan disambung semula pada 8 Ogos sehingga 26 Ogos depan.

Tarikh itu ditetapkan Hakim Zabidin Mohd Diah selepas beliau kekal mendengar kes ini walaupun peguambela sudah memohon untuk mengenepikannya daripada terus mendengar kes.

Permohonan itu dibuat kerana peguam bela Anwar berpendapat Hakim Zabidin melakukan pra-penghakiman sewaktu memutuskan wujud kes prima facie dalam kes ini.



Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

1 comments:

Puteri said...

sumpah, sumpah sumpah..
memang sampah!