Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Sunday, October 16, 2011

ZAKAT UNTUK SIAPA?

بسم الله الرحمن الرحيم

ZAKAT RM275 JUTA SETAHUN , BARU KELUARKAN RM86,471,245.76

Banyak perkara dan jabatan-jabatan di negara kita ini yang ditadbir oleh mereka yang bukan dari kalangan "ahli"nya..
bila jadi macam tu maka akan berlakulah kepincangan didalam perkara yang diuruskan itu..

Sebagai contohnya, adalah zakat..
bila bab pengurusan mengumpul zakat,memang mereka begitu tekun dan cekap..
tetapi bila masuk bab pembahagian, seolah-olah tidak cekap...
samada tidak cekap atau tidak mahu menjadi "cekap" aku pun tak tahu..



hakikatnya,masih ramai lagi orang yang menjadi fakir miskin dan susah sedangkan wang zakat masih berbaki ratusan juta...

sepatutnya, orang yang diberikan kuasa menguruskan duit zakat ini memastikan bahawa golongan fakir miskan dapat keluar dari zon kemiskinan mereka...

teringat kata-kata Saidina Umar r.a.
“Apabila engkau memberi zakat, kayakanlah mereka”.
mari kita lihat..
dari jumlah RM275 juta tersebut
(yang dibangga-banggakan oleh Jamil Khir)
berapakah yang telah disalurkan setakat ini..?



Adakah orang yang diamanahkan untuk menyalurkan zakat ini kepada fakir dan miskin tidak buat kerja..?
atau adakah mereka suka melihat jumlah wang yang begitu banyak didalam akaun walaupun masih ramai lagi yang tidak dapat pembelaan dari pusat zakat..?

Kita perlu ingat.. umat Islam masih ramai yang susah dan sebenarnya ini.. adalah hak mereka..

Yang paling tak tahan tu siap mensasarkan RM 280 juta kutipan zakat pada tahun ni...
rakyat yang susah saban tahun semakin bertambah.. - Lianglahad


Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

0 comments: