Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Sunday, May 29, 2011

OPERASI SULIT UMNO DI SALAK TINGGI?

بسم الله الرحمن الرحيم

Oleh Mohamad Shafri Shamsudin

SEPANG: Penglibatan seorang pemuda yang mengaku ahli Umno dari Melaka dalam sindiket membuat kad pengenalan menimbulkan persoalan adakah benar Umno terlibat dalam kerja yang menyalahi undang-undang itu.

Lelaki itu mengaku mempunyai hubungan yang rapat dengan seorang wakil rakyat BN di Melaka dan perkara itu turut menambahkan keraguan sama, ada benarkah ada penglibatan parti politik pemerintah dalam hal itu.


Perkara ini didedahkan oleh seorang penduduk tempatan, Mohd Hasli Hassan yang menyertai serbuah di sebuah hotel di Bandar Baru Salak Tinggi baru-baru ini.

Beliau menceritakan pada malam itu beliau menyertai satu mesyuarat penduduk dan kemudian mendapat maklumat terdapat pergerakan yang meragukan sebuah hotel berhampiran. Maklumat itu menyatakan terdapat kumpulan membabitkan warga asing dipercayai menjalankan sindiket membuat kad pengenalan.

Terdapat lebih 100 warga asing membuat urusan di bilik atas hotel. Menurut laporan itu lagi, yrusan telah berjalan sejak jam 9.00 malam lagi. Kemudian katanya beliau dan penduduk mengambil keputusan untuk menyiasat apa yang sebenarnya berlaku.

"Kami kemudiannya berbincang apa strategi yang akan dibuat, kemudian mengambil keputusan untuk memerhatikan dahulu daripada jauh dan memantau keadaan sekeliling.

"Apabila telah pasti urusan proses kad pengenalan, berjalan kami mengambil keputusan untuk bertindak menghubungi polis di samping terus memantau keadaan yang ada," katanya.

Pada pemerhatian beliau ada tiga bilik hotel itu yang digunakan bagi menjalankan urusan membuat kad pengenalan itu.

"Apabila polis datang, mereka kelihatan tidak mahu bertindak dan dengan itu memaksa kami membuat keputusan untuk masuk ke dalam bilik itu bagi memastikan apa sebenarnya yang berlaku."

Katanya, beliau mengetuk pintu dan apabila pintu di buka beberapa sahabatnya sempat mengambil gambar dan kelihatan memang benar urusan membuat kad pengenalan dijalankan di situ.

Mereka yang disyaki menjadi kelam kabut apabila menyedari kehadiran kami terus berlari keluar dari bilik sambil membawa semua dokumen yang ada.

"Kami sempat mengambil beberapa gambar ketika urusan itu berjalan.

"Mereka cuba menghalang dari gambar diambil tetapi gagal," katanya lagi.

Apa yang menjadi persoalan kepada Mohd Hasli jika benar ia adalah satu urusan yang sah dari segi undang-undang mengapa mereka perlu takut dan melarikan diri serta mengapa dijalankan pada waktu malam.

Di lobi hotel beliau dan rakan-rakannya telah menemuduga beberapa orang asing yang membuat urusan di situ dan mereka mengaku dalam proses membuat kad pengenalan penduduk tetap kepada warganegara.

Terdapat juga warga asing yang menyatakan bahawa mereka diarahkan untuk ke sana tetapi tidak menyatakan siapa yang menyuruhnya.

Keesokan harinya beliau dan sahabatnya membuat laporan di pejabat polis berhampiran. - detikdaily


Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

2 comments:

ikhmal said...

tempat saye ni, bandar baru salak tinggi. mungkin hotel yang di maksudkan adalah M-press hotel. kawasan ni mmng bnyk warga asing, majoritinya dari myanmar.
awek2 myanmar kat sini mongel2 tau bujang. hehehe..

memoni said...

kat bbst ni ,orang indon ,pakistan, kampucia ramai ada ic biru.dah ada ic berlagak lebih drpd orang tempatan macam dia org bumiputera pulak.pastu ramai dah ada tanah rumah. org tempatan nak dapat apa pun susah,