Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Monday, May 9, 2011

ANJING UMNO MENYALAK BATALKAN CERAMAH PR

بسم الله الرحمن الرحيم

Penyokong PR Berang Polis Batalkan Ceramah Anwar



PELABUHAN KLANG 8 MEI : Polis berjaya membatalkan ceramah anjuran Pakatan Rakyat, namun gagal menghalang Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dari bertemu rakyat jelata.

Ceramah Muafakat Rakyat Anti Politik Fitnah & Lucah yang berlangsung di Markas PAS Taman Teluk Gadung Indah malam tadi turut 'disertai' lebih seratus anggota Polis dengan 3 buah trak, seolah- olah dalam operasi menangkap pendatang tanpa izin.

Diketuai Ketua Polis Daerah Klang Assistant Commisioner Mohammad Mat Yusop, mereka bertindak menghentikan program ini atas alasan tiada permit polis.


Tindakan polis mematikan sistem audio semasa Timbalan Presiden, Azmin Ali berucap menyebabkan lebih seribu hadirin yang hadir memberontak.

Namun Azmin berjaya menenangkan keadaan dan berucap tanpa menggunakan sistem pembesar suara sebelum sekali lagi dihalang Polis.

"Jangan takut, lawan tetap lawan. Lawan kita UMNO bukan pegawai Polis," kata Azmin sebelum dihentikan buat kali ketiga oleh pihak polis beberapa saat kemudian.

Ketibaan Anwar sejurus selepas itu diiringi dengan laungan reformasi oleh penyokong yang hadir.

Anwar kemudiannya hanya sempat berucap selama 5 minit sebelum menyuraikan majlis tersebut.

"Saya tidak mahu ada masalah dengan dia (Polis) sebab dia pon terima arahan. Jadi saya nak elak kerana kalau saya berkeras, yang susah ialah rakyat. Tapi ini tak bermakna saya setuju. Sistem ini zalim. Ini jelas. Tak ada sebab. Kita minta tempat, markas PAS semua tak boleh," kata Anwar.

Anwar turut menyeru agar hadirin tidak patah semangat dalam mengubah Malaysia pilihan raya kan datang.

"Sebab itu saya ingin gesa saudara-saudara, jangan sedikitpun terhakis semangat kita untuk lakukan perubahan. Ini negeri kita, kita mahu rakyat dibebaskan. Biar yang atas hina kita tapi lawan tetap lawan," kata Anwar sebelum menyertai hadirin melawat ke sekitar kawasan perumahan itu bertemu orang ramai.




Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

2 comments:

Amuraria said...

BARUA-BARUA SONGKOK TINGGI KEPALA LEMBU DAN GENG-GENG UMNGO@APCO BUAT DEMO BILA SAJA ATAU DIMANA-MANA TARAK SEKOR BARUA PUN KACAU ! UNDANG-UNDANG TERPILIH !

Kakiraces.hambali said...

Melayu sama mekayu bergaduh merebut kuasa cina, india tunggu masa sahaj nak tawan negara.... lepas tu melayu merempat di tanah air sendiri... ditindas oleh bangsa lain dan org kafir.... kenapa nak samakan binatang dgn manusia? marah semua org marah... tapi cuba kita org melayu dan beragama islam bersatu mempertahankan hak kita.... melayau dan islam tidak bersatu tu lah yg org kafir berani buat apa2 sahaja.... dan kerana melayu sekarang sudah banyak berpecah belah..... sudahnya nanti kita semua tak kiralah org UMNO, PAS atau PKR yg berbangsa melayu dan beragama islam yg rugi.... no1 cina lah yg akan untun dari pertelingkahan org melayu islam....Takbir.........x3