Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Monday, April 4, 2011

ANAK YATIM MENINGGAL DUNIA DIBELASAH GURU

بسم الله الرحمن الرحيم

ALOR SETAR - Seorang murid Sekolah Agama Rakyat (SAR) berasrama di Jejawi, Perlis dipercayai dibelasah seorang guru tanpa belas kasihan sehingga koma, menghembus nafas terakhir pada jam 8.50 pagi di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini semalam.

Saiful Syazani Saiful Sopfidee, 7, dimasukkan ke hospital berkenaan, Jumaat lalu.

Bapa mangsa, Saiful Sopfidee Marzuki, 34, ketika dihubungi berkata, jenazah anaknya akan dikebumikan Tanah Perkuburan Kampung Tok Paduka, belakang Balai Bomba, Kangar, petang ini.


Menurutnya, walaupun sebelum ini anaknya tinggal bersama keluarga angkat sejak kematian ibunya, Jahiyah Che Amat pada 2006, namun hubungan antara mereka akrab sekalipun jarang berjumpa kerana terpaksa bertugas di Langkawi.

“Saya kerap berkunjung ke rumah keluarga angkat sekiranya mempunyai masa lapang untuk melihat Syazani, tetapi sejak kebelakangan ini saya jarang berjumpa Syazani kerana sibuk dengan tugasan.

“Syazani anak tunggal hasil perkongsian hidup dengan arwah isteri, bagaimanapun sebelum itu saya pernah berkahwin dan mempunyai seorang anak lelaki berusia 14 tahun,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Dalam perkembangan sebelum ini, Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Mohd Nadzri Hussain berkata, Syazani tidak sedarkan diri akibat masalah jantung dan pendarahan otak, kemudiannya dipindahkan ke HSB dari Hospital Tuanku Fauziah (HTF).

“Sebaik menerima laporan bapa mangsa, polis menggerakkan usaha memburu suspek sebelum lelaki itu yang juga warden asrama sekolah terbabit menyerah diri di Balai Polis Arau dan direman tujuh hari,” katanya.

Menerusi perkembangan sama, mangsa diperlakukan guru lelaki berusia 26 tahun itu selepas dituduh terbabit dalam beberapa kes kecurian wang.

Kejadian dikatakan berlaku kira-kira jam 7 malam Khamis lalu selepas mangsa dibawa guru berkenaan ke bilik sebelum dua tangannya diikat dan disoal siasat berhubung insiden kecurian.

Mangsa dikatakan merayu dilepaskan, tetapi tidak diendahkan guru terbabit yang didakwa terus memukul dan menyoal siasat sehingga kanak-kanak itu diserang sawan dan terus pengsan.

Sebaik sahaja mengetahui kejadian itu, bapa mangsa terus bergegas ke HSB dan terkejut melihat kesan lebam di badan, mata kiri dan pipi, muka bengkak, selain melecet pada tangan kiri anaknya.

Selepas melihat keadaan itu, dia segera membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah pada petang Jumaat lalu.

Sinar Harian/-



Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

8 comments:

cik suha c0mel ^^ said...

sedihnye..kesian ayah die.dah tggal sorang2 nanti.isteri dh xde,ank pulak..ish

kak long said...

salam kenal...sesungguhnya lebih banyak cara yang lebih hikmah yang boleh dibuat selain dari kekerasan...mungkin inilah sifat manusia akhir zaman yang dah semakin jauh dariNya...semoga kita semua mengambil iktibar dari kes ni...

cekgu nana said...

salam...innalillah..nih budak y msuk paper smlm kn...kesiannye...tak patut lah cikgu tuh....

baincardin said...

al Fatihah utk arwah...

khairul said...

minta maaf semua...saya mmg sangat2 sensitif kalau perkara2 mcm ni terjadi kpd ank2 kecik kita...dan mmg sgt marah..pendapat saya, cikgu ni seorang yg sivik dan sgt 'stupid'..ada ke patut budak yg baru umur 7TAHUN diperlaku mcm 2? Thats y sy ckp cikgu ni sivik n 'stupid'.coz seorang yg sivik je yg xpandai wat keje2 mcm ni... mmg seksyen 302 sgt sesuai utk cikgu tersebut..manusia mcm anda mmg layak dihukum gantung kerana gagal mendidik anak2 bangsa sendiri. alfatihah utk adik kecil kita itu..

Anonymous said...

cikgu tu bukan manusia! itu binatang! budak 7 tahun bukan lawan dia! meh sini lawan kau! binatang!

Anonymous said...

salam, hmmm nak pukul/denda budak bkn sampai mati! ni binatang name die! aku pon cekgu gak, penah gak bantai budak, tp bersebab.. budak skolah djh satu skang ni bukan cam kita dulu, djh 1 skolah aku (kawasan luar bandar), dah padai cabul pompuan, cium pompuan, curi, pukul, buli... bg aku budak2 camni ade pringkat2 nak bkeras ngan dorang, xdela trus kite nak bg tangan je... n aku ppenah hilang kawalan ngan budak djh satu sebab hari2 mencuri, peras ugut, pukol, HARI²!!! n tangan aku pon agak hari² naik kat dia, kaunseling, mak bapak, bomoh, sume dah jumpe, memang xleh brubah... last2 aku blasah sampai bdarah mulot die, humban atas meja guru, esoknye aku jumpe mak bapak die (lagi), trus ok. hahahaha... tapi kalu sekali budak tu dah ok, kite kene pantau n appreciate die betul2... kalu nak kate aku ni ganas sgt x la, budak2 ade yg sampai main janggut aku bagai lagi...hampeh tul! tapi bab2 cabul, curi, pukol, gangsterime, buli, ugut, aku mmg sensitip! bagi aku, budak2 skarang kene bcakap gune tangan daripada gune mulut... sorry, fyi juga aku anggap cekgu camni gile, xde otak. aku mendidik dgn lembut, tapi kalau klembutan yg aku bg ko x paham, aku bg dgn kekerasan... n budak2 sedia maklum kalau aku bcakap gune mulut diorang x dgr, aku akan bcakap gune tangan. n kalau budak2 x snonoh ni buat baik, atau dah insaf aku akan puji dia kaw2, blanje bagai, lepak sama.. dari situ budak2 ni akan brase dhargai n dsukai ramai.. mende ni aku amalkan dah bertahun, n alhamdulillah kebanyakan budak2 yg truk aku bjaya memulihkan dorang. sbenanye dorang ni nak phatian je, tu yg jd camtu... n mak bapak pon memainkan peranan yg sgt penting... jgn nak salahkan cekguuu jek... hahkahakhka... hanya luahan prasaan, dan kami mmbantah skeras2nya tindakan guru tersebut!

dear anies said...

RS NK JE SULA CEKGU TU NGAN BERUS JAMBAN!