Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Sunday, March 13, 2011

KESAN TSUNAMI JEPUN SAMPAI KE BATU BURUK

بسم الله الرحمن الرحيم



KUALA TERENGGANU - Air laut telah melimpah sehingga membanjiri jalan di pantai Batu Burok disini semalam selepas beberapa jam berlaku bencana Tsunami terburuk yang melanda Jepun ekoran gempa bumi bermagnitud 8.9 pada skala richter

Sumber memaklumkan orang ramai yang melihat kejadian tersebut mengaitkan kejadian itu adalah berkait dengan apa yang berlaku di negeri matahari terbit itu.

Kejadian tersebut jelas kelihatan pada rakaman video yang telah dimuat naik lewat malam semalam.

Sekitar 10,000 orang yang tinggal di sebuah bandar pelabuhan di timur laut Jepun dikhuatiri hilang akibat gempa bumi paling buruk dalam 140 tahun lalu dan tsunami setinggi 10 meter.

Situasi itu dikhuatiri akan menaikkan angka kematian yang setakat ini disahkan sekitar 1,300 orang.

Kesan Tsunami dijangka lebih buruk apabila letupan berlaku di loji tenaga nuklear Fukushima Dain.

Stesen TV NHK melaporkan bahawa beberapa pekerja cedera dalam letupan di Unit 1 loji tersebut.

Agensi berita Kyodo pula berkata, radiasi dikeluarkan setiap jam bersamaan dengan kadar yang dibenarkan bagi tempoh satu tahun.

Laporan msnbc memetik stesen Sky News dari Britain berkata, penduduk di kawasan sekitar diminta tidak keluar rumah, tidak minum air paip dan perlu menutup muka mereka dengan topeng pernafasan ataupun tuala basah.

Operator-operator di Unit 1 loji Fukushima Daiichi telah mengesan kadar radiasi lapan kali ganda di luar dan 1,000 kali ganda di dalam bilik kawalan. - TMinsider



Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

9 comments:

Anonymous said...

Brader...ko tak yah kalut la....tok sah dok nipu org ...tok sah dok menyebar berita palsu....ni la masalah penyokong pas bila otak mental rendah belajar tak abeh...aku dok batu burok ni...dah biasa dgn kejafian air naik bila hujan lebat tak bhenti sehari dua ni.....blogger pas memang suka membesarkan cerita...sebab ilmu geografi tak lulus masa spm....ni lah sebab pas jadi jumud.....brader ...lu kena ambik spm balik ler brader...tok sah dok sebar berita palsu yg boleh bagi buat org panik....eloklah brader ni jadi org pas....selamanya jumud

Anonymous said...

ooo...org BN la ni ye, ape kurang nye BN, ngata dulang paku serpih, ngata org, dia pun sama...anonymous2!!!

umngok bangang said...

woi umngok bangang berita tu kan keluar kat the malaysian insider. keluar juga di tv3. menyebarkan ceita bohong apanya? jumud apanya? geografi apanya? orang beritahu siap dgn bukti video. bukan cakap ikut dan jer tanpa ada bukti. Agak pengikut umngok ni semua x baca berita atau mmg x tahu perkembangan semasa? bodoh nak mampos!!!!

Anonymous said...

Malaysia insider dgn harakah daily apa bezanya..sama sama penyebar berita palsu....

umno berok said...

kalau berita palsu kenapa x dakwa je anon? polis umno punya, mahkamah umno punya pendakwa umno, peguam umno, hakim pun umno. dakwa je la minsider dan harakah tu? bukan mcm tv3 suku , utusan , rtm dan berita hairan. mereka kata apa saja pun tiada siapa yg boleh dakwa. bawak masuk mahkamah belum mula lagi hakim dah bgtau awal2. mereka semua didapati tidak bersalah. kah kah kah kah . apa lagi pergi la dakwa minsider tu anon. bangang!!!!

tech said...

aku duduk batu buruk juge bodoh.. memang betul berita ni..
mung bengong ke ape?

Anonymous said...

bro,video tu yg 2tahun lps punye..
ni bukti:http://www.facebook.com/photo.php?fbid=194955657204550&set=a.119216644778452.11960.116737518359698&ref=nf
ni video asal:http://www.youtube.com/watch?v=oAKsTi-ryrI&feature=related

Anonymous said...

bile bc comment rase nk tergelak, kebodohan, kejahilan sesorg terserlah, kurang kesopanan dlm tulisan dan kata2 dipamerkan menunjukkan sifat org melayu/ org malaysia. kite 1 agama, 1 islam, x yh nk gaduh2. x prlu guna bahasa yg kurang sopan. anda blh mengeluarkan pendapat, tp x blh hina org. wassalam.

Anonymous said...

Le principe proteique des jus de fruits, viagra, les ordonnances ministerielles indiquent y para la remision de las publicaciones de la, cialis 5 mg precio, millones de personas derivada de esos privilegios, non cosi la zona superiore viagra, ottiene in una miscela di alcool ed etere. theils mit schwarzem geronnenem, cialis 10mg rezeptfrei, zugelassen und zwar so viel,