بسم الله الرحمن الرحيم
Salam...
Gambar diatas saya rakamkan malam semalam sewaktu saya dalam perjalanan pulang kerumah daripada stadium Shah Alam. Kejadian berlaku di Dengkil. Sepatutnya saya tak lalu jalan tersebut. Disebabkan perut lapar dan saya mencari burger yang istimewa di Dengkil, saya lajakkan sedikit perjalanan saya.
Bukan kerana kemalangan di atas yang saya nak cerita. Tapi saya difahamkan pemandu van tersebut berada dalam keadaan mabuk dan kalau diperhatikan mmg agak mustahil dijalan yg begitu lurus van tersebut boleh memanjat divider dan berhenti disitu. Pandai pulak di adjust tu. Ngam2 tengah2.
Sewaktu isteri saya mula belajar memandu, saya la guru pertamanya. Namun, saya ni memang takde talent nak jadi guru kerana jika saya menjadi guru habis semua anak murid saya akan kena marah dan tengking setiap hari. Ini termasuklah jika saya mengajar anak saya. Saya akui saya mudah marah jika mereka susah sangat nak faham. Sifat buruk inilah saya kena kikis dari dalam diri saya.
Saya seorang je yang pandai? Kenapa?
Inilah pesan saya kepada diri sendiri dan juga pada isteri saya.
Sewaktu memandu, kita kena anggap hanya diri kita sahaja yang pandai.
Pemandu lain semua bodoh kurang cerdik. Apabila kita ada perasaan begitu kita akan lebih berwaspada dan berjaga-jaga sewaktu memandu. Disimpang contohnya, kita kena beranggapan pemandu yang akan keluar dari simpang itu bodoh kurang cerdik kerana mungkin dia akan main keluar sahaja. Kita juga harus berwaspada di lampu isyarat kerana mungkin ada pemandu bodoh kurang cerdik akan main jalan sahaja walaupun lampunya merah.
Dan apa jua keadaan sekalipun.
Jadi sewaktu memandu kita semua kena anggap SAYA SEORANG JE YANG PANDAI. Insya Allah, kita akan menjadi lebih tenang semasa memandu dan sifat baran sewaktu memandu akan lenyap kerana dah sah-sah pemandu yang melakukan kesalahan dijalanraya tu kurang cerdik daripada kita. Jadi nak baran-baran pun takde guna. Untuk jadi pemandu yang berhemat, inilah yang amalkan. - azwandengkil
Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.
Bismillahir-Rahmanir-Rahim..
Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.
8 comments:
betul2.kene fikir orang lain tak reti bawak keta
kadang-kadang menyebabkan kita hangin satu badan
kalau mereka tak pandai macam mana boleh dapat lesen memandu..ni yang musykil ni.hehe
sebelum bawa kereta atau kenderaan, baca doa..selawat...jangan leka..
mudah mudahan kita di lindungi sepanjang perjalanan...
perjalanan di dunia dan akhirat..
sy.. masih belajar memandu.. jd no komen.. hehe..
betul tu... kekeke.. bersangka buruk kat orang kuntuk kes ini dapat menyelamatkan nyawa kita
ehe he he yang berdoa sebelum mulakan perjalanan tu ramai,dalam ramai-ramai tu plak ada yang buat doa tu jadi azimat,tu yg ingat dia dn keenderaan dia kebal
ayat tu walau ikut kepala otak dia saja nampak macam tak berapa betul...ada ke anggap dia saja pandai dan orang lain bodoh..bangang ke engkau azwandengkil...
engkau cakap masa ajar orang pun engkau marah marah..lepas tu bila kepala otak engkau tune konon engkau lebih pandai engkau jadi relek..
pemarah tu sifat syaitan le bro...Nabi tak ajar pun kena buat begitu...Baginda lebih mulia dan jika nak dibandingkan dengan engkau macam langit dengan bumi atau tak boleh tanding langsung...tak pernah aku jumpa satu hadis ke nyatakan sebagaimana cara engkau fikir...
bengong le engkau ni..
Ternyata ada yang kurang cerdik rupanya untuk mentafsir sesuatu perkara. huhuhu.. Under age kot.
Post a Comment