Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Thursday, February 17, 2011

POLIS YANG SALAH BUKAN AKU

بسم الله الرحمن الرحيم

DR M CADANG MANSUH ISA, POLIS TOLAK

KUALA LUMPUR, 17 Feb — Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata beliau sebenarnya mahu memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ketika memegang tampuk pemerintahan negara selama 22 tahun.

Bagaimanapun, menurut Dr Mahathir, usaha itu gagal kerana Polis Diraja Malaysia (PDRM) menolak cadangan tersebut.

“ISA harus digunakan ikut keperluan tapi bila saya jadi perdana menteri saya mahu ia dimansuhkan tetapi polis menentang.

“Bila saya cadangkan usul itu, ia ditolak,” kata beliau pada Forum Cabaran Semasa Demokrasi dan Perlembagaan ke Arah Pencapaian Wawasan 2020 di bangunan Parlimen di sini.

Sebelum ini Dr Mahahir menyalahkan polis yang ekoran penangkapan besar-besaran di bawah ISA pada 1987 yang turut membawa kepada penahanan lebih 100 orang termasuk Penasihat DAP Lim Kit Siang dan anaknya Lim Guan Eng yang kini Ketua Menteri Pulau Pinang.

Dalam penangkapan dilancarkan pada 27 Oktober 1987 oleh polis, agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri bagi menangkap mereka yang mengeruhkan suasana politik ketika itu.

Lebih dikenali sebagai Ops Lalang, seramai 106 ahli politik terutama parti pembangkang ditahan di bawah ISA dan penggantungan dua akhbar harian dan dua akhbar mingguan.

Selain kedua-dua Lim, turut ditahan ialah Dr Chandra Muzaffar, Karpal Singh, Kua Kia Soong, Datuk Ibrahim Ali dan Mohamed Fahmi Ibrahim.

ISA merupakan satu akta yang ditubuhkan untuk menahan mana-mana individu tanpa perbicaraan dan diperkenalkan pada 1960 sebagai undang-undang pencegahan untuk menentang pemberontakan komunis ketika itu. - TMinsider

Note: Kah..kah..kah..kah... Umpama anjing peliharaan yang tidak berlesen nampaknya... Bila diperlukan anjinglah yang disuruh menyalak kesana kemari.. Si anjing patuh menurut perintah tuannya.. Bila tersalah gigit dan termakan ayam jiran, tuannya pula berkata.. " Eh mana aku tahu.. itu bukan anjing aku... tembak bagi mati pun tak apa.. anjing tu memang tak berguna... membuat kacau saja kerjanya..". Inilah nasib bila menjadi anjing... Kah..kah..kah..kah...



Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

2 comments:

nangome said...

Kenapa lah situa kutuk ni asyik menyalahkan orang lain manakala dia saja yang betul dan baik selagi hidup menyusahkan orang................tua kutuk jangan ingat umur kau panjang tuhan sayang kat hang tuhan saja panjangkan umur hang untuk sampai bila hang nak kembali ke jalan yang benar...............ingat.

Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

dajal said...

bodoh punya orang tua..polis tu kan bawah kuasa engkau..engkau takda power ke orang tua gila..

engkau macam gila talak pulak kebelakangan ni..nape ha..dah nak mampus ke...