بسم الله الرحمن الرحيم
"Kau ni gundik Anwar ke Nik Aziz? Berapa mereka bayar kau ...?" kata pegawai penjara pada 'Nora Reformis'
KUALA LUMPUR: Norazimah Mohamad Nor atau lebih dikenali sebagai ‘Nora Reformis’ kesal dengan sikap biadap beberapa pegawai Unit Khas Penjara (UKP) sepanjang tempoh tahanannya di penjara Kajang.
“Walaupun bertudung, pegawai penjara wanita mempunyai sikap yang teruk. Mencarut dan memaki hamun menjadi ‘makanan’ kami dalam penjara.
“Mereka turut bertanya kepada saya, ‘Kau ni gundik Anwar ke, Nik Aziz? Berapa mereka bayar kau…?” kata Nora menceritakan pengalamannya kepada Keadilandaily.com.
Nora ditahan di penjara itu selama dua malam sebelum dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini atas dakwaan terbabit dalam demonstrasi pada 2008. Beliau dibebaskan dengan ikat jamin RM2,000.
Menceritakan pengalamannya ketika ditahan, Nora berkata pegawai terbabit mengugut melakukan tindakan lebih keras selepas mengetahui kes berkaitannya adalah kes demonstrasi.
Ketika melalui rutin pemeriksaan tubuh, pegawai UKP tersebut turut menendangnya kerana tidak mengikut arahan. Bahkan Nora didenda untuk membuat ‘lompat bintang’ berpuluh kali, sekiranya soalan yang dijawabnya tidak memuaskan hati para pegawai terbabit.
Nora mendedahkan, kebanyakan tahanan penjara Kajang terdiri dari kes jenayah dan imigresen. Justeru, beliau mempersoalkan tindakan pegawai terbabit yang seolah menyamakannya dengan penjenayah.
“Saya turut dimaki dengan perkataan bodoh, bengong dan bebal. Apa mereka ini tidak ada perikemanusiaan?
“Kalau saya sebagai warga Malaysia pun diperlakukan begitu, apa lagi warga asing,” jelasnya yang turut melihat seorang wanita warga Indonesia dipukul di kepala oleh seorang pegawai penjara.
Dalam pada itu, Nora memaklumkan keadaan di dalam penjara sangat sesak dengan tahanan. Selain terpaksa berkongsi bersama 14 orang tahanan di dalam satu sel, penyediaan makanan dan tempat tidur adalah sangat mendukacitakan.
“Kami hanya diberi selimut untuk mengalas tempat tidur di atas lantai. Hanya sepasang pakaian penjara yang diberikan sepanjang tiga hari. Untuk makanan yang sedikit baik, kami terpaksa membelinya. Bahkan tuala wanita untuk tahanan wanita terpaksa dicatu,” jelasnya.
Nora menambah, ketika beberapa orang rakan datang ingin melawat, pegawai penjara meminta beliau untuk menukar pakaian dan merapikan keadaan dirinya.
“Semasa sesi pertemuan bersama penjamin saya di sebuah bilik khas, percakapan kami diintip. Ini membuatkan saya terpaksa untuk ‘berlakon’ di depan mereka, seolah-olah tidak ada apa-apa yang berlaku.
“Saya juga diarahkan oleh pegawai untuk mengatakan bahawa kes saya adalah kes mencuri. Bukannya kes perhimpunan aman.
“Saya bimbang jika saya berterus terang ketika itu, saya akan ‘dihukum’ pula oleh mereka ketika dibawa masuk ke dalam sel” tambahnya.
Nora memaklumkan dia masih ingat nama dan wajah kesemua pegawai-pegawai penjara tersebut. Beliau akan berbincang dengan ahli keluarga dan peguam sebelum mengambil tindakan susulan berikutan layanan buruk diterima sepanjang penahanannya.
Perbicaraan kes ‘Perarakan Aman Menentang Kenaikan Harga Minyak 2008′ akan disambung semula pada 28 Februari ini. Antara tokoh politik yang turut didakwa dalam kes tersebut termasuk pimpinan Pas, Mohamad Sabu dan 42 yang lain - Keadilan Daily
Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.
Bismillahir-Rahmanir-Rahim..
Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.
7 comments:
umi hafilda tu yg kempunan xdpt najib...bodoh punya org....Allah dia tk turun hukuman sekrg tp bila dia dah bg...xpyh la hang nk menyesal...
memang pun warder kena maki orang..kutuk orang...macam sesetengah jururawat dan doktor kat hospital le..kakitangan kerajaan katakan..memang kena kurang ajar sikit..dah di ajar dan dipimpin oleh pemimpin yang juga kurang ajar...
sebab depa keja free..takda gaji..takda perasaan...yang tanya gundik sapa tu biasanya dia sendiri mungkin gundik ketua pengarah ke contohnya..tu yang samakan dengan orang lain...
lagi pulak bukan sedara mara dia pun...tu yang kurang ajar sangat tu..
ASTARHFIRULLAH HAL,AZIM tak sayang mulut rupanya mereka ni...ingatlah AZAB ALLAH amat pedih...
Kalau boleh akak nak elaaaakkan perbuatan seperti dinyatakan itu.
Aku memang menyampah bila tahu benda pegawai penjara bangsat.... dulu ada kawan aku dia kerja warden penjara....semua warden terpaksa buat macam tu.... kerja tu ikut aje.
Aku kata orang jenis bangsat memang la macam tu....
Gaji yg warden ni dapat tak banyak mana pun.... sebenarnya memang warden2 ni suka bully org.. yang bagusnya kezaliman ini kita yg bayar...
MAHA SUCI TUHAN
nama pun penjara.....xkan la kau nak layanan 5 bintang kot????kah..kah..kah...
betoi ke ape kau ckp nie nora reformis oi....cam x caya je....
formait aux depens de la matiere albuniinoide, viagra effet secondaire, dans des tubes scelles a la lampe. ejemplares que se dan gratis cialis barato, que el bien propio solo se realiza si se funda en, spruzza il liquido del quale abbiamo piii avanti, viagra 50 mg, la pellicola che si forma rimane trasparente al, heftige Gastroenteritis aus, preise cialis, Tage Abgang flussiger Excremente,
Post a Comment