Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Sunday, February 13, 2011

LAGI PRK DI DUN KERDAU PAHANG

بسم الله الرحمن الرحيم



Anggota Dewan Undangan Negeri Pahang kawasan Kerdau, Datuk Zaharuddin Abu Kassim meninggal dunia selepas terjatuh di dalam bilik air akibat serangan jantung di rumahnya di Kerdau, petang semalam. Alfatihah.

Ini bermakna PRK akan diadakan dan seperti biasa UMNO dan BN Pahang bersiap sedia menghadapinya. Kali ini PRK bakal diadakan di negeri PM sendiri. UMNO Jerantut sebagai jiran UMNO Kuala Krau perlu kerja lebih kuat memastikan kemenangan.

Pada pilihan raya umum 2008, Allahyarham Zaharuddin menewaskan calon PAS Hassanuddin Salim dengan majoriti 1,615 undi. Beliau memperoleh 4,135 undi manakala Hassanuddin pula meraih 2,520 undi.



Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

4 comments:

PUPPETS said...

HEH... GAMAKNYA ISU PENURUNAN MINYAK DUNIA TENTU DIJADIKAN MODAL KEMPEN PRK KERDAU NEH...

Anonymous said...

boleh menang ni.. pahang semakin kuat dengan pakatan sekarang.. yeah!

Anonymous said...

Malu la najib klau PRK kat negeri dia sendiri dia leh kalah. kita tgk sama2 segala penipuan dan ketidakadilan oleh kerajaan,polis,sprm dan spr akan berlaku nnt. nak menang kita semua buat mcm mesir jer baru betul.

On Bin Hj Ibrahim said...

susah banyak kalau kat pahang tu..memang ada banyak sokongan tapi tempat tu kawasan najis..dia mesti tabur juta juta punya...

tapi best juga ya jika adun mati...mari kita doakan agar adun mati satu persatu...mesti tak menang tangan nak sambut huluran orang umno pada kita...

masa tu jika suruh angkat tong taik pun boleh..siap masuk paper lagi...kan memang geng tu dari atas sampai ke bawah suka cerita keluar paper ..kan k..kan..

mati depa ..jalan turap baru..dapat beras..kain batik..he he he