Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Sunday, February 13, 2011

INJIL JADI SUBJEK PILIHAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM)

بسم الله الرحمن الرحيم

Hancurr...Pengetahuan Injil Akan Di Ajar Di Sekolah Menengah..??



Pengetahuan Injil kini boleh diajar di kalangan pelajar Kristian di sekolah menengah kerajaan dan sekolah mubaligh di seluruh negara selepas waktu belajar biasa.

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Tan Sri Bernard Dompok, yang mempengerusikan Jawatankuasa Teknikal bagi Bumiputara Sabah dan Sarawak berkata keputusan bersejarah itu dicapai di mesyuarat pertama Jawatankuasa Kabinet mengenai Bumiputera Sabah dan Sarawak dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 7 Feb.

"Bagi pihak rakyat, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri dan Kerajaan Persekutuan kerana begitu sensitif terhadap kehendak dan aspirasi masyarakat, khususnya penganut Kristian.

"Kami yakin keputusan itu banyak membantu ke arah pencapaian sepenuhnya konsep 1Malaysia," katanya kepada pemberita selepas melancarkan perkhidmatan klinik bergerak di sini pada Sabtu.

Beliau harap keputusan itu akan memberi lebih banyak masa dan lebih kondusif bagi pelajar berkenaan untuk menduduki peperiksaan subjek pilihan Pengetahuan Injil di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Dompok, presiden Persatuan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (Upko), berkata jawatankuasa kabinet juga bersetuju dengan beberapa usul lain dikemukakan oleh Persektuan Sekolah Mubaligh Kristian Malaysia tahun lepas.

Ini termasuk penubuhan kelab-kelab termasuk kelab agama di sekolah mubaligh yang hanya memerlukan kelulusan daripada guru besar atau pengetua, katanya. Dompok berkata Kementerian Pelajaran akan mengeluarkan satu pekeliling atau garis panduan mengenai perkara itu tidak lama.

Juragan : Selama ni barua-barua Umno Haprak sibuk mengatakan Pas jadi kuda tunggangan DAP,kerana ikut apa saja kehendap DAP...Kini Apa dah jadi dengan Kerajaan BN nii..Sudahlah dianggarkan hampir 250 000 orang islam yang murtad dan menunggu kelulusan kemurtadan mereka di pejabat pendaftaran negara,kini di tambahkan lagi dengan kelulusan PM Si Najib memberikan kebenaran dalam mesyuarat kabinet untuk diajar pengetahuan tentang injil..fuhh

Jangan kerana memikirkan Undi..lu orang sanggup mengadaikan dan melacurkan Agama semata-mata agar pengundi dan penyokong beragama kristian memberikan kuasa kepada Umno Haprak ini...Takut la pada Allah sikit puak-puak nii...Hampehhhhhh - karatijau

Note: Terima kasih najib kerana mungkin selepas ini Islam tidak lagi menjadi agama rasmi Malaysia. Hidup umno...!!! hidup perkasa..!! hidup melayu..!!! Kah..kah..kah..kah...


Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

2 comments:

On Bin Hj Ibrahim said...

pelajar islam dah le tak kukuh pendirian...susah...nak amalkan islam jarang sekali...adap sopan mengalahkan yang bukan islam...

jadi dengan pendekatan baru ni...boleh le..para mubaligh kristian selit selit sikit ideologi ugama mereka tu...ia le..kan dah satu bangunan..satu kelas...lebih mudah budak yang jahil dalam islam beralih angin..cuba yang baru..

untungnya dapat pemimpin islam berwawasan tinggi...untungnya penyokong yang nanti dok sama sama duduk dalam neraka jahanam yang menolong secara kecil kecilan dalam memurtadkan orang islam...

huh..best betul pemimpin islam umno ni...otak geliga serupa anjing bulldog...geliga seperti babi hutan yang dok menyondol tu...semuga Allah menjahanamkan umno dan penyokong serta ahlinya...amiiin

AnakUncleJohn said...

Bagi saya subjek pengetahuan injil itu tiada masalahnya. Subjek itu hanya dikhaskan kepada pelajar kristian sahaja dan bukannya untuk pelajar islam. Samalah juga dengan mata pelajaran agama islam, tsawwur islam dan sebagainya. Rakan-rakan saya yang beragama kristian pun banyak yang mengambil mata pelajaran Tasawwur islam semasa spm dan mereka semuanya lulus malah ada yang mendapat keputusan yang lebih baik berbanding dengan pelajar yang beragama islam. Mempelajari agama lain itu tidak ada masalahnya selagi ianya betul. Hal ini juga merupakan salah satu cara yang baik untuk kita memahami dengan lebih jelas dan terperinci mengenai sesuatu agama sebelum memperkatakan
agama tersebut agar fakta yang dikeluarkan adalah betul dan munasabah. Sebagai contoh, isu 'Holy Water' agama kristian yang dikatakan diimport dari indonesia dan dipercayai dijampi-jampi oleh ketua bomoh yang hebat di indonesia, fakta ini cukup bercanggah dengan konsep sebenar 'Holy Water' dan jelas membuktikan bahawa orang yang mengeluarkan fakta tersebut amat cetek pengetahuan agamanya. Melalui dengan penyebaran fakta yang salah ini maka orang lain pun akan turut serta salah dengan mempercayai fakta yang salah ini. Orang yang bijak adalah orang yang berilmu dan bagaimana untuk mendapat ilmu? jawapannya adalah BELAJARLAH dan FAHAMILAH....Sharing is carring :)