بسم الله الرحمن الرحيم
Mahkamah: Badrul Hisham masih ADUN Pelabuhan Klang, Perlembagaan Tercampak Ke Longkang
Mahkamah Tinggi Shah Alam memutuskan bahawa Badrul Hisham Abdullah masih merupakan ADUN Pelabuhan Klang, dan membatalkan pengisytiharan speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor mengenai kekosongan kerusi tersebut.
Hakim Zaleha Yusof menerima hujah berdasarkan kepada saman pemula Badrul Hisham dan memutuskan bahawa pengisytiharan kekosongan kerusi tersebut adalah tidak sah.
Teng mengisytiharkan kekosongan kerusi DUN Pelabuhan Klang itu pada 19 Januari lalu.
Menurut Teng, Badrul Hisham, tidak menghadiri sidang dewan tanpa cuti selama lebih kurang enam bulan sejak bulan 16 Julai tahun lalu.
Gambar kanan: Hakim Zaleha Yusof.
Mengikut Perlembagaan Selangor, kerusi DUN dianggap kosong jika wakil rakyatnya tidak hadir sidang dewan tanpa cuti selama enam bulan.
Badrul Hisham telah memfailkan saman pemula untuk mengisytiharkan bahawa pengumuman Teng itu tidak sah dan terbatal, serta memfailkan injunksi untuk menghalang Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) daripada mengisytiharkan pilihan raya kecil di DUN yang diwakilinya.
Beliau diwakili oleh peguam Hafarizam Harun dan Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin.
Manakala SPR pula diwakili oleh peguam kanan persekutuan Kamaluddin Md Said. -mk
Ulasan GB
Perlembagaan dengan jelas mencatatkan berikut:
Perkara 72. Keistimewaan Dewan Undangan.
(1) Kesahan apa-apa prosiding di dalam Dewan Undangan mana-mana Negeri tidaklah boleh dipersoalkan di dalam mana-mana mahkamah.
(2) Tiada seorang pun boleh dikenakan apa-apa prosiding di dalam mana-mana mahkamah berkenaan dengan apa-apa jua yang dikatakan atau apa-apa undi yang diberikan olehnya semasa mengambil bahagian dalam prosiding Dewan Undangan mana-mana Negeri atau prosiding mana-mana jawatankuasanya.
(3) Tiada seorang pun boleh dikenakan apa-apa prosiding di dalam mana-mana mahkamah berkenaan dengan apa-apa jua yang disiarkan oleh atau di bawah kuasa Dewan Undangan mana-mana Negeri.
(4) Fasal (2) tidaklah terpakai bagi mana-mana orang yang dipertuduh atas suatu kesalahan di bawah undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen di bawah Fasal (4) Perkara 10 atau atas suatu kesalahan di bawah Akta Hasutan 1948 sebagaimana yang dipinda oleh Ordinan No. 45 (Kuasa-Kuasa Perlu) Darurat 1970
Kita lihat pencabulan doktrin pengasingan kuasa jelas berlaku pada hari ini.
Di dalam kes Speaker Perak, Sivakumar vs Ganesan, Hakim telah menguatkuasakan Artikel 72(1) Perlembagaan Persekutuan dalam menolak rayuan saman Sivakumar terhadap speaker lantikan BN, R Ganesan. Bahkan lebih malang, Panel tiga hakim itu juga memerintahkan Sivakumar supaya membayar RM20,000 sebagai kos perbicaraan.
Kes ini sebenarnya dirayu dari keputusan Mahkamah Tinggi Ipoh yang menolak saman Sivakumar menuntut pampasan dan ganti-rugi daripada Ganesan kerana mengarahkan serangan dan penahanan tidak sah terhadap dirinya.
Di mahkamah tinggi, Hakim Azahar Mohamed memutuskan bahawa badan kehakiman tidak boleh mempersoalkan kesahihan mana-mana prosiding Dewan Undangan Negeri seperti yang ditekankan Artikel 72(1) Perlembagaan Persekutuan. Azahar dalam mengugurkan saman tersebut berkata hal-ehwal perlantikan dan perlucutan Speaker harus dikaji, dibahas dan diselesaikan dalam dewan legislatif dan bukan di mahkamah.
Di dalam kes Gobind Singh betapa kuasanya peruntukkan Artikel 72(1) Perlembagaan Persekutuan ini yang turut boleh dimana Gobind Singh Deo yang memohon agar penggantungannya sebagai ahli parlimen selama setahun diisytiharkan batal dan tidak sah.
Dalam penghakiman kes itu, Hakim Datuk Mohd Ariff Mohd Yusoff memutuskan bahawa ia tidak ada kuasa untuk mencabar penggantungan 12 bulan ke atas ahli parlimen Puchong, Gobind Singh Deo daripada menghadiri sidang Parlimen. Keputusan Parlimen ditegaskannya tidak boleh dibawa ke mahkamah.
Tiba-tiba hari ini hakim Zaleha Yusof dengan terang-terangan mencabuli Perlembagaan. Yang dapat dilihat daripada kesemua kes yang dibentangkan di atas ialah apabila ada kes yang melibatkan kepentingan UMNO, maka mahkamah akan memihak pada UMNO. - greenboc
Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.
Bismillahir-Rahmanir-Rahim..
Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.
10 comments:
INI PUAK2 YG TIDAK PERNAH BERSYUKUR DGN APA YG DIBERIKAN KPD MEREKA OLEH ALLAH.SEKIRANYA SESUATU KEPUTUSAN MEMIHAK KPD MEREKA , TINDAKAN ADALAH BETUL DAN TEPAT TETAPI SEKIRANTA SEBALIKNYA INI JADINYA SPT DI ATAS. JGN INGAT SEMUA MANUSIA INI BODOH SPT PUAK ANDA. SETIAP KEPUTUSAN OLEH MAHKAMAH SEMESTINYA DGN BUKTI. ITUPUN TAK TAHU KE, INI ADALAH DI SEBABKAN MATA TELAH TERTUTUP OLEH KERAKUSAN KUASA POLITIK TANPA MAHU LAHAT KEBENARAN YG SEBENAR. TAK TAHU KALAU PUAK INI DPT PERINTAH MALAYSIA, YG PASTI MAHKAMAH AKAN BERTUKAR MENJADI PASAR LAMBAK
Nama pun guna goodlistener . Sudah pastinya bad thinker. Pendengar yg bagus bukan pemikir yg baik setuju? tu sbb bodoh nak mampos. Tak tau la x baca habis atau mmg x baca langsung entri ni. Nak cerita perlembagaan nanti lagi hancus. Duduk je la bawah jambatan main guli x payah konon2 nak komen mcm org pandai tp dalam masa yg sama menzahirkan kebodohan yg amat.
goodlistener, ko pegi korek lubang tlinga ko tu, takpon kalau kau rajin pegi la korek lubang jubur Shitfool tu.
ko tu species Zombie + babi + buta.
ini lah hakikat yang terjadi di Malaysia sekarang ini... apabila undang-undang boleh dibeli sesuka hati untuk kepentingan diri, apabila fitnah semakin menjadi-jadi
bangangnya goodlistener ni..
goodlistner sbnrnya sejak azali lagi dh bangang,ckp ikut sdp mulut akal letak kat lutut..tu yang bnagngnye bkn men lg..
Goodlistner...Kalau engkau orang islam engkau telah murtad kerana komen kau dimana-mana blog bercanggah dengan kehidupan seorang islam.
NAMPAK MACAM KOMEN BERBAYAR SAJA. sIAPA YANG SPONSOR? BERAPA SEBULAN? ENGKAU AKAN MENERIMA BALASANNYA CEPAT ATAU LAMBAT. PERCAYALAH.....
salaam nice post
keh keh keh dia kena jadi pendengar yg baek sebab dia tu separa pekak,sebab tuh ken dengar baek-baek ka ka ka ka
Lihat sketsa di bawah dan cube ramal apa yg sbnrnya mganggu fikiran Aru sepanjang 15thn dia berada dlm penjara...dia begitu mrh apabila rayuannya utk dikurgkan hukumannya tlh ditolak oleh hakim tanpa mahu langsung menimbangkan kesalahan mencuri 8 ekor ikan emas utk 15 tahun penjara itu...
Aru : Yang Arif, boleh sy cakap sesuatu?
Hakim : Boleh.
Aru : Kalau sy pggil Yang Arif sbgi si tua bangang apa yg akan Yang Arif lakukan?
Hakim : Sy akan jatuhkan hukuman 8 tahun penjara lagi kerana menghina mahkamah.
Aru : Klu sy cuma fikir Yang Arif adlh si tua bangang mcm mana?
Hakim : Sy xboleh buat apa2 sbb x ada undang2 yg menghukum sesuatu yg cuma dfikirkan seseorg.
Aru : Klu mcm tu sy fikir Yang Arif mmg si tua bangang!!!!!
Post a Comment