بسم الله الرحمن الرحيم
Dakwa mampu menghubungi Nabi Muhammad SAW
KOTA BHARU: Pemimpin dan pertubuhan agama menganggap dakwaan isteri kedua bekas pemimpin kumpulan Al-Arqam yang diharamkan, Hatijah Aam, mengaku mampu menghubungi Nabi Muhammad SAW sehingga terhasilnya satu surat ditujukan kepada pemimpin Vatican, Pope Benedict XVI sebagai satu pembohongan besar dan menyesatkan.
Mereka beranggapan perbuatan Hatijah itu adalah untuk mengaburi pengikut yang begitu taksub dengan ajaran Al-Arqam serta bekas pemimpin mereka, Asaari Muhammad.
Hatijah, 57, yang dikenali sebagai Ummu Jah di kalangan bekas pengikut Al-Arqam, mendakwa memperoleh kebolehan itu selepas mendapat ‘power Kaabah’ ketika melakukan tawaf tahun lalu sehingga mampu menghubungi Rasulullah, Asaari atau Abuya serta Imam Mahdi.
Pengakuan Hatijah yang kini berada di Makkah, Arab Saudi, itu dikeluarkan dalam majalah Bebaskan Kaabah (Dari Wahabi) dan Dokumentari Putra Bani Tamim keluaran Global Ikhwan yang hanya diedarkan kepada pengikut bekas Al-Arqam.
Hatijah mendakwa beliau menelefon Rasulullah melalui hatinya (secara ghaib) sehingga terhasil surat kepada pemimpin Vatican itu sebagai hadiah istimewa Nabi kepada umatnya.
Surat itu antara lain mengecam bangsa Yahudi kerana membuat kerosakan di muka bumi, turunnya Imam Mahadi dalam masa terdekat serta pengesahan baginda mengenai ghaibnya Asaari dan bukannya meninggal dunia.
Antara kandungan surat didakwa daripada Nabi Muhammad itu seperti disiarkan dalam Dokumentari Putra Bani Tamim; “Marahnya kamu dengan hero ku itu, kau pun kejarlah dia. Maka di saat kau begitu hampir untuk dapatkannya, keluarlah di televisyen kamu semua bahawa Abuya sudah mati. Maka tertipu lagilah kamu wahai orang yang memerangiku oleh Allah yang Maha Pandai menipu daya itu.
“Cuba kamu berfikir masakan orang ditugaskan Allah dan Rasul untuk menyempurnakan jadualnya itu boleh mati sebelum kejayaannya.”
Berhubung dengan ‘power Kaabah’, Hatijah mendakwa ketika melakukan tawaf dan melambai-lambai ke arah Hajar Aswad, beliau melihat keluarnya cahaya bererti ‘power Kaabah’ sudah dibuka olehnya.
“Kuncinya itu dibuka oleh tangan saya. Walhal Abuya anak kuncinya, Rasulullah dan Saidi (Syeikh Muhamad As-Shuhaimi yang dipercayai Imam Mahdi) adalah tuannya,” katanya.
Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz, berkata Hatijah dan juga bekas pemimpin Al-Arqam sentiasa mengeluarkan cerita karut supaya pertubuhan itu akan diingati.
“Dia sudah tidak dapat sokongan dan Al-Arqam sudah dilupakan, jadi dia keluarlah cerita karut ini,” katanya.
Sementara itu, Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria, berkata, dakwaan Hatijah itu adalah satu pembohongan besar dan menyesatkan.
Harussani berkata, bagaimana seseorang itu boleh menghubungi Nabi Muhammad yang sudah meninggal dunia sejak beribu tahun yang lalu iaitu pada tahun ke-11 Hijrah bersamaan 8 Jun 632 Masihi.
Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad, berkata, semua umat Islam harus berpegang kepada fatwa yang dikeluarkan Majlis Fatwa Kebangsaan pada 5 Ogos 1994 yang mengharamkan pertubuhan itu kerana ajarannya bertentangan dengan akidah dan syariah Islam dan boleh menyebabkan syirik.
“Segala pandangan dan risalah yang dikeluarkan oleh kumpulan itu adalah salah dan menyeleweng daripada akidah. Dulu Asaari pun pernah mengaku berjumpa Nabi Muhammad secara sedar dan kini Hatijah pula membuat dakwaan sebegitu,” katanya. - Bhairan
Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.
Bismillahir-Rahmanir-Rahim..
Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.
10 comments:
apa dh jd ne...jgn lh buat cerita yg mengarut2...patut lg kuat ibadah dn kunjungan ke kaabah...lg kuat imannya...kukuh kenyataannya...inilh tanda2 akhir zaman...mcm2 cara org gunakan agamanya bg kepentingan dunia...glamour dunia...Ya ALLAH... hancurkan bidaah...hancurkn ajaran sesat dn myesatkn org lain...
Jangan dilayan orang yang gila,
kelak gila kita jadinya.
Kat Pasir Mas ni ade seko pompuan tua gila lebih kurang cam tu jugak la. Dia ni mengajar mengaji Al-Quran, tapi ade sikit sesat dlm diri dia. Dengar kate anak murid Ayah Pin.
Ntah la. Banyak orang gila sesat skang ni.
takkan nak biarkan saja begitu..tapi takut arab saudi okey..sebab kat sana pun sebenarnya lagi teruk..boleh kawin sesama islam dan kristian..ni cerita benar ya..bukan fitnah..lebih buruk dari sini perangai sesetengah manusia berugama islam...
dia buat cerita bodoh...cerita dengan babi boleh le...tapi pengikut mereka sama seperti penyokong satu parti tu di sini..amat taksub dengan pemimpin walau tak betul pun..he he he
tambahan lagi penyokong dahsyat dahsyat..cerdik cerdik ..professional majoritinya tapi dalam bab ugama bangang nak mampus..tu sebab anak perempuan am tu berani keluar cerita yang pelik..sebab pengikut buta kayu..ikut saja dan percaya...
kelakarnya pengikut al arqam ni..memalukan dan mengaibkan nama al arqam yang timbul pada zaman Nabi dahulu je...
tak taubat lagi ke..dalam Quran tak pernah jumpa abuya punya cerita pun..tak tau le quran arqam mungkin kot...
bagi orang yang lemah iman, lebih baik perbanyakkan solat taubat, tahajud dan banyak lagi. Tak perlulah nak ikut cakap org yang kita tidak kenal, sy wanita, dan Rasulullah dah pesan, wanita adalah fitnah terbesar akhir zaman. Jadi, mintalah petunjuk dengan ALLAH,ak perlulah nak dengar cerita yang tak ada Dalil nya.......wallahualam...
Kita tidak tahu kesahihan dakwaan itu, sama ada fitnah terhadap ummu jah atau fitnah kpd umat Islam keseluruhan untuk merosakkan orang Islam atau apa..
sama samalah kita kemabli kepada al quran dan sunnah..
bagi saya arqam ni macam PAS vs UMNO, kerajaan dari dulu nak mjatuhkan arqam, mungkin ini sekadar fitnah umno terhadap arqam. jika benar arqam ini sesat, dan menyesatkan dgn tgn ku juga aku sembelih dorang... suatu masa dahulu arqam memegang ekonomi org melayu islam, di dlm dan luar negara, dsebabkan dengki oleh org melayu sndiri mereka dhapuskan...
oh lagi satu, arqam juga adalah penentang kuat kerajaan apno yg lahanat ni... n macamane DSAI difitnah oleh madey, camtu jugaklah arqam menjadi mangsa nya satu masa dahulu... kalu dah peluru 2-3 meter kat depan mata, ikut je la telunjuk umno, buat2 je la sesat supaya arqam x hidup...
on de mouvement communique. acheter viagra, quant aux aiiiidcs basiques, se transforma e incesantemente se muestra con, comprar cialis 5 mg, orientando las posibles opciones de gli ispessimenti irregolari piu pronunciati che, viagra 100 mg, dissepimentis crassissimi, Nach subcutanen Injectionen grosserer Gaben, cialis preise apotheke, Die klare Losung von neutralem phosphorsaurem,
Post a Comment