Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Sunday, January 24, 2010

PASTI FELDA UMAS DIARAH KELUAR ?

بسم الله الرحمن الرحيم

Isu kali ini adalah berkaitan dengan PASTI NURUL IKHWAN FELDA UMAS yang diarah keluar oleh Pengerusi Surau tempat PASTI beroperasi sekarang.Samada ianya benar-benar akan berlaku atau tidak,sama-samalah kita lihat nanti. Namun itulah maklumat yang dapat di perolehi dari sahabat yang berada di Felda Umas,ust Yusri,iaitu mudir PASTI Nurul Ikhwan.

Menurut ust Yusri lagi sehingga sekarang pengerusi surau tersebut agak sukar untuk ditemui untuk membincangkan perkara ini,”Telefon pun tidak berjawab,sms tidak berbalas” jelas Ust Yusri.Tindakan beliau ni agak pelik kerana sikapnya sebelum ini bukan begitu… seolah-olah dia takut atau telah ditakutkan oleh pihak-pihak tertentu.

Akhirnya ust Yusri dimaklumkan bahawa satu perjumpaan yang telah diaturkan oleh Pengerusi Surau tersebut akan diadakan pada petang Ahad ni tapi bukan dengan pengerusi surau tadi, tapi dengan ketua UMNO cawangan Felda Umas..

Agak terkilan bila pihak PASTI dimaklumkan bahawa satu perjumpaan yang telah diaturkan oleh Pengerusi Surau tersebut akan diadakan pada petang Ahad ni tapi bukan dengan pengerusi surau tadi, tapi dengan ketua UMNO cawangan Felda Umas..

Hai..kalaulah benda ni berlaku pada TABIKA KEMAS dan terjadi pula di negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat…Confirm!! TV1,TV2,TV3 dan sekutu-sekutunya termasuklah akhbar tunggangan UMNO menjadikan isu ni sebagai berita UTAMA! Confirm…seminggu keluar berita tentang kezaliman yang dilakukan KONONnya oleh pemimpin Pakatan Rakyat kepada kanak-kanak yang tidak bersalah! Tapi kalau berlaku pada PASTI…semua dok senyap je…macam takda apa yang berlaku…itulah UMNO-BN. -DPP Tawau

- sabahdaily


UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

2 comments:

Unknown said...

sampai begitu sekali org tak dibutakan dan tak nampak kezaliman BN dan UMNO.....moga Allah celikkan mata-mata kita agar nampak kebenaran..

Blogger said...

Salam bro salam semua....takde ke tanah milik orang pas kat situ..tak pun usaha beli tanah...susah tumpang tanah orang ni,ramai setan tak senang duduk asyik nak cucuk jarum...