Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Monday, November 16, 2009

USAH TERLALU MENGHARAP PADA KESEMPURNAAN

بسم الله الرحمن الرحيم

Usah terlalu mengharap pada kesempurnaan pada orang lain,apatah lagi,kiranya telah membelit dan merantai. Walau pun berjalan tanpa meyeleweng ke kiri dan ke kanan, adakah sampai di hadapan kita pada kesempurnanaan? ....

Julia seorang wanita yang secara zahir kelihatan begitu sempuna, apa yang ingin wanita mahu ada pada diri Julia. Aku sendiri tertarik dengan persenaliti Julia.Mungkin kerana menjadi ketua department wajahnya agak kurang ceria, bersahaja. Aku menjalani praktikal di situ. Setiap hari aku akan temui Julia, tapi setiap kali berselisih aku akan senyum dan menyapa. Hampir sebulan aku di syarikat itu, di hati ini ingin mengetahui lebih mendalam tentang Julia serta kejayaan hidup beliau. Pakaiannya kebanyakan baju kurung, tapi dari jenis kain yang mahal yang terdapat di gudang kedai kain yang terkemuka. Walaupun beliau bukan bangsa melayu seperti kacukan arab/inggeris. Sedangkan ada kalangan wanita melayu di situ yang berpakai terdedah . Wajah Julia anggun dengan tudung bercorak lembut. Kalau dibandingkan dengan wanita yang rambut terdedah dan beraneka warna.

Sebenarnya aku pun tak suka menanya hal orang lain pada orang lain. Satu hari waktu lunch aku santai di sofa tetamu sambil membaca news paper di situ. Kebetulan Julia lalu untuk ke rest room dan menyapa aku tak keluar lunch ke?. Emmm...masih kenyang breakfast tadi jam 1100 hrs. Julia terus berlalu, tak berapa lama kemudiaan datang semula dan mengajak aku ke biliknya kerana Julia mahu berikan aku coklat.

Wowwww...terpaku aku melihat bilik Julia yang begitu cantik tersusun dan dari perabut yang mahal, mata aku menjelajahi setiap ruang dan sudut. Julia men- jemput aku duduk di ruang tamu. Kami berbual tentang kerja aku di samping nasihat/motivasi pada aku. Kemudian aku menayakan pics siapakah sepasang kanak-kanak yang cute yang menjadi hiasan di rak almari di situ. Menurut Julia itulah anak-anak beliau bersama bekas suaminya. Selepas peristiwa itu, aku mula rapat dengan Julia, dan aku memangil Julia dengan panggilan puan seperti pekerja yang lain. Semakin ingin tahu tentang Julia apatah lagi aku dapat tahu, yang mana bekas big bos di syarikat ini di jawat oleh bekas abang ipar Julia yang kini merupakan salah seorang jutawan yang terkenal mempunyai syarikat sendiri.

Selama tiga bulan aku bersama syarikat itu, dan akhirnya Julia telah menceritakan layar hidupnya yang sadis pada aku. Dan Julia ada berkata pada ku..bukan semua wanita yang cantik dan berjaya dalam hidup adalah bertuah dan gembira. Bila tiba satu saat menjadi nasib malang dan di timpa musibah lantaran perlakuan orang lain, namun setiap kejadian dan perjalanan hidup ini ada hikmahnya dari Allah. Walaupun Allah menganugerahkan pasangan yang kita kira terbaik untuk kita, tapi masih ada yang lebih baik dari itu.

Sebenarnya perkahwinan Julia dengan bekas suaminya atas dasar suka sama suka, pertemuan jamuan hari raya syarikat yang menemukan mereka, lantaran bekas abang ipar Julia yang memperkenalkan adiknya pada Julia. Diakhiri dengan pernikahan. Dan tiba juga saat perpisahan mereka yang terlalu memberi kesan pada jiwa Julia. Bagi Julia itulah cinta pertama beliau dan terakhir terlalu menyayangi suami sepanjang per-kahwinan mereka dan juga selepas perpisahan beliau. Dan yang lebih menghiris perasaan Julia, semasa suami beliau bertugas di luar negara telah berkahwian lagi. Dan akhirnya terpaksa berpisah tanpa kerelaan Julian. Menurut Julia dia menjadi hampir gila dan pernah mendapat rawatan untuk memulihkan semangat dan hatinya. Walau pun sekarang Julia telah sembuh tapi wajah keriangan seperti orang lain telah tiada. Kedua
anak Julia bawah jagaan bekas suami Julia kerana waktu tu Julia tidak sihat, juga atas arahan mahkamah. Julia akur dengan hukum yang telah manusia ciptakan. Hanya hari tertentu sahaja yang membolehkan Julia berjumpa dengan anak-anak. Namun kasih anak- anak makin pudar kerana jarang dapat berjumpa.

Mungkin dari peristiwa ini tak pernah aku melihat wajah ceria Julia, tidak pernah terlihat ketawa bersama staff yang lain. Apatah lagi senyuman pun sukar dilemparkan. Namun wajah Julia yang bersahaja melambangkan wanita yang tabah. Setelah beberapa tahun berlalu, walau pun ada lelaki yang cuba mengisi kekosongan tapi dianggap sepi oleh Julia.

Pada hari terakhir aku menamatkan praktikal, Julia banyak memberi nasihat pada aku. Sebelum keluar dari bilik Julia, beliau menyuruh aku mengambil apa-apa hiasan sebagai hadiah hari perpisahan. Semua yang ada di sini semuanya barang kesayangan saya, saya ikhlas ni kata julia. Aku mengambil dua gambar hiasan di dinding bilik Julia ia itu gambar kapal yang meninggal pelabuhan dan gambar sejambak bunga mawar yang begitu menarik.

Begitulah ketabahan hati dapat memenangkan segalanya. Orang yang tabah selalu tenang menderita seksaan nasib yang bukan daripada perbuatan sendiri..

Firman ALLAH yang bermaksud:
.....susungguhnya ALLAH bersama orang yang sabar. ( Al-Anfal:46)

.....sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahala
mereka tanpa batas.(Az- Zumar:10)

Bersabar Dalam Berdoa
Hadith :
Dari Abu Hurairah r.a bahawa nabi SAW telah bersabda:”Allah sentiasa memperkenankan doa seorang hamba selama doa itu tidak mengandungi (perkara) dosa, (perkara yang) memutuskan silaturrahim dan selama tidak meminta supaya cepat-cepat diperkenankan. " Lalu baginda ditanya oleh seseorang:”Apa maksudnya meminta dicepatkan?”Jawab baginda:”Umpamanya seseorang itu berkata dalam doanya:”Aku telah berdoa, aku telah berdoa tetapi aku belum melihat doaku diperkenankan. Lalu aku putus asa dan berhenti berdoa.”

(Muslim)
Huraian
Betulkah setiap doa akan dikabulkan oleh Allah ? Mungkin ada antara kita yang telah berdoa sesuatu namun tidak merasakan keberhasilannya. Selaku hamba, kita harus menyedari bahawa kita tidak berhak memaksa Allah kerana kitalah yang berhajatkan sesuatu bukan sebaliknya. Sesungguhnya Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kita atau mungkin Allah mempunyai ketentuan lain yang tidak kita ketahui. Mungkin juga doa kita bukan tidak dikabulkan tetapi ditunda waktunya atau diganti dengan yang lebih baik. Nabi Zakaria a.s adalah contoh manusia yang sangat kuat nilai kesabarannya. Baginda telah puluhan tahun berdoa agar dikurniakan zuriat namun belum dikabulkan Allah. Antara isi doa baginda ialah: “Ya Tuhanku, sesungguhnya tulangku telah lemah dan kepalaku telah ditumbuhi uban, dan aku belum pernah kecewa dalam berdoa kepada Engkau, ya Tuhanku. (Maryam:4) sehingga pada akhir-nya Allah SWT memakbulkan permintaan baginda dengan mengurniakan seorang anak lelaki bernama Yahya. Begitulah sikap yang seharusnya kita contohi iaitu jangan sekali-kali kecewa dalam berdoa.


UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.

1 comments:

Sinar said...

semangat cah naik sedikit bila bc post nie.. mmg cah tgh ada mslh tp cah fhm itu adalah dugaan & kita sng hamba-NYA, redha jelah.. thx..